Mereka dilahirkan dan dibesarkan dalam latar belakang yang berbeza, tetapi menghadapi masalah yang serupa - ketandusan Kasih Sayang: Ketandusan yang membentuk hidup mereka. Bagi Farid, hidup perlu patuh pada peraturan dan undang-undang, tanpa dipengaruhi oleh kuasa dan nama. Bagi Hisyam, kepuasan dan kebahagiaan boleh diperolehi dengan kekayaan. Baik atau buruk sesuatu perbuatan bergantung kepada sesiapa yang melakukan. Pertembungan antara mereka mencetuskan percaturan; antara kuasa dah undang-undang, antara pengaruh dan kebenaran, antara kesepian dan kasih sayang. Liza, Faridah, Chua Poon Soon, Datin Salmah, Datuk Adnan… terseret untuk membuat perhitungan.
________________________ Prize winning novel in the novel writing contest of Gapena IV of Yayasan Sabah.
Ilustrasi Kulit : Azman Yusof
Cetakan Pertama : 1990 Cetakan Kedua : 1992 Cetakan ketiga : 2001 -
Jika anda baca tajuk danpa baca sinopsis / blurb belakang buku, boleh ke agak bahawa buku ini mengisahkan cerita apa? Bila tengok gambar cover, rasanya boleh agak ada cerita mengenai perbuatan yang tidak atau kurang bermoral, ada unsur maksiat mungkin... Okay. Saya sudah baca dan tak nyesal juga. Bukunya tidak begitu tebal dan font size agak besar, ditambah dengan jenis kertas yang saya suka, kisah dalam setiap bab pendek dan tidak berbelit, mudah faham message yang ingin disampaikan, semua menambah memudahkan buku ini dapat dibaca dengan laju. Cumanya, siapa yang saya nak marah ni? Bapa dan emak Farid, mungkinkah keduanya bersalah? Seorang lelaki lemah yang tewas kepada nafsu, seorang lagi terlalu ego atau terlalu lemah juga, hingga tidak mahu mendapatkan pertolongan atau bantuan sesiapa demi kelangsungan hidup anak-anaknya. Sampai mereka pernah kelaparan tanya nasi beberapa hari atau makan nasi berlaukkan minyak bekas gorengan ikan, kasihannya.
Tuan Omar, itu memang saya sangat marah. Dia bukan saja jahat jahat jahat tetapi juga pengecut.
Datuk Adnan dan Datin Salmah, awalnya saya marah juga, dan kasihan sebab mereka seperti "blur blur" dan semacam lemah tak bertulang bila dilanda masaalah, walaupun mereka berjaya yang amat; seorang usahawan seorang lagi pemimpin wanita. sehingga selepas mereka mengaku kesalahannya. Apapun, tak sukanya bila Datuk Adnan sogok pegawai kerajaan/polis/akhbar sana-sini supaya tutup mulut tentang kesalahan anaknya. Langsung dia tak fikir kesannya kepada mangsa yang betul-betul tidak berdosa.
Hisyam, ada rasa marah dan meluat dengan sikap 'spoilt brat' dia, tapi lebih kepada rasa kasihan. Sudah beberapa kali juga saya baca, contohnya dalam novel Rooftop Rant karya Hlovate, remaja yang bermasaalah di rumah, tidak dapat kasih sayang dan perhatian dari keluarga, amat mudah terjebak ke lembah maksiat / jenayah.
Farid, dia ni muda lagi agaknya. Namun, saya amat kasihan baca part dimana beliau diludah oleh makcik sewaktu melintas jalan. Geramnya dengan makcik tu... semuanya gara-gara wartawan yang jahat, menulis dengan agenda peribadi, dan penerbit akhbar, yang lebih suka menerbitkan cerita-cerita sensasi untuk dapat lebih pelanggan, bukan demi memperjuangkan kebenaran. Gabungan Farid-Milah amat 'sweet'. Gabungan Farid-Chua Poh Soon juga menarik dibaca walaupun geram juga Chua ambil masa yang lama juga berbolak balik perasaan, sebelum nekad mahu lakukan sesuatu yang dapat menolong bebaskan Farid. Pasti tak mudah apa yang beliau akhirnya berjaya lakukan, dengan adanya boss seperti Tuan Omar yang jahat, .... apa jadi? Baca ya.
Gabungan Farid-Kamaruzzaman dan Farid-Faridah saya suka juga.
Ini kisah korupsi dalam perkhidmatan polis...bagaimana seorang anggota Polis yg di di berhentikan kerja gara2 pegawai atasan yang menerima rasuah...
Novel yang terbahagi kepada 6 bahagian di mana setiap babnya merupakan monolog @ kisah watak2 yang terbabit...antaranya Farid, Chua Poh Soon, Datuk Adnan, Hisyam, Datin Salmah, Robert & Ong Boh Liang..Pembahagian yang di lakukan oleh penulis agak menggelirukan walaupun telah di letakkan tarikh kejadian yang berlaku...Boleh di katakan Bahagian 1 sebenarnya PROLOG manakala Bahagian 6 adalah EPILOG...malahan penulis juga menyelitkan beberapa info yang berkaitan dengan seksyen 112 & 113 untuk tatapan pembaca...
Hisyam anak kepada Datuk Adnan & Datin Salmah, telah di tembak semasa serbuan polis ke atas kasino haram kendalian Ong Boh Liang & Robert...Serbuan tersebut di lakukan oleh Inspektor Farid atas persetujuan Penolong Penguasa Polis, Chua Poh Soon...Kejadian tersebut menjadi titik tolak kepada pemberhentian Farid untuk sementara waktu dalam perkhidmatan polis...Pelbagai agenda & muslihat yang di lakukan oleh Datuk Adnan demi menyelamatkan anaknya Hisyam dengan menyalahkan pihak polis...di sini pembaca akan di bawa oleh penulis ... bagaimana seorang yang berpangkat Datuk boleh mempergunakan kuasa yg ada untuk memanipulasikan fakta & merasuah pihak2 yang terlibat...Mengapa Hisyam boleh berada di sana & Apakah yang berlaku seterusnya...itu kalian kena baca sendiri....
Graf membaca novel ini mendatar sahaja bagi aku...tiada unsur2 suspen...terdapat juga pergolakan rumah tangga...malahan sedikit tergantung pada penamat cerita ini...
Tak ada yang terlalu istimewa, jalan cerita mudah dan lancar. Yang menarik ARA banyak menyentuh kepada penggunaan bahasa dalam komunikasi rasmi khususnya dalam bidang kepolisan. Menarik juga memikirkan sejak 1990 pejuang bahasa dah mengulang benda yang sama berkali-kali
Kali ini ARA membawa kisah konflik dalam perkhidmatan polis. Bagaimana cerita pegawai polis yang makan suap menyebabkan ada sesetengah anggota polis lain yang terkena sumpahnya bak kata pepatah orang lain makan nangka, orang lain pula yang terkena getahnya.
Inspektor Farid [Farid] merupakan anggota polis yang jujur. Peraturan dan undang-undang perlu seiring dengan kerjanya tanpa mengira pangkat dan kedudukan. Namun kejujurannya dalam menyiasat kes kasino haram yang menjadi pusat bekalan dadah telah mengheretnya ke daerah yang kelam. Kesungguhannya mengikut peraturan dan undang-undang tidak langsung membantunya. Farid tersepit di tengah-tengah apabila ianya melibatkan nama-nama besar dan berpengaruh.
Kisah Hisyam muncul di saat serbuan kes kasino haram. Raid yang dilakukan oleh Farid rupanya mengheret Hisyam juga. Dia menjadi mangsa dalam aksi tembak-menembak pihak polis di kasino itu. Kebetulan Hisyam merupakan anak Datuk, dan sudah pasti kesnya menjadi bualan hangat media akhbar. Sudahnya kejayaan polis melumpuhkan sindiket judi dan dadah tidak dipandang sebaliknya kecuaian dan kelalaian pihak polis dalam menyelesaikan kes sehingga mencederakan orang awam yang menjadi isu hangat.
Farid ditahan kerja akibat tekanan melampau yang dikenakan. Pihak atasannya; Tuan Chua Poh Soon tiada cara lain namun dia tahu, keadilan perlu ditegakkan. Berjayakah misi jabatan polis untuk menegakkan keadilan? Apa benarkah jenayah kolar biru makin berleluasa hinggakan polis sendiri turut hanyut dalam jenayah yang sama? Antara kuasa, kekayaan dan nilai-nilai murni, yang mana akan menang dalam perhitungan ini?
Cerita ini kurang menyengat, tak seperti Pulang. Barangkali kerana ceritanya pendek saja jadi ada rasa kurang puas ketika menyelak halamannya. Namun sentuhan ARA masih di kelasnya tersendiri. Buat peminat kisah cinta, ini bukanlah buku anda! Tetapi kalau ingin keluar dari dunia fantasi, elok juga cuba mencari karya-karya ARA :D