Jump to ratings and reviews
Rate this book

Cinta Orked

Rate this book
Ada memori yang tercicir dari ingatannya tetapi Edwina yakin, Aqasha ialah cinta matinya. Namun setelah kebenaran terbongkar, jiwanya remuk.

“Saya masih belum maafkan dosa awak!” - AQASHA

Ya, Edwina ialah insan berdosa. Dan insan berdosa ini, telah jatuh cinta kepada seseorang yang sempurna di matanya.

“Saya tak sempurna tanpa awak,” - NADHIR

Janji itu memang manis, tetapi tak seindah realiti.
Lebih-lebih lagi, ada jiwa yang cemburu. Ada hati yang masih terluka.

Akhirnya, cinta itu milik siapa?

426 pages, ebook

Published October 1, 2023

12 people want to read

About the author

Syu Ariani

19 books224 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
11 (55%)
4 stars
7 (35%)
3 stars
2 (10%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Diniy Qistina.
191 reviews6 followers
February 25, 2025
Dari awal cerita sampai ⅓ cerita, serious menyirap gila dengan Aqasha. Dia pencurang, pendera, narcissistic, jahat, kejam, hah apa lagi? Yang negatif tu semua dialah senang cerita. Tertinggal pulak, suka gaslighting dan guilt trip orang. Bahaya manusia macam ni. ⚠️
Memang setiap kali keluar watak si Aqasha ni, memang bertan-tan makian keluar. Bukan berbakul dah, tapi bertan. The worst character I ever met this year! 😤🫵

Mula-mulakan, ingatkan Aqasha nilah watak hero utama. Ku memang sedih sungguh dah 😔. Almaklumlah, sebelum baca memang tak pernah baca blurb atau teaser cerita ni. Jadi tak ada bayangan langsung cerita ni tentang apa. Yang kita tahu sebelum baca cerita ni, cerita ni adalah cerita pain. Memang pain sungguh! Kesian gila dengan Orked Edwina. 5 tahun dia bertahan dengan perangai gila Aqasha yang entah pape. 😮‍💨

Aqasha ni dia curang dengan setiausaha sendiri merangkap kawan baik Orked, Lyna. Dia asyik tuduh Orked curang padahal dia yang curang Orked. Pastu acah tersakiti pulak. Menyampah! 🙄
Sampailah suatu hari tu, kantoi depan mata Orked. Memang tak leh nak buat apa dah. Makanya berpisahlah mereka.

Pastu Orked terjumpa dengan Nadhir. Lelaki yang pernah selamatkan dia dan ambil dia bekerja sebagai tea lady di ofis Nadhir. Fast forward, cuma nak cakap Nadhir dengan Orked ni sumpah comel! Asyik tersengih je dengan diorang berdua. Orked panggil Nadhir, Sayang. Nadhir panggil Orked, Cinta. Yih! Ada rama-rama berkuak lentang lah pulak. 😌👉🏼👈🏼🦋💞

Tidak dilupakan, sistur lurve dengan ending dia. Serves you right, omputeh kata. 😗✌🏼
Profile Image for Eyd1410.
836 reviews22 followers
November 8, 2023
Klise. Sangat klise. Dapat suami yang tidak menghargai, curang, narsis, semua trofi tu ada pada Aqasha. Dahulu dia pernah berjanji akan setia dan kerana kenyakinan itu dia buat lafaz taklik. Jika dia curang dan menyentuh perempuan lain selain Orked maka tertalaklah Orked dengan talak 3.

Lafaz taklik itulah yang menyelamatkan Orked dari terus setia bersama Aqasha. Orked itu cantik orangnya dan sangat mendengar kata. Dulunya Orked itu sedikit liar. Berganti pasangan. Tetapi bila dia berkahwin dengan Aqasha, dia menjadi isteri dan menantu yang sangat baik. Kerana kebaikannya itulah yang membuatkan mertua sayang padanya sehingga mereka sanggup melindungi Orked dari tindakan gila Aqasha.

Rupanya bukan Orked seorang menanggung kepahitan berumahtangga. Nadhir juga senasib dengan Orked. Pertemuan mereka itulah bermulanya titik tolak ke arah yang lebih mendalam. Kerana pernah dicurangi, mereka merasai beban perasaan yang sama dan mereka juga akhirnya mempunyai rasa cinta dan sudah tentu ibu Nadhir dan mertua Orked gembira akan hubungan tersebut.

Aqasha? Mereputlah dia dengan nafsu yang tidak sudah. Berbaik dengan Lyna kerana ingin menggauli. Selepas itu tidak ada rasa langsung mahu peduli tentang Lyna yang sarat mengandung. Lyna? Padan muka! Jahat sangat sapa suruh. Dah buat fitnah satu hal. Khianat kawan baik sendiri pula tu. So hadaplah Aqasha yang bagi Orked serupa sampah itu😏

Cerita yang smooth. Tiada sangat rasa sakit hati. Lebih santai. Sesuai untuk pembaca yang mahukan bacaan ringan.
Profile Image for Mslvoe.
2,136 reviews212 followers
March 8, 2025
Padan muka ex husband dia. Dahlah giler.. narcissistic pulak tu. Dah pukul lepas tu pujuk² cakap sayang.

Tuduh bini curang padahal diri sendiri yang curang.
Profile Image for Bay.
270 reviews4 followers
June 22, 2024
A solid five star from me. Rasa macam baran gila masa mula2 cerita. Bodoh betul ex Wina ni. Narcissistic.

Tapi bila lepas tu Wina jumpa dengan Nadhir… please la. I’m melting bila Wina panggil Nadhir sayang. Pastu Nadhira panggil cinta kat Wina. Like I’m awwww comel gila 😍😍😍
Profile Image for Zulaika.
122 reviews11 followers
December 27, 2023
Saya tertipu dengan teasernya ya. Fikirkan ebook ni pain sahaja, tapi nasib baik ada manisnya. Cuma itulah, perjalanan zu baca ebook ini pada awalnya memang berbakul makian. Sebab apa? Laki tu curang! Terpaling red flag nyah. Sabar je zu baca. Buku ni ada tw, nak tahu boleh dm zu.

Cukuplah kita cakap pasal jantan tak guna tu. Kita cakap pasal ml dalam ebook ni. Disebabkan dia memahami apa yang Orked lalui, dia tekad untuk ada bersama dengannya. Sejak hari itu, nama Orked Edwina sentiasa ada dalam doa Nadhir Afham. The way dia confess kat Orked comel weh! Obvious sangat tau cara Nadhir ni sampai gigih tanam bunga orkid untuk menunjukkan betapa rindunya dia pada pemilik hatinya, Orked Edwina.

Bacaan yang menarik, cuma kind of trigger zu sebab trope cheat is not my cup of tea. Tapi disebabkan karya Syu Ariani, kita baca. Bukan selalu fav penulis zu buat storyline macam ni. Suka betul seksa jiwa sendiri. Yang pasti Nadhir blushing itu comel!

“Siang tak sempurna tanpa malam, bumi tak sempurna tanpa langit, dan saya tak sempurna tanpa awak. Be my other half, will you?”
Displaying 1 - 5 of 5 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.