Jump to ratings and reviews
Rate this book

Qasidah buat Khadijah

Rate this book
MUHAMMAD: Mempunyai ilmu agama yang tinggi, ditambah dengan 30 juzuk al-Quran di dalam dada, bukanlah bermakna dia tak boleh jatuh cinta. Cinta itu milik setiap insan. Apa yang penting, iman dan takwa dijadikan sempadan agar tidak tersasar.

"Khadijah juga tak cantik" - ZULAIKHA

"Mempunyai al-Quran dalam dada, merupakan satu kelebihan yang tiada tandingannya. Tentu saja Khadijah lebih cantik dari segala-galanya mak cik. Itu sudah mencukupi bagi saya." - MUHAMMAD

Malangnya, pinangan ditolak dan gadis idamannya lari jauh ke Yaman.

KHADIJAH: Anak kedua kepada pasangan Zulaikha dan Yusuf itu merupakan seorang yang keras hati dan kuat memberontak. Segala kerenahnya membuatkan pasangan itu pening kepala. Namun begitu, otak Khadijah cerdas. Dia berjaya menamatkan hafazan al-Qurannya dalam tempoh yang jauh lebih pantas berbanding rakan-rakan madrasahnya yang lain.

"Abi nak ingatkan Khadijah, jangan sesekali buat hal dekat sini. Kalau Khadijah call aje umi atau abi kata nak balik, abi akan terus terima lamaran Muhammad" - YUSUF

Gara-gara pinangan Muhammad, Khadijah kini tercampak jauh di Tarim yang dikenali sebagai Bumi Seribu Wali. Tarim merupakan pusat ilmu dan pentarbiahan yang hebat. Namun bagi Khadijah, Tarim merupakan bumi tandus lagi mundur. Sudahlah pasar rayanya ala-ala Chow Kit dan tiada barangan berjenama, nak melayari Internet pun sebulan sekali saja dibenarkan. Merasakan dirinya terbuang, Khadijah nekad memutuskan hubungan dengan keluarga.

"Kita nak cari mamat Arab handsome kat sini. Lepas tu kita nak menetap terus kat Yaman. Kita tak nak balik Malaysia lagi dah." - KHADIJAH

Demi menyatukan semula Khadijah dengan keluarganya, Muhammad melakukan seuatu yang di luar pemikiran. Melalui Anggerik Desa, Muhammad dapat mengetahui segalanya tentang Khadijah. Khadijah memberitahu Anggerik Desa yang dia sudah jatuh cinta dengan seorang lelaki Yaman. Tampan dan berkerjaya sebagai doktor. Fikiran Muhammad semakin kacau apabila dia diminta untuk menguruskan madrasah Pak Cik Sahar, iaitu sahabat baik bapanya. Tak hanya menjadi mudir, Pak Cik Sahar mahukan dia jadi menantu!

"Apa salahnya? Budak Aida tu tak lama tamat belajar. Eloklah kalau kita masuk meminang sekarang. Habis saja hujung tahun ni, terus kita langsungkan perkahwinan mereka." - RAOF

Perlukah Muhammad mencuba dan terus mencuba untuk dan terus mencuba untuk mendapatkan Khadijah atau menjadi anak yang taat? Akan terdendangkah qasidah khas buat Khadijah?

761 pages, Paperback

Published June 1, 2022

3 people are currently reading
26 people want to read

About the author

Hana Ilhami

10 books79 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
25 (56%)
4 stars
14 (31%)
3 stars
4 (9%)
2 stars
1 (2%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 15 of 15 reviews
Profile Image for Izzati Aisyah.
265 reviews40 followers
June 21, 2023
Suka novel Qasidah buat Khadijah ni sbb ada vibes novel pertama Hana Ilhami tajuk Ya Maulana. Konflik tak berat sangat tapi penyampaian tentang cinta dalam islam tu sampai.
55 reviews2 followers
March 23, 2025
4.5 ⭐

Besttt. Khadijah gadis muda yang diberikan kata dua, kahwin atau sambung belajar di Yaman. Lepastu si Khadijah aka Katy Perry Al Yamani ni pun merajuk sampai tak contact langsung parents dia bila dah sambung belajar di bumi Tarim tu. Geram jugak rasa dengan si Khadijah ni. Tapi darah muda kan memang nak memberontak.

Di Tarim banyak peristiwa yang berlaku and buatkan Khadijah faham culture di Tarim tak sama dengan di Malaysia. Perbezaan itulah yang buat some of her friends and orang sekeliling dia rasa yang Khadijah ni bawa pengaruh buruk. Tapi akhirnya masing-masing sedar it's not that bad. The outspoken Khadijah berjaya tolong kawan dia dalam satu situasi.

Perwatakan Khadijah ni tak adalah perfect pun. Ada banyak kali aku rasa geram sangat dengan watak dia ni. Degil betul! Tak contact parents sebab merajuk, orang nasihat taknak dengar. Tapi nasib baik insaf jugak. Tapi memang real life ada je watak macam ni so tak pelik pun.

Muhammad aka Musafir Lalu aka Anggerik Desa. Banyak betul identiti dia ni. Muhammad suka buat post dakwah di laman sosial tapi mesti akan ada komen yang macam nak cari gaduh. Lepastu pengikut Musafir Lalu pun akan mengecam pengguna tu. Tapi sebenarnya walaupun ayat dia macam kuajo sikit tapi itu semua fakta. Tapi pengikut Musafir Lalu beranggapan yang tukang komen tu saja nak cari gaduh. Tapi tuan tanah sendiri pun sebenarnya setuju bila baca komen yang membawa pergaduhan tu. Well bukan mengecam cuma mengingatkan.

Walaupun tak pandai English, tapi Encik Muhammad kita ni bijak cari langkah nak contact dengan cik Katy Perry. Walaupun di permulaan dia rasa terkejut tengok ada gambar freehair dekat profile Khadijah (kito pun terkejut wak) tapi dia akhirnya proceed jugak untuk approach Khadijah. Rasa lawak sungguh bila baca conversation Anggerik Desa dengan Khadijah. Yelah Khadijah ni bbnu, jadi bahasa dia guna pun bahasa wechat. Memang susahlah Muhammad nak faham.

Percaya atau tak, hampir keseluruhan buku ni watak utama tak berjumpa face to face langsung. Sekadar berhubung secara online (tapi Khadijah pun tak tahu identiti sebenar Anggerik Desa masa tu).

Dah nak habis novel pun ada lagilah konfliknya si budak Khadijah ni. Seram betul. Tapi nasib baiklah tak ikut kepala dia sangat dan akhirnya banyak rahsia dapat dileraikan termasuk misteri wanita freehair di profile Khadijah. Tak sangka betul 🤣

Btw banyakkkk sangat ilmu yang aku dapat dari novel ni. Rasa rugi pulak sebab lambat sangat baca novel ni padahal hampir 2 tahun beli.
Profile Image for Izz.
420 reviews9 followers
June 25, 2023
Muhammad yang sangat lar alim warak tu dah jatuh cinta dengan Khadijah. Dia terus masuk meminang, tapi di tolak. Khadijah pula, suka buat hal, tukar² madrasah. Peminat tegar Katy Pery, tapi dia berjaya hafaz 30 juzuk ayat Al Quran tu. Kagum. Khadijah ni perangai main lepas je. Bengang gak dengan dia yang boleh keras hati tak nak bercakap dengan umi dia smpai setahun. Buku ni cerita agak slow. Sebab banyak cerita kehidupan harian Khadijah dengan Muhammad. Tapi, buku ni ada banyak sangat info ilmiah. Tu yang buat nak baca sampai habis.
Profile Image for Tatatata.
67 reviews
June 23, 2024
Agak kecewa. First of all, Muhammad tak pakai cermin mata so knp cover tu lelaki bercermin mata? Hahaha

Secondly, interaction between mcs are practically non-existent. Tapi mmg inilah 'percintaan' sebenar mengikut definisi Islam, non-existent. Cuma jadi boringlah plotnya.

Overall not bad.
Profile Image for Thes.
193 reviews3 followers
September 19, 2024
Kisah cinta yang berpasakkan pada pengharapan dan ketentuan Yang Maha Kuasa. Muhammad, seorang hafiz dan juga pelajar alim yang secara tak sengaja telah terjatuh hati pada Khadijah, adik kepada kawan baiknya, Abdul Rahman setelah mendengar Khadijah menyanyi. Muhammad yakin Khadijahlah jodohnya, lantas dia melamar Khadijah melalui ibu bapa Khadijah. Dan lamarannya ditolak mentah oleh Khadijah. Dan kerana lamaran itu, Khadijah di hantar jauh ke Yaman untuk melanjutkan pengajian alimah.

Walaupun tiada babak yang menemukan Khadijah dan Muhammad secara bertentang mata (literally ada satu babak je) aku tetap terhibur dengan interaksi mereka yang menggunakan pengantara. Comel sungguh la. Khadijah yang sedikit kebudak-budakan dan Muhammad yang matang, waduhh, gawat hatiku dengan telatah mereka berdua ni. Kalau masa tak bertentang mata pun dah comel, haih, babak yang mereka bertemu empat mata lagilah cute habis!


Konflik yang tertimbul pun taklah berat dan memeningkan kepala jadi aku sangat enjoy membaca. Penggunaan platform Facebook yang Muhammad guna untuk menyebarkan dakwah banyak mengingatkan aku pada novel penulis sebelum ni, MSMN. Masa Muhammad menyamar jadi Anggerik Desa untuk dekati Khadijah pun alahai, gigih sungguh dan bijak sungguh. Watak sampingan pun banyak memainkan peranan since Muhammad dengan Khadijah ni tak pernah berhubung secara langsung, melainkan melalui Anggerik Desa. Especially, Fatimah, adik Khadijah. Walaupun Fatimah sendiri takde babak yang bercakap secara langsung dengan Muhammad tapi sebab dia sentiasa ada di latar belakang semasa watak lain tengah berbincang, so dia macam spy Khadijah jugak la untuk menyampaikan berita dari Malaysia.

Aku jatuh hati sungguh dengan buku ni. Walaupun mencecah 700+ mukasurat, ia tetap penuh dengan pengisian dan tiada satu saat pun yang aku rasa penceritaannya meleret. Sungguh penuh dengan ilmu dan. Suasana di Tarim juga digambarkan dengan terang, memudahkan aku untuk membayangkan suasana di kota seribu wali tu.

Setelah beberapa tahun, akhirnya Hana Ilhami kembali mengeluarkan karya baru. Walaupun beliau pernah update beberapa bab dekat Facebook Pagenya, tapi aku tak selalu buka FB, jadi aku tak pernah baca. Walaupun agak lama menyepi dari dunia penerbitan novel, karya beliau masih mampu memukau aku. Bayangkanlah, dua jam setengah aku naik ETS untuk balik ke rumah, langsung aku tak mampu nak berhenti baca. Highly recommended

---rereading September 2024, masih jatuh cinta dengan Muhammad dan Khadijah---
Profile Image for Yumi Teavee.
102 reviews1 follower
February 19, 2026
Kisah seorang hafiz quran, bakal maulana Muhammad sangat hebat orangnya. Dia ni menaruh perasaan kat Khadijah yang jenis degil,keras kepala tapi jenis cepat menghafal al-quran.

Khadijah takmo kawin awal ,jadi dia merajuk ngan parents dia sebab dia kena pilih sama ada nak kawin ngan Muhammad atau sambung belajar kat madrasah di Yaman. Begitulahh.

Muhammad punya efforts sangat A+ CLASS . HUWAAA dahlah pandai nasyid ngan qasidah. Hafiz quran yang bakal maulana. Lelaki idaman betullah dia ni. Hah ! Menurut dewan bahasa dan pustaka, qasidah bermaksud syair arab yang dilakukan ; berqasidah menyanyikan qasidah,

Khadijah kat negara Yaman dia kena survive sorang sorang, persahabatan diuji dengan bahasa arab yang kena study dan budaya yang berbeza dekat sana. It's not that easy to survive in another country alone.

Banyak jugak kakak author ceritakan dalam ni budaya orang Yaman. Saya pulak di universiti pun ade kawan satu course dari Yaman, jadinya memang agak faham sikit budaya mereka dekat sana.

The storyline memang cinta islamik and saya pun agak seronok memahami jalan cerita ni. Terbayang dah diri ni belajar kat madrasah. Hihihi, but hey it's a good thing right?
Profile Image for lyaa.
45 reviews2 followers
July 3, 2023
first, if you want to read this book, dont expect romance much. romance in this book hanya 30% ( tapi manis dia memang 🥰😍 ) if you read for ilmu, yes. totally recommended lagi ii buku ni lebih kepada islamic purpose.

memang banyak ilmu yang dapat dipelajari dalam buku ni. sangat love 💗

saya suka dengan semua watak dalam cerita ni. pakcik raof tu ada dengki sikit la tapi sikit je hehe. geng Tiga S pun sama tapi sebaik insaf semuanya and comel !!

selepas meredah 700+ muka surat, walaupun scene sweet ii satu chapter je, tapi kumerelakan 😌 sebab sweet nye memang manih leting orang kata HAHAHAHHA.

"abang... panggilah abang" - muhammad
mak sangat lurve muhammad 😭☝🏻 tenangggg orangnya. dengan kawan ii pun alahaii. bila muhammad blushing >>> . and last ii chapter dia ngan khadijah tu, omo comelnye kamoo wahai muhammad 😭☝🏻 save contact khadijah pun "belahan jiwa".

sudah, ana gak bisa bertahan lagi. tapi yang dia tipu tu agak tak patut tapi tipu sunat takpelah 😭

haikal punya surat menyurat tu pun comel aje.

journey dalam buku ni tak main ii. ok tu je bye.
1 review
June 24, 2023
Cerita dia besttt gilerrr,mula2 beli tu mcm 'best ke x ek?,dhla tebal'....then bila dah start membaca rasa mcm dh termasuk sekali dlm story diorg😳,dia x byk part romantic and that's why dia buatkan aq terus rasa nak baca and baca lagi untuk tau cmne ending dia....anddddd Ya Allahhh kita suka watak Muhammadddd😆😆😆.
Novel ni byk berlatarbelakangkan tentang kehiduoan di bumi tarim,isu tentang kahwin atas kehendak keluarga, adab dan kelakuan wanita di tarim and byk lagi pengajaran....even x byk part romantic pon tpi jln cerita dia x meleret andd sgt bestttt

Cara Author ceritakan tentang bumi tarim tu membuatkan kita rasa mcm 'nak bljr kt tarim jgk'😫...

Nasib bintang ada 5 je kalau blh kita nk bgi 10000/5

Psstt psstt....cerita untuk farhad dengan abang kepada katy pery Al-yamani (Abd.Rahman) xde ke author?🥺
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Nadhirah Idris.
38 reviews
December 20, 2024
Alaaa perasaan sweet sweet datang menjelma dah nak last bab jer wehh.

Banyak bab baca scanning jer. Tak sama dgn my expectation dgn novel ala ala cinta islamik yg dibaca before ni or sbb dulu baca zaman sekolah now baca zaman berpijak di bumi nyata ?

Aras level feeling langit dgn bumi, mendatar berbeza dgn baca suamiku ustaz, imam mudaku romantik both of them baca mmng feeling dia sampai naik berangan . Yg ini so - so la agak bolehla sesuai dgn bacaan untuk student madrasah, pondok etc. ; mainan jiwa dia kurang di situ hehe tak menggangu iman rohaniah 😆

But the best is ! Dapat tahu pasal Qasidah zaujati & bushiri - sedap untuk di dengar, balik kerja boleh play while driving 🥰
Profile Image for sunflower.
15 reviews
June 1, 2024
Best tu best..banyak pengajaran..tapi mungkin aku pi expect cerita cinta last last aku yang kena tarbiah
.bagus la banyak bagi aku insaf supaya jangan jadi murah, jaga ikhtilat dan betapa ringannya masayrakat kita ambil peduli tentang hal hal begini..jadi kudoss to writer sebabb bagi mata aku celik supaya jangan jadi wanita yang senang..
Profile Image for Wan Asma Wan Omar.
88 reviews
March 18, 2025
Dan sesungguhnya cinta yang paling agung adalah cinta kepada Yang Esa,novel ini begitu menitik beratkan cinta agung ini dan terbukti ia akan membuahkan cinta suci antara insan juga.Berpegang teguh pada cinta Yang Esa maka Allah akan berikan yang terbaik buat hamba-hambaNya
Profile Image for Ctriko.
282 reviews6 followers
June 23, 2023
Ana Uhibbuka Fillah ~ Cukup kalau aku katakan kisah cliche Muhammad dan Khadijah dalam karya ini berjaya meninggalkan kesan yang begitu mendalam dihati ini.
10 reviews
October 21, 2023
Finally finished this book!

Overall, for me this novel memang sarat dan penuh dengan ilmu, fakta dan sejarah yang kita boleh faham. Actually this novel tidak banyak ye romancenyaa, hehe. Hanya part akhir je yang ada, TAPI, even takdepun, hubungan antara khadijah dan muhammad is such a masterpiece. Something special in different way. Selalu baca novel romance terlebih gula kan, but for this book, really great utk ajar kita lebih ke arah didikan agama dalam satu perhubungan. Then, for me, novel ni pun boleh influence kita ke arah ukhrawi, yeahh. Banyak input yg author letak dalam novel ni, so, selamat membaca gaiss!
Profile Image for dura.
38 reviews3 followers
November 24, 2024
ya Allah, nak bercinta macam ni jugak 🥹
Displaying 1 - 15 of 15 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.