Jump to ratings and reviews
Rate this book

Cinta Madinah

Rate this book
Loading...
Loading...

About the author

Abu Hassan Morad

24 books8 followers
Abu Hassan Morad berasal dari Felda Guar Napai, JItra, Kedah. Seorang guru, penulis dan pengurus syarikat penerbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd. Sejak 1998.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
28 (37%)
4 stars
23 (31%)
3 stars
19 (25%)
2 stars
2 (2%)
1 star
2 (2%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for Amiruddin MR.
70 reviews7 followers
March 29, 2017
Nostalgik. Lebih dulu menonton Cinta Madinah di RTM, kemudian menguliti novel karya Cikgu Abu Hassan Morad ini.

Buku yang lejen, menarik, bernuansa Islam dan puisi Al-Amin Pak Samad yang mengharukan.
Profile Image for Hanis.
35 reviews
December 21, 2021
Pemenang pertandingan Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2000 tempat kedua...Cinta Madinah karya Abu Hassan Morad mengisahkan Safuan yang berkelana ingin menuntut ilmu di bumi berkah, Madinah. Menariknya buku ni, diselitkan sekali puisi A.Samad Said berjudul al-Amin yang menceritakan tentang kisah sedih pemergian sang kekasih. Turut diselitkan mesej mengenai kesedaran ibu bapa tentang memupuk jati diri, budaya berbahasa puitis dan usaha membangunkan pertanian dalam kehidupan anak-anak dan diri sendiri...bayangkan tanah yang gersang di padang pasir, diusaha ditanam dengan pelbagai tumbuhan...bukan sahaja pokok kurma, zaitun, tin dan anggur...bahkan padi, pisang, bunga raya dan bermacam lagi tumbuhan herba nusantara dan tropika dibangunkan di sebuah kebun yang bernama As-Sayyidah...kemelut turut diselitkan di dalam novel ringkas ini, bilamana Saufan menerima emel kiriman Saidah yang cuba membuka salam perkenalan dengan dirinya...dan bilamana dia perlu mencari perigi al-Ghars [best, boleh cari & baca 👍🏽]
14 reviews1 follower
March 8, 2022
Benarlah membaca novel ini menggamit rindu pada ya Rasulullah SAW. Dalam garapan kisah kekeluargaan yang bermakna turut membawa pembaca meneroka bumi Madinah, bumi yang dimuliakan kerana di dalamnya terdapat jasad Nabi SAW.

Novel yang berkualiti lagi memberi inspirasi kepada pembaca untuk mencontohi ya Rasulullah SAW. Moga tidak lama lagi saya mampu merasai sendiri pengalaman di sana; menjadi tetamu Allah SWT, dekat dengan Rasulullah SAW! Aamiin 🤲
Author 3 books9 followers
May 31, 2013
Saya lebih dahulu menonton cerita Cinta Madinah di RTM, baru kemudian saya berpeluang membaca novelnya. Dan ya, lakonan mereka yang berlatarbelakangkan tanah suci dan mulia itu sangat menarik.

Keseluruhannya, novel ini banyak pengajaran. Dan oh, salah satu yang saya belajar dari cerita ini adalah ketaatan kepada orang tua.

Ketaatan kepada ibu dan ayah,
kalau tidak dilakukan dengan jiwa,
pasti kedengaran berontak rungutan sahaja,
dan jauh sekali merasa ketaatan itu satu bahagia.
Profile Image for Nawfal Ahmad.
37 reviews2 followers
October 7, 2013
Saya tertarik dengan nilal yang diterapkan oleh Cikgu Abu. Selain nilai, novel ini nampak biasa. wataknya tidak dikembang habis dan dialognya juga biasa-biasa. Walaupun begitu dua nilai yang jelas adalah nilai cintakan nabi madinah dan nilai menjaga warisan dan budaya.

Dua nilai yang berbeza namun diterapkan. Berlatarkan negara arab juga masih mampu menerapka nilai patriotik, cintakan bangsa dan adat.
Profile Image for sukma.
17 reviews
July 4, 2008
sebuah cerita yg sgt menarik
cerita ni jg pernah djadikan drama di tv pd bulan ramadan
sgt mnyentuh hati sy ktika mbacanya
kakuatan seorang anak n pelajar yg xpernah putus asa
dan taat pd ibunya.
1 review
October 23, 2009
there are many advantages i got......love is beautiful in islamic..
Profile Image for Cikgu Wana.
36 reviews5 followers
December 14, 2010
Buku yang menarik, latar yang mengagumkan dan puisi Al-Amin oleh A. Samad Said yang mengharukan.
Profile Image for Nur.
631 reviews17 followers
May 29, 2012
I love this book so much :)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews