“Kurang asam betul! Dahlah simbah aku dengan air lopak, tak mintak maaf langsung! Blah macam tu aje”
Itulah permulaan segala-galanya. Kehidupan Afina tidak pernah aman semenjak mengenali playboy itu. Seorang playboy yang kerap kali membuatkan dia panas hati. Raja Adrian Benjamin atau nama ‘manja’ yang diberikan oleh Afina, King of Crocodile memang menguji tahap kesabaran seorang gadis nerd yang tidak mempunyai penampilan menarik seperti Afina.
Pertemuan Afina dengan Puan Sri Zahida, ibu kepada Raja Adrian semasa menolong rakannya menggubah bunga di majlis hari jadi cucu Puan Sri benar-benar melontarkan gadis ini ke lembah yang lebih mencabar. Sikap Puan Sri yang nekad untuk bermenantukannya membuatkan gadis itu buntu. Tambahan pula dia sedar yang adik kembarnya, Afisya adalah salah seorang teman wanita Raja Adrian Benjamin.
Afina dan Adrian, mulanya membantah dan menolak habis-habisan untuk disatukan. Akhirnya mereka bersetuju kerana masing-masing punya agenda tersendiri.
Afina terlibat dalam kemalangan dan tersedar dari koma sebagai penghidap amnesia. Lebih malang lagi apabila dia tidak langsung mengenali Adrian, suaminya sendiri. Terkejut besar gadis itu apabila mengetahui yang dia sudah berkahwin! Dengan seorang playboy pulak tu!
Bagi Adrian, Afina sekarang berbeza dengan Afina yang dulu. Afina telah berubah menjadi seorang yang lebih kasar dan tidak lagi mudah untuk dibuli seperti dahulu. Mereka kerap kali bertegang urat dan saling membuli hingga memutikkan bunga-bunga cinta di taman hati masing-masing.
Tapi, di saat mereka asyik menyulam cinta, Afina harus meninggalkan lelaki itu dan pergi jauh dari hidup Adrian. Apakah yang memaksa gadis itu meninggalkan lelaki yang dicintainya separuh mati itu? Adrian pula, setelah ditinggalkan buat kali kedua dalam hidupnya, dapatkah dia memaafkan wanita yang dicintainya?
yuhuuu.... done this book... on 14/5/2013.. Hurmm.. Best.. so u all boleh la beli & baca buku nie ye.. hhahaha... cam ne nak review nie ek.. dah kehabisan kosa kata nak mereview.. kikikiki...
kisah kembar seiras tapi tidak sehati... Fina & Fisya.. perbezaan yg sangat ketara... dari segi paras rupa dan juga perangai.. Fina yg nerd (bak kata King)... tinggal dikampung bersama nenek, setelah nenek nya meniggal barulah Fina berpindah dan tinggal bersama keluarganya. perkenalan tidak sengaja antara KING & FINA merubah hidup Fina. King yg playboy.. King a.k.a playboy yg tidak percaya pada cinta kerana hati pernah terluka.. (amboii ayat)... kiikiki.. pelbagai insiden yg berlaku sepanjang perkahwinan King & Fina, sehingga akhirnya mereka sedar "Hati telah Bersatu"... "cinta telah wujud" & "Rindu bertamu dihati"..
Dugaan datang bertandang..(kalau x de konflik x syokkan)... Dugaan terpaksa ditempuhi walaupun pahit.. :( kembar yg sentiasa cemburukan fina yg nerd.. merancang sesuatu yg diluar jangkaan sehingga memaksa Fina meninggalkan KING... cinta hatinya..
bak kata pepatah.. "kalau dah Jodoh pasti tak kemana"... yg berpisah bertemu kembali.. harus berterima kasih kepada Syaf(kawan baik Fina).. yg mencari ruang dan peluang untuk Fina & King bersatu semula..
hurmm... enjoy baca buku nie... tahniah buat penulis... Suri Ryana.. untuk novel ke3 ni... semoga sentiasa menghasilkan karya2 yg bagus & baik...
to all of you.. read this book... happy reading.. & enjoy ur reading... "Membaca dengan Hati... Menilai dengan Akal"...
Novel Playboy Itu Suami Aku?! (PISA) merupakan karya ketiga hasil tulisan Suri Ryana yang aku dah baca, selepas M.A.I.D dan Isteri Separuh Masa. Kedua-dua novel SR merupakan dua daripada novel-novel favourite I and are actually in my often read list. Ternyata karya beliau sekali lagi captured my heart. Plot dan characters dalam novel-novel SR sering menepati citarasa pembaca seperti aku yang memang not a fan of heavy conflicts and love triangle.
PISA menceritakan tentang perkahwinan yang I can still consider "paksaan"; tema yang memang menjadi favourite pembaca Melayu. Biasalah... Kalau dah namanya novel CINTA yang ditulis oleh orang ISLAM dan dipasarkan di kalangan masyarakat ISLAM, perlu ada ikatan yang sah di antara hero dan heroine cerita kalau nak adakan babak romantik. SR's novels semuanya bertemakan "Kawin Paksa" tetapi kesemua perkahwinan mempunyai penyebab yang berlainan.
Perjalanan cerita yang unique and brilliant apabila SR membawa pembaca melompat ke 5 years later, selepas peristiwa dipaksa kahwin. Mula-mula memang blur sikit sebab tiba-tiba saja Afina baru sedar dari koma yang meragut separuh dari ingatannya. Apparently, the heroine fallen in love with the same person twice! I like!
Watak lelaki dalam PISA mempunyai characterization yang kurang lebih sama dengan kedua-dua heroes novel SR yang sebelumnya -- romantik, manja, macho dan yang paling I like -- setia. Adrian, pada mulanya memang menyakitkan hati... tapi I know SR won't disappoint me when I reach the part where he sudah jatuh cinta and I was right.
Style penulisan yang sangat cemerlang and very professional. Sememangnya menulis menggunakan teknik first person ne memang hard for me to accept sebab ia menceritakan dari sudut pandangan si "AKU". Very limited, if you ask me... and kadang-kadang, ada penulis yang suka overuse inner thoughts watak utama dalam penceritaan yang sering menggunakan perkataan seperti "Ceh", "Cewah", "Errr...", "Hummmm...", etc. Kalau di luar quotation mark, I memang anti sikit nak terima perkataan-perkataan macam tu. When reading SR novel, jarang sekali this thing happen. :)
Mengenai penggunaan bahasa Inggeris -- I really think it was superb. I don't see any wrong tenses... but most sentences are way too formal for speeches. SR should use abbreviation for most quotes I found too formal to be used in a speech, especially when the people talking are in a chaotic situation. Semasa we talk to someone, jarang we say "I am"... we use abbreviation "I'm" instead. Like when Puan Sri said, "I am fully satisfied..." tu... Macam too formal. Not really a big deal but still, thing like this did make me shake my head while reading.
I really love this novel. The only problem (above is not really a problem) that I have to complain is the ending. It's way too short and sudden. Feels like an implicit ending walaupun it's a happy result. Despite the ending, I really would recommend this novel because it won't make you stress much. :P
Sinopsis:
“Kurang asam betul! Dahlah simbah aku dengan air lopak, tak mintak maaf langsung! Blah macam tu aje”
Itulah permulaan segala-galanya. Kehidupan Afina tidak pernah aman semenjak mengenali playboy itu. Seorang playboy yang kerap kali membuatkan dia panas hati. Raja Adrian Benjamin atau nama ‘manja’ yang diberikan oleh Afina, King of Crocodile memang menguji tahap kesabaran seorang gadis nerd yang tidak mempunyai penampilan menarik seperti Afina.
Pertemuan Afina dengan Puan Sri Zahida, ibu kepada Raja Adrian semasa menolong rakannya menggubah bunga di majlis hari jadi cucu Puan Sri benar-benar melontarkan gadis ini ke lembah yang lebih mencabar. Sikap Puan Sri yang nekad untuk bermenantukannya membuatkan gadis itu buntu. Tambahan pula dia sedar yang adik kembarnya, Afisya adalah salah seorang teman wanita Raja Adrian Benjamin.
Afina dan Adrian, mulanya membantah dan menolak habis-habisan untuk disatukan. Akhirnya mereka bersetuju kerana masing-masing punya agenda tersendiri.
Afina terlibat dalam kemalangan dan tersedar dari koma sebagai penghidap amnesia. Lebih malang lagi apabila dia tidak langsung mengenali Adrian, suaminya sendiri.
Terkejut besar gadis itu apabila mengetahui yang dia sudah berkahwin! Dengan seorang playboy pulak tu! Bagi Adrian, Afina sekarang berbeza dengan Afina yang dulu. Afina telah berubah menjadi seorang yang lebih kasar dan tidak lagi mudah untuk dibuli seperti dahulu.
Mereka kerap kali bertegang urat dan saling membuli hingga memutikkan bunga-bunga cinta di taman hati masing-masing. Tapi, di saat mereka asyik menyulam cinta, Afina harus meninggalkan lelaki itu dan pergi jauh dari hidup Adrian. Apakah yang memaksa gadis itu meninggalkan lelaki yang dicintainya separuh mati itu? Adrian pula, setelah ditinggalkan buat kali kedua dalam hidupnya, dapatkah dia memaafkan wanita yang dicintainya?
Sangat kecewa dengan buku ni. Penyampaian dan pengolahan cerita sangat kebudak-budakan. Dialog yang tak penting banyak dimasukkan. Terpaksalah banyak kali buat acara lompat kijang. Bagi saya, selain pengisian plot, kriteria paling penting dalam sesebuah buku adalah cara penulisan/penggarapan dan heroin itu sendiri. Sekiranya mahu menggunakan POV 1, tolonglah jangan letak narator/heroin yang childish. Kalau tidak, the whole story akan menjadi annoying. Percayalah. Sikit-sikit jumpa babak, 'Mata kujulingkan ke atas.' Part bertengkar terasa macam meleret-leret. Part romantik dan sweet bagai terasa macam geli geleman pun ada. Tidak realistiklah. Tidak boleh hadam. Tiba-tiba terlalu banyak ucapan I love you, I love you too sehinggakan jadi macam no feeling. Apapun, part heroin terbang ke Seoul tanpa berbincang tu apa kes? Nampak sangat kebodohannya di situ.
As usual, suri ryana's book ni santai n relaxing. However i must say that i like her other books better. The beginning was ok in fact, the beginning was fun n nice n smooth reading but then graph goes down towards the end. The author wants to create a conflict but maybe since her other books are more santai, she doesnt want the conflict to be too complicated hence the sudden ending. Was a little bit disappointed actually with the ending. The antagonist culprit got away just like that?!! Aisay potong stim daaaa... At least citer aaa dia kenek lepok skali dua ke... Hehehe... Anyway it was fun reading this n as usual the hero, romantik tak hengat tp tak leh celen Harris Noorul dalam MAID la... :)
Huruf P yang overdose di jadikan hurud P yang besar betul2 menyakitkan mata yuni. Pening kepala. Yes, yang lain still ok tapi P tetap conquer seluruh cover.
2. Cara penulisan penulis untuk novel ini mengingatkan yuni pada gaya penulisan Rin Ahmad. Mula2 cerita A go to B then C, suddenly M continue with N and O before going back to H, I, and J then tadda...happily ever after. Macam main silang kata pula. Pening nak isi dalam timeline cerita. Mungkin salah yuni kerana membaca buku seperti ini ketika otak ingin sesuatu yang santai2 sahaja.
3. Cinta boleh datang dan pergi sekelip mata. Mula2 Adrian tak suka tapi tak mampu melawan, akhirnya mengakui mencintai Afina. Then how about the girls before? Okay, diaorang mungkin rapat dengan Adrian sebab duit or rupa or apa2 sahaja. Tapi just that? Adrian yang buat salah, setelah beri harapan pada mereka, tinggalkan begitu sahaja.
Orang tua selalu kata, lelaki baik untuk perempuan baik. sama juga lelaki jahat, pasangannya perempuan jahat. Adil ke Adrian yang melukakan hati perempuan2 mendapat kebahagian seperti ini? Well, just because perempuan2 itu gedik, tak cukup kain or kikis harta orang, mereka seperti tempat persinggahan sahaja. Dan Adrian pula, seperti tidak pernah buat kesalahan, bebas mendapat kebahagian dengan Afina.
4. I prefer happy ending over sad ending. NO! I don't want to read sad ending. TETAPI untuk membaca oh betapa sweetnya pasangan ini bercinta sebelum ke selepas ke tengah berkahwin ke, sweet yang sampai ke tahap diabetes, it's too much for me. Manis2 buah still acceptable. Manis2 seperti lori gula baru jatuh di depan rumah, mencacatkan mood membaca. Janganlah sampai jadikan pembaca meluat untuk menyambung pembacaan.
Aku start baca buku ni pun sebab heronya Fattah Amin. Hehehe.... hasilnya, aku mendapati baca novel lebih seronok berbanding tengok drama tv. Itu pendapat aku, orang lain tak tahulah.....
Masa PBAKL 13 hari tu, novel ni tak ada pun dalam senarai harus dan wajib dibeli, tapi..kerana Suri Ryana ni penulis novel M.A.I.D... Nisa pun joinlah orang yang bersesak-sesak nak dapatkan novel ni. Teruslah terpending..sampailah semalam terbaca kat FB, novel ni akan di dramakan kat TV3... baru Nisa tergerak hati nak baca. Ok, jalan cerita boleh layan...cuma Nisa kurang berminat 'sikit'... bila Novel ni menceritakan dari sisi 'Aku'.
Afina Aulia dan Afisya Alia sepasang kembar seiras tapi berbeza penampilan dan perwatakan. Fina seorang gadis 'nerd' berhijab dan pakaian hariannya t-shirt lengan panjang/seluar jean..manakala, Fisya pula gadis bandar yang moden dan gemar berpakaian seksi. Sementara menunggu 'grad' Fina lebih senang membantu rakan karibnya Syaf di kedai bunga dan disitulah dia bertemu dengan Raja Adrian Benjamin a.k.a King.. (Fina menggelarkannnya sebagai King Of Crocodile). Fisya pula gemar bersosial sehingga memeningkan kepala mama dan papanya. Fisya juga salah seorang koleksi GF King.
Fina sebelum ini dibesarkan oleh atok dan neneknya di kampung, setelah atok dan neneknya meninggal baru lah Fina tinggal dengan ibubapanya. Fisya amat membenci Fina dengan alasan Fina yang 'nerd' dan kolot memalukannya. Fisya sering menghina dan memalukan Fina...Fina pula sentiasa beralah.
Pada malam sambutan hari jadi Fina dan Fisya, Fina telah menampar King kerana tindakan King yang memeranjatkannya. Beberapa hari selepas itu Fina membantu Syaf untuk menggubah bunga sempena hari lahir cucu Puan Sri Zahida. Puan Sri Zahida merupakan ibu King. Fina terperangkap. Puan Sri menghantar rombongan meminang dan Fina menolak secara baik. Tapi, Puan Sri tidak berputus asa dan memberi tempoh 1 minggu kepada Fina.
Lima bulan kemudian, Fina tersedar dari koma akibat kemalangan jalan raya dan hilang ingatan. Fina hanya mengingati peristiwa sehingga habis peperiksaan di universiti sahaja. Fina rasa tertekan apabila mengetahui King adalah suaminya dan tiada siapa memaksanya untuk berkahwin dan perkahwinannya dengan King juga kerana agenda masing-masing, dia juga mendapat RM50k kerana perkahwinan itu.
Setiap hari, King dan Fina akan bertengkar. Kata King, Fina lain..dulu Fina sentiasa menurut perintah dan cuba menggodanya. Malah, dengan rela diri menerima tawaran Puan Sri untuk menjadi PA King.
Bila mereka berdamai dan mula menerima satu sama lain...Fisya pula muncul dengan agenda tersembunyi..
Mengikuti kisah ini di laman blog Suri.. ternanti-nanti versi cetaknya. Sungguh, inilah buku pertama yang kak yus capai setelah pulang drp pwtc, teruja dan tertunggu-tunggu untuk mengetahui kesudahan kisah King dan Afina. Suri memang tak pernah mengecewakan Kak Yus. Hebat n Superb sekali PISA ini.
It took me longer than usual to finish this novel because I was really, really, really busy and occupied with my thesis and final projects. But, I managed to speed read through the story.
My verdict: Funny, very sweet and usual - signature writing style of Kak Suri =D
sekali lg k.suri tak menghampakan peminatnyer..karya yg ditunggu ni mmg best dan ader kelainan dr maid n ism...menyingkap kisah king yg berubah dr seorang playboy kepada pecinta sejati mmg mampu buat sy tersenyum...adakalanyer geram jugak dgn sikap king tuh....cukup rencahnyer....part percintaan king n fina mmg membuai perasaan.beberapa part memey xdpt sy predict dan semakin hampir ke garis penamat,semakin berdebar jantung gue hik3x.kesimpulannye, mmg rugi kalau tak bace karya ketiga k.suri niey.... btw,to k.suri yg cantik lg baek hati,karya akk mmg layak mendapat pengiktirafan dan tempat pertama dlm anugerah pilihan pembaca.TAHNIAH sekali lg tok maid n ism.....next year,sy akan vote utk pisa jugak :)keep on writing n abaikan penulis yg dengki ngn akak tuh...siap komen bagai kat sini padahal novel sendiri hampehhhh..sampah.
Buku ni memang best tapi saya jenis org yg cepat menyampah bila watak tu terlebih manja or cerita dah start sweet sweet. So, bagi saya wktu last last tu bosan lah.. but overall, cerita memang best!
Banyak sangat saya baca novel kisah kembar sampai tak tahu kembar yang mana untuk novel yang mana. Penulis kali ini menceritakan kisah sepasang kembar seiras, Afina Aulia dan Afisya Alia. Dua watak yang berbeza. Afina berkaca mata besar tebal dan bertudung. Afisya, adiknya pula bijak bersosial, selalu bermekap tebal dan kanta matanya selalu bertukar warna. Kedua-duanya suka pada lelaki yang sama, Raja Adrian Benjamin.
Adrian atau King pada teman-teman wanitanya adalah seorang playboy. Adrian yang masih sakit hati akibat perbuatan kekasihnya Sarah pada satu ketika dulu punya prinsipnya sendiri. Dia akan keluar dengan perempuan tidak lebih dari tiga kali dan tidak akan jatuh cinta buat kali kedua.
Pertemuan Afina dengan Puan Sri yang tidak dirancang sangat memeranjatkan Afina. Puan Sri memaksa anaknya Adrian berkahwin dengan Afina. Masing-masing yang punya agenda dan syarat tersendiri, Adrian pun setuju dengan permintaan Puan Sri. Namun, perkahwinan tanpa cinta tidak kekal lama dan Afina minta diceraikan. Malangnya, Afina kemalangan dan hilang ingatan. Sedar dari koma, Afina cuma kenal keluarga serta kawan-kawannya tetapi tidak suaminya sendiri.
Adrian rasa bersalah dengan Afina. Adrian mula berubah dan cuba mengambil hati Afina untuk memulihkan ingatannya. Dalam tempoh pemulihan, kedua-duanya saling jatuh cinta. Tatkala Adrian dan Afina menyulam kasih, Afisya pulang dari luar negara. Munculnya Fahmi, yang bekerja di syarikat Adrian amat membimbangkan Afina. Fahmi mula merayu dan mendampingi Afina walaupun Fahmi tahu Afina isteri orang.
Sememangnya dari dulu lagi Afisya benci pada kakaknya. Pada asalnya, Afisya gembira kerana Adrian akan berkahwin dengan Afina kerana dia tahu lelaki itu akan membuatkan hidup Afina derita dan sengsara. Apabila sebaliknya yang berlaku, Afisya bertekad mahu merampas Adrian dari Afina. Berbagai fitnah Afisya lakukan ke atas kakaknya tetapi gagal. Akhirnya, Afisya nekad akan membunuh Adrian kalau Afina tidak tinggalkan Adrian. Afina yang terlalu menyintai Adrian, rela berkorban demi keselamatan suaminya.
Apa yang akan terjadi pada Adrian dan Afina? Bagaimana mampu seorang adik membunuh hanya kerana hasad dengki dan iri hati? Itulah antara strategi Suri Ryana dalam novelnya. Kisah cinta yang cukup menghiburkan dengan bahasa yang mudah. Bagus kerana tidak banyak penggunaan bahasa Inggeris.
sebenarnya saya dah baca lama dah novel nie cuma saya x tau nak review dkat mana. saya dah baca pada thun 2013 bulan 6. critanya lbih kurang macam novel2 sblum ni jugak klise je. kahwin atas pilihan keluarga. novel nie kawan saya yg recommend kan pada saya. saya ingatkan novel ni kisah berat dan tidak seperti kebudak budakkan. rupa rupanya..... hmmm ntahla saya x tau nak ckap apa. rasa maca mnyesal je saya beli. pada saya crita ni agak kbudak budakkan. saya pun plik orng lain bleh baca novel macam ni. Apa yg best sngat pun saya x tau la. mungkin cita rasa masing2 brlainan. Rasanya orng minat sngat baca novel ni sbab trlampau banyak adegan romantik. Bagi saya jalan crita yang mnarik bukan hanya ada adegan romantik je. Sorry tu say, slepas prkahwinan Adrian dngan fina seakan kebudak-budakan x rasa mcam suami isteri pun. Oh ya, dari segi watak Adrian, perubahan Adrian tu macam trlampau drastik. Elok2 dia x suka dgan fina, kaki prempuan tiba2 dia brubah macam tu je masa fina sakit. Mmang la dia ada bgitau knapa dia brubah. Tpi spatutnya dia mstilah ada rasa menyesal bukan sahaja trhadap fina je malah trhadap allah jugak sbab dia dh mlakukan ksalahan bsar. Tjuk pun dah kata ‘playboy ‘. Bgi saya watak seorang playboy slepas brkahwin bleh jadi kes berat bukannya ringan. Selain tu, haruslah banyak mnceritakan tentang agama Dari segi hukum hakam agama islam tentang perkahwinan. Adrian juga ptut brubah bkan hanya kerana fina saja tapi kerana allah juga. Dalam islam pun ada hukum2 nya di akhirat. Rasanya ada pun mcm seciput je. Ntahla… saya pun dh lupa. Dan lagi satu watak fina tu, fina tu kan kakak. Saya tak suka la babak yg dia prgi seoul tu. Jauh pulak tu. Bila baca babak tu x rasa mcam sdih langsung. Seolah2 dia tu pngecut dngan adiknya sndiri. Spatutnya watak fina di pnghujung crita mstilah ada prubahan sdkit tegas trhadap adiknya ke lbih kurang mcm tu la. Serius masa saya baca part dia prgi seol tu mmang x rasa sdih pun. Oh ya dari segi pnulisan.. x tau la nak ckap apa. Cuma harus la dipertingkatkan lagi. Apa yg saya rasa apabila baca novel ni Cuma romantik je. Untuk jalan crita mmang hanya biasa2 saja. Xde feel yg lbih.
Jalan cerita dari first person point of view (Afina Aulia). [Nama main characters Afina & Adrian sedap. :) ] I can guess what's coming after Adrian & Afina were in love because of the thickness of the balance pages. The wicked & psycho sister, Fisya, whom I thought have really changed; that is the twist. Though I can sense something weird when Fisya first came to Afina's house.
The way the author described the longing of being with someone touched my heart. It was with great details that my heart goes thump thump thump when I read that part. It was so sad and it shows the love between the main characters. Tapi taklah sampai saye nangis ye.
Disebabkan penulis tidak memperpanjangkan cerita tentang Fisya (suddenly she's getting married), I assumed that she has a slight mental problem. Jealous of her sister (plus she went all the way to kill her sister. A total psycho!). So when the family members got to know, they quickly get her to be treated. Jealousy isn't something easy to be treated. My story version of Fisya :)
Sebelum baca novel nie, Jaa dah tertonton adaptasi citer nie kt TV3. Drama tv tu memang spoil kan mood Jaa utk baca novel nie. Tapi Jaa ttp berusaha jugak nak baca sendiri - dah beli kot novel!
Jalan cerita dia menarik, Tapi Jaa tetap terbayang pelakon drama (lakonan diorg kayu sangat) dan akhirnya Jaa x dapat nak hadam novel nie. Sorry Suri Ryana.
Typical and bland storyline. Also, a bit too childish, in my opinion.
I long to read Fisya's (the antagonist) point of view, of how she plans the steps to wreck her sister's life, and of how psychotic she can be. If only the author can stress more a little more on her, the book will be much more better.
Baca buku ni pun semata-mata sebab nak jadi drama. Plot yang agak biasa, penceritaan yang agak lambat di mana saya rasa banyak dialog-dialog yang tak penting, saya skip je bagi cepat habiskan buku ni. hehe. Watak-watak yang dihasilkan memang tipikal watak novel melayu. Dua bintang untuk buku ni.