Jump to ratings and reviews
Rate this book

Berbual-bual Dengan Anak Tentang Seksualiti

Rate this book
Tugas kita melindungi dan menjamin kesejahteraan hidup anak-anak.

Ibu ayah mesti menjadi guru pertama yang mengajar sendiri anak-anak tentang seksualiti.

Ibu ayah juga perlu meluruskan kefahaman anak-anak yang sedang membesar dan mengalami perubahan fizikal dan emosi. Terlebih dengan semangat ingin tahu yang tinggi.

Ibu ayah harus membimbing anak-anak untuk memahami diri mereka sendiri.

Anak-anak semakin ke hadapan pemikiran mereka hasil pendedahan kepada gajet, kawan-kawan sebaya dan pergaulan dengan orang yang lebih berusia.

Mereka suka bertanya apa-apa yang melintas di fikiran. Contohnya, “Ibu, macam mana baby masuk dalam perut ibu?”

“Ayah, mimpi basah tu apa?”

“Ummi, kenapa perempuan keluar darah?”

Tugas kitalah untuk memberi penjelasan dan memahamkan mereka yang dalam proses mengexplorasi diri dan dunia di sekeliling mereka. Ingat tagline kita ibu ayah : KITA MESTI LEBIH BIJAK DARIPADA ANAK. Jadi, buku ini memberi panduan kepada ibu ayah cara untuk menjadi lebih bijak dalam memahami perubahan yang berlaku kepada mereka dan ketika berhadapan dengan soalan-soalan sebegitu daripada mereka. Buku ini akan memberitahu cara terbaik untuk melindungi anak kita daripada gangguan seksual, juga daripada menjadi mangsa orang yang berniat jahat.

192 pages, Unknown Binding

Published January 1, 2023

3 people are currently reading
8 people want to read

About the author

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
7 (70%)
4 stars
3 (30%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
Profile Image for Su Zainudi.
173 reviews
August 11, 2025
Bagus untuk para ibubapa yang masih mencari-cari bagaimana ingin menjawab segala persoalan terkait seksualiti dari anak-anak.

Terdapat juga tips-tips yang sangat membantu. Good job penulis👍
Profile Image for Amelia Zulkifli.
186 reviews6 followers
July 15, 2025
Selalu kan, kita risau dengan perkambangan, pembawakan diri, kadar kesuksesan anak-anak pada masa depan. Selalu dengar ayat.. 'risau dengan cabaran zaman sekarang, risau dengan pengaruh sosial media, pengaruh lambakan video dan stimulus yang tidak sesuai dengan anak'.

Tapi adakah cukup dengan sekadar perkataan risau, tanpa ada apa-apa tindakan dari ibu-bapa, orang dewasa mahupun pendidik yang bertanggungjawab dalam membentuk keperibadian anak dan masa yang masa, membentuk masyarakat masa depan. Carilah ilmu dan aplikasi kan pada kehidupan seharian, kalau kita benar kisah.

Buku 'Borak-borak tentang Seksualiti dengan Anak' ini pada saya teramatlah penting dan berguna ilmu yang disampaikan. Mungkin kita fikir anak kita masih kecil, oh tidak ye. Pendidikan ini bermula dari seawal usia.

Bukan nya hanya 'sex education', tapi pendidikan tentang tubuh badan manusia itu sendiri secara menyeluruh. Anak lelaki kena faham cara badan mereka berfungsi dan juga anak perempuan. Banyak sangat ilmu yang saya sendiri terkesima, bila mana saya ambil mudah tentangnya sebelum ni.

Antara poin penting :
-boleh ke cium bibir anak ?
-pisahkan tempat tidur
-kanak-kanak tak boleh mandi bersama
-penting untuk mengajar nama anggota tubuh
-anggota tubuh yang tak boleh sama sekali disentuh sesuka hati oleh orang lain
-cara menjelaskan bagaimana seorang bayi boleh ada dalam rahim ibu

Dan.. banyak lagi lah. Biarlah mereka tahu semua perkara tersebut dari madrasah pertama. Jangan biarkan anak-anak explore sendiri atau pun terdengar dari cerita kawan-kawan. Jadi saya menyeru (haha pertama kali ya, guna perkataan ni), tolong lah semua ibu bapa, para pendidik, mahupun golongan dewasa beli, baca dan praktikkan semampu mungkin ilmu yang disampaikan dalam buku ni.

Kita cuba jadi ibubapa dan guru yang terbaik, di mana kita diamanahkan dengan cahaya mata dan tugas mendidik, yang mahu meraih redha Allah semata.
Profile Image for books.bintulu.
272 reviews7 followers
October 15, 2024
Okt 2024: Berbual-bual dengan Anak tentang Seksualiti

❓️Sejauh mana pengetahuan ibu ayah dalam hal seksualiti yang boleh dikongsi dengan anak-anak?❓️

Saya bersyukur ditemukan dengan sesi 1 jam Sister's Circle yang membawakan tajuk 'Pendidikan Seksualiti untuk Anak' pada 4 Oktober 2024 lalu. Melalui sesi itu, Pn Wan Nur Syakira berkongsi isi-isi penting dari buku ini. Sangat bernas.

Ramai yang negatif atau membantah terus bila cadangan pendidikan seks mahu diperkenalkan kepada anak-anak. Saya setuju dengan pendekatan penulis memilih perkataan seksualiti supaya lebih mesra telinga dan membuatkan ramai 'tidak terkejut'.

Kandungannya pula tidak sama dengan silibus dari barat. Saya sangat bersyukur bab ini disentuh oleh penulis. Barat lebih mementingkan hubungan intim yang selamat, yang mana amat berbeza dengan pegangan agama dan budaya kita di Malaysia.

Ada juga ibu bapa yang berpendapat topik ini suatu pantang, memalukan dan tidak sopan dibincangkan dengan anak. Padahal tugas ibu bapalah yang penting untuk memberitahu dan membincangkan perkara ini.

Sudah 2024, kalau ibu bapa masih begini, anak-anak tahu di mana boleh dapatkan maklumat. Buku ini menjawab pelbagai persoalan dalam diri dan pembacaan saya berakhir dengan pelbagai to-do list.

Buku ini ditutup dengan doa memohon kepada Allah Al-Hafiz supaya melindungi anak-anak kita kerana keupayaan kita pasti terhad. Tapi kita masih boleh berusaha. InsyaAllah, mohon sampaikan kepada ibu bapa lain untuk membelek, lebih afdal membaca buku ini. Semoga kita sentiasa dalam perlindunganNya.
Profile Image for Atiqah Razin.
20 reviews
January 15, 2025
Menjadi ibu bapa zaman sekarang memang mencabar. Dalam banyak keadaan, sebolehnya kita tak nak anak kita menjadi mangsa keadaan disebabkan oleh kita ibu bapanya, atau orang lain.

Buku ini memberi panduan bagi ibu bapa untuk mendidik anak bermula daripada 0-18 tahun dalam hal-hal adab, pengembangan emosi yang sihat dan hal-hal berkait seksualiti.

Dunia akhir zaman, mendepani fitnah yang terkait dengan hal-hal seksualiti itu sangat mencabar. Ibu bapalah yang perlu main peranan utama sebagai pendidik, pelindung dan pengawas bagi anak-anak mereka.

Terima kasih buat penulis kerana menghasilkan buku ini. Ilmu dan pengalaman berharga beliau ini wajar sekali untuk disebarluaskan dan disampaikan kepada ibu ayah, para pendidik dan guru, juga bakal ibu ayah.
Profile Image for Vida Ariff.
127 reviews
September 30, 2025
Buku Berbual-bual dengan Anak Tentang Seksualiti karya Wan Nur Syakira ini sangat bagus untuk dijadikan rujukan ibubapa untuk membincangkan isu seperti akil baligh, perbezaan jantina, perlindungan diri daripada gangguan seksual dan banyak lagi.

Ia merangkumi persediaan dari usia kecil sehinggalah anak menginjak usia dewasa. Ia selari dengan hukum-hakam Islam dan harus dibaca oleh para ibubapa terutama di zaman yang penuh pancaroba ini.

Sebelum anak teraba-raba mencari jawapan mengenai topik seksualiti melalui internet atau orang luar, ibubapalah yang wajib menjadi orang pertama memberi maklumat yang betul.
Profile Image for Edziani Nabila.
82 reviews8 followers
June 30, 2025
Saya tidak pernah terfikir tentang pentingnya ilmu berkaitan seksualiti dan perlu diajar kepada anak. Seingat saya dulu, ibu ayah jarang bercerita soal ini dan kebanyakan masa saya belajar di sekolah dan perkongsian di social media.

Terima kasih buat penulis atas inisiatif berkongsi topik sensitif ini. Zaman kini anak-anak mudah terdedah dengan pelbagai info.
Penting untuk kita sebagai ibu bapa untu buka mula dahulu berbanding anak-anak tahu daripada mulut orang lain.

Please parents a must have book in your house!
Profile Image for Hani~.
170 reviews2 followers
November 23, 2025
Ini buku yang perlu dibaca oleh ibubapa, para pendidik dan semua orang dewasa. Pendidikan seksualiti bukan bermula ketika seseorang kanak-kanak itu mencapai usia baligh, sebaliknya perlu diberi perhatian sejak awal usia.

Antara topik perbincangan dalam buku ni:
- Adakah pendidikan seksualiti merupakan ajaran Islam?
- Boleh ke cium bibir anak?
- Bahaya soft pornography kepada anak.
- Ketagihan gajet.
- Toilet training.
- Cara santuni anak yang melalui fasa akil baligh.
- Child sexual grooming dll.

Tahniah penulis & penerbit. Buku yang bermanfaat. Layout pun kemas dan cantik.
Profile Image for Salwa Suhaili.
10 reviews
February 27, 2026
Buku ni sebagai panduan saya dan anak-anak bincang tentang akil baligh dan haid. 3 anak saya kesemuanya perempuan. Dua diantaranya sudah mencapai umur sepatutnya haid. Jadi, sedang elok bincangkan hal-hal sebegini sebagai persediaan mereka.
Displaying 1 - 8 of 8 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.