Cinta tidak semestinya mudah untuk bersatu. Ungkapan itu menggambarkan perjalanan kisah Nuh Qays dan Qisya Zulaikha yang saling memendam perasaan semenjak dari zaman universiti lagi. Biarpun ada rasa indah di hati, namun segalanya terpaksa dipendamkan gara-gara kebencian adik Nuh Qays terhadap Qisya Zulaikha.
Kemunculan Izdiyad yang menghimpit diri, ditambah dengan tohmahan-tohmahan busuk dari mulut sepupunya sendiri, Qisya Zulaikha kian sesak mengatur hidup. Tiga tahun menjalani kehidupan masing-masing, sekali lagi jodoh menemukan mereka berdua. Mengikut aturan takdir yang telah ditentukan, Nuh Qays akhirnya bekerja di bawah satu bumbung yang sama dengan gadis idamannya itu. Biar banyak halangan yang mendatang, dia tekad untuk berjuang.
Dan kali ini dia berikrar untuk melindungi Qisya Zulaikha dari gangguan Izdiyad mahupun adiknya sendiri, Qairina.Di kehidupan mana manusia mampu lari dari menghadapi ujian Tuhan? Dan apa yang berlaku kali ini benar-benar memberi tamparan hebat kepada Qisya Zulaikha.
“Tolong Ikha mak su. Ikha kena nikah malam ni juga. Tolong datang ke sini. Ikha perlukan kekuatan.” - Qisya Zulaikha.
Dan di atas rasa tanggungjawab terhadap salah faham itu, Nuh Qays menghulur tangan untuk memperisterikan Qisya Zulaikha.
“Terima kasih sebab sudi jadi isteri saya. Saya harap tak ada perkataan menyesal dalam diri awak tentang pernikahan kita.” – Nuh Qays
Mampukah sebuah perkahwinan atas rasa tanggungjawab melenyapkan segala duka dalam catatan hidup Qisya Zulaikha? Dan cinta yang dipupuk selepas pernikahan, mampukah ia kekal bahagia selamanya?
~ Kisah Yang Aku Inginkan ~ BesQ ~ Hingga Tiba Saat Itu ~ Karyaseni ~ Hanya Itu Pintaku ~ P2U ~ Demi Cinta ~ BesQ ~ Shhh... I Love You ~ P2U | Adaptasi Drama Slot Akasia April 2017 ~ Dia... Pelengkap Hidupku ~ IKP ~ Spanish Guitar (Yang Menyentuh Hati) ~ IKP ~ Perangkap Dua Hati ~ LNP
3.8* In between this novel, Layang2 Bertali Kaca by NB plus another novel which Ive completed earlier on. Penumpuan lari habis. Bila part stagnant je, tukar novel..only to continue later on. Inilah sebabnya mood terbang sikit kebelakangan ini. Novel tak kena dgn jiwa. Ironinya, hari2 tetap baca novel. Reading is my obsession no longer passion.
5* untuk Nuh Qays. Seorang yg bersungguh2 and he walks the talk. Terperangkap dalam perkhawinan (khalwat) adalah rahmat baginya kerana akhirnya Qisha dalam genggaman.
3.5* untuk Qisha Zulaikha. Lembik, penakut? Mungkinlah. Too trusting. Cantik, polos, lembut dan santun orgnya. Bottom line is, senang kena bully. Sehingga hilang zuriat kembar yg di kandungnya.
4* untuk Qairina. Adik Nuh Qays. Garang mengalahkan Singa. Lantang berbicara. Kerana cinta pada seorang lelaki yg di cintai dari zaman Uni, sanggup menggadai maruah. Kerana percaya akan fitnah yg direka Afiah, Qisha jadi mangsa. Ingin pergunakan Afiah untuk balas dendam tanpa sedar dia juga di perbodohkan.
2* untuk Izdiyad. Terlalu cintakan Qisha. Sayangnya cinta bertepuk sebelah tangan. Hairan kenapa kejarkan Qisha kalau dia bercinta dgn Qairina selama itu. Realised that chasing is much more challenging than being chased.
Pendapat Saya 1. Suka gabungan nama Qisha dan Qays. 2. Eventhough author garapkan watak Qairina yg menjengkelkan, saya suka the turn in her character bila dia tahu apa sebenarnya yg terjadi. Rupanya punyai hati yg baik dan seorang yg manja. 3. Jln cerita ada part mcm a bit flat only to pick up later on. 4. Sokongan kawan baik seperti Ifa dan keluarga NH yg tak memandang kedudukan dan sebagainya. 5. Ending yg baik. Suka3x dan padan muka..betullah perempuan tu..hidung tak mancung pipi tersorong2. 6. Lastly, pengajaran buat yg mengandung illegitimate child. Kerana dibutakan oleh cinta dan ingin ber bin kan anak dgn nama bapanya, sanggup berkahwin bukan saja untuk menghalalkan hubungan tapi untuk sahkan taraf anak juga. At the end of the day, still suffering. Tak semua yg dapat kecapi bahagia.
Mendatar je ceritanya walaupun terdapat konflik. Mungkin gaya garapan penulis. Bila muncul konflik, tiada rasa teruja atau cemas.
Masa Nuh dan Qisya berbual tentang syarikat ayah Nuh, rasa janggal. Beria pula Qisya pujuk suaminya ambil alih bisnes keluarga.
Saya skip semua part di Singapore. Kat sini lebih banyak tell dari show.
Selain Diyad, ada seorang lagi yang suka pada Qisya. Itu pun saya rasa tak perlu. Saya akui orang yang baik dan cantik ni ramai peminat tapi kalau tak ada pun saya tetap tahu. Interaksi Qisya dengan Encik Kamal sendiri membuktikan Qisya ni istimewa sedangkan Encik Kamal sayang Qisya seperti anaknya sendiri.
Pengakhiran hubungan Diyad dengan Rina pun macam melepaskan batuk di tangga. Rina kejam sebab Diyad dan bila mata Rina terbuka, Diyad ni sepertinya dah tak layak untuk Rina. Ya, kedua-duanya ada buat silap tapi Rina ni redeemable dari Diyad yang sampai ke akhir pun masih 'gila'. Kalau tak kerana 'dugaan' tu, entah sampai ke sudah Diyad takkan kahwin dengan Rina.
Yang terbaik tentang novel ni ialah penerimaan Qisya pada Nuh. Kiranya dia tahu kedudukan sebagai isteri. Saya pernah baca novel menjurus ke arah keagamaan tapi si isteri yang bertutup litup tak nak menggauli suami. Jangan dok gunapakai la kisah Asiah dan Firaun. Tu time Nabi Musa. Kita ni umat Muhammad S.A.W. Lain la kalau heroin tu Rina.
Kisah Nuh Qays dan Qisya Zulaikha yang ditangkap basah disebabkan oleh perangkap adik kembar Nuh, Qairina dan juga sepupu Ikha, Afiah. Mulanya perangkap ni adalah untuk memerangkap Afiah dgn Nuh tapi boleh pula pada masa tu Afiah lambat sampai ke rumah Nuh n then kebetulan Ikha terpaksa kena hantar fail penting dekat Nuh.
Sebenarnya kes ni x payah nikah pun x pe sbb boleh byr denda je then mmg diorg x bersalah..tapi Nuh Qays yang memang suka kan Zulaikha, merasakan ini lah peluang dia memiliki Zulaikha. Lagipun dia juga ingin siasat betulkah Ikha ni suka kat Izdiyad (Kekasih Rina). Afiah, Diyad dan Rina pula selalu fitnah Ikha ni macam2. Mereka pun berkahwin tapi perkahwinan ni dirahsiakan sehingga family Nuh pulang dari umrah.
Walaupun permulaan perkahwinan diorg mcm kahwin paksa, tp lama2 mereka dapat terima. Ikha pula rupanya mmg da lama suka kat Nuh senior dia kat universiti. Bila masing2 luahkan perasaan makin bahagia la diorg.
Tapi dalam bahagia2, romantik2..ada jugak la dugaan yang berlaku dalam hidup mereka. Biasalah bila hasad dengki ada dalam hati, sampai boleh sanggup membunuh. Tapi setiap kejahatan yang berlaku pasti mendapat balasan.
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM10. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
I like the plot. Tapi executionnya agak membosankan and takda yang istimewa tentangnya. Dari segi emosi, N rasa it fell flat.
P2H mengisahkan seorang lelaki dan seorang wanita yang saling meminati sejak dari universiti tapi tak pernah meluahkan perasaan. Mereka bertemu semula di alam pekerjaan when Qays masuk bekerja di syarikat yang sama dengan Qisya.
All this years, Qisya sangka Qays bencikan dia. Masakan tidak, semasa di universiti dulu, kembar Qays, Qairina menyerang Qisya dengan tuduhan dia cuba menggoda teman lelakinya, Diyad. Sedangkan sebenarnya, Diyad yang menaruh hati pada Qisya.
Sampai sekarang pun, Diyad masih meminati Qisya walaupun masih bersama Qairina. Dia cuba mendekati Qisya semula, terutamanya apabila dia mengetahui Qays dan Qisya bekerja sebumbung.
Bekerja satu syarikat bersama Qisya membuka ruang untuk Qays mengenali Qisya. Walaupun ada saja kata-kata sumbang yang menyapa halwa telinganya, dia yakin Qisya seorang wanita yang tegar menjaga maruah dirinya. Apabila mereka ditangkap basah bersama, Qays tanpa ragu-ragu terus setuju untuk mengahwini Qisya.
Perkahwinan mereka mengundang rasa marah dalam Qairina, Diyad dan sepupu Qisya yang selama ini amat membenci Qisya. Diyad merasakan Qays menikamnya dari belakang. Perasaan benci Qairina terhadap Qisya semakin membuak.
Betul ker Ini buku pertama Farisya Natasha? Rasa nak cari lagi kalau ada buku2 terdahulu, suka dangat tulisan FN. Kisah Nuh Qays (nama yg terpahat dlm ingat, pasal lain dari yg lain) & Qisya Zulaikha, permulaan jln cerita ,ereka yg jatuh cinta dari zaman uni lagi ( tapi dlm diam, malu2 ler tu, tak berani nak luahkan perasan, intai- mengintai jer ), kebetulan bertahun selepas tu, bertemu kembali kerana mereka berkerja d tempat yg sama ( NH, yg stalk QZ sampai tahu d mana QZ bekerja ), tapi masih tak berani meluahkan isi hati. NH is a very strong character, pencinta setia (bertahun mencintai QZ dlm diam), pelindung (insiden izdiyad @ kawan NQ yg nakkan QZ, Qairina @ adik NQ yg jahat & Afiah@ sepupu QZ yang evil), bertanggungjawab & tegas tetapi hormatkan org sekeliling (masih mau menjaga airmuka Evil Afiah semasa membuat jamuan kejutan sempena harijadi NQ). Kisah cinta mereka bermula selepas dorang bernikah, he's so sweet, semasa wedding reception menyempat nak buat upacara bertunang & nikah sekali lagi supaya QZ tak rasa left out, maklum dorg nikah shotgun. Cerita ni walaupun sweet, tapi masih ada babak cemas, sedih, benci & yang pastinya kita akan rasa walaupun banyak dugaan yg pasangan ni hadapi, tetapi mereka tetap setia bertahan kerana cinta mereka yg suci & tulus. Ending yg nicely executed, evil afiah mendapat pembalasan yg sewajarnya, kesedaran izdiyad & qairina. Extra note suka watak Ifa, mak su & ibu ayah NH yg sangat supportive.
Beautifully written.. Awal-awal confuse jua pasal the names.. Beri geram hati ada jua awal2 dgn kelibat Rina & Afiah yang kan menghancurkan relationship Nuh & Ikha.. Izdiyad ani sama jua! Rangka banar udah ada rina kan mau si Ikha cia jua.. But story line is indeed interesting. what disappoints me sikit is after si Ikha kan kana rogol atu masuk kes polis and obviously salah si afiah. Batah banar cerita si afiah nada.. Udah si Ikha gugur dari tangga barutah timbul balik character si afiah atu.. Mcm hanging sikit that chapter..
All & all it was a pleasurable read.. Nice ending. Ada saspen sikit! Hehe
sy tak suka novel ni... dialog dan jalan cerita same je, kahwin paksa pasal kena tangkap basah... kalau macam tu, penulis kena jadi kreatif dalam mengolah cerita dan dialog yang menarik supaya pembaca tertarik untuk bace novel ni... bila sy bace novel ni, macam copy dan paste novel-novel lain yang sy pernah bace... sory ye penulis...
Karya pertama ( kan? ) novelis ini tidak mengecewakan Ida. Wpun ada ayat yg agak peliks ( for me lah sbb perlu dibaca a few time untuk faham ), but overall,it was an enjoyable read.
Grab your copy,read it and share it.
What I like doesn't mean you have to like it too....and vice versa.
Perangkap 2 hati ...Kisah cinta Nuh Qays dengan Qisya Zulaikha. Cinta yang disimpan lama tanpa diluahkan.Satu tragedi menyatukan mereka. Perkahwinan yang terjalin sebenarnya amat diimpikan Nuh dan pada masa yang sama ingin memastikan adakah benar segala tuduhan yang kembarnya lemparkan terhadap Qisya.
Namun perkahwinan mereka bukannya mudah.Bahagia namun ada saja yang mendatang..Dengan fitnah daripada Afiah sepupu qisya yang memang membencinya. Adik kembar Nuh dan Izdiyad yang dari dulu mengejar cinta Qisya..
Keguguran anak kembar mereka membuatkan Qisya mengambil keputusan untuk berpisah sementara dengan Nuh...mampukah Nuh mendapatkan isterinya kembali...
Kecewa skit..mengharap kn lebih..uwaaaa tp tak sampai...Byk sgt ngarut..1.5* mula sgt best..lepas tu...sedihhh . .tak lehnak telan bc langkah2 tp sy ttp follow cik penulis