Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kumpulan Cerpen Di Bawah Langit Copenhagen

Rate this book
“Di Bawah Langit Copenhagen” tersenarai antara 10 cerpen yang layak menerimahadiah daripada 600 buah cerpen secara eceran yang dipertimbangkan bagi HSPM tahun 2004/2005.“Di Bawah Langit Copenhagen” menggambarkan potret/psyche dua orang wanitayang menarik dan dihuraikan secara terperinci dan sensitif sekali. Potret pertama berkisartentang sejarah hitam wanita yang gila meroyan sehingga sanggup meninggalkanbayinya. Akibatnya dia pula ditinggalkan suami tetapi akhirnya berjaya mengatasimasalah peribadinya. Potret kedua ialah watak wanita (narator cerpen) yang berjayamengimbangi tuntutan kerjaya dan keluarga. Cerpen ini mengangkat citra wanita moden, terpelajar tetapi tabah menghadapi permasalahan hidup. Wanita moden dalam“Di Bawah Langit Copenhagen” mengatasi masalah keruntuhan rumah tangga dengan ketabahan....

254 pages

First published January 1, 2013

5 people are currently reading
19 people want to read

About the author

Salina Ibrahim

36 books17 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
4 (13%)
4 stars
19 (63%)
3 stars
4 (13%)
2 stars
3 (10%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Emmy Hermina Nathasia.
530 reviews
April 11, 2018
Syukur kepada Allah kerana menemukan saya dengan buku ini. Saya ke KABO di Bangi semalam, untuk bertemu editor ITBM dan sementara menunggu, saya mengambil kesempatan melihat-lihat koleksi buku yang dijual. Kumpulan Cerpen Di Bawah Langit Copenhagen merupakan buku terpakai yang diletakkan di rak RM10. Hasil jualan buku dari rak ini akan diderma ke rumah kebajikan. Saya membaca ulasan ringkas di belakang buku dan terdetik hati untuk membelinya. Dua perkara yang membuatkan saya tertarik adalah kerana cerpen-cerpen yang terkandung dalam buku ini merupakan antara 10 cerpen terpilih yang menerima hadiah dalam HSPM 2004/2005 dan kedua, tema kumpulan cerpen ini ialah wanita. Apabila memperkatakan berkenaan tema wanita, serta-merta kita akan berprasangka terhadap penulisan ini dan menganggap ia seperti novel cinta yang membuatkan pembacanya berangan-angan dan memberi harapan palsu. Kumpulan cerpen ini bersifat sebaliknya. Ia tidak berjaya menimbulkan emosi keterlaluan yang menitiskan air mata bercucuran, namun sekadar cukup untuk membuatkan hati terasa pilu dan ngilu bagaikan ditusuk jarum halus. Saya mula membaca kisah pertama dan saya tersentak, meneruskan pembacaan sehingga selesai. Di pengakhiran setiap kisah, saya akan berhenti sejenak, membiarkan diri merasa, memahami dan berfikir. Dalam setiap kumpulan cerpen yang saya pernah baca, biasanya akan ada 3-4 kisah yang saya kurang gemar atau tidak suka. Ia tidak berlaku dalam kumpulan cerpen ini. Semua cerpennya tidak dijangka, mempunyai mesei tersirat, disampaikan dengan ringkas namun amat bermakna dan penting sekali, tidak klise. Saya seperti mahu menjerit dan memberitahu semua wanita untuk membeli dan mulakan bacaan sekarang juga! Saya juga terasa seperti ingin membeli buku ini banyak-banyak untuk diberikan kepada wanita yang saya kenali, yang akan mendapat faedah daripadanya. Anda faham bagaimana rasanya apabila berjumpa dengan buku yang menjawab persoalan dalam diri, memahami apa yang dirasa, seolah-olah ia jawapan daripada Tuhan? Alangkah nikmatnya.
Profile Image for Nor.
Author 9 books106 followers
June 11, 2015
Buku ini menghidangkan 20 cerpen yang kebanyakannya berkisar tentang isu-isu wanita dan isu dunia. Amat menarik olahannya.
Profile Image for Shamsul Amin.
Author 4 books11 followers
March 8, 2014
Membariskan cerpen-cerpen yang pernah disiarkan dalam media arus perdana, naskahah ini selain istimewa pada kulit muka depannya yang indah, vintage dan mempesona, ceritera yang dihidangkan juga mempunyai magis tersendiri-- cerita-cerita yang sederhana namun dibesarkan oleh watak-watak dari pelbagai latar dan bayangan. Ada bauran femnisme dalam kebanyakan karya-karya Salina, seperti biasa, dan tidak dapat tidak, sebagai pengarang bergraduan ijazah sarjana muda dalam bidang undang-undang syariah, setiap cerpennya tidak terlepas daripada titipan dakwah yang indah, tanpa mengguna pakai nada yang terlalu berkhutbah. Pendekatan yang sederhana ini yang menjadikan cerpen-cerpen begitu besar maknanya, mudah dihadami dan fleksibel khalayak.
Profile Image for Siti Shakira Suhaimi.
81 reviews16 followers
June 28, 2021

Buku ini merupakan kumpulan cerpen yang ditulis oleh Salina Ibrahim yang disiarkan pada dada akhbar, termasuk cerpen Di Bawah Langit Copenhagen itu sendiri.

Jika diikutkan tema setiap cerpen berat pada suruhan agama, ada juga diselitkan perihal politik, sebagaimana penulis mengumpamakan situasi politik Malaysia denga sesuatu yang mudah difahami.

Saya tidak akan dan tidak mampu mengulas satu persatu, but I’ll go in general, kecuali satu. Cerpen kegemaran saya.

Seperti saya katakan, karya penulis berat dengan tema agama, seolah penulisan cerpen ini medan beliau berdakwah. Cabaran dalam beragama dalam pelbagai bentuk, terutama dalam keperibadian seorang wanita Muslim, tingkah laku, pemakaian, dan cara interaksi. Peringatan akan sebagaimana halus bisikan syaitan dalam daya insan untuk menjadi hamba Allah yang soleh. Ada dalam benut populariti, ada dalam bentuk ilmu, ada dalam bentuk arus kemodenan, dan pending, dalam bentuk kuasa dan politik.

Dalam penulisan beliau juga, menjemput kita untuk mencari hikmah dengan apa yang berlaku pada persekitaran kita, untuk yakin pada qada’ dan kadar Allah.

Cerpen kegemaran saya, ‘Tanah Kampung Kami.’
Berkisarkan adik beradik yang dibesarkan dengan harmoni atas tanah kampung, seperti pelbagai rimbun pokok yang disemai, dengan ibu bapa sebagai akar mereka. Untuk kekal hidup dalam persatu padu. Tetapi kesatuan adik beradik itu terbelah apabila ibubapa mereka meninggal dunia. Mereka tidak bergaduh, cuma berjauh diri. Seolah jiwa mereka hilang, pergi bersama kematian ibu bapa tercinta.
Tetapi atas satu ingatan yang turlistas di fikiran, adik beradik itu berkumpul semla.

“Kerana daripada tanah kita datang dan kepada tanah kita bakal kembali. Tanah merujuk pada satu kedudukan yang berada di bawah. Sifat tanah merendah dan berharap pada kuasa teratas iaitu Allah untuk menyuburkannya. Sumber makanan manusia semuanya berasal daripada tanah dan kerana itu tanah tempat terbaik untuk menabung budi.”
- Tanah Kampung Kami

Sangat, sangat menarik buku ni. Highly recommended.
Displaying 1 - 5 of 5 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.