Jump to ratings and reviews
Rate this book

Gaduh-Gaduh Sayang

Rate this book
“Papa nak jodohkan aku dengan anak kawan dia? Aku baru putus cinta dengan Aiman. Aku tak nak di kecewakan lagi. Baik aku menyamar jadi gemuk masa jumpa lelaki tu. Lepas tu mekap tebal-tebal dan pakai cermin mata. Bila dia nampak aku buruk, mesti dia tak jadi nak kahwin dengan aku.” Syazana memasang tekad.

“Demi menyelamatkan syarikat papa, aku terpaksa berkorban untuk dijodohkan dengan perempuan yang aku tak kenal. Aku redha walau aku masih teringatkan Qistina. Tapi aku nak perempuan tu terima aku seadanya. Bukan sebab aku handsome. Apa kata aku pakai gigi palsu besar, berperut buncit, berjambang dan botak tengah kepala.” Rafi qi merancang. Kalau sudah jodoh, akhirnya kahwin juga.

Selepas kahwin, Rafi qi duduk sebelah rumah Syazana. Tidak mahu jatuh cinta kononnya. Apabila Syazana bosan, dia selalu datang rumah Rafi qi. Menonton televisyen sama-sama, main game PS sama-sama, makan sama-sama... Tapi ada sahaja yang membuatkan mereka bergaduh. Sudah gaduh, baik semula. Sudah baik, bergaduh semula.

Hai... entah sampai bilalah hubungan mereka bertahan.

608 pages, Paperback

First published September 20, 2012

40 people are currently reading
444 people want to read

About the author

Immaz Huda

2 books11 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
81 (45%)
4 stars
38 (21%)
3 stars
37 (20%)
2 stars
13 (7%)
1 star
10 (5%)
Displaying 1 - 14 of 14 reviews
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
June 16, 2014
'Membelonkan pipi'

Pheww.. belon tu kalau dicucuk kempis dibuatnya! Kalau pipi? hahaha..

Full review: 16/06/2014

Bagaimana ya menjadi anak yang tidak digemari? Si gemuk yang dipandang serba tak kena bukan saja mereka yang di sekeliling, tapi keluarga sendiri bagai merendah-rendahkan dirinya.

Lady Lee Syazana [Syazana]. Menjadi si puteri sulung tak seindah mana walaupun keluarganya kaya harta-benda, Syazana miskin kasih sayang. Kedua-dua ibu bapanya gemar membeza-bezakan dia dan adiknya. Sadis! Rupanya tak secantik namanya. Alahai! Mak ayah si Syazana ni patut aku cepuk hahaha.

Tapi Syazana tetap happy. Dia ada Aiman, jejaka yang disangka akan melengkapkan dirinya. Namun, apakan daya. Hati manusia mudah berubah. Si Aiman berubah bila dirinya kurus dan Syazana ditolak jauh-jauh dalam hidupnya. Mudahnya! Hati makin parah saat papanya mahu menjodohkan dirinya dengan Rafiqi Rayyan [Rafiqi].

Puas ditolak tapi takdir masih menemukan mereka berdua. Aku suka scene yang masing-masing buat teknik penyamaran tu. Agak menghiburkan. Baik Rafiqi mahupun Syazana ada misi tersendiri. Suami-isteri atas tiket faedah bersama. Tapi sejauh mana hubungan mereka akan bertahan bila masing-masing sudah ada rasa cemburu di hati? Apatah lagi dengan kemunculan semula Aiman dan Qistina? Ha, sila-sila baca dengan kadar segera!

Kalau ikutkan aku suka dengan karakter sang watak perempuan. Keberanian meletakkan heroin berbadan gempal [walau lepas tu dia ramping cam ratu kebaya] wajar dipuji. Cuma, pada hematku, cerita ni agak meleret dengan plot yang tidak-tidak. Konflik suami-isteri yang agak melelahkan, hingga aku lebih suka selak tanpa baca. Pheww... dan satu lagi, masih terbayang-bayangkan frasa 'membelonkan pipi.'

Ps: Review pertama. Ehem! Kenapa aku rasa cam pelik je? Hilang kosa kata? hahaha
Profile Image for Mslvoe.
1,982 reviews189 followers
October 14, 2012

Pergaduhan antara suami isteri yang penuh dengan konflik. Suami penuh dengan prasangka dan cemburu. Isteri pulak ego dan tak tahu nak bterus terang

Cerita ini biasa² je. Tak adalah menarik sangat. Meleret². Ada part yang best, ada yg ok je. Pendek kata, taklah best sangat.
Profile Image for goldencave.
463 reviews9 followers
February 14, 2015
Mengisahkan Lady Lee Syazana, seorang gadis yang gemuk tetapi demi cintanya pada Aiman, sangggup bertungkus lumus untuk kuruskan badannya. Aimanlah cinta pertama Syazana dan dia mahu membahgiakan Aiman.

Datuk Sabri dan Datin Sophea melamar Syazana untuk anak mereka, Rafiqi demi menyelamatkan syarikat Datuk Sabri yang hampir muflis. Danny, teman rapat merangkap setiausaha Rafiqi yang punya perancangannya sendiri, menyuruh Rafiqi terima cadangan kedua ibu bapanya.

Syazana masih memikirkan tentang perkahwinannya. Dia ingin berbincang dengan Aiman tetapi sejak Aiman kurus dan tampan, lelaki itu kurang memberi perhatian kepadanya. Syazana pasrah kerana Aiman telah putuskan hubungan mereka.

Qistina kembali menagih cinta Rafiqi. Dahulu dia tinggalkan Rafiqi untuk memberi pengajaran pada Rafiqi tetapi tidak sangka yang Rafiqi akan dikahwinkan dengan Syazana, sahabatnya sendiri. Rafiqi berharap diberi peluang kedua oleh Qistina tetapi kini dia mahu dikahwinkan pula dengan gadis yang tidak pernah dia cinta. Rafiqi tahu lambat-laun Syazana akan tahu motif perkahwinan mereka.

Aimanlah tempat Syazana mengadu hidup rumah tangganya. Syazana mahu berpisah sebab Rafiqi selalu menyebelahi Qistina. Syazana bagaikan sudah hilang sabar. Dahulu, Rafiqi menggelarnya sebagai murahan dan kini setelah berkahwin, Rafiqi gelarkan Syazana perempuan jijik. Aiman berjanji akan tunggu Syazana sehingga dia bercerai dengan Rafiqi.

Muncul pula Rizky Ramadhan di saat krisis rumah tangga Syazana dan Rafiqi. Andai suatu hari nanti Rafiqi kecewakan Syazana, Rizky sanggup terima Syazana. Syazana tahu itu hanya satu obsesi kerana dahulu waktu Syazana gemuk, tidak pula Rizky cintakan dirinya.

Jalan ceritanya biasa, tidak ada debaran mahupun konflik. Bahasa digunakan juga mudah tetapi mendatar tidak dapat menjiwai hati pembaca. Ada plot tetapi olahan dan rumusan tidak begitu teratur dan kerap berulang yang buatkan saya sedikit bosan.
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews74 followers
November 28, 2012
Lady Lee Syazana adalah seorang anak gadis kaya yang manja, bijak serta rendah diri. Ini adalah kerana di suatu ketika, dia pernah gemuk dan sentiasa di hina oleh orang sekelilingnya. Bila dia ditinggalkan oleh kekasih hatinya, Aiman, dia nekad untuk mulakan hidup baru. Dalam masa yang sama, ibu-bapanya telah menjodohkan dirinya dengan Rafiqi Rayyan, anak kenalan papanya yang ada agendanya tersendiri untuk menyelamatkan syarikat papanya, Datuk Sabri. Malangnya, setiap pertemuannya dengan Rafiqi selalu menyakitkan hatinya atau dia di hina dikhalayak ramai. Rafiqi dan Syazana menyamar untuk mengelak dari dijodohkan. Bila mereka telah selamat dinikahkan, sayang dan perasaan cinta mula bersemi. Tetapi Aiman dan Qistina serta Danny datang untuk mengganggu mereka. Syazana nekad melarikan diri bila dia dirompak dan dipercayai mati untuk mententeramkan dirinya. Bila ketemu kembali, hubungannya dengan keluarga mula jernih. Tetapi, hubungannya dengan Rafiqi masih belum baik. Akhirnya, Danny, Qistina dan Aiman mengundur diri dan meminta maaf. Akhirnya, Rafiqi dapat memujuk Syazana kembali kepada dirinya dengan sedikit muslihat.
1 review1 follower
January 3, 2013
Buku ni bagi saya sangat romantik, cute dan sweet. Tak membosankan, tak juga best sangat. Almost best la. Kalau diikutkan hati, memang karakter Rafiqi Rayyan ni buat orang naik berang - tapi kekadang mencuit hati juga. Manakala watak Syazana hampir sama dengan sikap saya which made me think as if Syazana was me! Haha. But yeah, overall, I enjoyed reading it. :) I LOVED IT!
Profile Image for Asmar Shah.
Author 20 books137 followers
October 13, 2013
ceritanya terlalu bnyak meleret sampaikan aku malas nak habiskan... Tapi kekadang aku terhibur dengan penceritaannya jadi aku tambah sebutir lagi bintang tuk cerita ni menjadikan ia tiga bintang... biasa-biasa saja...
66 reviews2 followers
September 30, 2019
Novel Gaduh-Gaduh Sayang ini membawa sebuah kisah mengenai cinta antara dua hati yang kedua-duanya mempunyai kehidupan yang serba mewah. Rafiqi dan Syazana, telah dijodohkan oleh kedua-dua ibu bapanya atas satu muslihat selepas masing-masing ditinggalkan kekasih hati. Tetapi selepas kedua-duanya melayari alam perkahwinan, muncul pelbagai yang konflik yang mereka tak duga. Apakah yang terjadi? Boleh dapatkan buku ini di https://www.e-sentral.com/ :))
129 reviews3 followers
October 6, 2021
walaupun perkahwinan mereka secara paksaan untuk selamatkan syarikat bapanya, tapi setiap kali gaduh mesti baik balik. so itu menyebabkan cerita ni laaaaaagi comel! Sesuai untuk semua lapisan umur untuk baca. Kalau macam saya, saya pilih ebook dan selalunya saya beli dari website esentral. So senang saya nak baca kat mana mana. Kalau ada yang still cari buku ni and tak jumpa kat physical store, ni saya kasi link ebook saya

https://www.e-sentral.com/book/info/9...
1 review
February 11, 2021
It is the best story. I really like it.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Alison.
13 reviews13 followers
October 29, 2013
Well a bit okay in the beginning and i dont get it when it comes to ending
Displaying 1 - 14 of 14 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.