“Itu kasut ke sampan? Habis basah satu office! Dapat gaji nanti beli lah kasut baru...”
Amani runsing! Hampir saban hari ada sahaja kejadian yang mengundang kebencian ‘ si singa jantan’. Tentang baju buruk yang tersarung di badan, tentang kopi yang tidak cukup manis, tentang kasut cabuk yang sudah setahun tidak berganti. Ya, kasut cap Bata itu juga menjadi mangsa keadaan. Kasihan kau kasut...
Di saat Amani mula berputus asa, layanan berbeza mula dirasainya. ‘Ai, takkan singa jantan dah bertukar menjadi kucing manja kut?’ Api kebencian yang terpendam di dada semenjak bertahun yang lalu bagaikan padam dengan tiba-tiba. Aura apa yang dibawa oleh gadis kampung ini? Mengapa ada debaran yang menggila setiap kali bertentangan mata? Mengapa ada rindu apabila berjauhan? Mengapa ada cemburu yang bertandang saat si dia menjadi tumpuan? Apakah perasaan yang sudah dibuang mati kini kembali melata di taman hati? Mungkinkah sudah sampai waktunya untuk melenyapkan kenangan lalu yang menghiris kalbu?
“Amani, sudi tak awak menjadi suri dalam hidup saya? Menerima saya sebagai imam dalam hidup awak. Mengharungi susah dan senang bersama-sama. Menemani saya sampai tua ganyut.”
Di saat cinta sudah berputik, kepulangan Natrah membawa 1001 rahsia. Anak kecil bernama Emir Luqman menjadi senjata untuk Natrah menawan kembali sekeping hati Zafran. Antara cinta dan belas-kasihan, yang manakah menjadi keutamaan Zafran? Tergamakkah Zafran melukakan hati Amani demi permintaan Natrah? Sanggupkah Amani menerima Zafran jika rahsia sudah terbongkar?
“Untuk sempurna yang kau ciptakan... untuk bahagia yang kau titipkan... terima kasih, cintaku.…”
Ikutkan kisah ini biasa-biasa saja. Tapi masih rasa seronok membacanya kerana ia kisah cinta biasa yang tak memerlukan resepi kahwin paksa di dalamnya.
Amani gadis biasa. Terlalu biasa dan agak kekampungan. Fizikalnya yang kecil molek tetapi agak selekeh itu menyebabkan Zafran sakit mata. Dia perlukan setiausaha yang cun dan pandai bergaya. Bukan seperti Amani yang hari-harinya berbaju kurung dengan kasut sampan. Hailoh! Tak staylo langsung!
Dalam memastikan ‘pemandangan’ cantik dan indah, Zafran sanggup memberi pelbagai elaun untuk Amani. Elaun pakaian + make up. Amani perlu di-make-over sampai cantik. First time seingat aku ada bos yang sebegini. Kelakar walau rasa tak logik sangat hahaha
Bila dah sedap mata memandang, hati mulalah tercuit. Daripada segarang-garang singa jantan, Zafran bertukar menjadi kucing manja terlebih nakal! Amboi! Bukan main lagi pakcik seorang tu. Namun sebenarnya hati dah lama terpaut pada gaya Amani. Gadis naif dan lurus lembut itu punya aura yang cukup kuat. Dia boleh hanyut dengan hanya menatap senyuman manis Amani.
Impian menyunting Amani sebagai isteri tercapai. Si gadis pujaan sudah ada dalam genggaman. Tapi kepulangan Natrah; bekas kekasihnya membuat hati Zafran gundah. Natrah pulang dengan si kecil Emir Luqman. Keletah Emir Luqman mengusik hatinya. Antara kasih dan kasihan, Zafran dalam dilema. Mampukah Amani mengecap bahagia bila Zafran sudah berjanji pada Natrah? Sila dapatkan novel ini untuk kisah selanjutnya :D
Quite refreshing sebab penulis cuba mencipta suasana baru untuk membezakan cerita ini dengan lambakan kisah cinta yang lain. Cubaan yang berjaya sebab aku enjoy menikmatinya. Moga terus diberi idea yang melimpah ruah dalam karya akan datang. Selamat menulis!
Kali ni kita menyelami kisah love-hate relationship antara Amani dan Zafran. Pertemuan pertama antara Zafran dan Amani menimbulkan rasa jengkel Zafran terhadap Amani. Mana tidaknya, penampilan Amani yang agak kekampungan menyakitkan mata Zafran. Selera Zafran dah tentulah gadis seksi dan menggoda, tapi malangnya dapat pula Amani sebagai setiausaha. Memang jadi mangsa kutukan dan kejian ajelah si Amani ni.
Tapi Amani bukan pedulikan semua itu. Janji poketnya berisi dan keluarganya di kampung dapat dibantu. Kemunculan Arisya sedikit sebanyak membantu Amani menangani kerenah bos 'singa'nya itu. Atas nasihat Arisya yang mahukan perhatian Zafran, pelbagai elaun grooming diberikan kepada Amani.
Bila dah cantik menawan, hati pun mulalah tercuit. Paling tak tahan Zafran sanggup menyusul Amani ke kampung semata-mata sebab rindu. Haha. Itulah, dulu mulut kemain celupar lagi. Bila dah terpaut, berjauhan sikit pun dah rindu. Sebenarnya Zafran ni masih fobia dengan kegagalan hubungan cintanya yang lalu. Penampilan naif Amani tu mengingatkan Zafran kepada Natrah yang telah mengecewakan Zafran. Jadi, kutukan-kutukan terhadap Amani tu semua untuk menafikan perasaannya sendiri. Heh.
Akhirnya mereka tetap disatukan dengan restu kedua-dua belah pihak. Kepulangan Natrah dan si keletah Emir Luqman kemudiannya sedikit sebanyak merenggut kebahagiaan yang sedang mereka nikmati. Kesian juga Amani ni bila Zafran terang-terang bermain wayang di depan mata. Tapi semuanya bersebab. Nak tau sebab apa? Kenalah baca kan? :)
Komen saya: Kalau anda rasa nak lari dari tema kahwin paksa, ini salah satu buku yang patut anda baca. Walaupun kisahnya biasa-biasa yang kita dah boleh agak jalan ceritanya, penulis berjaya melakarkan kisah ni tanpa 'tersangkut' di sana-sini. Tahniah buat penulis untuk karya sulung beliau ni. Moga maju jaya untuk karya-karya seterusnya. Terima kasih juga buat tuan punya buku yang sudi 'melambakkan' buku-bukunya untuk saya baca. Hehe. :)
separuh cerita agak menarik dan menghiburkan. Namun apabila kisah Natrah disulam dlm hidup zafran-amani, kisah menjadi longgar. Banyak ruang kosong yang tidak dimanipulasi sepenuhnya dgn kehadiran watak emir-natrah. bagi peminat happy ending, this is something to look at :-)
Orang kampung-->ke bandar cari kerja-->bos handsome--->mula2 gaduh--->jatuh cinta--->ada awek hot--->kahwin--->bahagia---->awek hot balas dendam--->muncul awek lama--->lari--->accident--->berbaik---->kembali bahagia
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM8. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
Amani seorang gadis kampung mendapat kerja sebagai setiausaha Zafran. Zafran menerima Amani yang tiada pengalaman atas dasar kasihan. Tapi perwatakan Amani yang dianggap kolot dan kekampungan sering saja menjadi bahan cacian Zafran. Setiap hari ada saja kesalahan Amani yang sengaja dicari untuk dikeji. Zafran ni memang boleh dikategorikan sebagai seorang yang 'asshole'.
Tapi apabila Amani tiada di depan mata, Zafran merasa rindu. Amani dicari sehinggakan sanggup melawat Amani di kampung. Wanita yang dulu dijadikan bahan lepas geram kini menjadi wanita yang sering diingati. Lantas Amani disunting menjadi suri rumahnya.
Tak lama selepas itu, bekas kekasih Zafran, Natrah muncul kembali. Natrah kembali dengan perancangan tersendiri. Hubungan akrab dengan Amani dijalin. Amani yang tidak tahu cerita sebenar terluka selepas 'dihadiahkan' gambar-gambar mesra Zafran dan Natrah. Rasa tertipu, Amani lari membawa diri.
Kalau ikutkan, cerita ni tiada yang istimewanya. Tapi pada N ia cukup menghiburkan. N suka watak Zafran yang diibaratkan seperti singa jantan ni berubah menjadi kucing manja. Terlebih romantik pun ader. Overall, cerita ini sangat-sangat memuaskan!
Cerita ni bukan cerita kahwin paksa... Cerita mengenai perjalanan hidup antara Zafran dan Amanai. Watak Emir yg comel Watak Arisya yang dapat balasan yang tak disangka Watak Natrah yang datang menjernihkan hubungan dia dan Zafran.
Jalan cerita yang menarik dan ada keluar air mata juga :)
TAHNIAH buat penulis...bulan berapala penulis nak melahirkan baby kembar dia :) ..harap semuanya berjalan dengan baik.
Zafran.. Lelaki yang tertarik kepada perempuan kampong yang sopan dan manis perwatakan. Accidentally fell in love with his secretary Amani yang sama species mcm cinta lalu nya Natrah.. Arisya supermodel murahkan yang gilakan Zafran.
The story line is quiet good at least rapi plang penyusunan nya. Actually this book buleh lagi tabal ne! Coz jalan cerita nya slighly rushing. Mcm the author is trying to explain mengajut what happen to each characters. But oh i loveee how the author end kan story si arisya! Hihi padan mua nya! Sasak banar ku kan arisya atu!
Anyhow, its a light easy read lah.. Stress free book coz penulisan nya bagus jua.. To the author, keep it up! Love your imaginations!