Jump to ratings and reviews
Rate this book

Travelog Rabak

Rate this book
Kami mencampakkan mayat tunang Claudia di tengah-tengah laut. Kemudian, kami kembali ke chalet, duduk dalam bilik Claudia. Dia masih berbau wangi dan kami menyambung semula permainan dam aji kami. -- Mohd Jayzuan

Sepanjang perjalanan tu, aku tidur, mungkin sebab aku moody dan terlalu banyak menangis. -- Shima Scarlett

Ramai orang tahu bandar Ipoh tapi sikit saja yang betul-betul kenal. Ipoh adalah bandar misteri yang dikelilingi bukit, selalu menampakkan kabus tebal yang tak tercapai dan dipenuhi jiwa-jiwa yang tak mengejar masa. -- Seyn

149 pages, Paperback

First published January 1, 2012

2 people are currently reading
39 people want to read

About the author

Mohd Jayzuan

14 books15 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
6 (13%)
4 stars
7 (15%)
3 stars
22 (47%)
2 stars
10 (21%)
1 star
1 (2%)
Displaying 1 - 17 of 17 reviews
Profile Image for jnuratiqah.
4 reviews3 followers
December 15, 2012
intro bab ditulis Jayzuan yang banyak menceritakan tentang kisah fucked upnya berbanding menceritakan apa yang betul betul berlaku ketika roadtrip ditaja itu. Manakala saya tiba tiba menangis membaca penulisan Shima walaupun tidak begitu menyedihkan tetapi begitu menyentuh hati saya dan Seyn adalah penulis terbaik untuk buku travelog ini.
Profile Image for Encik Psychopath.
Author 1 book11 followers
December 16, 2012
Pengembaraan yang membazir. Tiada apa yang menarik sepanjang perjalanan ketiga-tiga kutu yang terlibat. Yang paling kecewa pada pembaca, apabila terpaksa membaca ketiga-tiga travelog yang sama perjalanannya dan keseronokan mereka tidak dikongsi bersama pembaca dengan baik. Mohd Jayzuan dalam buku ni sangat mengganggu pembacaan dalam beberapa part seperti hal yang tiada kaitan dengan travel. Shima Scarlett meroyan dengan kisah kecurangan teman lelaki namun travelog yang disampaikan begitu teliti. Seyn antara yang paling style dengan penceritaan yang menarik dan muncul penyelamat dalam travelog yang hambar.
Profile Image for Fuka-chan.
146 reviews
July 2, 2012
ini kali pertama aku membaca sebuah buku berkonsep kan travelog. kisah road trip beberapa insan, yang melalui jalan yang sama, mengalami peristiwa yang sama, tapi dengan interpretasi yang berberza. memang sesuatu yang baru.

mulanya aku tak dapat nak hadap macam mana cerita macam ni boleh masuk. my first thought is "kalau takat tulis cam ni aku pun boleh. give me some money and i'll do the same" tapi aku sebenarnya salah. lebih lama aku membaca , lebih aku faham yang setiap penulis pandangan nya terhadap hidup berbeza. cara melihat keindahan berbeza. cara menilai setiap peristiwa berbeza. dan aku sebagai seorang yang noob dalam dunia penulisan, tak mampu untuk hasilkan dan luahkan apa yang aku rasa sebagaimana cantiknya penulis dalam Travelog Rabak ini ekspresi kan. Aku kena belajar untuk menghargai setiap karya penulisan, dan belajar untuk mengekspresi kan diri.

Basically ada 3 cerita dalam buku ni. dari 3 pandangan yang berbeza. tapi aku lebih memihak kepada cara Seyn bercerita. bagaimana lenggok bahasa diolah dan sesuatu cerita dikisar. Yang lain juga menarik, cuma ketika aku membacanya, aku masih mentah dalam menghadam isi kandungan mereka.

all in all, sebuah eksperimentasi yang menarik. i'll make sure to remind myself to buy Lejen Press and Selut books more.
Profile Image for MalasMembaca.
15 reviews7 followers
December 3, 2018
Buku ini aku beli daripada seorang seller di Carousell kerana pada ketika ini kau takkan jumpa buku ini di mana-mana kedai buku lagi. Maybe lima tahun akan datang buku ini antara buku-harga-tak-masuk-akal dijual oleh kolektor. Siapa tahu?

Buku ini ditulis oleh tiga kepala. Kepala pertama - Mohd Jayzuan. Bagi aku, tulisannya agak boring berbanding karya-karyanya yang sebelum ini. Mohd Jayzuan menjadi Mohd Jayzuan walaupun beberapa puluh buku lagi yang dia akan tulis nanti. Dia tak kisah pasal pembaca, dia cuma menjadi Mohd Jayzuan. Jika kau seorang peminat tulisan Mohd Jayzuan, aku agak kau takdehal pun dengan tulisan dia yang agak boring dalam buku ni. Masih boleh layan lebih-lebih lagi beberapa babak absurd memang syok.

Kepala kedua pula, Shima Scarlett. The only perempuan dalam trip mereka. Tulisannya banyak berbaur patah hati dan aku rasa kalau kau bukan peminat Mohd Jayzuan, kau akan rasa minah ni tulis lagi bagus. Walaupun tulisan dia agak mendatar sampai satu masa kau akan rasa annoying dengan minah yang asyik cerita sendu pasal relationship dia, bila habis part ni kau akan rindu nak baca balik. Macam ada satu magnet pada tulisan minah kacukan mat saleh bernama Shima Scarlett ini.

Kepala yang terakhir ialah Seyn Jukey. Secara jujurnya, aku tak expect pun Seyn akan tapau Mohd Jayzuan dan Shima Scarlett. Kau mesti tak percaya punya. Aku agak tulisan Seyn mesti bersifat 'Mohd Jayzuan' tapi bila aku baca part ni aku tertipu siot. Seyn ialah Seyn. Dia tulis jujur dan aku rasa dia the only person yang betul-betul enjoy trip ni berbanding yang lain. Berbeza dengan tulisan Shima, part Seyn ni kau takkan ulangbaca. Dia takde magnet yang Shima ada. Tapi tulisan dia akan ada bilik khas dalam kepala kau. Salute la Seyn!
Profile Image for Huda Engku.
13 reviews
April 24, 2024
Buku ini menampilkan tiga orang penulis; Mohd Jayzuan, Shima Scarlett dan Seyn, ketiga-tiganya merupakan karyawan Projek Rabak (please google them to find out more or read this book) dan berpeluang mengembara bersama jasa RM1,000 yang bos Sang Freud Press bagi untuk mereka hasilkan travelog ini. Kembara mereka kali ini membawa mereka ke tempat-tempat sekitar Pantai Timur Semenanjung Malaysia (and again, if your Geography sucks, google that!).

Mohd Jayzuan, sebelum ini saya pernah membaca tulisan beliau, '28 Hari: Jurnal Rock N Roll'. Saya rasa tulisan beliau dalam buku kali ini kurang umphhhh, seperti hilang keikhlasan menulis. Shima pula, ini kali pertama saya membaca tulisan beliau, saya rasa ok-lah, not bad. Seyn, I just love this guy's writing! The way he describes things shows how he observe his surrounding, and a real writer should observe carefully, sebab pembaca tak nampak apa yang penulis ingin sampaikan, jadi jika setiap perkara diterangkan dengan baik (which comes from detail observation and suitable vocab used), pembaca senang nak follow apa yang penulis ingin sampaikan. My 2-cents lah.
Profile Image for hans.
1,158 reviews152 followers
March 14, 2017
Kisah-kisah travelog begini selalunya lebih kepada gaya tulis jurnal harian, jadi aku tak banyak komen sangat dengan stail penulisan yang bersahaja atau ayat tunggang langgang. Sedikit kecewa dengan tulisan Jayzuan kali ini, tidak sebagus 28 Hari : Jurnal Rock N Roll- keduanya sama genre kenapa agaknya yang ini terlalu bosan. Mujur ada Shima Scarlett dan Seyn. Mujur sungguh ada Seyn.
Profile Image for Intan Maisarah.
11 reviews3 followers
September 26, 2012
AKu agak dukacita dengan penulisan Jayzuan kali ini, tulisannya kali ini lebih ayat ayat kosong, writers block.. bukannya tertumpu pada catatan perjalanan dia.

Mujur ada Shima dan Seyn yang membantu aku megembara bersama mereka.Jujur aku lebih suka dengan penulisan Seyn.

KEseluruhannya, buku ini membuatkan aku melonjak lonjak mahu bercuti dan mengembara.
Profile Image for Diah Nadiah.
21 reviews
March 24, 2013
jayzuan boleh hasilkan yg lebih lagi tp mungkin trip ke tmpt trsebut menghimpit beliau dgn masa lalu. sebenarnya apa yg terjadi pd shims boleh jadi punca buku ini lebih real walau mgkin terganggu. dan seyn ibarat batman utk travelog ini
Profile Image for Api Husien.
44 reviews16 followers
April 8, 2013
Mungkin ini dikatakan penulisan yang jujur. Seorang sedang writer block, seorang pula mengalami kekacauan emosi dan seorang lagi benar-benar mengerjakan travelog ini.
Profile Image for Amal Hamsan.
24 reviews5 followers
May 13, 2015
Wow. Untuk buku ni, Encik Psychopath ada review yang paling baik, yang betul-betul dapat sampaikan apa aku rasa. Thumbs up untuk Seyn
Profile Image for Nuratiqah.
17 reviews27 followers
Read
June 29, 2012
Paling suka part 'let the flames begin' by Shima Scarlett
Profile Image for Pepol.
56 reviews9 followers
September 1, 2012
buku yang best, usai membaca buku ni,terasa mcm nk pegi travel dan menulis jgk
Displaying 1 - 17 of 17 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.