Aisyah Erina, Ibu tunggal anak satu kematian suami. Hidup susah di kampung membuatkan dia bertekad mahu mencari kerja di bandar.
Pertemuan dengan Adam Nakhaie buat dia hampir pitam. Raut wajah Adam persis dengan seseorang yang sangat dia rindukan. Jadi, setiap kali memandang Adam, dia melepaskan semua rasa rindu yang menggunung.
“Kenapa setiap kali you tengok muka I, you nampak sedih?” – Adam Nakhaie
“Wajah Tuan persis suami saya. Dia macam ada tetapi tak boleh disentuh.” – Aisyah
“Nama suami you Nakhaie?” – Adam Nakhaie
“Ya, Muhammad Nakhaie bin Nazmi.” – Aisyah Erina
“Nazmi?” – Adam Nakhaie
Adam semakin curiga. Apatah lagi imbasan masa lalu yang telah lama hilang mulai muncul. Ada seseorang yang dia sangat rapat di masa silamnya tetapi kini langsung tidak wujud di dalam hidupnya. Siapakah mereka dan dimanakah mereka sekarang? Apa sebenarnya yang terjadi pada dirinya?
Huaghhh.. tak tahu kenapa rasa cerita ini betul² terkesan dalam hati. Apa keperitan Adam dan Nakhaie lalui. Begitulah jika menjadi anak mangsa keretakan rumah tangga ibu bapa. Anak² yang menjadi mangsa dan akhirnya mereka berpisah sesama adik beradik untuk membawa haluan dan kemahuan sendiri.
Adam tekad ikut bapanya. Kononnya ingin hidup senang dan mewah. Sedangkan dalam usia 7 tahun itu dia sudah ada dendam terhadap keluarga baru bapanya. Dia rela meninggalkan kebahagian dia bersama Nakhaie adik kembarnya semata-mata dia mahu memastikan yang bapa dan keluarga barunya itu tidak akan peroleh kebahagiaan kerana merekalah yang menghancurkan hidup mama dan adik kembarnya.
Nakhaie pula mengikut mamanya dan hidup mereka sangat susah. Nakhaie lebih matang dari usia sebenar kerana jalan hidup berliku yang dia lalui. Tambahan pula dia tekad menjadikan Aisyah Erina isterinya kerana mahu melindungi Aisyah dari terus didera bapanya.
Namun kemalangan yang menimpa Nakhaie dan Adam merubah segalanya. Nakhaie meninggal dan Aisyah bertungkus lumus membesarkan anak mereka, Sofia. Namun bila Aisyah bekerja di rumah Adam sebagai pembantu rumah, pelbagai peristiwa dan perkara baru yang terjadi dalam hidup Adam. Keletah Sofia sangat mencuit hati Adam dan Adam mula rasa yang hidupnya tidak lagi sunyi seperti dahulu.
Walau cerita ini ada naik turunnya. Ada gembira dan kesedihan tetapi penghujungnya tetap ada kebahagiaan buat mereka bertiga. Yang pastinya ada plot twist yang pembaca pasti sudah jangka. Apa pun tahniah writter. Cerita anda best👍
berani sungguh bapak nakhaie ni buat macam tu. dahla masa diaorang kecik, kejam dengan mama diorang, bila dah besar lain pula ulah dia.
kenapa diaorang? haa... sebab ada adam nakhaie dan muhammad nakhaie. kembar ini terpisah dek perangai ayah mereka, tan sri nazmi. awal baca memang geram dengan perangai adam ni. tak semenggah. dah masuk part yang sepatutnya barulah faham, kenapa adam macam ni.
nakhaie pula, lain perangai. dia ni penyayang. dia sayangkan aisyah erina sampai sanggup berkahwin muda. dan dia sanggup belajar sambil bekerja untuk masa depan yang lebih baik.
tapi dek kerana satu peristiwa, ada kehilangan yang perlu aisyah tanggung.
sedap baca. ada part yang lawak, memang lawak. tapi bab sedih ... memang sedih. tarik hujung tudung lap tubir mata.
akak suka dengan pembinaan setiap watak. punya kekuatan masing-masing dan peranan dalam menegakkan cerita ini menjadi sempurna untuk dibaca dan dihayati.
Wow wow, I almost didn't see the plot twist there!! Sebab tak expect the storyline akan jadi macamtu. Besttttttt, suka watak semua orang dalam ni, but the story is too short so banyak loopholes, maybe sebab ebook. If ada novel, better terus beli novel because i guess it will be more details. Btw sofie sangatlah comelll
Ya Allah, terima kasih Cik Bawang! 😭🫶🏻 I love it so much, and I honestly didn’t expect the plot twist to be like that. Tan Sri Nazmi and Ruby—jahat betul, kejam gila! 😡
Sepanjang baca buku ni, saya rasa nak cepat-cepat habiskan sebab seronok sangat! Haha, memang tak boleh nak berhenti. 🤍
This entire review has been hidden because of spoilers.