Jump to ratings and reviews
Rate this book

TontonFilem

Rate this book
Antara salah SATU sebab saya memberikan perhatian kepada penulisan Fadz: dia menulis mengenai apa yang dia RASA tentang filem.

Sesetengah 'para pengkritik filem' Malaysia pernah meneliti filem secara intelektual kononnya. Mereka sedaya upaya berusaha untuk menyentuh apa-apa pada asasnya suatu lakaran emosi bilamana pembikin filem merasakan tentang dunia sekelilingnya.

"If you clean it up, get analytical, all the subtle joy and emotion you felt in the first place goes flying out the window." – Andrew Wyeth

Bagaimanakah anda memberi sentuhan intelektual dalam menyelami perasaan sesorang?

Fadz pula meluahkan perasannya secara rawak, dalam aliran kesedaran yang sering berakhir dengan percikan kebijaksanaan. HAL ITULAH yang saya dapati menarik dan layak mendapat perhatian saya.

saya juga berani mengesyorkan agar beberapa pensyarah bidang ini untuk selalu membaca penulisan Fadz. Sekurang-kurangya tulisannya mungkin menarik mereka keluar daripada delusi RASA adalah sesuatu yang boleh dianalisis oleh mereka secara intelektual.

"In certain kinds of writing, particularly in art criticism and literary criticism, it is normal to come across long passages that are almost completely lacking in meaning." - George Orwell

Fadz faham hal itu.

Itulah sebabnya saya hanya mendengar pendapatnya, selain daripada 'guru' filem saya, Encik Hassan Muthalib.

Yasmin Ahmad, Pengarah. (7 Januari 1958 - 25 Julai 2009)
16/4/2009, Kuala Lumpur.

216 pages, Paperback

First published April 1, 2013

2 people are currently reading
13 people want to read

About the author

Fadli Al-Akiti

14 books30 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
5 (33%)
4 stars
4 (26%)
3 stars
5 (33%)
2 stars
1 (6%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Syafiq Ghazali.
35 reviews6 followers
December 17, 2013
Tajuk buku ini (dan blognya) adalah tipu, tidak benar. Fadli Al-Akiti bukan seorang penonton filem dan dia tidak pernah menonton filem. Dia sebenarnya seorang pembaca filem, membaca filem seperti kita membaca karangan pelajar darjah enam (ini pujian, bukan sindiran).
Profile Image for Hafizul Osman.
66 reviews3 followers
July 17, 2013
Bila baca anda akan tahu, kita bukan membaca sebuah buku ilmiah tapi sebuah 'novel' yang ada sesuatu tentang filem. Fadli menulis secara santai, tidak ikut norma penulisan buku tesis, disertasi atau kerja kursus. tontonfilem wajib dimiliki oleh orang yang suka tengok filem.
Profile Image for Hamka Mekar.
32 reviews6 followers
July 23, 2016
aku beli on line, waktu buku sampai aku takde kat rumah, kena ambil kat pejabat pos, akupun pergi pejabat pos ikut jalam yang paling tak sesak, lepas tu waktu balik pejabat pos, aku baca buku ni lalu ikut jalam jem, tak bosan aku terperangkap dalam jem sambil baca buku tentang filem.
Profile Image for Ismail Suhadi.
7 reviews3 followers
May 27, 2014
baca buku yang ceritakan pengalamannya baca filem dalam gelap wayang
Profile Image for Muhd F Wajdie.
6 reviews1 follower
June 9, 2016
Ringkas dan padat, seperti kata penulisnya, "Pasal filem bukan plotnya. Ikut hati bukan teori, atau apa-apa lagi..."
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.