RANIA IXUNA Seorang gadis comel yang mempunyai pelbagai kelebihan. Kelebihan yang membuatkan semua mata membulat dan rahang hampir terjatuh setiap kali melihatnya.
EMIR ENRIQUE… Seorang pemuda biasa dengan perangai yang biasa-biasa. Tidak menyangka hidupnya akan berubah apabila berkahwin dengan si comel yang digelar ‘raksasa’ oleh sepupunya itu! Si comel yang merupakan cinta pandang pertamanya!
“Sayang, sayang nak pakai baju pengantin warna apa?”
“Hitam.” - Ixuna
“Sayang ingat kita nak berkabung ke pakai pakaian pengantin warna hitam? Warna lain?” - Emir
“Warna kelabu tahi anjing.” - Ixuna
“Grrr… Lain?!” - Emir
“Lut sinar.” - Ixuna
“Dah gila nak pakai baju lut sinar? Nak suruh semua orang nampak badan kau tu ke? Bila dah kahwin nanti, diri kau hanya untuk tatapan aku saja!” - Emir
Itu cerita sebelum Emir menikahi Ixuna, selepas kahwin…
Emir ingin merasa air tangan isterinya, Ixuna malas nak layan…
Emir hadiahkan bunga untuk isteri comelnya, bunga beralih tangan kepada kakak iparnya…
Emir minta kiss, siku makannya! Dan Emir minta pelukan kasih sayang, seterika panas yang Ixuna berikan!
Akankah berterusan ikatan perkahwinan yang diatur oleh kedua-dua belah keluarga itu?
Atau terus terputus setelah tempoh tamatnya enam bulan seperti yang diungkap oleh si gadis comel rupawan lagi kuat makan itu?
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM13. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
There are just so many things with this story that didn't sit well with me. Tak sanggup nak habiskan. Kesian pokok-pokok yang ditebang untuk nak cetak buku ni...
What I didn't like
1. The so-called perfect girl. Xuna seorang gadis yang serba boleh. When I say serba boleh, I really mean SERBA BOLEH. She's a martial art expert, a guitarist, a violinist, a great chess player, and she can name all the antique pots and belangas in the world and can even differentiate between the original and the fake ones. And of course, dia cantik. That's only the first 130 pages. Rasanya kalau N terus baca, baca lagi lar 'bakat' Xuna yang akan diserlahkan.
2. The heroine has the social grace of a chimpanzee.
3. Parenting skills yang tak masuk akal. N faham the whole concept of creative license, thus logic and common sense tak semestinya dititik beratkan. But there's such a thing called reality and realistic. Ada ke mak yang sanggup upah enam (or was it five) guys untuk rogol anak sendiri, just to make sure anak dia tak lembik and masih mempraktikkan martial arts? I'd throw the my own mother in jail for that just because I can.
4. Characters yang tak matang. Sorry, there's a difference between cute and immature. I adored the former and loathe the latter.
Yeay, habis juga buku ni tanpa membaca secara melompat-lompat setelah sekian lama. Hukhuk, batuk kejap! Nak berubah sikit ketika membaca buku, nak jadi lebih bersabar hahaha...
Tiga bintang untuk buku ini, cukuplah. Ok saya mulakan dengan sinopsis ringkas untuk buku ini. Sinopsis ringkas:
Buku ini mengisahkan mengenai Ixuna yang dijodohkan dengan Emir Enrique oleh keluarga. Ixuna gadis yang serba boleh, lurus dan agak kasar itu enggan menerima perkahwinan yang dirancang sehinggalah dia menerima kata putus melalui alat komunikasi dari Alex untuk membenarkannya berkahwin dengan Emir. Tetapi Ixuna menetapkan mereka hanya akan berkahwin selama enam bulan dan selepas itu dia akan pulang semula kepada kekasih hatinya yang sudah terlalu lama meninggalkannya dan hanya menghubnginya melalui telefon.
Namun apabila perkahwinan semakin manis terasa, janji yang dipatri dengan Alex semakin pudar dari ingatan, lelaki itu pula memunculkan diri di hadapan Ixuna. Alex yang telah memeluk islam dengan nama barunya izwan Ilyas membuatkan Ixuna berbelah hati. Sayang dan cintanya yang semakin berputik kepada sang suami dan janji kepada seorang lelaki yang pernah dicintainya dulu membuatkan dia berada dalam dilema untuk memilih siapa yang harus bertakhta di dalam hati.
Takdir Tuhan tiada siapa yang boleh menghalang. Semua terungkai kenapa Alex menghilangkan diri. Namun selepas Ixuna mengetahui segalanya dia ingin menjaga Alex, Alex pula tidak mahu dia kembali kepadanya dan Alex enggan menjadi perosak rumahtangga orang! So, kalau nak tahu lebih-lebih bacalah. Tapi kena bersabar! hakakaka...
Ok, buku ini saya boleh katakan mempunyai tiga fasa.
#Fasa pertama,(Bab awal)perkenalan watak. cerita yang lebih menjurus seperti jalan cerita Anime sikit. Cerita kartun jepun yang mana watak utama serba boleh dan sangat kuat sampaikan pintu bilik yang terdapat dalam rumah besar boleh jatuh menghempap lantai dengan sekali tendang. Itu rumah besar/banglo atau rumah setinggan? Hakaka, maaf! Tambahan lagi sekali tumbuk cermin almari pakaian di butik boleh pecah tanpa sebarang kecedaraan. Ini boleh terima lagi. Watak blur-blur juga selalu ada pada heroin Anime! heeee...
#Fasa kedua,(bab pertengahan) adalah fasa isteri pujuk suami, suami pujuk isteri. Gaduh then berbaik. Berbaik then gaduh lagi. Merajuk sesama sendiri kemudian perasaan hilang begitu je. Mual sekejap.
#Fasa ketiga, (bab-bab akhir) ini fasa matang. Ini baru ada mood nak baca terus sampai habis.
Namun begitu, banyak tafsiran ayat Quran dan hadis yang diselitkan dalam naskah ini. Banyak juga ilmu yang boleh dimasukkan dalam kepala otak ni. Ini memang terbaik! Kekadang membuatkan saya insaf sekejap.
Tapi, saya tak boleh terima apabila seorang ibu mengupah beberapa orang lelaki untuk cuba merogol anaknya untuk melihat samada sang anak masih boleh mempertahankan diri ketika musibah menjengah kelak. Weh, kalau masa tu dia tengah sakit dan tak dapat pertahankan diri, tak ke naiya sang anak kena rogol oleh orang? Aarrhhhgggh, tak boleh blah betul! Mama yang benggong! Eh, emosi pulak, maaf!
Satu lagi, saya pernah baca seorang penulis cakap, twist plot ke, twist ending ke atau apa je benda yang main twist-twist ni tak semestinya baik. Ada cerita yang tak semestinya buat twist ni bole buat orang teruja. Bab akhir buku ni, membuatkan saya bergenang air mata apabila ada bab kematian. Tetapi apabila cik penulis buat mind-fucked yang buat saya sakit hati, dan tak sangka watak tu masih hidup lagi, buat saya menyesal kenapa boleh bergenang air mata tadi. Argghh! hilang mood terus. Nasib baik dah nak habis!
Apa pun tahniah kepada cik penulis, baru berusia 22 Tahun dah ada beberapa novel yang diterbitkan. Teruskan usaha!
So, siapa nak baca, bacala buku ni. Tapi saya rasa, cukuplah saya baca sekali je kisah dalam buku ni. Ibarat saya dihulurkan secawan kapucino tetapi manisnya sampai saya tak boleh nak telan. Takut kena kencing manis. Dan ibaratnya juga kalau saya dihulurkan kopi kegemaran hati, tapi pahitnya mengalahkan manis yang ada. Boleh mencarut sekejap juga tau! Hakakaka...
Baru baca a few chapters , aku dah mula menyumpah Apa ni, watak too perfect. Semua ta dia boleh buat dgn perfect. Robot kah? Oh, and nama watak yang betul2 aku tak boleh brain. Puan Sri what?????????? Unsur realisme hampir tak wujud dalam naskhah ni I spent almost an hour cuba jugak untuk hadam naskhah ni yang akhirnya aku tinggalkan dkt bus stop Sedekah je dengan siapa2 nak baca One of the worst books i'v ever read
Tarik nafas, hembus 2.0. Tarik nafas, hembus 2.0. Tarik nafas, hembus 2.0. 😮💨 Otak saya dah jatuh. Jauh sangat dah dia tergolek jatuh. Saya tak tahu dah mana nak pergi cari dan kutipnya. My mental and brain totally damaged. 😭
Awal-awal cerita ni best, menghiburkan, lucu pun ya dengan kesengalan masing-masing baik hero (Emir), heroin (Ixuna), dan juga watak-watak sampingan lain. Ada sampai satu scene tu sakit perut saya dibuatnya sebab terlalu lucu. #ytjt
Masuk je 2 per 5 cerita ni sampailah ke penghujung cerita, saya rasa saya nyaris nak isytihar diri saya ini sudah gila. Bahagian tengah cerita saya rasa sangat draggy dan repetitive dengan template yang sama. Ixuna buat hal - Emir marah/terasa - Pastu Emir pulak tetiba kena minta maaf walhal yang problem tu Ixuna - Ixuna maafkan - Pastu Ixuna buat lagi perkara menyakitkan hati atau fizikal Emir - Emir juga kena minta maaf atau memujuk - Ixuna maafkan - Pastu nanti dia buat lagi. Allahuakbar! Lelahnya saya. 😭
Ixuna dengan Emir ni sebenarnya diorang kena kahwin paksa jugak. Alah, biasalah plot hero heroin anak orang kaya yang dikenenkan keluarga gitu. Semestinya awal-awal tu dua-dua menolak keras. Pastu bla bla bla terjadi, akhirnya Emir nekad terima Ixuna sebagai isterinya dengan ikhlas. Ixuna pula terpaksa terima sebab ini arahan dari ibunya, Madam Amy dan juga permintaan bekas tunangnya, Alex yang telah meninggalkannya 3 tahun lalu tanpa khabar berita. Alex pun minta Ixuna terima je Emir tu dulu dan layan je Emir sebaiknya sebagai seorang suami. Nanti lagi 6 bulan Ixuna boleh bercerai dengan Emir dan pulang ke pangkuannya. Entah apa motifnya pun Ixuna tak tahu tapi disebabkan dia cintakan sangat Alex maka dia ikut jelah permintaan Alex.
Sepanjang perkahwinan mereka, Emir layan Ixuna tu sebaik-baiknya sebagai isteri kesayangannya. Tapi bukan Ixuna. Dia tak cintakan Emir. Dia tak sudi pun nak jadi isteri Emir. So dia selalulah buat perkara-perkara yang menyakiti Emir baik mental mahupun fizikal. Pada awal cerita, Ixuna ni digambarkan sebagai sosok wanita sempurna yang serba boleh, tapi bila masuk pertengahan cerita ni dia jadi benak ubi luar biasa. Tak tahulah nak gambarkan dia punya "B" tu macam mana. Sampai kehabisan kata-katalah saya dibuatnya. 😀
Ending dia pulak macam mana? Hhhmmm... Entahlah. Makin berterabur otak saya dibuatnya. Memang rasa nak lagakan je kepala laki bini ni. Bini perangai serupa apa je. Laki pulak baik dan pemaaf tak bertempat. Bini yang buat salah, dia pulak yang pi minta maaf dan memujuk. Ini ke yang dikatakan "opposite attraction"? Tapi nampak lain macam je. Pastu makin nak ke penghujung cerita makin banyak pulak ek dia punya plot twists. Macam manalah saya tak rasa macam otak saya ni dah jatuh lalu berterabur. 😔🤛🏼
Jika membaca cerita ini dari segi fantasi, saya rasa cerita ini mmg best. Tapi malangnya saya dah tua dan tak minat baca komik2 fantasi... jadi saya kurang gemar. Namun penulis mmg seorang yang berbakat untuk menulis cerita remaja yg sarat dengan informasi agama.
Lepas aku baca novel ni aku jadi berkenan nak baca novel penulis ni yg lain...Rania Ixuna...Aku suka nama dia...Nama hero Emir Enrique pun aku suka...Ixuna ni memang seorg yg bijak..contohnya dia blh teka semua alat2 yg ada dlm almari nenek Emir...Betul pulak tu...dahla berlambak...Lepastu Ixuna seorg yg pandai seni mempertahankan diri...Tapi aku mcm susah nak percaya sikit yg dia blh lawan 20 org laki yg mak dia upah utk test dia...Tapi bila dgn Emir dia kalah...Emir dari hari pertama jumpa Ixuna kat kelab mlm lg dah mencabar Ixuna...Nenek Emir pulak berkenan dgn Ixuna ni..Tapi nenek Emir ni memang pelik2 syarat dia...Mcm2 Emir buli Ixuna...Depa kahwin jugak...Ixuna memang agak biadap dgn Emir....Dia ada maki Emir...pukul Emir...Tapi walau apa pun Ixuna bt Emir tetap sabar...Tak marah jauh sekali pukul..Dia ambik air sembahyg lepastu baca Al Quran utk elak marah kat Ixuna...Memang aku respect...Emir cuba ambik hati Ixuna...Tapi sedihnya bila cukup 6 bulan depa kahwin Ixuna tinggalkan Emir selepas depa 'bersama'...Ixuna nak kembali kepada bf dia tapi bf dia tak terima..Bf dia kahwin dgn org lain...Bf dia tu ada kanser otak...Bf dia meninggal akhirnya selepas masuk Islam...Ixuna tak kembali balik kat Emir...Lepastu agak lama Emir jumpa balik Ixuna...Memang dia jadi kejam kat Ixuna..Dia taktau yg Ixuna ada kanser hati..Mungkin tu balasan utk dia sbb dia derhaka kat suami dia...Bila Ixuna jatuh sakit baru dia tau...Dia sanggup jaga Ixuna 6 bulan kat hospital sbb Ixuna koma...Last sekali happy ending...Jln cerita tak meleret...Tapi aku tak suka dgn perangai Ixuna...Emir the best guy...Sangat penyabar...Novel ni best....banyak pengajaran dan ilmu yg kita dpt...
Novel yg mempunyai sedikit kelainan dari segi watak. Nama2 yg unik dan sedap..kehebatan seseorang yg saya fikir, "Fuiyoh!! Betul ke ada mcm ni punya orang?" But nothing is impossible if u have photographic memory. Strength, sharpness dan ketangkasan, saya rasa saya nak kena pergi berguru dan bertapa kat Gunung Jerai (gunung ni je yg saya boleh ingat at the moment) untuk mendapatkan kekuatan sebegitu..ni jln baru 200m pikul beras 10kg, saya dah pancit. Well practice makes perfect..Itulah Xuna.
Xuna ni muka dia mcm takde expressi gitu..flat je. Kelebihan dia mmg banyak tapi senang dipatahkan oleh Emir. Tak sangka, ingat Emir ni yaya papaya rupanya berisi dgn mcm2 ilmu. Sayangnya Xuna's loyalty misplaced. Instead of Emir, her husband, she hang on to Alex, her ex bf, who is dying. Entah mcm mana si Xuna pun ada penyakit. Emir walaupun masih cinta terhadap isterinya, sukar nak terima balik begitu sahaja.
Dekat sini saya tak tahu nak marah siapa..sikap rajuk memujuk ni melelahkan especially 3rd party timbul just to buat orang cemburu..tapi kalau Xuna tak mula, Emir takkan berubah kelakuannya.
Minus all perfection in characters creatively written by author, this novel is acceptable and quite enjoyable until Alex came along.
First of all, I didn't buy this book. Yes, lucky me. A friend gave it to me few months back and since it's a gift, I have no other choice but to take it. It turns out to be a prank as they know how much bad books irk me. Damn you guys!
Okay, I started reading this last night and I regretted my decision dearly. Shouldn't have open it, shouldn't have read it, shouldn't have been published, lots of 'shouldn't have's actually.
The whole thing just doesn't make any sense! Come on author, reality check! Get real, you don't need special talent for that. Please, please keep your head on the ground. And don't give me 'love book should be all about fantasy' two-page speech because there are rules for every love novel written and this one right here violates every single one of them.
Nuff said, this should be on the 'Young Adult' shelves of any bookstores. But I strongly believe no more trees should be destroyed for re-printing.
kisah kahwin paksa rela antara si comel Rania Ixuna dgn Emir Enrique. kisah komedi romantik yg padat dgn segala mcm prsn. tiada siapa sangka,sbijak2 si comel..rupa nya jahil. kelebihan nya bisa mnutup segala kkrgn nya. kelebihan yg mnjerat si emir enrique utk mnjdikan nya isteri. juga pilihan nenek emir. kehadiran bks tunang rania mrumit kn lg keadaan.
It's nicely written by the author. No scene that is dragging and as usual i love if authors ada selit kan Hadith dan ilmu agama because its a nice reminder for us readers.
Jalan cerita yang menarik. Xuna a very independent character Although maybe unrealistic too but oh well, i love the sense of humour xuna have! I practically giggle alone on some jokes she made fun with her husband, Emir. Xuna ani ada boyfren name Alex whom is her cinta mati but this guy left her for 3 years but made promises to marry her. So xuna ani kira not open or ready for anyrelationships, lagi pun her character being very strong and aggressive makes it even harder for the mom to get a guy that can like her. Until her mother Amylyn jodoh kan ia with this guy named Emir whom coincidently bumped into her in a bar while cuba did a lil research for her father. To cut story short, xuna was having doubts because she wants to wait for Alex whom has no signs of coming back to her yet, consult and talking to Alex whom did not answer at all about the arrange marriage. Alex give her a condition to continue with the plan to marry emir but only for 6 months.
Its a very nice story line yang menyayatkan hati and so deep rasanya when Emir redha dengan what Xuna have planned. Emir berjanji to make xuna fell in love and guide her religiously to become a better wife and women. In the end Xuna found peace in her husband. It was a great feeling reading their journey and how sabar emir was to have guide her all along. Of course there's obstacles when xuna finally met Alex back unplanned with Alex wanting xuna back and some medical issues along the story.
But seriously, i like it. :) the part yang the writer tulis takliq mati is the part I gives me the goosebumps and mengigatiNYA akan mati adalah sesuatu yang tidak diketahui bagai mana dan bila. Very nice reminder.
Rasanya novel ni okay saja. Plot buku ni ada yang sedikit longgar dalam beberapa bahagian terutamanya bab mengenai Alex Emrys yang pada pendapat saya boleh diperincikan lagi. Ending cerita pula macam tak berapa kemas dan teliti...a bit in a hurry. The good part pasal novel ni adalah perubahan sikap Ixuna ke arah kebaikan yang kesal dengan caranya melayan Emir, who realised how stone hearted she was sampai banyak kali mengguris perasaan orang lain. The bad part pula dalah mengenai pengolahan karakter yang tidak realistik, sangat sempurna dan kekurangan pula hanya satu atau dua?? Itupun tak dijelaskan. Even their anak-anak are all perfect goody kids with an awesome memory for the sake of living up to their absurdly awesome parents. Memang macam meet the Robinsons pulak minus the eccentricities. Tambahan pula, cara Emir dan Ixuna berinteraksi sesama diri sedikit mendatar...selalu nak gaduh je for perhaps 85% of the novel secara berulang -ulang. Penulis ni ada banyak potensi...and even though this book is just okay doesn't mean i wont read from the same author. Mungkin novel akan datang will be much better...who knows?
novel ni best. wlupun agak tak logik bila watak heroin terlalu perfect. smua dia bole buat termasuk tendang pintu. sy suka novel ni sbb fun bila baca, baru kali ni sy baca novel smbil gelak siap ketawa dgn suara yg agak besar. slalu nya layan prsn je baca novel, sedih, nangis, geram dan menyampah. tp bila baca novel ni sbb happy and fun. watak perfect bgini hnya bole didapati dlm novel je. kalo kt dunia yg nyata mmg tak kn jumpa. disebabkan adik sy yg langsung tak suka baca novel melayu trus minat baca novel. tahianh buat pnulis sbb da buat adik sy minat mbaca :)))
Rania Ixuna - erk? tak tahu nk kate mcm mane...cume Xuna ni byk kelebihan yg boleh dia buat...tp ramai org x suke novel ni sbb watak heroin yg sempurna...tp bagi aku, Xuna tak sempurna pon...dia sekadar ade byk kelebihan...tp tidaklah sampai thp sempurna...tiada manusia yg sempurna atas muke bumi ni...
awal2 cerita mcm baca komik pun ada. watak heroin mcm karakter anime or komik jepun. serba boleh n comel. tp lama2 mcm baca novel keagamaan pulak. byk info n maklumat yg blh diperolehi. overall novel ni xdelah teruk sgt...
Ok lah ada improvement compare to her 1st one but still she like ri write something yang extraordinary of which no one's perfect. Ada part yang memberi keinsafan but most important watak enrique tu i like.
dari awal mcm malas nak habiskan. tpi sebab aq pun fall in love kat emir. terpaksa aq habiskan. tapi buku ni walau pun nampak banggang. actually die ajar pasangan macam mana nak jadi good couple. pengisian agama yg boleh memberikan keinsafan terutama masa talkim dibaca.
Menarik gila citer nie.. Bagus untuk di jadikan bahan bacaan.. Kenapa?? Sebab ada menggunakan ayat2 Al-Quran dan terjemahannya sebagai nasihat.. Banyak yang boleh di pelajari dari novel ini.. Novel ini sesuai dibaca dan dijadikan tauladan.. Ambil yang baik..
Bolehlah novel untuk orang yg suka cerita romantik, sweet2 bagai nih. ermm, saya suka karya anabella, sbb crita dia ringan smuanya. sya pon tak payah nk srbutkan kpla sya yg mmg sdh srbut nih.
novel ni best sangat. heroin memang good in everything dia memang handal gila dlm semua tapi satu je kelamahan dia, that guy! aw fall in love with all the characters <33
Setiap orang ada citarasa sendiri mengenai jalan cerita dalam novel. N for me it deserved 5 star what...high quality imagination. Sedih giler bace novel ni but still the happy ending take place.