Semua orang punya ceritanya sendiri, tambah lagi seorang perempuan. Yang asalnya dari kampung, datang ke kota mencari pembaikan. Dijumpanya lebih sekadar pembaikan bila satu demi satu cerita dibongkar. Nurul, mahu buktikan yang dia bukan perempuan sundal.
Kau tahu bagaimana rasanya tidak sempat habis kencing? Itu yang aku rasa apabila selesai membaca buku ini. Tak perlu huraikan panjang lebar bagaimana rasa itu. Sila beli, dan baca sendiri. Buku ini punya penamat yang agak mengelirukan. Walaubagaimanapun, jalan ceritanya agak bagus. Syabas untuk usaha dan semangat penulis yang sudah berjaya menghasilkan buku ini. Bukan semua orang mampu menulis sebuah buku sendiri. Tiga bintang itu untuk usaha beliau.
“Jadi memang benar di sebalik satu kejahatan, ada seribu kebaikan berlindung. Dan di sebalik satu kebaikan, ada kejahatan bersembunyi” Ini klise. Sudah banyak yang gunakan persoalan ini. Dari kisah Robin Hood, siri The Fast and forious hingga One Piece. Mungkin banyak lagi yang tak mampu aku senaraikan. Rasanya semua orang tahu yang baik itu tak sebegitu baik dan buruk, tak semestinya buruk. Dunia yang kita hinggap kini sudah kekurangan kejujuran. Kebaikan sudah membutakan mata untuk menilai kejahatan dan kejahatan terzahir akan dipandang kejahatan biarpun dalamnya penuh kebaikan. Kalau diikutkan dengan hukum agama, yan salah tetap salah. Kan? Pada mula aku bacanya, aku dapat teka sedikit pada hujungnya. Tentang Nasir dan siapa Nurul. Buku catatan bisnes Nasir ada tunjukkan kluenya. Tapi nampaknya aku silap. Sundal tak sundal, kau sendirilah buat kesimpulan. Pengajaran dari novel ini, kalau kau ada orang yang celakakan kau, hapuskannya sebelum dia kembali muncul untuk celakakan kau kali kedua, ketiga, keeempat dan seterusnya.
i chose this book because my good friend, Azam recommends it. Final thought after reading...it was okey..
No, don't get me wrong. I love literature. Bait-bait bahasanya indah. Tapi awak tidak perlu untuk mengolah setiap baris ayat, setiap perkataan menjadi sesuatu yang puitis. Tidak perlu untuk mencantikkan setiap perenggan dengan ayat yang melirat dan melerat, hanya untuk memberitahu sesuatu yang lurus. Do you get what I mean?
Maksudnya, untuk memberitahu yang dia mahu makan (contohnya), tak perlu untuk menceritakan "bagaimana perutnya bekeroncong sehingga muzik dangdut bergema dan menyebabkan pandangan aku hanya tertumpu pada makanan, dan deria bau ku menjadi tajam lalu hanya dapat menghidu bau yang specific iaitu bau makanan". Tidak perlu bukan? Hanya cukup untuk memberitahu yang Aku Lapar. Cukup. Kadang kadang, less is more. And in this case, bila terlampau banyak, jadi meleret. Dan frankly, agak bosan.
Ending yang menarik. Cuma terasa agak tergantung. Kehilangan dia (avoiding spoiler) adalah sesuatu yang jangkal. Mungkin itu yang penulis cuba sampaikan. Takpe. Tapi surat yang terakhir tu sangat.............out-of-place. Saya tak tahu bagaimana nak terangkan tapi terasa out-of-place. Seolah-olah penulis cuba letakkan sesuatu sebagai twist cerita, tapi bagi saya agak tidak berjaya.
TAPI, walaupun banyak komen yang macam negatif, saya tetap suka buku ini. I wanna buy the author new book, dan lihat pula bagaimana cara penulisannya di sana. :)
Seriously I really like Syahid Abdullah's writing! Penulisan dier tersangatla klasik tapi urban. Bole x nk describe cmni? haha. Sungguh puitis tapi still ada selit2 bahasa urban yg seswai dgn jiwa golongan muda seperti ak nih.
Ak rasa watak utama si Nurul dlm cite ni mmg ramai je kt dunia realiti esp kt Kota Raya tuh. Tahniah kepada Syahid kerana berjaya menggarap kisah tipikal-wanita-kampung-ke-bandar dengan penuh penghayatan dan emosi smpi ak rasakan si penulis ni adalah seorang perempuan bukannya lelaki.
plot cerita yang menarik bagi aku.. penceritaan tentang sisi gelap yang diterangkan, isu keluarga yang menjadi nadi cerita, dan tentunya tentang sa-orang perempuan yang bukan sundal..
semoga penulis memuntahkan lagi karya yang padu untuk dijamu..
Sedikit preachy. Walaupun tak seteruk novel Melayu lain yang pernah saya baca.
Dan kalau boleh, cuba habiskan baca buku ini secepat mungkin. Kalau ditinggalkan lama, ada detail yang mungkin anda terlupa dan endingnya akan menjadi tanda tanya.
Jarang aku baca buku yang penulisnya seorang lelaki tapi watak utamanya seorang perempuan. Pada aku, buku ini tak ada banyak kekurangan. Jalan ceritanya, fresh dan mudah difahami. Dibawa pembaca dari satu bab ke satu bab dengan begitu berhati-hati.
Bukan Perempuan Sundal ;
Tentang seorang perempuan yang datang ke Kota Raya dan mula menjalani hidup sebagai anak kota. Sesuatu yang digarap dengan penuh teliti. Sangat teliti sebenarnya hinggakan setiap tempat dan suasana yang digambarkan, meski tak diberitahu nama, aku tahu lokasinya. Mungkin untungnya di situ, aku sendiri anak kota.
Dicerita juga kenapa dia ingin berhijrah dan tentang dendam dia pada 2 ekor setan yang meragut usia remajanya yang berharga, tentang ayah yang sering hilang seminggu dalam sebulan dan ibu yang pengasih juga Zainab, adik kesayangan. Dan sebagaimana lumrahnya manusia yang tak lari dari cinta, Nurul bertemu dengan Nasir. Lelaki yang bertanggungjawab memperkenalkan dia dengan dunia 'usahawan'.
Pengakhiran cerita ini sesuatu yang diluar jangkaan. Jujur aku tak sangka endingnya begitu ringan. Aku mengharapkan Nasir kembali dan jelaskan kenapa dia pergi dengan alasan yang memang tak diduga.
Tapi apa pun, aku beri empat bintang untuk novel ini. Dan tahniah, kerana jumlah typo di dalam buku ini, sangat sedikit jumlahnya.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Kisah seorang Nurul, yang keluar dari kampung ke Kota Raya untuk cari rezeki dan kurangkan beban keluarga. Bertemu seorang lelaki, Nasir, yang langsung mengubah hidupnya.
Aku suka gaya bahasa yang digunakan, sedap dibaca, puitis, tapi tak lah terlampau berat atau pasar.
Banyak kritik sosial yang dilontarkan Nurul tentang sistem masyarakat dari dia di kampung hingga di Kota Raya. Walaupun ada yang aku tak berapa setuju, tapi memang kritikal. Sebagai warga masyarakat, kita wajib sama-sama mencari solusi untuk kritikan yang dilontarkan.
Jalan cerita novel ni dah sedap, cuma macam sikit anti-klimaks. Elemen suspens tu tak berapa kena. Taktau la kalau memang Syahid sengaja.
Anyway, kalau Syahid ada tulis novel lagi, memang aku akan beli dan baca.
jalan cerita yang menarik. Pendek dan padat, dan sebab pendeklah aku baca buku ni. Tapi apa jadi dekat Nasir tu? Kena bunuh ke? Kawin lari ke? Well, obviously cerita anti climax, biar aku je decide ending dia macam mana. Haha! Cara penceritaan yang menarik dan detail. Every detail counts sebab akan contribute to something. The story is nearly perfect sebab benda2 yg berlaku dalam cerita tu selalunya ada je berlaku dalam kehidupan sesiapa d luar sana. Orang tek berani nak luah sebab, biasalah kan, Malaysian is a high context society. You are not suppose to be too open to other.
Sepanjang bacaan dari mula hingga tamat aku seperti memandu pada halaju 100 kilometer per jam di lebuhraya yang rata, dan sesekali mata menangkap hentian rehat. Begitulah tenangnya yang boleh aku umpamakan tanpa simpul serabut yang memberat fikiran. Ketibaan di destinasi yang dituju cerita juga tepat pada masanya apabila dirungkaikan mudah punca lenyapnya legasi Nasir di arena mereka. Sederhana, tidak keterlaluan dalam mengejar mana-mana puncak yang wujud dalam bercerita namun masih mampu memberi pengalaman yang tak akan pernah sama.
Aku suka dengan tajuk buku ni. Tak semua perempuan itu sundal dan kenapa perempuan itu dilabel sundal. Kau kena tahu itu? Jalan cerita yang agak menarik tapi klise kerana watak seorang perempuan kampung yang datang ke bandar untuk tujuan tertentu sudah sering disogok kepada kita. Tetapi siapa sangka di sebaliknya perempuan itu menyimpan seribu satu sisi hitam yang tak pernah diceritakan kepada sesiapa. 'Ending' buku ni juga bagi aku menarik tetapi mungkin segelintir akan melabelkannya sebagai tergantung. Baca dan nilai sendiri.
jalan cerita okay, cuma entah bila masa si capang ni boleh suka kat nurul. tibe tibe dapat surat kata dorang adik beradik. my 1st expected was nasir tu yang adik beradik dengan nurul. sebab nasir kata "aku warisi perniagaan ini dari ayahku".tibe tibe dalam surat si capang kepada nurul kata "aku bukan warisi perniagaan ini dr ayah, ayah kita orang baik baik". lebih kurang la bunyi nya. so kat situ dah keliru.
Sebuah novela yang bagi aku cara penceritaan yang agak santai dan susunan plot yang tersusun bagi aku. Jalan cerita yang menarik dan penggunaan kosa kata yang mudah dan tidak terlalu berbunga-bunga.
Kurang puas dengan ending kerana aku harapkan sesuatu yang lebih. Kalau dipanjangkan lagi mungkin akan jadi lebih menarik. tahniah kepada penulis.
Jalan cerita yang agak seronok dan teruja untuk teruskan pembacaan sampai muka surat terakhir. Tapi ending dia aku mengharapkan sesuatu yang lebih menarik.
Ceritanya mendatar. Lebih kepada kisah seorang perempuan dengan gaya hidupnya. Tetapi pengakhirannya yang aku puji, sedikit lari dari dalam kotak pemikiran aku.
Seperti tajuk dia, memang dia bukan perempuan sundal..dia memilih jalan hidup ke kota raya untuk merubah nasib dia..untuk melupakan kenangan hitam yg lampau..dia gembira dgn jalan hidup dia yg baru tapi keindahan dan kebahagiaan tidak akan kekal selamanya..pasti ada perpisahan di tengah jalan..
Jalan cerita yg simple tapi enjoy bila membacanya..tidak terlalu berat untuk dihadam..kehidupan realiti masyarakat di sekeliling kita..
"Jadi memang benar di sebalik satu kejahatan, ada seribu kebaikan berselindung.Dan disebalik satu kebaikan,ada satu kejahatan tersembunyi"
Dah review tapi malas pulak nak copy dan paste segala review itu di sini. Olahan bahasa yang baik, pandai mainkan perasaan, idea yang simple tak terlalu ambitious tapi cukup berimaginasi. Aku harap sangat aku boleh bayangkan watak2 dalam cerita ni. Tapi sayangnya, ending sangat terkejar-kejar seperti kebanyakan buku Dubook Press yang lain:(
Dah review tapi malas pulak nak copy dan paste segala review itu di sini. Olahan bahasa yang baik, pandai mainkan perasaan, idea yang simple tak terlalu ambitious tapi cukup berimaginasi. Aku harap sangat aku boleh bayangkan watak2 dalam cerita ni. Tapi sayangnya, ending sangat terkejar-kejar seperti kebanyakan buku Dubook Press yang lain:(
Tema seksualiti, kejalangan - walau ia bukan satu pilihan kuat dalam penceritaan.Mungkin sukar 'menangkap' cerita pada pengakhiran; tapi bagi aku buku ini ada elemen yang menenggelamkan cerita anak orang kaya rogol anak orang miskin - kahwin - rumahtangga porak peranda - anak lahir - hidup bahagia.
Kita memang tidak pernah kenal. Tapi kalau kita kenal, janganlah bertujuan mencari kesilapan dan kelemahan. Kerana kalau itu yg kita cari, pasti pertemuan dan perkenalan kita tidak kekal lama. Eh, awak! Walau kita berteman di alam maya, saling melengkapi itu juga indah, bukan? Perlahan dan tenang. Teratur dan tertib. Indah dan berbait.
Menggambarkan realiti kehidupan pada dunia yang satu lagi. Realiti sebuah kehidupan itu pahit. Manusia berdiri di persimpangan di antara meniti kehidupan dan penyesalan atau terus jatuh bersama titik noda. Sebuah bahan bacaan yang menarik dan tidak terlalu menekan atau membeban fikiran.
Buku yang sangat simple and predictable. A little insight of perempuan yang maruahnya yang telah dicabul oleh saudara sendiri dan bagaimana dia teruskan kehidupan. Bagaimana kebergantungan dia dengan Tuhan dan bagaimana pengakhiran hidup dia yang dah macam takde masa hadapan.
Cerita pasal 'Bukan Perempuan Sundal'. Hehe, tak ingatlah nak tulis apa sebab dah lama baca, tapi serius boleh baca... yang ingat rupanya yang jadi pakwe dia tu sebenarnya anak bapak dia jgk, kan?
buku semacam ini sudah lama xde kt pasaran. mungkin unsur yg di anggap kotor tu telah menolak buku2 sperti ini tetapi jika unsur2 tlanjur lalu berkahwin di anggap sebagai romantik.