Beliau dilahirkan pada 18 April 1924 di Singapura. Anak ke-8 daripada 16 adik-beradik. Bapanya Ismail Shairazi dan ibunya Aida Abdul Majid, keturunan Jawa, Indonesia. Bapanya merupakan guru besar di sekolah Melayu Singapura , penulis pelbagai artikel berbahasa Melayu .
Kartunis Lat menggambarkan beliau sebagai tokoh bermisai tebal dan bercermin mata serta menghisap rokok.
Isteri pertamanya Puan Sri Hamidah Hassan juga merupakan bekas pemberita di Singapura. Anaknya Nuraina Samad merupakan penulis blog yang terkenal dan pernah bersemuka dalam program Blog di RTM1. Anaknya Maria turut terlibat dalam dunia kewartawanan.
Pak Samad merupakan antara tokoh pengasas Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) yang memperjuangkan hak dan kebebasan orang Melayu 1950-an. Beliau juga aktif dalam Persatuan Penulis Nasional (PENA), Persatuan Penulis-Penulis Kebangsaan dan membantu menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka 1956.
1976-1981 beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika era Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri Malaysia. Beliau dituduh berkomplot menggulingkan kerajaan Malaysia dan Singapura. 1981 sebaik sahaja Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri , beliau dibebaskan bersama ramai tahanan ISA yang lain.
Ogos 1981 beliau dilantik menjadi penasihat akhbar The Star. November 1982 menjadi penasihat editorial New Straits Times. 1988 beliau bersara dari dunia kewartawanan .
Novel beliau yang diterbitkan ialah 'Patah Sayap, Terbang Jua' dan 'Tembok Tidak Tinggi' iaitu kisah pengalaman beliau semasa pendudukan Jepun.
Seorang sasterawan yang tidak perlu diperkenalkan. Berkarya dan bertugas sebagai seorang wartawan sejak zaman pendudukan Jepun di Malaya lagi dan fakta sebagai salah seorang pendiri ASAS 50 tidak perlu diragukan. Buku ini merupakan kumpulan cerpen yang ditulis sejak 1944 hingga 1991.
Membaca karya ini saya mendapati bahawa separuh daripada kumpulan cerpen ini berkisar tentang dunia kewartawanan di Singapura dan separuh lagi berkaitan kemasyarakatan. Penulis sering mengupas 'sisi' serong para wartawan malahan masyarakat sendiri yang mengamalkan gaya hidup tidak sihat, malahan melanggar batas agama.
Banyak cerpen yang sememangnya berkualiti dan menarik. Seperti cerpen 'Ke-Bintan-To', 'Ingin Jadi Pujangga', 'Bung Leman', 'Cina Angkat Najis di Rumah Saya', 'Belum Baik-baik Lagi', 'Pak Yak Mahu Kahwin', 'Amelia', 'Ruangan Wanita', 'Hussein Zet' dan 'Ustaz'. Saya paling menggemari cerpen 'Kau Mesti Sunat, Kata Bapa', 'Belajar Agama' dan 'Ke Rumah Cucu'