“Iman, please stay. You don’t have to do this to me!”
“I have to leave. Until you can explain everything to me.”
***
Dr. Iman Syahirah seorang wanita berdikari dan berkerjaya; selalu tahu apa yang dimahukan dalam hidupnya.
Namun, tiada siapa tahu, doktor yang kelihatan tegas ini menyimpan kisah silam yang dijaga rapi. Dia sendiri tidak ingin mengenang lagi.
Walau bagaimanapun, pertemuan dengan Aleph telah menimbulkan kembali gelojak perasaan lama yang disangka telah terhapus sepenuhnya. Lamaran Faris secara tidak semena-mena memberi Iman jalan keluar daripada kemelut tersebut.
Tanpa diduga, bahagia yang diimpikan bertukar derita. Makin didekati, makin Faris menjauhi. Faris seolah-olah menyembunyikan sesuatu. Adakah Faris tahu akan kisah silamnya? Kemunculan semula Aleph sekali lagi mengubat jiwa Iman yang lara.
“Adakah ini balasan Allah terhadap dosa-dosa silam? Takkan ia karma?”
Mampukah kepercayaan yang tersisa melenyapkan semua kecurigaan, lalu dia menemui kebahagiaan yang dicari?
Muharikah or her real name is Nur Aisyah Zainordin is a medical physician pursuing her speciality in endocrinology. Her passions in writing poem and novels. Her books include non-fiction motivational books and medical fictions.
She graduated from University of Dundee and did her master in medicine in UiTM.
She was also founder of publishing house in Malaysia, Iman Publication and Iman Shoppe Bookstore.
Her works appears in radio IKIM and had won Anugerah Buku Negara 2019.
Buku ni actually the revamp version of gabungan buku Stigma and Karma yang dah pernah diterbitkan sebelum ini. Disebabkan aku tak pernah baca that one, i cannot compare the revamp one ni dgn yg lama.
First of all, buku ni bawa isu yang sensitif dan berat. Ini bukan isu main-main, it’s definitely happening, dan kita sebenarnya mainkan peranan penting on how we deal with these people yang diuji dengan perkara ni. Sesungguhnya, aku amik masa untuk baca, sebab aku baca, aku stop termenung fikir, lepas tu aku sambung balik. 😮💨 Buku ni berjaya buka mata aku tentang banyak perkara. Sesungguhnya, berat ujian yang dihadapi dan tak mudah ya untuk berubah. Aku suka sangat dgn cara Dr. Iman deals with the patients. Aku rasa semua Doc2 di luar sana sepatutnya mencontohi cara Dr. Iman 🫡
Buku ni rasa heavy dkt aku because i know someone yg dealing with this problem before and Alhamdulillah she’s already married right now. See, people can change, we don’t judge, we should give support to them. Semoga kita jadi insan yang dapat ber’empathy’ dengan org2 mcm ni, dan tak menghukum dengan mudah. 🤧 Peringatan bersama. 😌 Overall, i do think people should read this book, and do prepare your mind before reading. It’s a rollercoaster of emotion 🫢 #emptycanvashida
Oh, wow. I didn't expect such a book, especially from Iman Publication. This book is something else.
A few comments (spoilers ahead): 1. Buku ni patut ada trigger warning and a statement on the cover saying "Untuk pembaca matang". I'm disappointed that Iman Publication tak buat benda ni when they perfectly know how young their readers can be.
2. Timeline buku ni caca-marba. Kejap present time, kejap throwback. Author ada mention timestamp kat every start of the chapter, tapi tu tak membantu. Authorr guna timestamp untuk jalan cerita masa present (2.30 petang/10.45 pagi), dan phrases macam "10 tahun lalu", "7 tahun lalu" etc to tell about the past, tapi tah la saya still rasa tu confusing. Would be much better if she told the exact year. Pastu kadang the jump from past to present tu tetiba sangat, so selalu confuse ni tengah scene past ke present.
3. Honestly? Rasa macam Iman ni ada sikap holier-than-thou. Dia pun banyak dosa, and if she's being honest, she's still stuggling herself. Dia belum betul-betul 'pulih' pun, cuma pegangan agama dia is stronger than before. Tapi dia macam secretly banyak salahkan Faris. Dia pun tak jujur dengan Faris, tapi she kept on urging Faris to tell her his secret. Rasa macam tak adil untuk Faris. Sebab throughout the marriage pun, Faris tak pernah ada sexual tendency kat orang lain. Unlike Iman. So, I don't quite like the person Iman is.
4. Faris struggles to develop sexual feelings for Iman, we can see that. Iman, on the other hand, macam senang je nak bernafsu dengan Faris? So Iman ni sebenarnya bisexual ke?
5. Macam ending Faris, kita boleh kata Faris is 'healed' based on some scenes. Tapi, Iman punya case macam unresolved. Iman boleh berubah selepas Iwani, tapi bila Aleph datang, pendirian Iman tergugat lagi. Betul, pegangan agama Iman kuat. Tapi ending dia macam tak fully address and wrap Iman's issue ni pun. I can clearly foresee that she can easily fall again. Selepas Aleph, there can be someone else coming into the picture. Daripada awal kita tau yang Iman dah tak buat the deeds anymore, but the feelings are still there.
6. Tapi kan, ke sebenarnya author nak sampaikan message yang to have sexual tendencies to the same gender is not a sin, but to act it out yang salah? Sebab honestly I have the same viewpoint too. Itu ujian orang tu kat dunia ni yang Allah dah tetapkan. Ujian manusia kan lain-lain. Yang cipta manusia ni, Allah. Yang tetapkan ujian kita apa pun, Allah. The main point is to remain steadfast and tak ikut hawa nafsu dan hasutan syaitan. Sebab issue ni in my opinion sama je dengan orang yang straight tapi Allah cakap yang ujian dia kat dunia ni is to never have the rezq to get married. Lagi-lagi kalau orang tu sexually curious. Walau macam mana kuat pun dia ada perasaan to get intimate with the opposite gender, tapi selagi Allah tak izinkan dia jadi halal dengan sesiapa, that individual kena tahan nafsu dan tak buat zina. Sebab tu ujian dia. Tapi undeniably, the homosexuals will have it worse la drpd the straights.
Astagfirullahal’azim. Mengucap panjang aku baca novel ni. Segala belalang, kunyit, lengkuas, serai semuanya ada. Nak nangis baca. Nak menjerit pun ada. Sejujurnya aku takut bila baca kisah2 macam ni. Lagi2 part dapat penyakit tu. Moga kita semua dijauhkan dari benda2 ni. Kau bayangkan belajar punya lah pandai, jadi doktor, tapi diuji macam tu. Kesian 😭 aduhhhai. Penulis memang terbaik! Cara penyampaian tiptop. Walaupun byk je ayat2 kedoktoran, tapi senang faham. Lancar je baca.
**Nak membawang 😭😭🌝 Sebenarnya Iman tu masih ada hati kat Aleph kan walaupun dia dah kahwin dgn Faris? Dok pegang2 jari Aleph dah kenapa. Pastu masa dia ade masalah dgn Faris, dia pergi cari Aleph. Kenapaaaaa? Arghh, geram jugak aku dgn si Iman ni. Pastu kan, si Faris ni sampai ke sudah tak tahu pasal sisi gelap Iman. Macam tak fair. Iman selalu je suruh Faris cerita pasal kisah silam Faris. Sampai gaduh2. Tapi Imannnn? Ishhhh gerammm!
Penulis telah mengangkat dan mengetengahkan tema yang berat dan luar dari kebiasaan. Membaca karya ini dengan perspektif yang berbeza. Terselit juga ilmu tentang perubatan yang sedikit sebanyak menambahkan pengetahuan minda.
masyaAllah best cerita niii such an eye opener book, saya nangis ya😭 a bittersweet ending🥹 i wish i can give full stars banyak input dan pengajaran yang kita boleh dapat tapi sebenarnya banyak jugak loophole dalam cerita ni especially in Dr Iman's part. and at some parts it was preachy and Dr Iman kadang saya rasa dia agak menunggang agama. sedikit turn off dengan karakter dia at some points.
Isu yang sangat heavy yang patut lebih ramai tahu, kudos to Dr Muharikah sebab berani mengetengahkan isu ini dalam karya beliau hence Iman Pub patut letak label bacaan matang, bahaya kalau budak sekolah yang otak baru nak develop and dalam fasa nak explore hidup terpengaruh. Saya suka jugak setiap scene medikal yang ada, tak bosan baca🫶🏻
Such a good book and a good cry. I think its hard for me to move on from this story'((
Please don’t take my review to heart, this is just my own POV and honest thoughts.🙏 minta maaf byk byk kalau ade sesiapa terasa.
I dont want to talk about the character first, I want to talk about the book itself. The book have so much pengajaran but I don't know why after reading the epilogue, I feel lost. I feel so lost. The plot is good but I feel like the author do not do justice for the both character. Macam nak cakap kejamnya takdir of Faris, is like almost macam his effort to change macam tak enough sampai he is given that kind of ending. I feel absolutely mad when I end the book, yeah Iman get what she dream of which is to start a family but then it still feel unfair.
- Iman, who have her past trauma of being SA by her own family member macam tergangtung. Sebab she didn’t get to speak up about it and is so unfair.
And what happen to Aleph? What is her ending? Macam there’s many watak cerita dia tergangtung.
-
Faris, he fight his own war to come back to the right path. And even though he married iman, he still struggle which is okay but then through out their marriage theres not much harmony in it.
Saat akhir-akhir tu baru lah mereka bersatu buat seketika. And setelah itu wataknya di mati kan.
- Cerita dia best, but I feel mad and sad at the end of it. Full of life lesson and how we should take larangan allah seriously. But thank you author for giving a different perspective, truly is a good book. Congrats author!:)
Berofe that : saya nk jual this novel dengan hrga rm28 termasuk postage (SM). Serius buyer!
Jalan cerita dah menarik.. I is x faham kenapa pergi beli sebelum baca review yg tepat sbb i dont stand sad ending.. kita sokong happy ending je.
memang spoil la bila Faris maninggal.. knpe x buat dia dgn Iman sama² keep growing old together and fight dgn masalah yg minat jantina yg sama..
patutnya Faris dgn Iman kena jd bukti hidup yg org mcm diaorg boleh berubah dan bina kelurga yg sempurna.. tp pergi end dgn Faris meninggal pulak.. situ spoil sngt²..
Too me, jalan cerita dah best tp tu la.. sy bukan jenis baca novel yg sad ending.. bila sad ending ni bg sy auto mati rasa nk ulang baca 🤣..
Jadi rasa d hati mahu jual balik this novel.. hrga asal rm32.. tp kalau jual rm28 termasuk postage ada yg mahu ke? 🤭 Roger² ya..
2.3/5 ⭐️
This entire review has been hidden because of spoilers.
Sayang Yang Tak Terungkap–mengisahkan kisah Dr. Iman Syahirah dan juga Dr. Khairul Faris yang mempunyai kisah silam tersendiri yang mereka sendiri tak nak ingat.
Aku ambil maklum yang buku ini adalah revamp buku Stigma, Karma dan Dilema.
Komen jujur aku tentang buku ini; aku suka dengan topik yang dipertengahkan oleh penulis sendiri. Sebuah isu topik yang amat berat dan boleh dikatakan trending masa ke masa. Cara penulis memperketengahkan isu topik LGBTQ+; krisis identiti dan masalah orientasi seksual bagi aku sangatlah well written. Sepanjang pembacaan, aku sendiri boleh rasa dan faham akan pergelutan yang dirasai oleh Iman dan Faris demi mengawal keinginan nafsu mereka.
Selain itu, aku juga amat suka dengan plot jalan cerita yang direka oleh penulis. Dalam seronok membacanya, aku juga dapat meluaskan ilmu pengetahuan kerana penulis tidak lokek dalam berkongsi medical knowledges. Buku ini juga membuatkan aku penuh emosi. Kalau yang dah baca SYTT ni mesti faham kenapa. Menangis aku dibuatnya.
Percayalah cakap aku, kalau korang baca buku ni, mesti korang rasa nak lompat masuk dan peluk karakter-karakter dalam buku ini. Pedih ya?
Apa-apa pun, aku amat mengesyorkan korang semua baca buku ini. Banyak pengajaran dan iktibar yang korang boleh ambil daripada buku ini. Tak boleh move on wehhh.
Kebanyakan readers tau genre atau tema buku² keluaran Iman Publication ni macam mana, but this one i must say really a bold one. LGBTQ is not that taboo nowadays, to write a story about it, a lot of people are capable to narrate it, but to make the stories go that deeper, it's obviously need some gut.
Betul, aku setuju dengan sebahagian pembaca lain yang menuntut disclaimer pada muka depan buku. Walaupun kisah yang dipersembahkan tidak asing lagi pada masa kini, tetaplah perlu ada garis sempadan dan pencegahan dari awal. Apatah lagi pada peringkat umur remaja yang kebiasaannya curious dan berani mencuba.
Secara amnya, aku suka cerita ni, di sebalik kisah² hitam kelabu, banyak pengajaran serta ilmu tentang perubatan yang terselit, di samping dapat membuka mata dan minda kita untuk tidak terus menghukum golongan² sebegini membabi buta. Sebaliknya, gunakanlah segala ruang, peluang, atau platform yang ada untuk membantu mereka, kerana banyak faktor yang menjerumuskan mereka ke lembah aktiviti songsang itu, bukan hanya atas dasar keseronokan saja. In the end of the story, bergenang jugak lah mata aku. Once that happen, i consider the book's good kerana berjaya mengucar-ngacirkan emosi aku lol.
Minus 1 ⭐ sebab ada masa aku annoyed dengan FL, kelihatan seperti sengaja menempah masalah. Menunggang agama? No comment. Selain tu, selang masa past and present yang tak berapa jelas dan akhir sekali seperti ada sedikit loophole dalam cerita. Overall, memberangsangkan!
this book hurts me so muchh😭💔💔 tapi main topic berkaitan dengan LGBTQ dalam buku ni sangat membuka mata dan menginsafkan. kisah iman dan faris ni jujur buat aku banyak kali terkedu dan faham macam mana strugglenya diorang nak kembali ke fitrah asal. taktau la i have mix feelings setiap kali scenes kat hospital yang banyak kes kematian disebabkan hiv dan aids. it was so sad tbh. dalam buku ni dari memula aku sangat judgemental, tapi sebenarnya journey diorang nak berubah tu tak mudah.
walaupun banyak benda lagi yang still buat aku tertanya dan ada benda yang belum selesai, tapi storyline dia bagi aku sangat realistic dan plot cerita yang menarik. suka cara penulis mengolah jalan cerita dan padatkan dengan ilmu medik berkaitan dengan hiv dan kanser.
tapi ending dia ya Allah sedih betul tapi ada manisnya jugak. tah la ek, buku ni punya pain another level punya sakit tak reti nak describe🥲
Masya Allah, I read this book randomly I didn't realize I needed the wake up call...I couldn't relate to the story but the message it holds is so powerful.
I haven't read Malay books in a while tapi bangganya bila tengok the diversity yang buku Melayu dah venture sampai topic2 "taboo" dekat Malaysia like LGBTQ+ ni. Moreover, I tak expect buku bertopikkan ni berunsurkan islam. Yelah, dengan main characters sendiri yang memang orang Islam (I mean the fact that LGBTQ is Haram in Islam too doesn't mean some tak terjebak) and struggling dengan identity mereka (more than that actually).
A truly amazing read, and satu source yang powerful untuk orang-orang Islam yang might relate to the story. Sangat2 recommended even if you can't relate to the story too.
Novel ni best bagi aku. Walaupon tema yang diangkat agak berat .
"Hidup kita ni adalah pilihan, Aleph. Termasuk perasaan kita. Kita perlu didik perasaan kita suka pada apa yg fitrah bg kita. Kita perlu latih diri kita utk buat apa ygTuhan suka, bukan buat apa yg kita suka". - iman
Iman, seorang doktor di wad penyakit berjangkit. Walaupon statusnya seorang doktor. Tapi die telah menyimpan sebuah rahsia yang sangat mengaibkan. Kalau dari perwatakan luarannya, memang tak dijangka apa yang dirahsiakan oleh Iman .
Setiap watak yang diwujudkan, mempunyai jalan cerita mereka tersendiri. Banyak maklumat berkaitan perubatan yang aku pelajari daripada naskah ni. Memang terbaik laa penulis .
Jalan cerita sangat menarik dan teratur. Tak silap aku novel ni versi revamp novel2 penulis sebelum ni. Aku tak sure betul atau tidak. Ni first novel penulis yang aku baca. Tapi sangat2 menarik minat aku untuk membaca novel2 beliau yang lain.
Walaupon aku kurang minat pengakhirannya, tapi aku tahu ada yang ingin disampaikan oleh penulis .
"Cinta bukan mengajar kita menjadi lemah, ttp ia membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, ttp menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, ttp membangkitkan semangat " - Hamka
Aku sangat2 rekomenkan korang untuk baca, walaupon cerita ni agak berat. Tapi ape yang disampaikan oleh penulis sgt2 bermanfaat dan boleh diambil sebagai iktibar
Pada lumrah dan hakikatnya, kita semua akan diuji sebagai penentu di mana kita nanti di akhirat sana. Dan dalam fasa ujian tu, kita semua perlukan teman untuk menempuh fasa-fasa genting dalam kehidupan.
Macam Dr Iman cakap: "Life seems haywire and terrible but you have to look okay to everybody."
Buku ni mengisahkan tentang hubungan songsang yang berlaku antara side wanita & side lelaki. Both parties diceritakan dalam buku ni. Ada Dr Iman & ada juga Dr Faris. Dua² ni berjuang untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik.
But... Melontarkan kata-kata tak semudah bagi yang sebenarnya menggalas ujian tersebut. Buku ni describe dengan baik kenapa & bagaimana golongan ini cenderung atau bermula dengan hubungan songsang ini. Plot dikembangkan dengan kisah yang terjadi dalam hubungan songsang ini, dan berakhir dengan akibat dari hubungan songsang ni.
Tak dengan itu saja, Buku ni cantik jugak garap, pengajaran & ilmu² secara santai, membuatkan aku sebagai pembaca rasa kat hati, terkesan di hati. "Kesiannya golongan ni"
Macam author kata mereka patut dibantu, kalau tak boleh bantu at least jangan mencela. Bacalah, good for knowledge, at least kita tak simply judge orang lain just because kita tak dikasut mereka.
Dah habis baca 2 hari lepas, ni baru ada masa nak update 🤭
Menyentuh isu LGBTQ. Aku x arif sangat isu lesbian and gay ni. Jadi aku ada beberapa persoalan berdasarkan cerita ni..
Semudah itu ke golongan ni kembali ke pangkal jalan dan ada nafsu pada jantina berlainan? Sebab dalam cerita ni, iman & faris macam mudah sangat move on.
Sebelum iman decide nak kahwin dgn faris memang iman dah taubat. Tapi iman jumpa aleph dan sayang, jatuh cinta pada aleph. Cuma iman x zahirkan pada aleph rasa tu. Tapi dua² faham. Even, bila ada masalah, iman jumpa aleph dan rasa tu dtg balik. Tapi lepas tu, rasa tu hilang bila iman jatuh cinta pada faris. Part aku confuse tu... Mudahnya iman rasa sayang pada aleph pastu pada faris. Macam rasa tu berbolak balik dgn mudah. Menjadikan aku confuse dia ni sebenarnya dah betul2 move on ke belum.
Iman demand untuk nafkah batin. Semudah tu ke lesbian melepaskan nafsu dia bersama wanita utk bersama lelaki? Sedangkan macam aku cakap, aku confuse ada part cerita yg dia still suka aleph. Dan masa dia kahwin dgn faris pun dia belum suka faris. Dia cuma kahwin untuk melempiaskan nafsu ke arah yg halal. Tp berbalik pada persoalan semudah tu ke?
Banding faris, nampak struggle dia untuk berubah. Dan faris lebih mudah dijangkiti penyakit sebab faris lelaki. Cumanya faris ada masalah waktu nak bersama. Tp mudah sangat faris suka iman. Macam ehhh.. tiba2 decide nak berubah n ehhhh.. dah tersuka.
Kalau ikut realiti yg jd sekeliling aku, susah betul dorang nak berubah. Dah kahwin lama pun masih x boleh nak bersama. Sebab tak ada nafsu langsung.
Part lain2 tu dalam cerita ni okay la. Aku cuma ada persoalan bab ni je lq.. sebab the whole story mengisahkan their struggles n journey utk berubah but it seems so easy.
This entire review has been hidden because of spoilers.
First of all, i think this book kena ada restriction umur. 18 ke atas mungkin 🤔 since the topic quite heavy and sensitive. Ni first time kita baca topic berkaitan isu (kunyit dan seangkatan dgnnya). Takut sebenarnya bila baca buku mcm ni haha.. but it turns out cerita dia quite okay, boleh rasa characters dalam ni sangat struggles untuk kembali ke fitrah masing2 sebb nak melawan nafsu tu mmg susah.. Buku ni banyak pengajaran, teguran, nasihat2 yang boleh kita ambik sebagai peringatan. ada juga medical terms yang dinyatakan untuk describe patient, feeling mcm tngok medical kdrama pulak.
Iman pada awalnya dia mcm dah berjaya berubah ke fitrah asal lps Iwani dah kawin, tapi sejak Aleph dtg, terus dia goyah. jumpa dan berkahwin dengan Faris pon ingat Iman boleh bertahan tp ada time dia goyah juga. Iman banyak berikan nasihat dan dorongan pada pesakit dia, end up dia masih struggles untuk berhijrah. betullah, kita akan diuji dengan apa yang kita beri nasihat itu. Thank god Iman tak selfish towards the end utk tinggalkan Faris.
Faris, pun pada awal dah tersasar dari fitrah asal, tp sejak 'partner' dia dah terkena HIV, Faris tekad nk berubah dan nak berkahwin utk kali kedua. tp tulah, character ni end up meninggalkan dunia yang fana ini. this one kita frust sikit. I wish Faris and Iman could be together till the last breathe dan berubah ke jalan benar sama2. Rasa mcm tak fair Iman tahu kisah silam Faris tp Faris sampai sudah tak tahu pon Iman pon ada kisah silam.
Kadang tak tahu la sangsi betul dekat character Aleph ni. bila Iman dengan Aleph, i always think Aleph akan take advantage towards Iman. mmg tak suka betul character Aleph ni haha..
‘Medical service is not just about hospital and giving medications, it is about human act and human touch’.
Orang kata, kita akan lebih menghargai sesuatu/seseorang itu hanya ketika kita telah mengenali ia. Berkecimpung dalam bidang ilmu berkait dengan dunia perubatan, membuatkan diri ini lebih menghargai isi2 pengajaran yg terdapat dlm buku ini. Segala isu di hospital, istilah2 perubatan yg digunakan ditambah pula dengan situasi2 di RVD MTAC menjadikan buku ini sangat2 menarik untuk dibaca. Mengajarkan hati dan jiwa tentang bagaimana untuk menjadi seseorang yg kaya dgn hikmah. Sentiasa menabur hikmah walau dlm apa jua bidang pekerjaan. Mungkin, bidang perubatan ini tidak dilihat sebagai bidang agama. Jauh sekali untuk berdakwah. Namun, buku ini menunjukkan bahawa setiap perkara yg kita lakukan mampu menjadi dakwah buat insan sekeliling. Segalanya bergantung pada diri kita. Utk berdakwah, kita perlukan MAHU dan ILMU.
….
‘Dunia takkan faham kepayahanmu itu. Tetapi Allah faham. Allah sangat mengampuni’
Cerita yang mengangkat isu berat dan boleh dianggap sensitif tetapi sangat2 perlu untuk diketengahkan pada masa kini. Isu LGBT yg semakin berleluasa kadang menjadikan manusia penuh dgn stigma negatif. Lebih menghukum sdg yg diperlukan adalah dakwah dgn hikmah dan kelembutan. Benarlah, kita semua akan sentiasa diuji dengan titik kelemahan kita sehinggalah kita dpt keluar dr titik kelemahan tersebut. Buku ini nyatanya mendedahkan kita kepada isu sebenar yg berlaku di luar sana. Membawa kita menelusuri kehidupan mereka yg pernah terlibat dgn isu ini. Menjadikan kita lebih faham dan lebih empati agar suatu hari nnti, andai kita berhadapan dgn situasi yg sama, dakwah yg kita akan smpikan mampu menjadi dakwah yg penuh rahmah, hikmah dan penuh pengajaran.
…..
“We now need to start looking at people beyond their looks”… “Cinta bukan mengajar kita menjadi lemah, tetapi ia membangkitkan kekuatan”
Ini bukan kisah cinta picisan. Tp ini kisah cinta yang menguatkan. Yang pasaknya adalah pemilik segala cinta; Dia yang maha Esa. Cinta itu hadir dgn asbab. Hilang asbab maka hilanglah cinta. Dan andai asbab cinta itu Dia, maka cinta itu akan kekal. Kerana Dia adalah tuhan yg kekal, sentiasa ada takkan pernah hilang.
Best cerita ni. Ini buku melayu pertama yang saya baca mengetengahkan isu LGBT. Saya baca dalam LRT pun sorok-sorok haha
Tapi buku ni sangat bagus, banyak sangat nasihat-nasihat yang berguna.
Bagi saya, sedih kisah hidup Faris dan Iman ni. Kesunyian tanpa ahli keluarga, sebab dalam cerita ni tak cerita sangat pasal parents dorang, muncul hanya sebab suruh kahwin je. Yang mereka ada hanya kawan-kawan dan Allah. Mereka berjihad sendiri, tanpa ada sokongan siapa-siapa.
Faris ni homoseksual; masih lagiberjihad untuk menghilangkan kecenderungan tu. Iman ni pulak mungkin biseksual. Dia ada kecenderungan pada perempuan. Dalam masa yang sama, bila dia kahwin dengan kahwin Faris, dia bernafsu juga pada Faris.
Buku yang menarik, jalan cerita diolah dengan baik, tak meleret, straight to the point.
Ending nya saya tak sangka. Ingatkan bahagia dihujung jalan haha.
Berjaya habiskan buku ini semalam 16 September 2024 setelah mengabaikannya sekian lama. Sebab saya akan hentikan pembacaan kalau cerita tak best, life is too short for a bad book. Mujur ada manfaat juga bila saya berjaya habiskan penceritaan ini. Saya agak berbelah bahagi nak berikan rating kerana rasa sedikit berkecamuk dengan pengisian buku ini akhirnya saya berdamai dengan 1 bintang.
Saya amat yakin Dr Muharikah merupakan seorang yang amat berahi dengan kerjayanya. Syabas kerana berjaya menghasilkan novel, sebab ianya bukan perkara yang mudah. Saya juga ingin berikan kredit terlebih dahulu kerana tidak mudah untuk menerangkan atau menceritakan semula kepakaran kita dalam bahasa normies. Dr Muharikah sangat berani untuk mengupas isu ini, tapi dalam keberanian dan keberahian kita, tolonglah letak disclaimer. Saya amat yakin buku ini bukan untuk pembaca yang muda apatah lagi yang tidak matang. Takut juga andai remaja atau anak-anak sekarang yang didedahkan dengan WOKE rasa ini salah satu normalisasi budaya LGBTQ+. "Ala, dia memang gay, tapi dia doktor kot.", "Biarlah songsang, janji berjaya.", doktor ni kita hero dan kerjaya yang dipandang hebat. Bahaya kalau anak-anak mengangkat mereka jadi ikon dengan pengaruh yang salah.
Watak utama, Dr. Iman yang juga bekas pelajar perubatan di Kaherah, dan kini bertugas sebagai doktor di hospital Puncak Alam, mempunyai latar belakang yang baik, saya juga yakin dia kaya. Tetapi disebabkan ada satu pengalaman yang membuatkan dia menjauhi lelaki dan memilih pasangan sesama jenis. Saya amat bersimpati dengan watak utama sebab dia mempunyai sejarah hitam ketika kecil yang menyebabkannya menjadi begitu. Tetapi saya tak boleh maafkan dia bila dah berkahwin, masih lagi keluar jumpa scandal/ bekas scandal. Tak salah jumpa kawan perempuan, tapi bila bernafsu tu dah jadi lain. Lebih menjengkelkan, bila bekerja, writing dalam buku ini Dr Iman ingat Allah lain macam menunggangnya. (Sorrylah saya terbuat kerja Tuhan dalam menjudging watak fiksyen dalam ni).
Berjodohan dengan Dr. Faris, yang juga bekas gay (hanya gay mengenal gay, atau sesama LGBTQ+ mengenal sesama sejenis), mereka ingat dengan berkahwin dapat menyelesaikan masalah. Tapi tidak semudah itu. Saya boleh berempati terhadap Faris kerana dia sebenarnya menghidap penyakit HIV jadi ada baiknya mereka tidak "bersama" di awal perkahwinan. Dalam naratif, Faris sebenarnya masih belum bernafsu ketika itu, tapi saya juga somewhat yakin Allah nak lindungi hubungan mereka.
Dipendekkan cerita, Dr Iman berjaya mengandung, Dr Faris Alhamdulillah berubah sebelum meninggal.
Apa selepas cerita ini? Saya yakin Dr Iman akan cari semula Aleph. Aleph ni Alifah ya. Aleph ni pada saya watak anatagonis dalam cerita ni. Bukan Aleph cari dia ye, dia yg cari Aleph ni. Dr Iman nampak sangat suka Aleph ni sebab dia kaya, berjaya, dan lebih alpha dari dia. Penghujung cerita Aleph ni ada orang yang dia suka or potential husband, tapi saya rasa bila Dr Iman ni dah legally single, dah dapat anak, mesti balik kat Aleph ni punya. Walaupun Aleph ni konon-kononya telah bertaubat dan berubah, tetapi saya sikit pun tidak percaya. Bila hijrah, gunakanlah nama yang Alifah tanda kita benar mahu meninggalkan kisah silam. Second point... Kenapa saya assume begini? Sebab Aleph ni juga bagi nasihat cerai atas concern konon-kononnya. Perempuan kalau dah rasa berjaya tak perlukan lelaki, saya rasa statement ni ada benarnya. Tetapi perempuan Islam yang berjaya, haram ya memilih pasangan sesama jenis. Talk about feminism gone wrong. Acah2 terpaling independent tetapi toxic femininity.
Keseluruhan cerita rasa sangat "patchy". Macam writing yang bertempek-tempek. Tak berapa harmoni. Kalau bukan sebab ilmu perubatan, tak mungkin saya akan habiskan pembacaan buku ini. Saya banyak belajar dari maklumat yang sangat berguna. Saya keliru buku ni nak serve purpose entertainment ke education. Sebab bab entertainment tu macam hedonism lain macam, juga menunggang agama. Deep down inside ada jugak rasa ada baiknya Dr Muharikah kekal sebagai seorang doktor sahaja. Semua orang boleh menulis, tapi tak semua org pandai menggarap cerita. Pada mulanya nak bagi 1 bintang sebab entah apa2. Banyak jalan cerita yang memualkan, geli, dan saya tak suka betul bila Dr Iman tunggang agama. Tapi sebab masih ada ilmu dalam buku ni, saya bagi la 2 bintang tanda kesian. (Saya edit rating selepas menelaah semula buku ini kepada 1 bintang, sebab saya rasa weightage menjerumus ke aras fitnah lebih berat berbanding perkara positif). Saya tidak akan sarankan novel ini kepada pelajar sekolah.
PS: Kepada publisher Iman, saya nak beritahu, jika anda benar-benar concern tentang great content matters, cukuplah2 push naratif orang kaya dan berjaya boleh memilih nak pasangan songsang, acah2 terpaling tersakiti dengan mental health, kaya tapi konon terpaling besar ujian. Yang beli buku ni macam rata2 B40, kepada mereka yg kaya, read this again and again KAU KAYA KOT SO PLEASE BEHAVE YOU UNGRATEFUL CHILD. Sedangkan orang miskin tak berhak ada apa2 freedom, ikut je sistem dalam keadaan tertekan. Berbulu jugak bila baca buku Sampai Masa Benci Jadi Rindu.
Rumah Tak Mesti Bahagia juga punya isu yang sama, tapi jauh berganda lagi best.
This entire review has been hidden because of spoilers.
✨Sayang Tak Terungkap by Muharikah✨ "Adakah ini balasan Allah terhadap dosa-dosa silam?" . 4.5🌟 📌 hospital setting 📌 slice of life 📌 LGBT 📌 past mistakes 📌repentance 📌 trust issue . Tak banyak review yang saya jumpa dekat IG tentang STT. Jadi bila baca memang tak expect apa-apa pun tentang buku ni. Pertama kali baca buku yang menyentuh tentang golongan LGBT dan penyakit HIV/AIDS. Sejujurnya tak sangka saya sendiri boleh relate dengan cerita ni. Mungkin sebab setiap daripada kita sebenarnya ada menyimpan rahsia yang semua orang tak tahu dan rasa berdosa?
Pada pendapat saya, STT adalah karya yang agak berat. Kisah di wad ID dan Oncology di mana Dr.Iman bekerja punya beri banyak pengajaran dan ilmu. It was incredibly eye-opening to read about the physical and mental challenges that HIV and cancer patients faced in the author's writing. Every patient had a story, and there were times when I felt like I was in Dr. Iman's shoes.
Kisah pesakit di hospital diceritakan melalui dua karakter utama yang bekerja di situ, Dr.Iman dan Dr.Faris. Daripada rakan sekerja, status mereka berubah menjadi suami isteri. Pada mulanya, saya agak skeptikal juga dengan keputusan mereka untuk berkahwin. Disebabkan mereka masih dibelenggu oleh dosa silam mereka, Iman dan Faris anggap dengan berkahwin, mereka mampu hidup normal dan bahagia.
STT sebenarnya lebih kepada kisah perjuangan Iman dan Faris. Walaupun hubungan suami isteri mereka diuji dengan sesuatu yang mereka tak pernah sangka, Iman dan Faris berjuang bersama-sama untuk belajar berubah dan mencintai melalui hubungan yang diredhai Allah. Bila semua rahsia terbongkar, ingatkan semuanya akan musnah. Tapi ternyata cinta mereka semakin dalam dan kuat.
Karakter paling menarik dalam buku ni tentulah Dr.Iman. Pada dasarnya, orang nampak hidup dia yang berjaya dan dihormati di tempat kerja. Tapi dah kalau namanya manusia, tentulah tak sempurna kan? Membaca dilema perasaan dan nafsu yang dialami oleh Iman dengan kehadiran Dr.Aleph mungkin boleh buat sesetengah orang kurang selesa. Tapi dalam masa yang sama, saya kagum dengan diri dia yang kuat untuk melawan perasaannya.
Her dedication as a doctor is something worth to be praised for. Bukan mudah bekerja di wad ID dan merawat pesakit yang kebanyakkan HIV. Cara layanan dia pada pesakit sangat bagus. Iman bukan sahaja merawat penyakit fizikal tapi juga rohani pesakit. Dia banyak bagi nasihat dan kata-kata semangat untuk pesakit dia terutama yang masih mengamalkan cara hidup sonsang.
Lepas berpindah ke wad Oncology, layanan Iman pada pesakit tetap sama. Kali ini, lebih mencabar sebab pesakit di wad ini adalah pesakit kanser yang menghadapi kematian. Walaupun susah, Iman tak terlalu ikutkan perasaaan sedih. Dia cuba sebaiknya untuk menjaga emosi dan psikologi pesakitnya.
Bila kita baca kes-kes pesakit, kita tak rasa pening dengan jargon yang ada. Semua medical terms yang digunakan dalam buku diterangkan dengan jelas di footnotes. Daripada penyakit sampailah apa yang doktor buat ketika nak selamatkan pesakit diterangkan dengan bahasa yang mudah.
📌ps: I imagine that was a bittersweet ending? Maybe a lot of people won't like the ending, but I don't mind it because I think it's realistic and appropriate for this kind of story.
okay i love how malay novel industries finally keluar dari kepompong buku cinta yg tak berfaedah. love the book. so this is my reason why kurang satu star. PS: my review contain spoiler.
1. starting with iman have SA experience quite shock sbb no TW or label pembaca matang. i know these issues is taboo but need to be discussed tapiii iman publication need to remember ada readers yg 12 and under and dengan dunia hujung jari ni boleh buat diorang get the wrong information. if ada label and TW atleast parents can tapis and look it over first before let their kids buy the book because the cover,title and even synopsis is very innocent. even me yg adult pun tak sangka buku ni discuss a very heavy topic.
2. kembali kepada story. so iman got SA, and what the correlation between her SA experience with her sexuality? adakah apa yg berlaku buat iman rasa lelaki ni semua sama and found comfort in loving a woman? author cerita pasal iman kena SA and thats it? sbb author cerita latar belakang faris and how it happen but about iman? mcm banyak lompong dlm kisah iman.
3. next is medical jargon. i know the author are doctor but i feel like the medical things in this book is too much sbb buku ni fiksyen. as someone who devour book about medical things. i feel like its too much for me terlalu sarat dengan some of the medical things yg i think tak perlu pun.
4. and from pov faris, he finally "healed" before he pass away. he even stop seeing his partner long before he married iman. however in iman casee, i feel like dia tak fully move on from her past life. even after dia marry faris pun dia still jumpa her most big trigger of her past. i know author nak ketengahkan we cannot let them hanyut and so on but i feel like instead of letting iman guide aleph. she can lead her to resources to help her get out from the dark places sbb iman sendiri still goyah dengan jiwa dia.
5. for the ending, i have like mixed feeling. iman tak fully healed and still vulnerable from the loss of her husband suddenly she's pregnant? its like a cocktail mix recipe for disaster. and kinda dislike how author make iman look like she desprate to have a child. sbb dia sendiri terumbang ambing and having a child will never solve the problem. also the way aleph yg actually "planting the seed" about kids kat iman very sus ya because there are case out there kawin utk dpt anak and play pretend a hppy house with their partner. seeing iman vulnerable state and emotionally fragile condition, she can easily fall back to the old habit especially, seems like she didnt really have strong support from her family.
lastly, i think if author kurangkan jargon medical in this book and gantikan dengan latar belakang cerita and character development for iman, the book can be much better. looking forwatd to the author next book.
p/s: ada sedikit minor spoiler yg tidak effect keseluruhan cerita. Kita hanya petik ayat untuk tunjuk contoh bahagian yg tidak memuaskan hati sahaja. Minor spoiler start dgn lambang * ——————————————
Impression: AN EYE-OPENER BOOK 📚💔 Dan tajuknya tu mmg kena. Untuk sekian kalinya, kita dah jumpa buku yang setting seakan Hospital Playlist. Suasana hospital, interaksi doktor & pesakit, tentang kepercayaan, struggle dalam perhubungan. Paling menarik — stigma perhubungan sesama jenis. Istilah perubatan & jenis penyakit dalam buku ni senang nak faham. Siap ada foot notes! Effort penulis nak describe sesetengah terms tu dgn teliti.
Tentang Faris & Iman. Percayalah bila I cakap yang I mmg baca buku ni dgn 'zero expectation'. Hanya tahu konsep semata je. Itupun secara tidak mendalam. Agak emosi juga dgn pengakhiran Iman & Faris ni *help* Bukan takat dua karakter tu, pesakit-pesakit yg ada pun kita rasa sayu baca kondisi mereka. ——————————————
My other thoughts:
Ada part sedikit 'preachy' (okay maybe necessary). Ada juga part yg kita kurang berpuas hati dgn tindakan / percakapan karakter. Instead of penggunaan ayat 'awak', why not gantikan dgn ayat 'kita'. Seolah, adegan tu 'invalid' kan perasaan seseorang ataupun menuding jari kerana mistake yg mereka buat (?)
*Contoh ayat* "Allah bagi awak peluang untuk hidup. Dia datangkan awak ujian ini untuk menyedarkan awak. Apabila awak sembuh, awak kena banyak buat kebaikan. Tinggalkan kisah silam awak. Jadi manusia yang Allah suka. Kita masih ada peluang untuk menjadi ahli syurga, Johan."
Situasi itu betul menunjukkan itu kesilapan Johan sampai dpt musibah begitu. Tetapi mungkin pengunaan ayat 'awak' tidak sesuai kerana seolah menunjukkan 'kau dh buat masalah, kau kena sedar diri'. Maybe sound harsh? Dan kita sebagai pembaca agak trigger sedikit. Ini hanya kita punya pendapat sebab kita pernah mengalami situasi seperti Johan.
——————————————
Selebihnya, kita suka dgn konsepnya. My suggestion, baca dgn zero expectation. Lots of value delivered ✨📚
p/s: Buku ini revamp daripada buku trilogi Stigma, Karma & Dilema. Jika belum baca trilogi tersebut, TAK APA. Boleh terus baca buku Sayang Yang Tak Terungkap ni 🤍
This entire review has been hidden because of spoilers.
Korang dengar tak bunyi apa tu? Tu bunyi hati aku yang retak lepas baca buku Sayang Yang Tak Terungkap 😭
Buku yang menyelami dunia LGBT dimana dua watak utama, Iman dan Faris diuji dengan menyukai jantina sejenis & bagaimana mereka berusaha nak kawal diri & bertaubat. Quite a thick book & character driven, tapi such a breeze read sebab I really cannot put it down. Penulis memang pandai selitkan emosi dalam setiap pov karakter ditambah dengan nasihat-nasihat yang lembut dan medical stories tentang pesakit HIV yang bagi aku sangat bagus untuk tambah ilmu.
Salah satu nasihat yang aku paling terasa ialah tentang manusia banyak berhakimkan nafus, yang rasa kalau benda tu salah kenapa ia buat kita rasa seronok & bahagia. Aku rasa nasihat ni bukan saja untuk warga LGBT tapi sesuai juga untuk ‘straight’ couple yang banyak mengikut nafsu & emosi dan melanggar agama bila bercinta. Bak kata Iman ‘Hidup kita ni adalah pilihan. Termasuk perasaan kita. Kita perlu didik perasaan kita suka pada apa yang fitrah bagi kita. Kita perlu latih diri kita untuk buat apa yang Tuhan suka, bukan buat apa yang kita suka.’ Something yang aku pun still berusaha sekarang 🥲
Buku ni pun ada terapkan pentingnya komunikasi antara pasangan, dan bagaimana walau kita ni seorang yang tahu agama, kita masih boleh terjerumus dengan dosa & kerana itulah pentingnya ada orang disekeliling yang baik untuk ingatkan kita kembali.
Overall, buku ni sangat menarik sebab jarang baca buku islamik dari perspektif ni. Cuma ada part yang sedikit detail untuk babak lgbt, tapi mungkin ditulis untuk menunjukkan bagaimana orang boleh mengikut nafsu. Ending yang actually unexpected untuk aku sebab bittersweet -4.5⭐️
Dr. Iman Syahirah, seorang wanita bekerjaya rupanya simpan kisah silam yang sangat gelap. Iman yakin dirinya dah berubah. Tapi siapa sangka, kemunculan Aleph menghadirkan kembali perasaan lama yang Iman sangka sudah hapus.
Khairul Faris hadir melamar Iman, disangka boleh keluar dari masalah rupanya tidak. Faris seakan sorokkan something dari Iman. Apa yang disorok Faris? Apa kisah lama Iman? Siapa Aleph?
𝘒𝘪𝘵𝘢 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘯𝘵𝘪𝘢𝘴𝘢 𝘥𝘪𝘶𝘫𝘪 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘵𝘪𝘵𝘪𝘬 𝘬𝘦𝘭𝘦𝘮𝘢𝘩𝘢𝘯 𝘬𝘪𝘵𝘢, 𝘴𝘦𝘩𝘪𝘯𝘨𝘨𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘥𝘢𝘱𝘢𝘵 𝘬𝘦𝘭𝘶𝘢𝘳 𝘥𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘵𝘪𝘵𝘪𝘬 𝘬𝘦𝘭𝘦𝘮𝘢𝘩𝘢𝘯 𝘪𝘵𝘶. ⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯ Ad sangat kagum dengan storyline yang disampaikan 😫Topic yang diketengahkan bagi Ad berat. Tapi, Ad enjoy baca sebab boleh tau how this mereka berfikir, how boleh jadi & so on. Not just that, all the medical topic, issues & terms sangat menarik 😍 the nasihat in this? Soo good 💗 author juga ada selit terjemahan surah dalam ni, which very nice 🫶🏻
Tak sangka, both MC ada kisah silam yang gelap. Apa yang dorang rasa? Sakit. Marah. Pedih. Struggle 💔 not gonna lie, terasa ye segala emotions dalam buku ni. Towards the ending Ad sedih but also happy with it. Cuma, Ad frust sikit sebab macam tak fair one side je tau, the other side tak tau. But, masih tak menghalang Ad untuk keep on baca. Worth it & so good 😭 selamat membaca semua 🤍
At first kita agak terkejut jugak la baca buku ni sbb ni first time tau kita baca buku yang berunsurkan LGBTQ mcm ni. Apatah lagi bila ianya membabitkan karakter yang beragama Islam. Tapi korang jangan salah sangka pulak tau, daripada buku ni kita dapat lihat yang penulis bijak mengarang plot dengan baik sampaikan mesej-mesej yang ditulis tu dapat disampaikan dengan cara yang betul.
Ramai orang yang mempunyai 'stigma' buruk terhadap pesakit HIV ni atas alasan telah menjalinkan hubungan seks secara haram. Tapi sebenarnya, tak semestinya penyakit HIV tu boleh disebarkan secara begitu. In fact, sebenarnya penyakit HIV ni boleh sembuh tau.
Dalam buku ni juga banyak sangat ilmu yang kita dapat especially berkaitan medical. Semuanya ditulis secara terperinci dan jelas. I was so amazed with that actually.
Watak utama buku ni pula- Dr Iman dan Dr Faris. Sejujurnya, kita kagum sangat dengan diorang. Kita tahu, bukan mudah untuk seseorang itu untuk berubah dari dosa lalu. Bukan mudah untuk melawan hawa nafsu. Namun, alhamdulillah mereka berjaya juga berubah ke jalan yang lebih baik dari hari ke hari. 𝘛𝘩𝘦𝘺'𝘳𝘦 𝘧𝘪𝘨𝘩𝘵 𝘵𝘩𝘦𝘪𝘳 𝘰𝘸𝘯 𝘣𝘢𝘵𝘵𝘭𝘦 𝘸𝘪𝘵𝘩 𝘵𝘩𝘦𝘮𝘴𝘦𝘭𝘷𝘦𝘴.
Lastly, banyak sangat quotes dan pengajaran dalam buku ni. Kita percaya, buku ni dapat membuka mata dan mengubah 'stigma' masyarakat terhadap HIV.
Overall, buku ni memang agak berat dan SANGAT PAIN ye. Menitik juga la air mata kita masa baca buku ni disebabkan oleh unexpectedly ending dia. 😭😭💔
ni first buku yang i chose to read lepas habis sem ni 😭 based on the synopsis, ingatkan the problem happened only between Faris and Iman only, rupanya its more than that!!
The topic about this book is sensitive. setakat ni tak pernah baca any books mention about LGBTQ. this book opened my eyes very wide and convinced me that saya sangat hidup di bawah tempurung.
Lots of medical terms mentioned in this book. sangat menarik minat since i considered medic to further my degree (insyaAllah 🤲🏻) ngl sepanjang baca buku ni i kept imagining the situations at the hospital haha my imagination dah macam kdrama dah.
Other than that, i learnt that jangan paksa orang untuk cerita kisah silam yang dia dah lama nak kuburkan. we dont know their struggle facing it. Iman dan Faris sangat kuat hadapi dugaan hang Allah bagi. lagi-lagi Iman. dengan pressure yang ibu bapa dia letak kat dia, she managed to get through it.
At the end, Allah tarik seseorang dan menggantikan dengan seseorang.
In the middle of the story after their marriage, saya tak expect dugaan yang dilalui berat macamtu sekali. Iman stayed by her husband's side till the end was what saddened me the most. saya punya lah sampai habis convinced diri cerita ni akan happy ending with both of them. But the ending is not bad hihi
Okay now after finished reading this book, im currently staring at the wall. termenung. 😔