Jump to ratings and reviews
Rate this book

3 Kuntum Hujan

Rate this book
3 Kuntum Hujan

Semua jari menuding kepada "Hujan".

Kemudian semua pihak sedap-sedapan dengan menghirup kopi masing-masing. Kami temui bunyi yang kami cari. Bunyi inilah yang kami takuti selama ini.

Dahulukala, kami sudah hantarkan beberapa pucuk surat kepada pihak berwajib agar lereng bukit itu jangan diusik, kerana kata kami, bukit itu ada nyawa. Banyak pihak mentertawakan kami, kerana mereka anggap kami ini percaya perkara khurafat.

Mereka tidak faham apa yang kami maksudkan sebagai "nyawa" dalam surat-surat kami itu. Bukit bertutur dengan bahasanya.

Sekuntum hujan kembang di lereng bukit.

237 pages, Paperback

First published April 1, 2013

Loading...
Loading...

About the author

Darma Mohammad

20 books9 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
6 (60%)
4 stars
3 (30%)
3 stars
1 (10%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for Jamal Ali.
82 reviews5 followers
June 4, 2013
Gaya dan pemikiran Darma Mohammad seakan Marsli N.O. (malah Marsli N.O melalui blog seakan menggemari penulisan Darma Mohammad). Malah, saya juga berpendapat, Darma Mohammad adalah versi Marsli N.O. kedua. Yang membezakannya adalah, Darma Mohammad menulis dengan tiga lapis manakala Marsli N.O. menulis dengan empat lapis. Daripada penggunaan nama - bagi orang - yang digunakan oleh Darma Mohammad sudah menyata serta menunjuk, bahawa cerpen-cerpen beliau memang berbeza dan berdiri di aliran cerpen-cerpen bukan konvensional.

Cerpen-cerpen dalam 3 Kuntum Hujan ini menduga. Penghujungnya kadang-kala jauh daripada sangkaan (expectation) kita. Seakan cerpen-cerpen Khairulnizam Bakeri dalam kumpulan cerpen beliau yang diterbitkan oleh Fixi, namun Khairulnizam Bakeri lebih kepada berunsur thriller.
Profile Image for Najah Mustapa.
91 reviews5 followers
May 30, 2017
Kata-kata tak semua datang dari lidah. Ia boleh datang dengan cara yang lain. Ada orang yang mempunyai lidah tapi tidak boleh berkata-kata

Sebuah buku yang mengumpulkan 12 buah cerpen hasil karangan penulis. Setiap cerita mempunyai kisah yang unik dan berbeza. Namun, terselit maksud yang tersirat yang disampaikan oleh penulis.
Gaya penceritaan setiap cerpen juga tidak terlalu berat tapi berjaya menarik perhatian saya untuk menghayati setiap baris ayat yang dikarang. Sebuah buku yang santai tapi padat dengan isi.
Sesuai di baca ketika hujan. Hoho.
Profile Image for Leyla Shuri.
Author 9 books24 followers
May 27, 2013
http://halela.blogspot.jp/2013/04/3-k...

Kandungan:
Lelaki dan Sepohon Pohon
Keranda
Pensajak dan Iklah
Muraqabah Malam Jumaat
Rama-rama dan Segenggam Huruf
Pohon yang Berakar di Langit
Perjalanan
Fata-Morgana dan Fa-ta-mor-ga-na
Lelaki yang Separuh Lupa
Seuncang Telur
Pundi-pundi Buih
Bila Pohon Berbicara
Lelaki yang Datang Bersama Ribut
Surat Jennyfer Greyblood
3 Kuntum Hujan
Bumi Mencari Langit
Kura-kura Bermain Pedang
Lelaki yang Memanah Langit
Menjelang Sidang Akhbar
Kewek dan Secangkir Kabut
Bukan Aku Penunggu Godot
Surat kepada William Faulkner
Dua Orang Pendayung

Pada setiap kandungan dititipkan ilmu mengarang tanka yang telah dijadikan sisipan di hujung setiap cerita pendek. Tanka ialah sajak Jepun yang mengikut suku kata 5-7-5-7-7.

Selamat membaca.
Displaying 1 - 3 of 3 reviews