Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kombo! CEKIK + AMERIKA

Rate this book
Kisah dua lelaki dalam satu buku.

CEKIK menceritakan Syed Warith, pemuda belasan tahun yang bersekedudukan dengan teman wanitanya Suria. Apabila Syed Warith mendapat panggilan telefon tentang kematian ayahnya di kampung, pelbagai rahsia terbongkar termasuk status sebenar hubungan antara dia dan Suria.

AMERIKA menceritakan Murshid Merican, seorang graduan arsitektur yang ingin menulis, tetapi kehidupannya diganggu oleh pelbagai momen surreal. Dia mengembara sebentar ke Miami, Florida, dan ini juga sebahagian daripada proses pendewasaannya.

500 pages, Paperback

First published April 26, 2013

11 people are currently reading
180 people want to read

About the author

Ridhwan Saidi

34 books187 followers
Ridhwan Saidi is a Malaysian writer, theatre practitioner, and filmmaker known for his interdisciplinary experimentation with language and his fearless exploration of taboo subjects, with his trademark mix of ‘art berat’ and ‘art ringan’, dry humour, and esoteric discourse.

In 2011, Ridhwan penned his first novel, “Cekik,” followed by “Amerika” in the same year. Since then, he has authored “Mautopia” (2012), “Stereo Genmai” (2012), “Babyrina” (2014), and “Brazil” (2015). Each of these works delves into a wide array of themes and courageously challenges conventional storytelling. However, his examination of the darker aspects of human existence has elicited both admiration and concerns regarding its moral implications.

In addition to his association with Moka Mocha Ink, Ridhwan’s enthusiasm for theatre and the performing arts led him to establish Ensembel Teater Kaos Nol. Through this collective, he nurtures artistic talent, encourages conversations, and addresses important issues through artistic means.

“Our aim is to be open and inclusive when it comes to diverse modern art forms and traditional craft. When you have a thirst for knowledge, value historical understanding, and have a sense of humour, things will fall into place.” –Ridhwan Saidi (Moka Mocha Ink, an indie publisher, is making strides in literature and theatre circles. The Star, 20 July 2019)

Ridhwan has made contributions to the field of theatre performance through his works in Teater Modular and Teater Normcore. Teater Modular employs a system of independent modules, creating an ever-changing and interactive experience for the audience. On the other hand, Teater Normcore explores the intricacies of the creator-creation relationship in “Stereo Genmai,” delves into the roles we assume in both private and public spaces in “Masam Manis,” and examines the human condition within urban settings through productions like “Hamlet Fansuri,” “Karaoke Medea,” and “Tahun-Tahun Seorang Novelis.” “Pengalaman Prangin” (2024), is a 2 km roaming performance—incorporating walking and bicycling—that explores memory, history, and spatial sensibilities between geomorphology and built environments in George Town, Penang. His approach remains firmly rooted in unconventional and grassroots theatre.

In his film “Tiada Cinta Selama Muda” (No Love for the Young), Ridhwan blends body movements, documentary footage, and poetry, creating a peculiar audiovisual experience. He welcomes spontaneity while filming on-site and fosters a sense of collective creativity. “Air Mata di Kuala Lumpur” (Tears in Kuala Lumpur) is his second feature length film premiered in Rotterdam.

Apart from his own projects, Ridhwan actively collaborates with others and works as a dramaturg in productions such as “Tidur Lambak” (2022, Kuala Lumpur & 2025, Jakarta), an immersive performance exploring communal sleeping, and Lau Beh Chin’s “Beyond Moving with Artisans” (2021-2024), a choreography exploring fading crafts.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
18 (24%)
4 stars
13 (17%)
3 stars
27 (36%)
2 stars
9 (12%)
1 star
8 (10%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for Hilmi Isa.
378 reviews29 followers
May 27, 2013
"Urgh! Tercekik aku!"
Itulah perasaan saya apabila membaca buku ini,terutamanya apabila membaca novel pertama buku ini iaitu Cekik .
Kombo ! CEKIK + AMERIKA merupakan buku koleksi yang menghimpunkan dua buah karya novel Ridhwan Saidi. Cekik sememangnya diterbitkan di bawah FIXI. Manakala, Amerika asalnya diterbitkan oleh Moka Mocha Ink.

Saya ingin terlebih dahulu melakukan ulasan terhadap Cekik. Bagaimana saya mahu memberikan gambaran mengenai Cekik? Saya ingin bertanyakan sesuatu kepada mereka yang sedang membaca ulasan buku saya ini. Pernahkah anda menonton filem independence atau lebih dikenali sebagai indie? Jika ya,pernahkah terlintas di pemikiran anda seperti yang berikut; "Tak fahamlah aku jalan cerita filem ni! Plot dan jalan cerita pun tak tersusun. Tak tahulah apa yang cuba disampaikan oleh pengarah filem ini!". Jika kita membaca Cekik,mungkin kebanyakan pembaca akan mengalami perasaan yang sebegini.
Cekik bukanlah sebuah novel yang lazimnya kita ketahui. Tidak melampau jika saya klasifikasikan novel ini sebagai sebuah novel satira. Novel ini ditulis bukanlah untuk menghiburkan pembacanya. Tetapi,bertindak sebagai 'kanvas' untuk mempersembahkan kepada para pembaca idea atau mesej abstrak penulis. Lantas,mengajak pembaca berfikir dan turut tenggelam di dalam dunia pemikiran penulis.
Kenapa saya katakan Cekik merupakan sebuah novel satira? Hal ini kerana sepanjang pembacaan saya terhadap novel Cekik ini,terdapat beberapa perkara yang berlaku di dalam sekeliling kita pada hari ini disindir oleh penulis. Salah satunya,adalah mengenai sikap rakyat Malaysia,terutamanya di kalangan sesetengah orang Melayu yang lebih membanggakan bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu. Sesiapa yang berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu dianggap loser. Tambah merumitkan keadaan,status bahasa Melayu itu sendiri tidak jelas. Bahasa Melayu sering diringkaskan sebagai 'bahasa' sahaja. Seolah-olah untuk menyebut 'Melayu' adalah sesuatu yang amat jijik! Itulah sebabnya berlaku keadaan di mana ada orang menyebut begini; Sorry. I can't speak bahasa. Satira ini adalah amat saya sukai dan saya bersetuju dengan penulis.
Mungkin ada yang sedikit pelik. Sejujurnya,saya menyukai novel ini dan saya memberikan ulasan yang positif. Bukanlah kerana faktor kelucahan melampau yang terdapat di dalam novel Cekik yang membuatkan saya berbuat begini. Saya sentiasa beranggapan bahawa novel yang baik tidak memerlukan unsur-unsur lucah untuk menarik perhatian pembaca. Namun,secara peribadi saya sukakan gaya penceritaan penulis yang sarat dengan sindiran yang bersifat abstrak,terutamanya kepada rakyat Malaysia amnya,dan masyarakat Melayu khususnya. Gaya naratifnya yang agak selamba dan tidak ortodoks juga menarik perhatian saya. Walaupun tidak tersusun dan sering bertukar perspektif dari pelbagai watak yang wujud,tetapi,ia masih berjaya mencuri perhatian saya dan tidaklah begitu memeningkan kepala saya ketika di dalam proses pembacaan.Inilah kekuatan utama novel ini jika kita ketepikan unsur-unsur lucah yang terdapat di dalamnya. 3 daripada 5 bintang saya berikan kepada novel Cekik ini.

Berdasarkan pembacaan saya,saya boleh menyimpulkan Amerika juga adalah seperti Cekik,sebuah novel yang berintikan satira,yang memfokuskan kepada apa yang berlaku di Malaysia dan masyarakat sekelilingnya. Saya amat suka perbandingan yang dibuat antara sikap pemandu rakyat Malaysia dengan Amerika Syarikat. Di dalam novel ini,dinyatakan sikap yang cukup bertamadun,selayaknya sebagai sebuah negara maju,memberikan laluan atau keutamaan kepada pejalan kaki untuk melintas jalan walaupun mereka menggunakan kenderaan yang besar dan berkuasa tinggi. Di Malaysia,tidak begitu. Rakyatnya sangat 'ganas' di atas jalan raya. Pemilik haiwan peliharaan seperti anjing juga mengutip najis yang ditinggalkan haiwannya. Di Malaysia,anjing dibiarkan membuang najis merata-rata tempat. Ada kebenarannya apa yang ditulis oleh penulis jika kita melihat keadaan realiti masyarakat Malaysia kita pada hari ini.
Tidak banyak yang boleh saya ulas mengenai Amerika. Antara Cekik dan Amerika,wujud persamaan yang ketara antara kedua-duanya. Cuma,elemen-elemen lucah masih wujud di dalam Amerika,tetapi,tidak 'seliar' Cekik.
Gaya naratif dan dialog juga hampir serupa. Gayanya yang tidak ortodoks dan kadang-kala tidak dijangka seolah-olah menjadi trademark penulisan penulis yang bernama Ridhwan Saidi ini. Namun demikian,antara Cekik dan Amerika,saya lebih menyukai Amerika. Jalan ceritanya lebih menarik berbanding Cekik. 4 daripada 5 bintang saya berikan untuk Amerika.

Apa yang saya dapat simpulkan selepas membaca kedua-dua novel ini? Cekik dan Amerika bukanlah novel yang sesuai dibaca oleh para pembaca novel kasual di Malaysia. Kedua-dua novel juga bukanlah novel yang dibaca dengan harapan untuk mendapatkan hiburan darinya. Jika anda mahukan hiburan,sila tinggalkan kedua-dua novel ini dan dapatkanlah novel-novel FIXI yang lain seperti Pecah,Gergasi,Zombijaya,Invasi dan sebagainya. Saya tidak bermaksud untuk 'menutup' rezeki penulis atau menghalang anda membaca Cekik dan Amerika. Cuma,saya tidak mahu anda kecewa kerana isi kandungan kedua-dua novel mampu mengejutkan anda,sama ada anda menyukai atau membenci atau sama ada anda bersetuju atau tidak bersetuju dengan apa yang disampaikan penulis di dalam kedua-dua novelnya. Namun begitu,jika anda seorang yang berfikiran terbuka dan sudi tenggelam dan menyelami mesej abstrak dan gaya penulisan unik penulis,anda boleh dapatkan novel ini di pasaran.
Profile Image for Siti.
64 reviews29 followers
December 5, 2013
Sejujurnya, buku Cekik memang akan membuatkan anda tercekik membacanya. Tetapi pada masa yang sama, buku ini juga akan membuatkan beberapa persoalan akan timbul dalam benak fikiran anda. Saya rasa amat terganggu dengan penukaran kata ganti nama diri "saya" dan "aku" bagi p.o.v. Murshid dan juga Warith. Entah mengapa peulis menulis sedemikian, aku masih tak dapat meneka jawapannya. Aku juga rasa amat pelik dengan insiden Warith bersolat jumaat dengan memakai pakaian perempuan. Apakah yang cuba diselitkan oleh penulis? Apa signifikannya watak detektif Cina tersebut selain ingin mengimbau masa lalu Suria? Agak pelik macam mana Warith bunuh ayahnya? Bagaimana dia lakukannya? Saya masih tercari-cari akan jawapannya.
Amerika pula bagi aku novel yang lebih baik berbanding Cekik dari segi watak-wataknya yang bagi aku lebih realistik jalan penceritaannya. Semua ini membuatkan saya berfikir; penulis ini menulis berdasarkan pengalaman peribadinyakah? Apakah yang cuba disampaikan dengan penggunaan watak-watak yang diambil daripada nama penulis Ramlee Awang Murshid (RAM)? Babak ini pun diketahui selepas perbualan tiga orang sahabat, Ramlee, Awang dan Murshid di sebuah kedai buku apabila mereka dengan tidak sengaja tertolak buku RAM ke lantai. Apa maksud sebenar yang ingin disampaikan oleh penulis? Mengkritik RAM kah? Lagi mengelirukan kehadiran Dahlia dan Aneeta. Mereka berdua itu sebenarnya wujud atau tidak dalam hidup sebenar Murshid? Adakah segala-gala yang berlaku hanyalah khayalan Murshid?
Walau bagaimanapun, aku harus akui kedua-dua novel ini sarat dengan mesej yang ingin disampaikan. Halus atau tidak, cuma cara penyampaiannya bagi saya agak kurang memuaskan. Hal ini kerana falsafah-falsafah hidup karakter itu selalunya dibincang dengan rakan-rakannya. Tetapi dengan seorang gadis remaja berusia 16 tahun? Agak kurang realistik di situ. Bagi aku usianya terlalu muda untuk berbincang sesuatu yang sangat matang seperti itu, samlah juga seperti pemikiran Warith. Tapi nak buat macam mana, dah namanya cerita. Paling saya suka adalah konsep Huzun yang diselitkan dalam novel Amerika. Bagi aku, in one point of our life, kita mesti akan mengalaminya. But how to deal with it is a bigger question. Ni bukan review, dah macam rant dah.

Rasa annoyed tak baca? Macam tulah rasa masa saya/ aku baca P.O.V. dua2 watak tu.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Azhar Shukri.
46 reviews
November 27, 2023
Walaupun membaca dua buah novel, satu Penyeberang Sempadan oleh sasterawan negara Anwar Ridhwan, dan dua novel Cekik oleh Ridhwan Saidi berulang kali, perhatikan persamaan nama mereka, tetapi novel cekik dan amerika ini lebih mencekik bacaan saya banding dengan Penyeberang Sempadan yang memenangi Hadiah Sako 3.

Walaupun suka dengan novel ini, bahkan sangat suka, namun saya tidak akan syorkan atau menjadikan ia sebagai hadiah hari lahir kepada kawan-kawan buat masa ini, juga mungkin buat masa-masa yang akan datang kahkahkah

Pembaca yang membaca entri ini, dan berkenan serta tertarik untuk membeli novel ini, jangan kreditkan dan jangan libatkan saya dengan kesan serta akibat yang mungkin akan berlaku kepada diri dan fikiran saudara apabila selesai mengkhatamkan novel ini.

Bayangkan sebuah filem yang bagus, lokal ataupun internasional, skripnya, pelakonnya, sinematografinya, dan lain-lainnya, yang bercerita tentang satu gagasan pemikiran yang besar, yang berjaya melahirkan kesan-kesan perubahan di kalangan mereka yang menontonnya, tetapi setiap tiga puluh minit, filemnya diselitkan dengan adegan-adegan ranjang, asmara, sanggama, mukah, jimak, zina, liwat, di antara para pelakonnya.

Tahniah buat Ridhwan Saidi. Saya membacanya dengan tumpuan yang penuh sehingga tidak mahu memberhentikan bacaan untuk mengetahui kisah selanjutnya.
1 review
May 3, 2020
Buku yg paling lama ambil masa untuk hadam.

Cekik: 🌟 🌟
Amerika: 🌟 🌟 🌟

CEKIK
Siapa yang baca pasti tercekik untuk habiskan sebuah novel yang berjudul CEKIK

AMERIKA
Sarat dengan isu yang ingin dimuatkan dalam sebuah novel - sehingga tercari-cari dimanakan sebenarnya maksud AMERIKA?
Profile Image for Amalina Zaki.
17 reviews
May 16, 2014
Banyak sangat bebel atau luahan pendapat penulis ni aku nak hadam. Ya tahu kau lain, otak kau fikir luar kotak bagai. "Rare" lah katakan tapi kalau sampai 3-4 mukasurat bebel benda sama je muak juga. Apa-apa pun tiga bintang sebab berjaya buat aku cakap dalam hati, "cara penulis ni fikir memang bagus."
Profile Image for Aisyah.
6 reviews25 followers
May 27, 2014
Ridhwan Saidi, the long-awaited Malaysian solution to Palahniuk and Murakami (Haruki). That's enough to be a review, I think. Loved both books immensely. I wish I was more articulate and polite in Melayu to review these amazing books. Will be looking forward to more works from him.
Profile Image for Suraya Nordin.
78 reviews1 follower
June 5, 2013
Please don't read Cekik. It was wasting my time and you don't want to waste yours. Yucks.
24 reviews1 follower
July 12, 2013
2 stars for Cekik and 3 stars for Amerika.
Displaying 1 - 10 of 10 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.