Jump to ratings and reviews
Rate this book

Bitter Honey

Rate this book

416 pages, Unknown Binding

Published January 1, 2023

6 people are currently reading
65 people want to read

About the author

Seri Maya

1 book1 follower

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
44 (48%)
4 stars
34 (37%)
3 stars
12 (13%)
2 stars
1 (1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 47 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,104 reviews206 followers
October 2, 2023
Sehari je F habiskan.

Tiada skip.. mata ini melekat pada setiap perkataan dalam naskah Bitter Honey.

Awal² F terasa sakit hati.. sakit hati sangat² dengan sikap Aidil. Mana janji setia pada Hannah? Semuanya hilang bila orang ketiga @ sepupu sendiri datang menyondol.

Hati sakit bila baca.. setiap ayat dan kelakuan Aidil hanya dusta semata². Sampai hati Aidil. Sanggup hancurkan hati Hannah.. sanggup curang. Dahlah parents Hannah dah meninggal. Siapa lagi Hannah nak mengadu? Damia kawan baik Hannah, kakak Adeeba. Damia sendiri tak setuju.

Sakit hati dengan mak Adeeba @ mak long. Cuba mulut tu kawal sikit.. dok menyata orang, anak sendiri menyondol senyap pulak.

Aidil ko memang bodoh. Ko memang jantan tak guna! Apa yang Rafiq cakap itu memang betul A to Z. Ko memang rugi. Hiduplah ko dalam penyesalan yang tidak terhingga. Cuma kesian pada puteri² Hannah.

F tahu karya ini pun dari Goodreads. Dok baca review readers.. terus cari kat shopee. Berbaloi baca!

Hebat wanita seperti Hannah. Bukan mudah dia nak berdiri teguh disebelah suami yang menduakan dia.



Sampai pagi F tak move on.. teringat² kisah Hannah. Tak pernah² F rasa terkesan sangat. If wujud watak Hannah ni, nak hug dia kuat².
Profile Image for SS.
524 reviews6 followers
October 22, 2023
Ini sekadar pendapat peribadi saya mengenai Bitter Honey.
Saya kira selama 14 tahun usia perkahwinan di antara Aidil & Nur Hannah. Mereka berdua bahagia sepanjang melayari bahtera perkahwinan. Setuju? Masing-masing menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya sebagai pasangan suami isteri & parents.

Dikurniakan 3 orang cahaya mata, kedua-duanya juga sudah stabil dari segi kewangan, berpendidikan tinggi serta berstatus. Jadi saya rasa tiada apa lagi yang mereka kurang. Melainkan hanya perlu maintainkan 'spark' ✨ dalam rumahtangga mereka. Walaupun ya. Sepanjang tempoh itu ada upside down nya. Tapi, mereka berjaya harungi. Awal perkahwinan memang tempoh untuk seseorang itu belajar. Kan?

Namun, kehadiran orang ketiga (Deeba) titik permulaan goyahnya Aidil. Silapnya disini ialah Hannah 'terlalu' bersangka baik. Rasanya kalau Hannah tak pedulikan Deeba pun tak mengapa. Sebab Deeba tu bukannya tidak boleh berdikari. Dia dah cukup besar untuk settlekan masalah yang dia hadapi. Tapi itulah peribadi Hannah yang mungkin tidak semua orang ada.

Kalau ada award watak perempuan paling tabah dalam novel. Kita boleh calonkan Nurul Hannah. Ketabahan dia ketika dilanda ujian orang ketiga dalam rumahtangga dia & Aidil memang 👍🏻. Kalau orang lain mungkin dah tunggang terbalik dah. Tapi Hannah. Wow! Cara dia react, bertanya dan tindakan selanjutnya memang tak semua orang mampu untuk lakukan. Nampak la orang educated tu macam mana.

Adil ke ending macamni? Bagi saya tak adil. Terutama sekali buat Hannah. Kalau saya duduk sebelah penulis masa dia tulis cerita ni. Mungkin kiteorang akan bercakaran sebab saya tak suka endingnya. 🤣 Saya sikit pun tak kesian dekat Aidil. Dia punca. Towards the end tu, sebab kau rasa kehilangan. Kau nak aku rasa simpati dekat kau? Hm tidak sama sekali.

Rata-rata semua dah tahu cerita Bitterhoney ini mengisahkan tentang apa. Ya. Curang - Poligami - Orang Ketiga- Kesetiaan Pasangan - Hal Rumahtangga. Jadi rasanya dah boleh tahu dah kan cerita ni memang turn out akan menyakitkan hati para pembaca sekalian. Tambah pula ada watak-watak yang sangat toksik & tolol. Memang jadi double sakit hati. Ini pun nasib baik la ada daya nak tulis ulasan. Ikutkan hati nak letak emoji jari tengah je (khas buat Aidil, Deeba & Puan Masyitah). Tapi apa pun, banyak pengajaran yang boleh diambil dari cerita Bitter Honey ni. 💔
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Fara.
235 reviews19 followers
January 25, 2024
Temanya biasa. Kahwin paksa dan poligami. Apa yang membuatkan novel ini menarik untuk dibaca adalah gaya penulisan, plot yang tersusun dan karakter yang jelas sifat manusiawinya. Macam menonton kisah benar.

Aidil, Hannah dan Adeeba merupakan golongan terpelajar. Pertengkaran mereka tak lewah. Rasanya Aidil tak gunakan alasan poligami itu sunah sebagai alasan. Eloklah. Mengaku sahaja memang gatal. Sudah. Senang.

Watak Hannah - seorang wanita yang kuat, straight to the point. Tak play victim walaupun layak berbuat demikian. Memiliki ketidaksempurnaan yang sempurna - dalam cekal ada naik turun imannya.

Aidil dan Adeeba pula memang menyakitkan hati kerana mereka miskin emosi. Tetapi tidak ditulis dengan cara yang mudah, tidak bersifat keanak-anakan yang melampau semata-mata untuk memancing kemarahan pembaca. Konflik orang ketiga itu digarap dengan baik dan matang.

Terdapat unsur dramatik yang berlebih-lebihan, tapi boleh diterima. Malah saya rasa ia adalah tindakan bijak daripada penulis. Kesannya, melewati hujung buku susah nak hentikan bacaan.

Selain itu, ada perkara-perkara kecil yang menarik dan ditulis dengan baik:

✏ dinamik hubungan mentua dan menantu seperti Puan Mariam dan Hannah. Bagaimana mereka bermula, sehingga Hannah menjadi menantu kesayangan.
✏ karakter orang tua yang pelbagai, malah terdapat perbezaan antara perwatakan lelaki tua dan perempuan tua.
✏ karakter anak sulung perempuan yang rumit. Mereka selalu melihat bapa sebagai hero dan beranggapan diri mereka adalah pelindung tegar buat emosi ibu mereka. Watak Alani berjaya menggambarkan karakter unik tersebut.
✏ kenaifan dan kesucian hati kanak-kanak. Mereka belajar daripada apa yang dilihat dan jujur dalam meluahkan sesuatu.

Tahniah buat penulis kerana menjadikan cerita dengan tema cliche ini menarik dan berbaloi untuk dibaca. Adaptation ready.

Soalan: Apa jenis pokok daun pada cover novel? Ada sesiapa tahu?
Profile Image for Noor Maizan.
85 reviews9 followers
September 10, 2023
Start 11pm, finish 3 am. Esok mesti menyesal kt office.

Buku ni, awalnya aku rasa mcm cliche drama cinta kahwin paksa...lama-lama semakin menarik.

Bukan kahwin paksa isunya...tapi...apa jadi bila suami jatuh cinta lagi, tapi bukan hanya dgn isterinya. Omg kena sangat isu hot kan skrg. Haha.

Turun naik emosi aku, cuma takda sampai rasa nak menangis tu. Hannah memang baik, aku tak boleh nak relate dengan ketabahan dan kebaikan dia jadi agak susah juga aku nk baca especially part nak dekat2 ending.

Haish kalau aku yg penulisnya mungkin ending akan berbeza. Haha. Tapi itulah bukan semua yg kita nak,kita boleh dapat...

Bitter honey.
Profile Image for Hida.
119 reviews11 followers
January 7, 2024
Rate: 4.5⭐️

Fuhh 😮‍💨 Lelah aku baca buku ni. NO jangan salah faham, bukan lelah sbb tak best, tapi lelah menanggung sakit hati dan geram. 😤😤

Buku ni akan buat emosi korg jd roller coaster 🎢 Lepas je apa yang terjadi, aku jadi nak termuntah real nak termuntah punya dgr kata2 si Aidil ni. Time aku baca tu, aku rasa nak jerit, PLEASE STOP 🛑 TALKING Aidil. Please la. Jangan bagi your alasan yang tak munasabah tu, menyirap je rasa 👊🏻👊🏻 Sorry, korg hahahha emosi lebih aku. Now, mcm mana gue nak percaya lagi dengan kata-kata manis, janji menggunung daripada seorang lelaki. 🤷🏻‍♀️ Dalam novel begini, dkt dunia luar sana pun it’s happening. Haish, sukar dah nak percaya skrg ni.

That’s why marriage ni it is not all about love, sbb love can change, love boleh memudar, tp apa yang penting dalam marriage kena ada responsibility dan rasa amanah dgn title yg dipegang baik suami atau isteri. Byk lg benda lain nak kena fikirkan. Love takkan menjamin everything 😌

Btw, ni buku pertama author tak silap aku 🤔 and for first book, this one mmg good 👍🏻👍🏻 Aku suka dgn writing style author ni, kena dgn jiwa aku. This book mmg emotionally devastating tp utk org yg suka angst dan pain mcm aku, bolehlah baca this one 🙊 Cuma aku tak puas hati sikit with the ending. The ML punya action dan decision tu aku takleh justify. Laaarghh, boleh pulak lastnya gitu. Hishh geram aku. He deserves more than that. Dahlah takda common sense haish geram geram 😠 Hahhaha, kalau cite pasal ML dia sampai bila tak abis kan. 😂 Papepun, i salute the strong FL, Hannah 🩵🩵 #emptycanvashida
Profile Image for matchataro.
179 reviews29 followers
October 15, 2023
personal rating: 4.9/5🌟

genre — melodrama

TW — poligami, penyondol, cheating, suicide attempt, DUMB MALE LEAD

📝Segalanya tampak sempurna dan bahagia tapi mereka lupa yang sempurna itu hanya Dia. Ini kisah realiti. Badai yang menimpa mahligai yang sudah terbina selama 14 tahun.

"Truth is honey which is bitter. Jika kita menidakkan segala kepahitan dalam hidup ini, kita takkan rasa kemanisannya."

is this karya pertama kak seri maya? Because i refused to believe this. Plot cerita tersusun cantik buat kau takkan mampu berhenti letak buku walaupun migrain melanda👍🏻 flow tak draggy, tak terburu-buru. Bahasa sedapp sesak dada dibuatnya walaupun ada certain time yang buat saya terganggu sebab banyak sangat monolog yang dijelaskan menggunakan ('')

saya cuba faham pov Aidil tapi saya tak bolehhh saya tak boleh justify apa sahaja yang dia buat😭 at the very first place he can prevent but this man right here keep making cheap excuses😀

Hannah, you deserve the world. A strong woman, wife and mother indeed saya yakin kalau saya berada di tempat Hannah saya takkan mampu sekuat dia'(( memang akan minta berpisah terus😭☝🏻

Puan Mariam, thankyou for being a good mother-in-law. Hannah and Puan Mariam scenes always touched my heart sayu je setiap kali Puan Mariam pujuk Hannah🥹🤍

Buat Deeba dan Puan Masyiton, korang berdua memang shhsjdhsj🥰 🔪

everyone said that they love the ending, bittersweet and realistic to the point that Aidil deserved that but i'm so sorry HE DID NOT. after all things happened, his decision at the end really boiled my blood😊 I wish I can see he repent more or balasan setimpal dia dapat macam cacat ke kudung ke haih entah la jantan ni memang buat baran betol this explained why rating hilang 0.1 HAHAHA

saya tak mampu ulas banyak sebab anda patut baca sendiri!! it was a heart-wrenching story full with life perceptions. highly recommended untuk baran bersamaa but if you have serious anger issue please reconsider to read this because i'm afraid it might affect your mental tak semua mampu untuk baca isu seberat ini😔 apapon kudos to kak seri maya thankyou for this masterpiece anda berjaya buat emosi saya turun naik sepanjang baca🫶🏻
Profile Image for Eyqa.
20 reviews
September 30, 2023
Untuk karya pertama dari author ni bole cakap yang ini adalah novel yang terbaik. Sakit dia tu menusuk dalam kalbu terus. Dan realiti yer memang ada semua macam ni. Ini bukan tipikal cerita dalam novel. Nampak yang author memang buat kajian habis.

Kesempurnaan seorang isteri, Hannah. Bijak. Terpelajar. Bekerjaya. Isteri & ibu yang terbaik. Tapi dikhianati oleh suami sendiri. Kalau Hannah ni isteri yang derhaka atau jenis macam Puan Masyitah tu layak la kena. Tapi dia sendiri tak tahu silap dia. Tapi sebab nafsu seorang lelaki yang tak pernah puas. Hannah jadi mangsa.

Aidil. Sedar tak dulu susahnya nak dapatkan Hannah. Semua pemuda kampung jatuh cinta dengan Hannah. Walaupun pada asalnya Hannah terpaksa terima tapi Hannah sendiri berubah & berjanji untuk jadi yang terbaik untuk Aidil. Kerana dia punya rupa & kerana Aidil rasa dia MAMPU dari segi keewangan. Tapi dia tak sedar dia akan kehilangan semuanya nanti.

Dari awal baca sakitnya jiwa. Sebab ayat-ayat cinta Aidil yang macam ludah ke muka sendiri. Cakap tak serupa bikin kata orang. Tahniah author. Teruskan lagi buat karya-karya yang hebat macam ni. Untuk yang belum baca, anda sangatlah rugi.
Profile Image for Reen.
39 reviews4 followers
August 12, 2025
Banyak emosi dalam satu novel ni. Awal-awal rasa manis dan comel, tengah-tengah marah dan sakit hati, hujung-hujung rasa pahit dan perit. By the way, aku suka gaya penulisan penulis sebab bila baca rasa smooth je. Tahu-tahu dah separuh dah baca.


Watak Aidil dekat dalam ni buat aku rasa geram. Dari awal sampai habis ikut je ego dan nafsu sendiri tu. Hujung-hujung baru dia sedar yang dia memang tak pandai jaga bini. Kan menyesal awalkan bagus. 😔


Yang si Hannah ni pula belajar tinggi tapi setia dan taat je dengan suami. Walaupun suami dia curang. Tapi sebab anak-anak, dia reda je. Anak-anak jadi kekuatan Hannah.😌


Novel ni sebenarnya ada je berlaku dalam dunia realiti. Timbul persoalan dalam diri aku sebagai orang single ni sebab tak faham lelaki ni memang tak cukup satu ke? Bagi aku pula yang perempuan ni memang tak nak lari ke? Sebaliknya cerita ni nak bagitahu pentingnya kasih sayang, keikhlasan dan peranan anak-anak dalam keluarga.


Lama aku fikir berapa bintang nak bagi. Sebab geram dengan Aidil dan Hannah😤. Jadi aku bagi empat sebab aku suka latar tempat, jalan cerita, emosi dalam cerita ni dan gaya penulisan.

(Kalau naskah ni jadi drama, mesti meletup punya)
Profile Image for Qayiem Razali.
892 reviews85 followers
May 11, 2024
29/2024

-Bitter Honey
-Seri Maya

Sudah lama rasanya tidak membaca novel yang membuatkan emosi saya teruji begini. Haha. Akhirnya, novel ini berjaya membuatkan tekanan darah saya naik. 😂😂 Tahniah buat penulis untuk penghasilan novel setebal 400+ halaman ini.

Berkisar mengenai kisah polimagi, antara Hannah-Aidil-Adeeba. Walaupun kedengaran klise, namun jangan dilihat pada temanya semata. Lihat pada gerak ceritanya. Bagi saya novel pertama novelis ini berjaya disusun dengan baik. Tiada bab yang terasa membosankan atau sekadar untuk mencukupkan muka surat. Semua bab berjaya bermain dengan emosi.

Ketabahan Hannah, Kebodohan Aidil, Ketamakan Adeeba, Ke'maklampiran' Pn Masyitah... Semuanya diceritakan dengan baik. Sekali lagi tahniah buat Seri Maya. Teruskan berkarya.
Profile Image for alya adlina.
235 reviews13 followers
October 18, 2023
bitter honey by seri maya
rate: 4.5

“𝑇𝑟𝑢𝑡ℎ 𝑖𝑠 ℎ𝑜𝑛𝑒𝑦 𝑤ℎ𝑖𝑐ℎ 𝑖𝑠 𝑏𝑖𝑡𝑡𝑒𝑟. 𝐽𝑖𝑘𝑎 𝑘𝑖𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑖𝑑𝑎𝑘𝑘𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑔𝑎𝑙𝑎 𝑘𝑒𝑝𝑎ℎ𝑖𝑡𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 ℎ𝑖𝑑𝑢𝑝, 𝑘𝑖𝑡𝑎 𝑡𝑎𝑘𝑘𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑎 𝑘𝑒𝑚𝑎𝑛𝑖𝑠𝑎𝑛𝑛𝑦𝑎.“
_

just another malay novel that broke me into pieces.
it took me some time to review this cause i still can’t move on from it. the only thing that i got from this book is just PAIN. in conclusion, i hate man (especially aidil)…..

Hannah is a great independent woman ever i love her character. she’s just giving that bossy vibes. she wants to focus on her career first and never want to get married early until one day Aidil, who has a crush on Hannah since day one. he wants to marry Hannah. after few years later, they got three kids and still happily married. but you know not every life will be sweet as honey it can be bitter as coffee too.

polygamy is one of the trope in this book. i don’t hate this trope but at the same time i don’t like this trope same goes to cheating. the plot in this book is just full of drama which is i like it so much. we love some drama and angsty. the amount of tears i have over this book is just unstoppable. the ending of the book living me quite satisfied actually, it’s not a happy ending also it’s not (that) sad ending. at least we hot a closure and also as a title of book it’s a bitter honey ending.

i do recommend this book. just read this book even though you hate polygamy but the drama and the writing is so good. you just felt all the feelings in real life. the anger, the sadness, the happiness, the romance is romancing, all of it were felt so real.
Profile Image for Atiqah Ahmad.
208 reviews2 followers
June 18, 2025
What an unexpected ending! Aku jenis yang tak gemar baca blurb, because i need that thrill and i love surprises. But this time i got surprised sebab jangkaan plot aku meleset sama sekali.

Tbh, niat aku membaca novel ni memang untuk mendera ketahanan mental aku sendiri, as i know roughly this story is about cheating. Dan ternyata niatku dimakbulkan kerana aku merentan sepanjang pembacaan. Sigh.

Tahniah kepada penulis kerana karya anda adalah page turner, di samping mampu membuat aku membelek setiap helaian dengan penuh beremosi. Aku sangkakan hati aku sudah kering sebab tak berupaya menitiskan air mata, namun akhirnya aku tewas pada scene surat.

Miraculously minus just 1 ⭐ berpunca dari kejengkelan aku pada Aidil and i hate that ending so much, as i feel like it's just unfair. Plus those misspelling and grammar errors. Plus i was expecting a 2nd lead, no?
Profile Image for libraryofaisha.
61 reviews5 followers
October 7, 2023
If you're in a mood to read a book yang akan menyakitkan hati anda, baca buku ni.

Bitter Honey - Rasanya kalau baca based on the sinopsis buku pun dah tau yang cerita ni mesti ber-isu-kan tentang poligami kan ? Secara jujurnya, saya memang tak minat cerita yang berunsurkan sebegini sebab saya tahu memang akan buat saya annoyed tapi buku ni.....ending dia lain macam dari buku yang lain.

- Kisah Aidil dan Hannah ni memang boleh saya katakan banyak sebenarnya. Merapu je watak Aidil ni. I mean like how can you 'love' someone but at the same time kau cinta orang lain juga. Nonsense kan ?? Aidil deserves that ending, puas hati gue. Kalau nak ulas cerita ni dengan lebih panjang nanti takut terspoil pula so I have to keep my mouth shut 😙

- Gaya penulisan yang jelas dan mudah dibaca. Sepanjang pembacaan buku ini, kita boleh lihat banyak watak, masing ii struggle dengan keinginan dan kelemahan mereka sendiri. Character development dalam buku ni yang membuatkan buku ni menjadi memorable.

This book can be emotionally devastating at times but please, dont miss out on this heart-wrenching story.
Profile Image for Izzati Aisyah.
264 reviews40 followers
November 6, 2023
Aku ingat aku akan nangis baca novel ni tapi sampai ke ending aku tak nangis. 🤣 Ke sebab rasa sakit hati aku melebihi rasa kesian aku dekat semua watak. Dan sampai ke sudah aku tak rasa nak maafkan Aidil ni. Dia memang arghhhh... rasa macam terpaling bijak dalam bertindak. Pastu, Hannah pun salah jugak. Dialah yang bukak ruang untuk orang ketiga tu muncul. Pokoknya, dalam cerita ni semua orang salah.

Dan aku rasa aku puas dah dengan ending yang penulis create untuk kisah Aidil, Hannah dan Adeeba ni tapi aku ada ending yang lagi best yang berlegar-legar dalam fikiran... tapi kita simpan jelah.

Okey, kena cepat-cepat move on ke next cerita supaya hati tak sakit lagi. 🙃
Profile Image for N.A.N.A.
217 reviews5 followers
October 7, 2023
Novel kedua yg buat aku nangis lps baca lili buat najah. Awal2 bab tu aku dh meluat dgn watak mak long aidil, adibah bahkan si aidil tu sendiri aku tak suka. Suka penulisan cik/puan penulis. Best. Tetapi ada jgk di beberapa muka surat tu terdapat kesalahan pada ayat dan jgk typo. Karya pertama penulis best. Moga terus berkarya
Profile Image for Alia Fatihah.
118 reviews8 followers
December 21, 2024
Macam tak percaya ni debut novel bagi penulis Seri Maya sebab everything about this book sangat sempurna. Buku ni sangat fast paced dan sangat laju. Walaupun kisah yang dibawa buku ni mungkin tak boleh diterima semua orang tapi bagi aku kisah ini cukup lengkap.

Mengisahkan Aidil yang memang sukakan Hannah daripada dorang muda dan boleh dikatakan usia remaja lagi. Aidil sepatutnya dijodohkan dengan sepupunya, Damia tetapi dia taknak. Aidil ni suka sangat dengan Hannah sehingga dia suruh ibu bapanya meminang Hannah. Awal penceritaan boleh dikatakan dorang ni kahwin paksa la sebab Hannah tak suka Aidil tapi parents dia yang terima pinangan Aidil tu. Fast forward beberapa tahun sampai dorang dah ada 3 orang anak, Aidil pun buat keputusan untuk berkahwin lain dengan adik sepupu dia sendiri pulak tu ??!!!!!! Memang menyirap part ni aku baca. Macam biasalah typical lelaki tak guna bila dah ada yang baru tapi dihati dan di mulut masih nak simpan dan kononnya masih sayangkan yang pertama 😒.

Plot memang best. Sangat kemas bahasanya dan jalan cerita pun teratur. Even cerita ni dari awal dorang belum kahwin sampai dah tiga orang anak tapi memang laju dan tak draggy. Aku habiskan naskhah setebal 400+ ms ni in one sitting je ye. Memang best dan bikin emosi la cerita ni.

Character development. SEMUA CHARACTERS BERKEMBANG DENGAN BAIK DAN EVOLVE INTO BETTER CHARACTERS!!!! Aku tak tipu ye. Semua watak punya character development best dan even watak Adeeba si penyondol tu pun ada development dan hujung penceritaan aku tak boleh nak benci dia ni. Aidil pun sama. Aku memang cukup benci dengan cerita lelaki curang dah poligami ni tapi watak Aidil ni tak macam watak suami curang dalam novel novel lain yang pernah aku baca. Hannah memang perfect kalau dia wujud aku nakkkkk sangat peluk dia. She’s so strong. Back to back dugaan dan ujian yang menimpa dia sebagai seorang isteri dan seorang ibu. Walaupun dia hampir hilang pertimbangan tetapi dia berbalik kepada agama.

The last 20 pages sangat lah heart wrenching dan unexpected bagi aku. Sedih gila 😭 tapi memang itu lah sepatutnya pun terjadi. Aku tak boleh bayangkan ending lain untuk kisah ni. Pengakhiran yang ditulis oleh author ni memang dah sempurna. Semua dapat apa yang dorang deserve.

Banyak pengajaran kisah ni sebenarnya. Walaupun tema novel ni suami yang curang dan poligami tapi ada something yang pembaca boleh dapat daripada kisah Aidil dan Hannah ini.

Overall memang best dan sangat recommended

5🌟

Auto masuk list Best read 2024!
Profile Image for btrsyaaiman.
78 reviews8 followers
November 17, 2023
actual rating: 2.5 stars

typical drama melayu. sampai ke ending pun mcm “Lah?”, but i have to admit, reading this book was like an emotional rollercoaster ride, maybe sbb i jenis yg feeling2 bila membaca and cara penulis menulis ayat2nya well-sorted. tapi tulah, cliche :/
Profile Image for meenie.
342 reviews2 followers
February 17, 2024
sedih. marah. kecewa. sesal. semua jenis emosi kita merasai waktu baca buku ini. sumpah tak menyesal bila tengok orang lain baca buku ni and kita terikut haih cumanya menyesal kenal aidil 😄😄😄😄 mulai harini saya benci semua nama aidil hahahaha

aidil dan hannah. aidil percaya yang hannah ni tulang rusuk kiri dia pelengkap separuh ibadahnya itu inilah maka disuruh parents dia meminang hannah. pada awalnya, korang akan rasa bapak annoying siot hannah ni memang nak makan penampar. sumpah ignorant and selfish. dia rasa dia terpaling phd wait until she knows who aidil is. tiga bulan pertama berkahwin, aidil buktikan yang dia seorang lelaki yang sangat baik. terlampau baik. apa hannah nak semua dia bagi. nak sambung phd okay. nak pjj okay. nak itu nak ini semua okay. ini membuatkan hannah mula terbit rasa tak akan siakan aidil. yelah, laki kau dah sayang kau. siapa je tak nak kan? sayang bagai nak rak kot.

11 tahun berkahwin, dikurniakan 3 orang anak, aidil tersilap langkah. mana silapnya? dia cakap hannah takde kurangnya moh merepek engko jatuh cinta lagi…. merepek kan ? kata hannah bidadari syurga pastu engko jatuh cinta lagi apo nyah stress aku baca. ha the rest boleh baca sendiri ye

bagi saya, cerita ni sangat mengangkat emosi dan martabat wanita. emosi wanita woo perit do. jadi hannah. lepas sorang sorang pergi siapa je tak meraung. ada laki pun cam bodoh je tak membantu sibuk dengan isteri kedua. yang tak boleh blah isteri kedua dia orang terdekat je. belum masuk lagi puan masyitah tu. ei nape eh ko tak mati strok ke apa geram aku. anyways kudos to the author. terbaik wo saya rasa sampai nak campak buku ni masuk loji hehe okay bye
Profile Image for Syida Mrs Nick.
130 reviews5 followers
December 25, 2023
Cerita mengenai masalah rumah tangga yg dilakukan oleh penyondol. Pada awal cerita nampak lelaki ni ala2 budak hostel yg suka lepak atas batu petik gitar dan mengorat anak dara orang. Kemudian dpt jgk kahwin dgn perempuan idaman dr kecik tu. Dan kisah rumah tangga jd sweet sgt.

Dah ada penyondol segalanya kacau bilau. Bila nakhoda kapal x pandai mengemudi 2 buah kapal serentak maka jd lah x tentu arah. Tambah menyedihkn apabila anak lelaki mereka pulak yg mati disebabkn kelalaian org sekeliling. Part ni air mata dah mengalir deras dah.

Tapi bila kemudian berlaku 1lg kematian, rs mcm cerita ni jenis sedih pakat semua nak mati jer. Rs mcm typical malay drama plk.

Cuma watak antagonist mmg menjadi, tp cerita bab kifarah untuk menyondol x ditekankan sangat. So kurang puas dkt sini. 2 benda tu jer yg jadi kurang sikit utk buku ni.

Penulisan tersangat best sbb seperti penceritaan depan mata.
Profile Image for Ieqa sawal.
37 reviews1 follower
January 12, 2025
Saya Puas dengan Ending dia
Walaupun Pahit untuk ditelan, Dah namanya Takdir perlulah berdamai dengan KetentuanNya .
Mudahkan Kata-Kata ni? la jadi mudah sebab bukan kita yang menghadapi Ujian tu kan?
Kesian Arwah Hannah & Arwah Aydan

4
Ringkasan Pengajaran Dalam Karya Beliau yang saya dapat .

1- Alim macam mana pun kita, Kita tetap Manusia yang Lemah yang akan persoalkan Takdir itu. Dan tetaplah Berdoa &
Bergantung harap Pada Allah yang Maha Esa.
2- Berpoligami Bukan soal Mampu atau Adil dari segi kewangan
TAPI kemampuan dari segi Adil Kasih dan Sayang, Layanan dIl
3- Hasad dengki & Tamak Bila dah menguasai diri akan membinasakan Keadaan sekeliling .
4- salah sendiri tetap nampak baik & betul sedangkan Ada hati yang menderita atas kepentingan diri sendiri .


"Jangan dilepaskan dari tangan barang yang telah ada kerana mengharapkan barang yang masih jauh. -Hamka-
Profile Image for Kirahbacabukuni.
52 reviews15 followers
June 8, 2024
Ke tepi semua orang! Minggir! Buku ni dah meloncat-loncat naik carta pain tempat kedua kita pernah baca in my whole lifeeee 😭

Kita tahu buku ni pain based on teaser dan poster penulis, tapi tak sangka sesakit ini? Siapa nak tampal luka kat hati saya ni? Siapa nak jahit balik jiwa saya yang dah rosak ni? Siapaaaaa? siapaaa 😭?

Hannah, dia tak suka kutu rayau kampung tu. Bagi dia macam tak ada masa depan. Tapi itu kisah berbelas-belas tahun yang dulu. Bila Aidil masuk meminangnya, Aidil bukan orang yang sama petik gitar kapuk di kampung.

Kini Aidil dengan Hannah berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Bahagia? Ya. Cinta yang tak ada di awalnya dipupuk sampailah ada anak tiga. Anak-anak yang baik dan bijak semuanya.

Tapi di saat bahagia dan sempurna di dada, Allah turunkan ujian untuk mereka. Aidil?

Aidil mula berbagi kasih. 15 tahun usia perkahwinannya dengan Hannah, siapa tahu sekali lagi dia kata dia jatuh cinta.

Hannah?
Rasa ditipu. Rasa dikhianati dan disakiti. Kepercayaan, kesetiaan dan kasih sayang dia selama ni.. Apakah tak cukup lagi?

"𝘈𝘣𝘢𝘯𝘨 𝘫𝘢𝘵𝘶𝘩 𝘤𝘪𝘯𝘵𝘢 𝘭𝘢𝘨𝘪, 𝘏𝘢𝘯𝘯𝘢𝘩. 𝘔𝘢𝘢𝘧𝘬𝘢𝘯 𝘢𝘣𝘢𝘯𝘨."

Di saat hati mulai belajar erti reda, dugaan datang lagi dalam bentuk kehilangan. Kali ni tak mampu lagi Hannah bangkit di saat amarah dan dendam berputik di hati.

Tapi sekeras-keras Hannah, dia wanita yang tak mampu marah lama. Dendamnya juga takkan dia sanggup bawa ke mana-mana. Lantas bahagia masihkah ada?

Overall, buku ni pain dia kalau Kirah boleh bagi, Kirah bagi pain dia infinity. Tak cukup daripada awal kita punya darah naik, dia bawak sampai ke penghujungnya. Tapi faham dak perasaan cerita tu best, bagus gila tapi dalam masa yang sama kau sedih. Sedih sangat-sangat. Kau rasa kau boleh relate dengan watak tu. Kau faham kenapa dia begitu. Kenapa dia boleh cukup sabar. Kau mengerti pengorbanan dia, perjuangan dia untuk bahagiakan anak-anak dia walaupun hati dia dah makin tawar tak ada rasa.

Best gila. Best yang teramat bagi Kirah and this book deserves a high recognition for being so freaking good dan mampu buat kita punya emotion out of control lepas habis merempit ceritanya.

To those yang masih setia bertahan, bertahanlah. Pasti nanti akan ada sinar 🥹
8 reviews
February 7, 2025
Pada mulanya, saya tertarik untuk membeli buku ini kerana kata-kata yang terdapat di belakang novel ini, 'Kisah yang memperkasakan dan memartabatkan wanita". Saya berfikir, kisah apa agaknya yang hendak dikongsikan oleh penulis sehinggakan ada komentar sebegini. Bagaimana agaknya sebuah novel boleh memperkasakan dan memartabatkan kehidupan seorang wanita, walhal umum maklum bahawa segelintir wanita zaman kini seringkali direndahkan, diremehkan, dan dianggap lemah hingga tidak mampu untuk berjuang demi diri sendiri disebabkan oleh faktor pengaruh masyarakat itu sendiri.

Pandangan saya berubah setelah membaca novel ini. Mungkin pandangan kasar saya cuba untuk menidakkan kewujudan wanita berjiwa tabah dan sangatlah redha dengan keadaan yang menimpa dirinya. Bermula dengan kisah perkahwinan yang berlaku tanpa persetujuan penuh darinya, diuji dengan tohmahan ibu mertua dan sanak-saudara apabila dia terpaksa bekerja PJJ dengan suaminya, berlaku peristiwa kegurguran anak dan menyebabkannya lambat mengandung lagi, gangguan orang ketiga dalam rumahtangga, malahan sehingga ke penghujung cerita, perjalanan Hannah tidak pernah sepi tanpa ujian.

Hannah sentiasa berusaha menjadi wanita hebat. Dia mengambil masa untuk berduka dengan segala ketidakadilan yang terjadi, namun dia segera bangkit dan memujuk dirinya untuk menerima segala keburukan itu selepas beberapa tempoh dia berduka dan muhasabah diri. Mulianya hati Hannah apabila dia sanggup memaafkan segala yang orang lakukan terhadap dia selepas itu. Kalau saya, saya masih tidak sekuat itu.

Tapi Hannah menjadi inspirasi saya. Ianya tidaklah mustahil untuk kita mendidik diri agar cepat-cepat redha dengan ketentuan Tuhan. Ianya susah tapi kita pasti boleh terima segala kehilangan yang kita alami. Hannahlah buktinya, dan mungkin juga kita semua bakal menjadi bukti-bukti yang hidup kalau kita mampu menjadi wanita seluhur Hannah.

Bagi saya, kisah ini terlalu banyak inspirasi, motivasi dan pengajaran kepada diri saya sendiri sebagai seorang wanita bergelar ibu dan isteri. Bacaan penuh emosi dan air mata ini saya nilaikan dengan 5 bintang. Tahniah kepada penulis dan saya menantikan karya seterusnya daripada penulis ini.
Profile Image for Aira Zira.
113 reviews2 followers
December 23, 2025
Kenapa tak ada yg warning cerita ni boleh mengalirkan airmata.😭 Terlalu banyak emosi nak hadap dalam cerita ni. Kebaikan Hannah menjadi salah satu sebab saya menangis. Tabahnya dia, lembutnya dia, hebatnya dia.😭 Kamu memang bidadari seperti yg Aidil gelarkan.🩵

Kemanisan Aidil ni memang tak dinafikan. Lelaki sempurna dan memahami. Silapnya dia jatuh cinta lagi. Amende lah kan boleh jatuh cinta lagi kalau dah beria sayang si isteri.😭 Kita rasa mengarut tapi itulah kenyataannya. Keluarga bahagia yg kita saksikan perlahan2 jadi keluarga yg kucar kacir. Tapi Hannah pandai mengawal keadaan.

Keadaan jadi serabut bila mak si Adeeba itu terlalu menyibuk. Berapi2 ye baca part makcik ni. Rasa nak dicili-cilikan mulut dia sampai bengkak2 biar tak ada bibir terus. Geramnya tu memang tak boleh kompromi. Adeeba pula memang dasar pelakor! Tapi bila dah kahwin tu dia tak pula nampak jahat sgt. Maklumlah, tugas tu dah diambil alih oleh maknya.

Tak tahu nak merentan apa lagi sebab semua salah Aidil. Belajar tinggi2, gelaran hebat tapi otak dia macam belum salin kulit lagi gamaknya. Cerita ni memang berjaya bagi seribu satu rasa. Kejap suka, kejap marah. Kejap sayang, kejap benci. Lepas satu, satu ujian menimpa sampai saya pun lemas dgn airmata sendiri.

Puaslah segala rasa. Semua sebab Ara lah ni sampai tak menyempat beli terus saya baca nak feel the emotion. Pain tu ada, ada pada si Hannah yg terlalu baik untuk cerita ni.😭 Okay lah saya nak move on.
Profile Image for Mohamad Nasrul.
198 reviews7 followers
January 12, 2025
Bitter Honey - sepahit tajuknya, begitulah pahit juga jiwa saya ketika membacanya. Semuanya bermula indah, namun kehadiran orang ketiga mula meretakkan hubungan Aidil, Hannah dan anak-anak mereka.

Perkembangan watak dilakarkan dengan berkesan, baik sisi positif mahupun negatif masing-masing. Ada watak bermula dengan penuh kebaikan, namun terjunam ke lembah luka dan melukakan. Ada watak bermula dengan negatif, namun pada akhirnya, watak itulah menjadi pendukung watak utama. Setiap watak yang ditulis memberi kesan yang mendalam dalam cerita ini.

Sebaik kedatangan orang ketiga, emosi saya benar-benar turun naik dalam menyelam kisah cinta mereka. Sedih dan marah bergaul menjadi satu, membungkam jiwa saya sebagai pembaca.

Wow! Saya tidak menjangkakan kesudahan cerita seperti itu. Namun, pengajaran berharga daripada cerita ini sungguh membekas di hati.
Profile Image for Syamim.
37 reviews
July 7, 2025
Pergh.. 2 jam 46 minit in one seating. Lama rasanya tak ada buku yang membuatkan rasa tak nak letak ni.

Awal penceritaan dah rasa dah kesakitan itu. Rupanya makin baca makin terasa-raaa mencucuk di jiwa.

Sampai hati Aidil buat Hannah macam tu. Dan sememangnya ayat cliche si perampas, saya hajlnya nak menumpang kasih. Eh, makin emo pulak kita membacanya.

Tak banyak novel yang boleh membuatkan aku menitiskan air mata. But this is one of them. 😭
Profile Image for Maya.
61 reviews2 followers
October 18, 2024
A 3-star rating is a crime because this book is so good!

Tema yang biasa, jadi aku susah nak rate tinggi sangat. I'm more into a theme-centric person.
writing author memang best. Cerita ni tak cliché langsung.

Cuma, bab bab poligami membuatkan aku sensitif. entah lah, benci
Profile Image for Chombi.
120 reviews3 followers
November 1, 2024
Jalan cerita yang bagus dan kemas. Dialog saya rasa terlalu datar.
Cuma rasa sedikit terganggu dgn plot yg hujung-hujung nak sumbat semua yg negatif, tertekan, konflik, kehilangan, mak long jahat mulut... Lepas tu dalam sekelip mata boleh redha, bertaubat dan redha dgn kehidupan bermadu, kehilangan anak bongsu. Walaupun Hannah cakap dia manusia biasa, tapi dapat rasa dia watak hitam putih yg terlalu dimurnikan. Terangkum dalam kurang 100ms terakhir. Serabut sikit sebagai pembaca. Sebab rasa tak puas sakit hati, rasa tak puas rasa kehilangan. Tak sampai ke hati.

Apapun ini resensi saya. Penulis jgn ambil hati. Buat yg lebih baik untuk karya akan datang.
Profile Image for Wady.
36 reviews
July 1, 2024
This book make me break down , oh dang im cry and the next morning my eyes are swollen HAHAHAH

“Man just man” nothing can change the quote . He totally a man after all 🙂🙂 - Aidil

I can feel what hannah feel about unfairness, disrespect, trust issues, being lied to someone she trust the most , unfaithful so many of it that make me traumatised to get married …

Like at first he so desperate want to marry hannah and promise to be faithful till the end of the life but it just a promise that never be truth cause he still fall for other women while saying that he only love hannah huh ... then why you fall for other women , why you married to that girl , what are doing?!
Promise to be fair to both wives , “ you sure bestie ? “
YOUR NOT N. O . T u twisted with your word and hurt your wife and then “im sorry " wak lu sorry .. I cant with aidil , he keep saying sorry for every mistake and cry and then sorry again and cry again (murah beno air mata mu ) , the next day you did same thing again you hurt hannah again and again doo ( frustrated at the climax seriously )🥹🥹

And aydan i cant , i cant , i bawling my eyes out cause of you … And the devil mother in laws you the one should be at hannah and aydan place not them ... tanah pusaka , tanah pusaka , tanam ko dlm tanah pusaka tu baru tau 😌😌

Hannah family and aydan ❤️❤️
Profile Image for Siti Sarah.
237 reviews
September 25, 2024
Jalan cerita biasa2, tapi x sangka pengakhiran dia mcm tu. Tapi bila Hanah dah kantoi Aidil dgn Adeeba babak tu memang best.
Profile Image for Putri.
17 reviews
October 10, 2023
Bitter Honey by Seri Maya : ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️/ 5

 " Truth is honey which is bitter. Jika kita menidakkan segala kepahitan dalam hidup kita, kita takkan rasa kemanisannya."

Hello lovelies🫧 first of all, this is my opinion and honest review from me🥹 pls don't let my review influence your own opinions🥺 read it by yourself and decide for yourself🫶🏻

🫧 honest review:

The amount of times i’ve cried over this book... IF YOU LIKE PAIN, PLEASE READ THIS BOOK!! Book ni sekali dah baca memang ketagih nak habiskan!!! thumbs up to Seri Maya!!!

Taknak cakap banyak, buku ni memang sakit ye. Sakit sangat-sangat. Aidil dan Hannah, disatukan atas perjodohan keluarga. Pada mulanya, Hannah susah nak terima Aidil sebab bagi dia, Aidil ni macam palesit. Tak bertanggungjawab. Namun, sekeras manapun hati Hannah, wanita itu akhirnya jatuh cinta pada Aidil.

Awal pernikahan, memang bahagia sampai Hannah mengandung. Tapi sayangnya, Hannah keguguran. Masa ni, tuhan jela tahu betapa aku nak maki hamunnya Mak Long aidil tu. Mulut tu eyyy!!!!!! Mak aidil masa ni pun hampir nak termakan kata-kata kakak dia tu huhhh

Tapi Hannah ni, wanita hebat. Wanita yang kuat. Dia tak melawan tapi dia lebih kepada 'Kill them with kindness'. Lama lepas itu, Hannah mengandung lagi. Sampai 14 Tahun Aidil dengan Hannah ni hidup bersama sehingga dikurniakan 3 orang anak. Masa ni nampakla bahagia nak mampos.

Ehhhh tup tup muncul si penyondol which is sepupu Aidil sendiri, adik kawan baik Hannah. Adeeba.

Pompuan ni awal awal agak-- ya allah munafik gila and memang tak tahu malu. Dia boleh cakap "Saya perempuan saya faham perasaan Kak Hannah yada yada" SAKIT GILA HATI AKU.

Maka bermulala kehancuran kebahagian Aidil & Hannah.

The most hated character in this book ofc Aidil. Hang memang fakkkk!!!

Memang lepas ni kalau aku nak kahwin aku kena baca balik buku ni and pls remind me that Jungkook & this book exists.

Terima kasih.
Profile Image for Hidayah Azmi.
34 reviews
October 14, 2023
Nurul Hannah seorang gadis yang amat berjaya didalam pelajaran mralah didalam kerjayanya. Ketika semua impian yang ingin dicapainya tercapai perkara yang tidak ingin dia lakukan telah pun terjadi. Baik? atau Buruk? Perkara ini sedikit sebanyak membuatkan Hannah mula memberontak dan ingin menolak perkara tersebut kerana masih banyak impian yang Hannah masih belum tercapai. Aidil lelaki yang meminati Hannah setelah sekian lama, akhirnya berjaya mencapai impiannya. Ketika semuanya sempurna pasangan ini diuji Allah, maka satu persatu ujian mendatang dan ujian itu membuat Hannah menyesal dengan keputusannya. Adakah kisah mereka berakhir dengan bercerai? atau bahagia?

Apa yang anda fikirkan tentang buku ini? Saya tiada idea bukan sebab buku ini teruk tetapi buku ini sangat hebat dan bagus. Saya dengar ini buku pertama oleh akak seri maya, akak kenapa hebat sangat dalam penulisan akak? Jalan cerita yang cepat, ringkas malah lengkap. Saya amat meminati cara penulisan akak, tidak perlu bahagian yang lengah-lengah dan menyebabkan pembaca bosan dengan jalan cerita ini. Walaupun ringkas tetapi isinya padat, setiap babak masih berkaitan walaupun ia dicepatkan ( nak lebih memahami korang kena baca buku ini ).

Sepanjang pembacaan saya, alhamdulillah penuh dengan istirfar, zikir kepada Allah, memuji Allah malah saya membawa diri ke tempat lain kerana terlalu marah. Watak-watak yang dibawa didalam novel ini punca saya menjadi Hamba Allah yang baik. Saya dapat habiskan buku ini hanya 6 jam sahaja sebab apa? bukan sebab boleh, sebab saya terlalu geram. Geram tu rasa macam nak masuk je dalam novel ketuk kepala sekor-sekor. Itulah perasaan saya, geram dia sampai saya rasa macam nak jumpa akak Seri Maya. Anyways buku ini terbaik, sakit hati? yes, geram? yes, rasa nak pukul? yes. Ending? Saya boleh expect but that's the best ending. Nak tahu apa jadi? Bacalah.

Warning : Kuatkan hati dan jiwa :)
Displaying 1 - 30 of 47 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.