Jump to ratings and reviews

Pendidikan Saintis Muslim Era Kegemilangan Tamadun Islam

Era kegemilangan tamadun Islam menyaksikan masyarakat Islam mencapai kegemilangan dalam pelbagai bidang termasuk sains. Kejayaan dan pencapaian para saintis Muslim dalam era tersebut adalah ditunjangi oleh proses pendidikan yang mantap dan bersepadu yang dilalui oleh mereka. Penelitian terhadap latar belakang pendidikan saintis Muslim era kegemilangan tamadun Islam adalah penting untuk mendapatkan penjelasan tentang kurikulum pendidikan yang dilalui. Biografi tokoh-tokoh saintis Muslim adalah sumber utama yang dapat menjelaskan tentang proses pendidikan mereka dari sudut bidang ilmu yang dipelajari dan institusi pengajian tempat mereka mendapat pelajaran dan latihan. Ringkasnya, kajian biografi para saintis Muslim merupakan kunci utama untuk mengetahui maklumat pendidikan mereka.

Karya ini menampilkan sejarah dan latar belakang pendidikan beberapa orang saintis Islam yang muncul pada era kegemilangan tamadun Islam, antaranya al-Razi, Ibn Sina, al-Biruni dan Ibn Rushd. Fokus penulisan buku ini tertumpu kepada aspek pendidikan para saintis Muslim dan peringkat pendidikan yang dilalui oleh mereka. Kajian mengenai peringkat pendidikan yang meliputi peringkat asas, menengah, dan tinggi (termasuk universiti dan lanjutan) dibuat secara lebih khusus dengan melihat kepada kurikulum pendidikan dan bentuk pengajian di setiap peringkat.

Buku ini sesuai digunakan sebagai rujukan dan bahan bacaan oleh pelajar, guru dan pensyarah, serta pembaca umum yang ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang proses pendidikan yang dilalui oleh para saintis Muslim pada era kegemilangan tamadun Islam.

111 pages, Paperback

First published January 1, 2010

Loading...
Loading...

About the author

Nurazmallail Marni

3 books1 follower

Ratings & Reviews

What do you think?

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1 (50%)
4 stars
0 (0%)
3 stars
1 (50%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 1 of 1 review
Profile Image for Najibah Bakar.
Author 9 books356 followers
November 27, 2013
Buku ini memberi gambaran mengenai corak pendidikan sains Islam yang dilalui oleh para sarjana Islam yang agung seperti al-Razi, Ibn Sina, al-Farabi, Ibn Abi Usaybi'ah, al-Biruni, Ibn Rushd, dan 'Abd Latif al-Baghdadi.

Yang istimewa, kebanyakan para sarjana Islam ini menjadi tokoh dalam kedua-dua aliran, sastera dan sains. Sudut pandang kita terhadap ilmu patut berubah mengikut acuan Islam yang sebenar, iaitu ilmu fardu ain dan fardu kifayah dalam makna yang luas dan mencakupi semua aspek kehidupan (bukan sekadar kalau tak ada orang yang pandai urus jenazah, maka seluruh kampung akan berdosa).

Kalau kefahaman yang jelas boleh diangkat, tidak akan timbul juga masalah pelajar aliran sastera lebih rendah tarafnya dari pelajar aliran sains, kerana kedua-dua aliran ada fungsi fardu kifayah masing-masing untuk ditunaikan.
Displaying 1 - 1 of 1 review