Antologi ini mengandungi 17 buah cerpen daripada 17 penulis anggota GrupKaryawan Luar Negara (GKLN). Kesemua temanya menghala kepada matlamat yang satu, iaitu mengangkat Islam sebagai agama yang hak, sama ada disedari oleh para penulisnya ataupun tidak.
Sesuai dengan latar penulisnya yang belajar di luar negara, selain mengangkat persoalan sejagat, hampir kesemua cerpen dalam antologi ini mengambil latar tempat di luar negara seperti Kaherah, Turki,dan Gaza.
Cerpen “Izrail Sibuk di Gaza” menyajikan kisah Gaza. Disebabkan oleh banyak orang yang mati di Gaza, ‘adik’ yang tinggal di Gaza ingin menjadi Izrail yang tugasnya mengambil nyawa manusia. Dengan itu ‘adik’ beranggapan bahawa dia tidak akan mati, secara tersiratnya.
Mantan Minggu Penulis Remaja 2000 dan Pengasas/Ketua Penasihat Grup Karyawan Luar Negara. Pernah menulis dan mengarahkan teater 'Mencari Jalan Pulang' di Dublin pada tahun 2005.
Menulis dalam genre puisi, cerpen, dan artikel yang tersiar dalam pelbagai media cetak dalam dan luar negara serta termuat dalam lebih 30 antologi bersama.
Puisinya 'Al Andalus Menangis' terpilih salah satu teks sastera elektif SPM 2010. Memenangi beberapa anugerah sastera seperti Hadiah Sastera Siswa, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan, dan Hadiah Sastera Perdana Malaysia.
Pertama sekali tertarik dengan buku ini disebabkan judulnya. Sangat menarik tajuknya. Ia diambil daripada salah satu cerpen yang terkandung di dalamnya.
Buku ini mengandungi cerpen-cerpen yang ditulis oleh penulis-penulis muda yang hebat. Terdiri daripada pelbagai latar-belakang pendidikan dari luar negara. Antaranya Zaid Akhtar, Rebecca Ilham, Shahkang dan Fahd Razy.
Tema-tema cerpen yang diketengahkan kebanyakannya menyentuh unsur kemanusiaan yang latarnya diambil daripada merata dunia.
Gaya bahasa dan gaya berceritanya pelbagai. Ada yang agak berfalsafah hingga sukar difahami maksud yang ingin disampaikan.
Kompilasi 17 buah cerpen daripada 17 penulis yang juga anggota Grup Karyawan Luar Negara. Banyak cerpen yang bagus sampaikan aku tak tahu mana yang terbaik. Secara rawaknya aku suka cerpen bertajuk;
1. Senja Istanbul - mengisahkan penulis/ narrator yang melawat Istanbul, tanah air sahabat sekuliahnya dulu. Kunjungan seminggu di bumi itu terganggu kerana sahabatnya ditangkap menyertai demonstrasi pengharaman hijab yang bakal diperketatkan.
2. Catatan Revolusi - tentang Islamophobia.
3. Wahidah dan Secebis Tabah Khalilullah - mengisahkan tentang Wahidah, pelajar terbaik dari maahad tahfiz yang tabah walau pun bapanya sendiri seorang pengikut ajaran sesat.
Personal rating aku 4 ⭐
📚
#donereading Izrail Sibuk Di Gaza by Grup Karyawan Luar Negara #readingchallenge2022📚 #igreads #bookstagram #goodreads #emabaca #izrailsibukdigaza @rakanitbm #antologicerpen #malaysiamembaca
Cerpen yang menghiasi separuh pertama buku diselamatkan cerpen dari separuh kedua buku. Awalnya, aku dihidangkan dengan kisah-kisah dan cara pengolahan yang hampir sama daripada penulis berbeza sehingga membosankan. Kisah-kisah di separuh kedua pula lebih mengujakan. Ada beza di antara penulis-penulis.
Cerpen2 yang menarik untuk dibaca. Boleh dikatakan kebanyakannya cerpen Islamik. Ada yang cliche tapi mesej2nya sampai. Ada yang menyentuh hatiku seperti Izrail Sibuk Di Gaza & Wardah...Khalilullah (terlupa tajuk penuh). Mungkin kerana penulisnya yang pelbagai dan latar tempat dalam setiap cerpen berlainan, tak mudah rasa bosan untuk dibaca.
Saya baru ingat yang saya telah baca buku ini pada awal bulan Februari dan ada membuat sedikit catatan di lawan twitter. Berikut adalah catatan saya bertarikh; Feb 22, 2020
Pertama, saya menaruh harapan tinggi dengan buku berjudul Izrail Sibuk di Gaza ini. Saya jangkakan cerpen yang bakal saya baca ini bertemakan prajurit dan suasana perang. Tapi sangkaan untuk 4-5 cerpen yang terawal meleset. Adapun begitu percaya saya pada buku ini diselamatkan oleh penulisan saudara ___ (ah aku lupa namanya, soalnya buku ini di pejabat sedang aku dalam gerabak keretapi tuju ke Kuala Lumpur). Cerpen tentang lelaki yang tunaikan umrah. Untuk saya yang dibesarkan dalam keluarga konservatif, ini klise. Cerita-cerita keajaiban di tanah haram itu sering saya dengar daripada banyak orang. Tapi, saya pernah berkata pada Orkedku — kita hanya akan ambil peduli atas suatu perkara apabila perkara itu berkait dengan kita.
Begitulah basa basi seingat saya tentang buku ini. Boleh jadi saya tipe orang yang tidak boleh membaca kumpulan cerpen (banyak penulis) dalam satu buku. Momentum pembacaan saya jadi turun naik akibat ada penulisan yang saya tidak menepati expectation saya.
My fav short story is Pascasejarah by Fahd Razy. Cerpen2 dalam buku ni semua berkisarkan nilai Islam dalam kehidupan dan berlatar belakangkan tempat di luar negara. Am amazed with most of the writing, very out of the norm. For instance, Rostrum Alfalfa by Shahkang. He writes about islamic values using characters such as worms and rabbits in their colony. Debating about political conflicts! How a rabbit misused his power and his colony's trust by trying to recreate a colony which is fully brainwashed with his ideology. So he kept all of them underground and leave them to breed and breed more of his 'army'. Best sangat. Semua cerita best. Bacalah!