Jump to ratings and reviews
Rate this book

Sufism and the 'Modern' in Islam

Rate this book
Sufism has not only survived into the twenty-first century but has experienced a significant resurgence throughout the Muslim world. Sufism and the 'Modern' in Islam offers refreshing new perspectives on this phenomenon, demonstrating surprising connections between Sufism and Muslim reformist currents, and the vital presence of Sufi ideas and practices in all spheres of life. Contrary to earlier theories of the modernization of Muslim societies, Sufi influence on the political, economic and intellectual life of contemporary Muslim societies has been considerable. Although less noticed than the resurgence of radical Islam, Sufi orders and related movements involve considerably larger numbers of followers, even among the modern urban middle classes.

This innovative study brings together new comparative and interdisciplinary research to show how Sufis have responded to modernization and globalization and how various currents of Islamic reform and Sufism have interacted. Offering fascinating new insights into the pervasive Sufi influence on modern Islamic religiosity and contemporary political and economic life, this book raises important questions about Islam in the age of urbanism and mass communications.

368 pages, Hardcover

First published January 1, 2007

53 people want to read

About the author

Martin van Bruinessen

36 books32 followers
Martin van Bruinessen is a Dutch anthropologist and author, who has published a number of publications on Kurdish, Indonesian, Turkish, Persian, Zazas subjects, and also on aspects of Islam as a whole.

He taught the sociology of religion at the State Institute of Islamic Studies of Yogyakarta, Indonesia and has been teaching Kurdish and Turkish studies at Utrecht University, the Netherlands since 1994.

He also wrote and researched some issues of the early stages of Islam in Java.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
4 (36%)
4 stars
2 (18%)
3 stars
2 (18%)
2 stars
1 (9%)
1 star
2 (18%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for Nazmi Yaakub.
Author 10 books284 followers
August 19, 2015
Kebangkitan Islam atau agama seringkali disorot daripada aspek gerakan aktivis politik atau militan yang sebenarnya termasuk dalam reaksi revivalis terhadap modenisme yang melanda dunia Islam akhir abad ke-19. Sikap ini tidak hanya diambil oleh orientalis dan sarjana Barat, bahkan pada peringkat simplistik, turut dipegang oleh umat Islam sendiri termasuk di Malaysia.

Sebenarnya kebangkitan Islam berlaku tidak hanya dalam dua skop itu, sebaliknya yang lebih utama adalah dalam ranah tasawuf atau sufisme dan tariqat seperti yang disorot dalam buku Sufism and the 'Modern' in Islam yang diselenggara oleh Martin van Bruinessen, iaitu Profesor Emeritus dalam Pengajian Perbandingan Masyarakat Muslim Moden dari Universiti Utrecht, Belanda dan Julia Day Howell, Profesor dalam Sosiologi Agama dari Universiti Western Sydney.

Tidak hairanlah John O Voll memberikan penegasan itu dalam makalah kesimpulannya pada hujung buku ini:-

In the worlds of mass media and scholarship, much attention has been given to the global 'resurgence of religion', with special attention given to developments within the Muslim world. However, most of this attention and research has been given to militant and politically activist movements. The socalled 'fundamentalists' are viewed as central to the resurgence. When scholars speak of the explanatory failure of 'secularization theory', many discuss only Muslim 'fundamentalists', as did, for example, Stark and Berger. There is little recognition that while membership in the militant groups may be in the thousands, there are many millions of Muslims who are not fundamentalists, there are active participants in Sufi tariqas around the world.


Sebanyak 15 makalah dalam buku ini yang ditulis dalam kerangka sosiologi sebenarnya mencabar tesis teori sosiologi terhadap sufisme dan tariqat sehingga mengidentifikasikan gerakan itu dalam skop luar bandar dan di luar konteks ilmiah; sebaliknya menyorotnya dalam tiga aspek yang jauh lebih besar.

Pertamanya, melihat tariqat dan pengamalan sufi dalam hubungan masyarakat luar bandar dan bandar dengan mengambil kira kecenderungan masyarakat pertengahan, elit dan terpelajar di dunia Islam dengan mengamati proses evolusi dan reformasi sebahagiannya daripada aliran yang bersifat kerohanian semata-mata kepada gerakan sosial serta pendidikan, adakalanya menjenggah ruang politik kepartian.

Kedua, tariqat dan sufisme tidak hanya dilihat dalam konteks lokal, bahkan menyedari gerakannya merentas sempadan negara sehingga tidak terlepas daripada perbincangan mengenai globalisasi, bahkan bukan hanya dalam konteks menerima pengaruh luar, sebaliknya turut membentuk sosio-budaya dan sosio-politik serta pemikiran dan kerohanian masyarakat di Barat.

Ketiga, disebabkan latar masanya adalah pada masa kini, maka perbincangan mengenai sufisme tidak terlepas daripada persoalan pascamodenisme dan pascamaterialisme, apatah lagi dengan kecenderungan baharu masyarakat Barat yang mengisi kekontangan spiritual selepas modenisme dan sainstisme rupa-rupanya menjadi janji kebahagian yang palsu sehingga mewujudkan konsep berbeza dengan makna sufisme yang sebenar, iaitu 'agama tanpa Tuhan.'

Harus diingatkan makalah dalam buku ini ditulis dalam kerangka sosiologi sehingga memberikan tumpuan pada aspek tingkah-laku sosial yang merangkumi asal-usul dan perkembangan serta organisasi dan institusi yang berkaitan sedangkan ada idea dan prinsip dalam sesuatu gerakan kesufian yang tidak akan berubah, selain mengguna pakai perspektif pengamal tanpa mengambil kira autoriti dalam memperjelaskan bidang yang sangat halus ini.

Barangkali hal itulah yang menyebabkan masyarakat dan pengkaji Barat dikejutkan dengan fenomena bertentangan daripada apa yang mereka ramalkan akan berlaku dalam dunia modenisasi dan pascamodenisasi yang agama semakin ditinggalkan dan menjadi semakin tidak penting, sebaliknya mereka mendapati evolusi gerakan tariqat dan sufisme menjadikannya lebih relevan dan diperlukan.

Rachida Chih menyorot geneologi Tariqat Khalwatiyya di Mesir dalam aspek gerakan sosial dengan menggunakan kerangka berlainan daripada apa yg dicadangkan oleh Gilsenan untuk mengkaji survival tariqat dlm masyarakat urban dgn kerangka rasionalisasi Weber atau de Jong yang melihat hubungannya dengan peranan kerajaan.

Brian Silverstein pula melihat sufisme dalam perubahan total pemerintahan Turki Uthmaniyah kepada sekular-nasionalisme dengan mengkhususkan kajian terhadap Tarikat Naqshabandiyah-Khalidiyah cabang Gumushanevi dengan konsep-konsep tasawuf yang dilihatnya berevolusi sehingga tidak lagi menekankan aspek ontologi, sebaliknya lebih memberikan tumpuan kepada persoalan akhlak dan konsep hizmet atau tanggungjawab sosial. Silverstein Juga melihat peranan Gumushanevi dalam politik Islam dari Refah kepada AKP yang mungkin tidak diketahui pembaca Malaysia (ulasan lebih terperinci, sila baca bahagian ulasan kedua di bawah).

Matthijs van den Bos pula menyorot Safi'alishahi dan Sultan'alishahi yang menjadi cabang daripada tariqat Ni'matullahiyya di Iran, selain turut menyentuh cabang Dhu'l-Riyasatayn serta satu lagi tariqat Dhahabiyya dalam perubahan dinasti Reza Shah dan Pahlavi Shah kepada Revolusi Islam Syiah. Tulisannya mendedahkan bagaimana tariqat di Iran turut mengalami senario yang tidak kondusif dan adakalanya dianggap ancaman dalam pemerintahan wilayah faqih Syiah.

Pada bab berikutnya, Benjamin F Soares menyorot sufisme dan tariqat di Mali yang barangkali antara contoh nadir berlakunya pengislaman besar-besaran ketika penjajahan Perancis serentak dengan semaraknya tariqat Qadiriyah dan Tijjaniyah. Bagaimanapun untuk sorotan tokoh, agak musykil mengapa Soares memilih Adama Yalcouye yang lebih kepada sinkretis agama seperti Kristian dan paganisme ke dalam ajarannya.

Dalam konteks mistisme dan politik Order Baru Indonesia, Bruinessen memulakan dengan latar modenisasi dan perubahan keagamaan dari santri dan abangan kepada gerakan lebih tersusun yg turut dapat perhatian kritikal daripada pemerintah yang pd masa sama turut mengamalkan atau dikuasai oleh golongan abangan. Nahdlatul Ulama (NU) di Jawa Timur & PERTI (Sumatra Barat) menjadi titik mula perbincangan dalam bab ini.

Bruinessen melihat bagaimana tariqat berevolusi dalam parti politik seperti awalnya PERTI tetapi konflik ketokohan memacu mewujudkan saingannya, PPTI. Begitu juga berlaku dalam NU sama ada konflik politik mahupun tokoh melahirkan jam'iyyah ahli tariqat berbeza. Menarik juga untuk lihat bagaimana sufisme memberi kesan kepada politik dan pemerintahan khususnya membawa GOLKAR yang memiliki pemusatan keagamaan daripada abangan kepada santri.

Bahagian the Interrelation of Sufism dan Islamic Reform dibuka oleh Itzchak Weismen dgn menyorot 'ijtihad' ilmuwan kontemporari di Timur Tengah dan India, melalui Mufti Syria, Sheikh Ahmad Kuftaru dalam membawa tasawuf ke dalam aliran reformis dengan nama berbeza kerana tuntutan modenisasi yang sedang melanda dunia Islam, selain Abd al-Fattah Abu Ghudda dan Sa'id Hawwa serta lebih awal lagi, Abu al-Hassan Ali Nadawi.

Dengan dana Israel Science Foundation, Weisman mengusulkan konsep sufisme tanpa tasawuf yang dibawa empat tokoh berkenaan tetapi memiliki sanad dan latar yg rapat dgn tariqat Naqshabandi - menunjukkan hampir semua gerakan Islam 'terhutang' dengan tasawuf setidak-tidaknya melalui bentuk organisasi dan paling penting fungsinya dlm bentuk baru, iaitu tazkiyat-nafs dlm mengelakkan gerakan Islam moden terjebak dlm perangkap radikalisme.

Bagaimana sejauh manakah ijtihad ulama berkenaan untuk tidak menggunakan istilah tasawuf atau menekankan penyertaan dalam tariqat muktabarah memberikan kesan wajar untuk dikaji dengan lebih lanjut lagi. Apatah lagi dengan melihat wujudnya kritikan kepada gerakan revivalis Islam khususnya yang berkaitan dengan politik Islam mengalami ketandusan dalam aspek kerohanian meskipun usaha pentarbiyahan dikatakan turut meliputi sisi berkenaan.

Sementara itu, Yoginder Sikand melihat bagaimana program reformasi sufi yang disusun oleh Maulana Muhammad Ilyas dalam membentuk Jamaat Tabligh (JT) selepas melalui tradisi ilmu madrasah Darul Ulum di Deoband dan mengambil intipati tasawuf, sekali gus turut menyedari cabaran semasa oleh kumpulan revivalis Hindu, Arya Samaj yg membangkitkan semangat nasionalisme Hindu sehingga memerlukan suatu pemulihan umat Islam India.

Sikand turut melihat bagaimana JT dan Maulana Muhammad Ilyas membawa kembali kefahaman masyarakat Meo di Mewat (Alwar dan Bharatpur di Rajasthan serta Gurgaon dan Faridabad di Haryana sekarang) kepada Islam yang sebenar dengan menumpukan konsep fadha'il (bukannya masa'il) dan mengangkat isu ittifaqi (bukannya ikhtilafi). Meo ketika Muhammad Ilyas cuba memulihkannya, masih diselubungi unsur Hinduisme dan dewa, selain salah guna penjaga makam wali (faqir/sajjada-nishin).

Sikand turut melihat pandangan negatif yang dikaitkan dengan gerakan ini tetapi ia dibuat melalui responden yang tidak dinamakan terutama membabitkan kemiskinan, hak kesaksamaan gender dan pendidikan dalam konteks wilayah Mewat. Beliau juga menyorot sikap yang tidak berpihak dalam politik memudahkan gerakan itu tersebar berbanding sikap yang diambil oleh sebahagian ulama Deoband.

Michael Laffan melihat wacana Salafi-Sufi dalam konteks debat antara Muhammadiyah dengan NU di Indonesia di tengah-tengah gerakan Salafi yang cuba memisahkan diri dari asosiasi dengan modenis yang dinikmati pada separuh pertama abad lalu dan kebangkitan semula golongan sufi di negara itu.

Beliau turut melihat serangan terhadap tasawuf dan tariqat melalui rencana majalah Salafy (1995-2000) yang digerakkan Pesantren Ihya'us Sunnah dipimpin oleh Ja'far Umar Thalib yang belajar dengan Muqbil ibn Hadi al-Wadi'i, iaitu anak murid Nasir al-Din al-Albani dan Abdul Aziz bin Baz.

Sekiranya dari sisi literalis-ekstremis, Laffan melihatnya dari aspek jurnal Salafi yg dipimpin Ja'far (yang juga penggerak Laskar Jihad di Maluku); dari sisi sufi pula, beliau memilih aliran yang hampir pd Abdulrahman Wahid dan tokoh JIL, Ulil Abshar Abdullah; secara tidak langsung memperlihatkan dua sisi yg saling bertentangan tetapi tidak memberikan gambaran sebenar terhadap perkembangan tasawuf dengan lebih adil.

Leonardo Villalon melihat hubungan tariqat sufi dengan pemerintah dari zaman kolonial hingga kepresidenan serta pemerintahan Senegal - bagaimana hubungan tariqat-kerajaan-rakyat dan idea yang mirip kepada golongan reformasi-modenisme-Salafi. Sebenarnya saya bercadang melangkau bab ini, tetapi skopnya sangat menarik sehingga berasa rugi untuk ditinggalkan.

Pnina Werbner dlm Bahagian 3, melihat ketidakbenaran dikotomi pertentangan antara pramodeniti dan modeniti seperti rasional-tidak rasional, Gemeinschaft-Gesellschaft dsb melalui gerak penghijrahan diaspora Pakistan dan aliran Sufi yang turut berlaku.

Menarik juga melihat bagaimana sufisme memberikan nafas baru kepada golongan elit Maghribi akibat kesan sekularisasi dan modenisasi sehingga mereka mencari kebahagiaan melalui ajaran kerohanian dari dunia Timur seperti zen dan yoga, sebelum evolusi sufi memberikan jawapan khususnya melalui sorotan terhadap aliran sufi dr tariqat Qadiriyyah, iaitu Budshishiyya. Makalah ini ditulis oleh Patrick Haenni dan Raphail Voix, sekali gus memiliki kesinambungan dalam bab seterusnya.

Bab berikutnya menyorot gerakan spiritual di Amerika Syarikat (AS) dan Australia yang boleh dianggap sebagai fenomena baharu di Barat, iaitu New Age Religions atau New Religious Movement yang secara kasarnya boleh disimpulkan gerakan spiritual tanpa kepercayaan atau agama tanpa Tuhan. Barat yang gagal menemukan kebahagiaan dalam modenisme mengalihkan tumpuan mereka ke Timur utk mencari sisi kerohanian tetapi meninggalkan sisi ritual dan aspek kepercayaan.



Ulasan Bahagian 1: Modalities of Sufi Organization and Practices in Modern Society

Baik parti Milli Selamet Partisi (MSP)-Refah mahupun AKP di Turki, gerakan politik Islam terhutang dengan gerakan sufisme. Dalam bab Sufism and Modernity in Turkey: From the Authenticity of Experience to the Practice of Discipline, Brian Silverstein memetik kajian Hakan Yavuz yang mencatatkan Tariqat Naqshbandi menjadi matriks kepada gerakan politik dan sosial Islam Turki, iaitu pertama, neo-Naksibendi Sufi, Suleymanci dan tariqat lain termasuk kumpulan Iskender Pasha; kedua, intelektual Islam; ketiga, Nurcu, Bediuzzaman Said Nursi yang kelak menumbuhkan gerakan yang dipimpin Fethullah Gulen dan Milli Genclik Hareketi oleh Necmettin Erbakan.

Pada masa sama, komuniti Iskender Pasha yang pernah terkenal sebagai pusat kepada Tariqat Naqshabandiyah banyak melahirkan pemimpin utama MSP-Refah itu. Malah, Erbakan dan juga Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan pula adalah tokoh yang sering terbabit dalam sohbet (bahasa Arabnya, suhbah, suatu bentuk hubungan antara mursyid-murid dalam tariqat) Mehmed Hoca pada dekad 1970-an.

Bagaimanapun di sebalik sufisme menjadi tapak kepada tumbuhnya pelbagai gerakan politik dan sosial itu, hubungan antara ahli politik Islam dengan sufisme ada pasang surutnya seperti diskusi terhadap kewajaran pemimpin tariqat dari komuniti Iskender Pasha, Esad Hoca terlibat sepenuhnya dalam parti politik sama ada dalam parti sedia ada atau menubuhkan yang baharu, selain kenyataan Erbakan yang dilaporkan menyarankan beliau sepatutnya memiliki lebih autoriti kepada masyarakat Islam berbanding Esad.

Ketika Erdogan menubuhkan AKP ekoran pergeseran dalaman Refah disebabkan ketidakupayaan pemimpin yang kritikal terhadap Erbakan untuk naik ke atas, ramai pengasas parti baharu itu juga memiliki pengalaman dalam komuniti Iskender Pasha dan latar belakang hasil didikan secara tasawuf itu.

Silverstein sebenarnya membincangkan bagaimana bentuk interaksi dan asimilasi yang berlaku pada gerakan tariqat di Turki dalam peralihan total daripada Khilafah Turki Uthmaniyah kepada kerajaan sekular-nasionalis yang bermula dengan Mustafa Kamal Atarturk khususnya dalam menanggapi dan menghadapi modenisme.

Di sebalik tekanan kerajaan termasuk pengharaman, penutupan dan pengawalan gerakan tariqat di Turki, ranah sufisme tidak terus kontang ataupun terbakar musnah meskipun usaha yang dilakukan untuk menutup ruang sufisme itu terus-menerus berlaku.

Hakikat inilah yang perlu diberikan perhatian dan kajian dalam melihat sejauh mana kejayaan dan usaha gerakan politik Islam di Turki yang tidak hanya setakat keghairahan terhadap AKP dan Erdogan semata-mata, sebaliknya lebih dalam kepada sumber dan sebab yang melahirkan kedinamikan politik Islam serta interaksi mereka dengan elemen sekular atau liberal.
Profile Image for Lydia Mills.
37 reviews
December 28, 2018
I really loved reading this book too much.
You get a glimpse at what sufis are doing and how sufis do what they do all around the world.. and what are the differences, similarities, and how do they cope and adjust in the changing world. How varied!! I wanted more, I wanted there to be more authors, more studies and more chapters, it was enjoyable for me like that.
whether you are a sufi, are interested in things sufi, or even if you are vehemently anti-sufi I really recommend this book!
Displaying 1 - 2 of 2 reviews