Jump to ratings and reviews
Rate this book

Pemuda Islam Yang Dijanjikan

Rate this book

Paperback

4 people are currently reading
88 people want to read

About the author

Yusuf Al-Qaradawi

495 books13 followers
Yusuf Al-Qaradawi (Arabic: يوسف القرضاوي) is an Egyptian Islamic theologian. He is best known for his programme, ash-Shariah wal-Hayat ("Shariah and Life"), broadcast on Al Jazeera, which has an estimated audience of 40 million worldwide. He is also well-known for IslamOnline, a popular website he helped found in 1997 and for which he now serves as chief religious scholar. Al-Qaradawi has also published more than 80 books, including The Lawful and the Prohibited in Islam and Islam: The Future Civilization. He has also received eight international prizes for his contributions to Islamic scholarship, and is considered one of the most influential such scholars living today. Al-Qaradawi has long had a prominent role within the intellectual leadership of the Muslim Brotherhood, an Egyptian political organization, but twice (in 1976 and 2004) turned down offers for the official role in the organization. A 2008 Foreign Policy magazine poll placed al-Qaradawi at number three on its list of the top 20 public intellectuals worldwide.

Some of al-Qaradawi's views have been controversial in the West, and he is banned from entering the United States, Israel and Great Britain. In 2004, 2,500 Muslim academics from Saudi Arabia, Iraq and from the Palestinian territories condemned Qaradawi, and accused him of giving "Islam a bad name."

As of 2004, al-Qaradawi was a trustee of the Oxford University Center for Islamic Studies. He also served as a technical consultant for a multi-million dollar epic movie in English on Muhammad.

alternative spellings
يوسف القرضاوي
Yusuf Al-Qaradawi
Yusuf El-Karadâvi

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
24 (61%)
4 stars
7 (17%)
3 stars
6 (15%)
2 stars
0 (0%)
1 star
2 (5%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for Aisarahmad.
15 reviews1 follower
June 23, 2013
Ayat ringkas dan mudah difahami. Perlu baca sekali lagi untuk kefahaman yang lebih dalam.
Profile Image for Zulkifli Khair.
Author 21 books30 followers
November 5, 2022
Buku ini penting terutama buat yang obses dengan gerakan konspirasi. Tidak salah untuk risau dan waspada dengan musuh, namun perlu beralah dengan janji kemenangan sebagaimana termaktub dalam sumber wahyu. Almarhum Syeikh al-Qaradhawi menggariskannya dengan mudah agar dapat pula dibaca dengan mudah oleh generasi akhir zaman.

Ciri-ciri pemuda yang dijanjikan Tuhan adalah seperti berikut:
1. Berdasarkan kepada realiti dan keilmuan.
2. Bekerja dalam pasukan.
3. Rabbani dan ikhlas.
4. Bersandar kepada Islam.
5. Melakukan kerja dakwah dan jihad.
6. Terasing (Ghuraba').
7. Kuat dan mulia.
8. Seimbang dan sederhana.
9. Selalu bertaubat.

Sifat anak muda digambarkan mudah terpesona dengan dunia (buat masa ini didominasi oleh yang sebahagiannya prejudis dan memusuhi Islam) iaitu "kekufuran dilabel sebagai kebebasan, kefasikan sebagai seni, kerosakan sebagai kemajuan.".

Bagaimanapun, dalam kalangan yang muda itu wujud golongan muda yang tak mudah tertipu dengan kekafiran, kefasikan dan kerosakan. Ia antara lain dijanjikan Allah sebagaimana dalam disebutkan dalam ayat 54 surah al-Maidah.

"Wahai orang-orang beriman, sesiapa yang murtad, Allah akan datangkan satu kaum yang Dia cintakan mereka dan mereka juga mencintai-Nya, 'azillah' kepada mukmin, ''izzah' kepada kafir, berjihad di jalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang yang mencela..." Ayat ini dua kali disebut dalam buku ini.

Berdasarkan hadis riwayat Imam Ahmad, Nabi SAW ada menyebutkan bahawa selepas generasi sahabat akan wujud golongan yang diiktiraf oleh Nabi sebagai 'saudara-saudaraku'. Ini adalah suatu pengiktirafan yang luar biasa. Apa mungkin kita?

Untuk itu, buku ini telah diakhiri dengan kata-kata "Sesiapa yang mensia-siakan umurnya, hendaklah menangisi dirinya sendiri." Barangkali kata-kata ini boleh ditambah lagi, ".. jangan harap hendak menjadi saudara Nabi juga pemuda akhir zaman ramalan Nabi!"
Profile Image for Nur Fathinah.
130 reviews6 followers
November 23, 2019
Membacanya menjentik hati, meleburkan bongkah malas, meningkatkan kefahaman dan kemahuan untuk terus berada di jalan perjuangan.

Membaca sewaktu diri dihimpit rasa lelah dan putus asa, ibarat di tembak tepat ke lubuk hati. Masih terlalu awal untuk mengangkat bendera putih, banyak lagi kerja² yang perlu diselesaikan.

Penulisan ini perlu dibaca berulang kali, kerana di akhir setiap pembacaan pasti dapat menghirup ilmu baru. Ilmu yang perlu diaplikasikan dalam kehidupan.

Bacalah wahai syabab, fikrah dan hamasahmu pasti akan bertambah subur seperti pokok yang berbuah ranum.
Profile Image for Syed Fathi.
Author 18 books95 followers
October 6, 2015
Terasa begitu lama saya tidak membaca bacaan fikrah yang berjaya mengusik semangat muda, menyalakan semula lilin perjuangan dalam diri yang kian malap ditelan kegelapan zaman. Kali terakhir, saya membaca buku yang sangat menyentuh semangat muda saya adalah buku Al-Muntalaq, tulisan Sheikh Muhammad Ahmad Ar-Rasyid.


Membaca makalah kecil ini, saya dapat merasakan perbezaan penulisan yang hanya untuk mendapat royalti, dengan penulisan yang benar-benar ikhlas ingin meniup semangat perjuangan dalam diri pemuda. Ayat yang digunakan mudah difahami, puitis serta fikrah yang disampaikan juga jelas dan jernih.


Buku ini sarat dengan nasihat dan peringatan yang membasahkan jiwa serta menyedarkan insan-insan yang terlena. Antara pesanan yang saya kira amat penting adalah pentingnya kefahaman yang jelas tentang Islam. Hal ini kerana, musuh Islam berusaha sedaya upaya memesongkan kita dengan slogan-slogan yang menipu. Kekufuran dijenamakan sebagai kebebasan, kefasikan diangkat sebagai seni, juga kerosakan digambarkan sebagai kemajuan. Semuanya nampak begitu indah, namun dalam tidak sedar, ummat Islam masuk ke dalam perangkap mainan kuffar.


Dr. Yusuf Al-Qaradhawi juga menekankan pentingnya generasi muda menawan kota ilmu, menolak khurafat kerana menuntut ilmu itu satu kewajipan, dan berfikir merupakan satu ibadah. Mengikut secara membuta tuli adalah perkara yang tercela. Pentingnya berilmu sebelum beramal dan mencari bukti sebelum beri'tiqad.


Konsep kebangsaaan juga diperjelaskan dengan sejelas-jelasnya. Kita merupakan bangsa Muslim, bukan bangsa yang terpisah mengikut garis peta yang dilukis oleh tangan-tangan jahat penjajah. Setiap inci bumi ummat Islam adalah hak ummat Islam yang perlu dipertahankan, dibebaskan apabila dicerobohi. Konsep nasionalisma ini bukanlah menolak kecintaan kita pada tanah kelahiran kita, kerana Islam merupakan agama fitrah, fitrah manusia mencintai bumi kelahirannya. Namun bukanlah fahaman nasionalisma yang kita anuti itu, menyempitkan kita dari bersaudara. Nasionalisma kita lebih besar, sebesar dunia Islam yang luas.


Makalah ini sarat dengan pesan-pesan membangkitkan jiwa pemuda, tidak mampu saya tintakan semula. Anda harus membeli dan membacanya sendiri. Inshallah tidak rugi!
Profile Image for Mat Rahman.
7 reviews
February 15, 2017
Buku yang baik. Membangkitkan hamasah para pemuda islam yang berjemaah dan juga tidak. Walaupun terkadang ada yang tidak difahami, tetapi ia mudah dirasionalkan oleh akal.
Profile Image for Web Sutera.
Author 30 books65 followers
June 25, 2013
Insya-Allah, walaupun nipis, tetapi memadai untuk mengintai siapakah atau bagaimanakah golongan pemuda Islam yang dijanjikan itu. Zaman menunggu dengan hikmah perjuangan suci demi redha Allah semata-mata. Anak zaman dan para murabbi telah dan sedang mencetak mereka, dengan izin Allah.
Profile Image for Ku Nurasyiqin.
51 reviews16 followers
September 18, 2016
Buku yang ringkas dan padat, tetapi sangat menaikkan api semangat. Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi menerangkan ciri-ciri pemuda Islam yang dijanjikan syurga, supaya dapat diteladani dan dicontohi. Buat mereka yang mencari makna penghidupan, buku ini ada jawapannya!
Profile Image for Kamarudin Mamat.
45 reviews8 followers
Read
May 30, 2013
Menarik. Kena baca sekali lagi untuk lebih faham. Bukunya tak tebal. dalam 2 jam boleh habis.
Profile Image for Kak.
46 reviews2 followers
January 13, 2015
Elok la orang muda zaman sekarang baca ni.
Displaying 1 - 10 of 10 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.