Berhajat untuk habiskan keempat-empat jilid tulisan Syeikh Musa Syahin Lasyin رحمه الله ini. Pengarang menggunakan bahasa yang mudah dalam mensyarahkan hadis-hadis yang beliau pilih dari Sahih al-Imam al-Bukhari. Syarahan yang ringkas dengan tertib Syarahan Umum kemudian Maksud kalimah dan sebahagian i'rabnya, lalu diikuti dengan fiqh hadis tersebut. Dengan pemilihan untuk meringkaskan Sanad hanya pada rawi a'la (sahabat) sahaja, tujuan untuk menumpukan pembaca pada syarahan hadis pada saya berjaya dibawakan pengarang. Sangat baik untuk dibaca bagi mereka yang inginkan keterangan pada hadis, cuma sedikit kekurangan padanya adalah, ianya tidak disertakan dengan nombor hadis daripada Sahih al-Bukhari yang menyebabkan sedikit kesukaran untuk membuat rujukan pada asal di dalam Sahih (ini berdasarkan cetakan saya, Dar Syuruq. Saya tidak tahu sekiranya pada cetakan lain ianya punyai nombor hadis bukhari).