Luka. Belah, cedera; pedih, sakit hati menanggung kecewa. Yang membawa hadir ialah peka - oleh asuhan deria, ilmu, pengalaman, tahu, ingat, insaf, iman, nur Ilahi.
Hatiku Terluka Di Bukhara rakaman perjalanan kehidupan: akan hebat tingginya tamadun suatu bangsa tentang makna dan harga kebebasan dalam penjara ideologi tentang makna sama rata dalam tafsir kesaksamaan nafsu kisah luka manusia hilang hak, hilang emosi kisah luka manusia mengutip iktibar di depan mata
Mengisahkan catatan pengembaraan intelektual Abdul Rahman, pelajar sarjana sosiologi di Manchester, ke Soviet Union pada tahun 1983 untuk melihat dan menilai sendiri sejauh mana Soviet Union Berjaya membangun dengan model sosialismenya. Beliau juga mahu melihat keadaan negara Asia Tengah yang dikatakan majoriti penduduk Islam, selain melihat sendiri kesenian di rantau itu. Agak ‘rare’ dapat melawat negara tersebut pada waktu itu saya kira. Selain kota Moscow, lawatannya termasuk ke Siberia dan Bukhara..
Hampir bacaan saya terhenti kerana saya kurang kenal dengan lanskap Rusia, nak menyebut nama-nama orang dan tempat pun berbelit lidah. Namun, bila dikaitkan dengan latar belakang dan pengalaman Rahman, ianya jadi menarik. Perkara baharu bagi saya bila disebut nama-nama besar seperti Leo Tolstoy (War and Peace- kisah perjuangan rakyat Rusia), Ivan Turgenev (Cinta Pertama – mengenali kawasan desa Rusia), Peter Ilych Tchaikovsky dan karya klasiknya. Juga diselit sejarah Maharaja Tsar (pemerintahan feudal, menindas golongan miskin), Revolusi Oktober 1917 dan pasca revolusi.
Perbualan Rahman dengan ahli kumpulan rombongannya juga menarik; Mr Mehden dari Durban yang mengutarakan pendapat berlawanan tentang system apartheid, pengakuan Prof Suchi yang menyamar sebagai pegawai pertanian dari Taiwan dan mengaku bahawa orang Jepun sudah berada di Tanah Melayu sebelum Jepun mendarat di Malaya pada 1941 dan Dr Mohamed Salie dan isteri tentang realiti sistem apartheid dan Melayu Cape.
Sangkaan saya buku ini adalah kisah cinta antara benua yang tak kesampaian, ternyata meleset. Hati Abdul Rahman terluka disebabkan agama yang disisihkan oleh rakyat di negara yang mempunyai sejarah Islam yang hebat (Bukhara). Agak terkesan juga bila Rahman mendapati masjid dan madrasah tidak lagi menjadi tempat solat, rakyat di bawah jajahan Soviet Union tidak dapat beribadah secara terbuka kerana arahan kerajaan. Cara pemikiran kritis Rahman dalam menangkis propaganda dan kesalahan sepanjang perjalanannya juga memberi ilmu baru kepada saya.
“Mungkin, Soviet Union mahu memperkenalkan suatu hakikat bahawa apa yang dianggap sebagai kebiasaan atau sejagat tidaklah begitu keadaannya apabila kita jenguk negara di sebalik tirai besi ini. Jadi, apa yang dianggap normal dan kebiasaan itu sebenarnya adalah relatif kepada sesuatu situasi dan budaya, tidak mutlak dan sejagat.” Ms177
Saya tidak pasti bahagian mana yang bukan fakta kerana buku ini bergenre fiksyen. Buku ini berjaya membuka minat untuk terus membaca dan mengkaji geopolitik, sosial, sejarah. Memang 'sebuah travelog kaya ilmu' seperti diungkap Editor!
jalan cerita buku ni agak menarik...i think this is true story,even the author change his name as the narrator..he told what he saw,what he did & the experiences when he made a journey in USSR (Union of Soviet Scialist Republics)with a few of people from different countries... sesuatu yg menyayat hati bila dia sampai di bukhara (salah satu tempat di Rusia,pada suatu ketika dulu zaman kegemilangan cendiakawan & para ilmuan Islam berkembang)...perkara yag tidak sepatutnya berlaku di depan matanya sendiri........
Komunis mengatakan agama sebagai sebab kemunduran lalu dijadikan masjid sebagai bar membuatkan agama dihina-hinanya dan mendokkrin kepada anak muda bahawa agama tiada keuntungan dalam kehidupan mereka
Jadi pada hari ini kalau seseorang mengatakan bahawa satu tempat itu mundur disebabkan pegangan agama orang di situ ketahuilah itu adalah fahaman komunis
Baca buku ni sebab nak pergi Uzbekistan. Buku ni jenis travelog penulis sewaktu mengembara ke beberapa buah negara, dan highlightnya ada di Bukhara, Uzbekistan.
Bila dah baca buku ni barulah faham kenapa penulis meletakkan tajuk buku ini seperti itu.
sebuah tetralogi pertamaku mengenai pengembaraan jauh ke benua dalam ,rusia .Benua gelap kelam zaman pasca komunis , kedai kedai Beriozka ,pemuzik swan laku , Tchaikovsky . Sememangnya buku travelog yang indah membuatkan anggapanku mengenai genre novel berubah .
sangat-sangat menarik,mempunyai nilai ketamadunan dan sejarah.Satu buku yang perlu dibaca untuk mengetahui makna sebenar di sebalik tajuknya yang kelihatan romantis tetapi hakikatnya teluka dek kerana keruntuhan tamadun Bukhara itu sendiri... best !