Semalaman (sanggup tak tidur) membaca Secangkir Kopi Karamel. Mulanya memang payah nak masuk sebab guna style bahasa penulisan zaman sekarang. Namun, disebabkan nak tahu cerita Irdina dan Rayyan, paksa diri juga. Makin dibaca, makin nampak 'input' cerita ini. Memang masih mengekalkan identiti Jemari Seni. Santai dan 'berisi'. Tahniah!
Dialog? Ramai komen macam keanak-anakan tapi fikir-fikir balik novel saya sendiri pun seangkatan dengannya. Jadi, ukurlah penulis itu sesuai mengikut umurnya.
Bab gaya bahasa...mungkin itu stail terkini sebab majoriti penulis lain pun awal ceritanya begitu. Pada saya, paling penting ialah jalan ceritanya ada pengisian, nampak perubahan watak (ke arah lebih baik, lebih matang), konflik pun cukup asam garam semua, twist yang tak disangka (blog Kak Montel) dll. Bertekad nak baca novel ini pun kerana didorong rasa suka lepas baca cerpen penulis dalam 'Kerana Dia, Ratu Sehari' yang nampak ada 'isi'.
Baiklah, sebenarnya.... saya tak pandai nak komen/review novel, sebab ini bukannya bidang saya.
Jadi, kesimpulannya (Wah, terus kepada kesimpulan!)
-Buku ini santai berisi
-Dialog 'sweet-mweet' boleh buat orang diabetes
-Budak sekolah boleh baca buku ini, jadi emak-makcik jangan risau okey!
-Manusia itu boleh berubah, hidayah itu daripada Allah. Berdoalah untuk orang yang kita sayang!
-Suami dan isteri itu saling melengkapi
-Nobody is perfect
-Everybody has their first love
-Give love a second chance
-Encik Rayyan macam Encik Khayalan + Encik Haiqal (ehem!)
-Highly recommended by Rnysa Anys
Ok, saya nak pergi cari cerpen Pija Ijazati Habib dalam antologi cerpen Adiwarna Kisah Cinta Seribu Wajah dan 'menjejak' novel 'Ros Biru Untuk Dia' dalam kotak di bilik stor (kalau tak ada, maknanya kena pergi beli di Kedai JS!)