Peta Perjalanan (judul asalnya Sejak Kau Hadir) merupakan sebuah manuskrip puisi berunsur Islam dan pernah memenangi Hadiah Galakan, Anugerah Sastera (Puisi) Darul Iman 3 (ASDI 3) tahun 1995, anjuran Persatuan Sasterawan Terengganu (Pelita).
Kesimpulannya Sejak Kau Hadir (Peta Perjalanan) membawa tema keislaman yang kental dan padat berhubung dengan soal akidah pemikiran dan kehidupan. Kesemuanya diungkapkan secara terkawal dan menarik.
"Bermula dengan syahadat ke Allah niat. Berakhir dengan syahadat ke Allah matlamat.
Islam, ms 2
"Ibrahim, ajarkan aku ilmu air agar dapat aku memadam api membakar amarah diri. Musa, ajarkan aku ilmu tongkat agar dapat aku membunuh ular melilit pohon taqwa."
Doa, ms 24
"Belajarlah daripada air betapa lembut oleh kesabaran pecah dan terukir juga keras batu."
Nur Syuhada (2), ms 32
-----
Beli di Booth ITBM sewaktu Pesta Buku Antarabangsa KL yang lalu. Buku nipis lebih kurang 50 muka ini dihabiskan sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah menaiki komuter. Nassury Ibrahim tidak merangka puisinya saja-saja. Semuanya disandarkan pada beberapa bahan rujukan.
Kenapa diberi bintang lima? Kerana puisinya tidak kosong. Ulasan puisi dimuatkan pada ruang Pengalaman Kreatif di bahagian depan buku.
Peta Perjalanan dibahagi sama lawa kepada tiga; Peta ke Negeri Wahyu, Perjalanan ke Pulau Hakiki dan Sejak Kau Hadir.
Menginsafkan. Saya suka bait bait tulisan yang dipaparkan dalam naskhah ini, kerana telah membuka lembaran kehidupan yang baru dalam hidup saya. Tentang Sang Pencipta dan segala zat - zatnya 🤍
Berpeluang membeli buku Nassury Ibrahim di PBAKL'14. Tuan Penulis sendiri mendatangi kita dengan rendah hati mempromosi bukunya. Kita dengan senang hati membeli dan teruja mendapatkan autograf kenangan. Puisi-puisi beliau berilmu yang mana beliau merujuk pada tulisan Haron Din, Hossein Nasr, Yusuf al-Qaradhawi etc. Puisi paling dihayati, Doa dan Perjalanan Ke Pulau Hakiki.