Jump to ratings and reviews
Rate this book

Bukan Perempuan Sundal

Rate this book
Mengisahkan seorang gadis yang berhijrah ke Kota Raya untuk satu proses pembaikkan diri dan bertemu dengan seorang 'usahawan'. Pertemuan ini akhirnya terheret ke pertemuan yang lain.

132 pages, Paperback

First published January 1, 2012

9 people are currently reading
53 people want to read

About the author

Syahid Abdulah

2 books2 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
7 (6%)
4 stars
30 (29%)
3 stars
55 (53%)
2 stars
8 (7%)
1 star
3 (2%)
Displaying 1 - 30 of 34 reviews
Profile Image for Päk  Läng.
44 reviews
August 25, 2012
Kau tahu bagaimana rasanya tidak sempat habis kencing? Itu yang aku rasa apabila selesai membaca buku ini. Tak perlu huraikan panjang lebar bagaimana rasa itu. Sila beli, dan baca sendiri. Buku ini punya penamat yang agak mengelirukan. Walaubagaimanapun, jalan ceritanya agak bagus. Syabas untuk usaha dan semangat penulis yang sudah berjaya menghasilkan buku ini. Bukan semua orang mampu menulis sebuah buku sendiri. Tiga bintang itu untuk usaha beliau.
Profile Image for Penjuru Kosong.
30 reviews20 followers
May 17, 2013
“Jadi memang benar di sebalik satu kejahatan, ada seribu kebaikan berlindung. Dan di sebalik satu kebaikan, ada kejahatan bersembunyi”
Ini klise. Sudah banyak yang gunakan persoalan ini. Dari kisah Robin Hood, siri The Fast and forious hingga One Piece. Mungkin banyak lagi yang tak mampu aku senaraikan. Rasanya semua orang tahu yang baik itu tak sebegitu baik dan buruk, tak semestinya buruk. Dunia yang kita hinggap kini sudah kekurangan kejujuran. Kebaikan sudah membutakan mata untuk menilai kejahatan dan kejahatan terzahir akan dipandang kejahatan biarpun dalamnya penuh kebaikan. Kalau diikutkan dengan hukum agama, yan salah tetap salah. Kan?
Pada mula aku bacanya, aku dapat teka sedikit pada hujungnya. Tentang Nasir dan siapa Nurul. Buku catatan bisnes Nasir ada tunjukkan kluenya. Tapi nampaknya aku silap.
Sundal tak sundal, kau sendirilah buat kesimpulan. Pengajaran dari novel ini, kalau kau ada orang yang celakakan kau, hapuskannya sebelum dia kembali muncul untuk celakakan kau kali kedua, ketiga, keeempat dan seterusnya.
Profile Image for Luc Abdullah.
Author 6 books61 followers
Read
July 4, 2012
Seandainya novela ini dipanjangkan lagi dan direncahkan lagi plotnya, aku akan kasi 4.

Tetapi sebab ia berbentuk anti klimaks, barangkali bukan favorite kebanyakan orang.
Profile Image for Fuka-chan.
146 reviews
May 15, 2013
i chose this book because my good friend, Azam recommends it. Final thought after reading...it was okey..

No, don't get me wrong. I love literature. Bait-bait bahasanya indah. Tapi awak tidak perlu untuk mengolah setiap baris ayat, setiap perkataan menjadi sesuatu yang puitis. Tidak perlu untuk mencantikkan setiap perenggan dengan ayat yang melirat dan melerat, hanya untuk memberitahu sesuatu yang lurus. Do you get what I mean?

Maksudnya, untuk memberitahu yang dia mahu makan (contohnya), tak perlu untuk menceritakan "bagaimana perutnya bekeroncong sehingga muzik dangdut bergema dan menyebabkan pandangan aku hanya tertumpu pada makanan, dan deria bau ku menjadi tajam lalu hanya dapat menghidu bau yang specific iaitu bau makanan". Tidak perlu bukan? Hanya cukup untuk memberitahu yang Aku Lapar. Cukup. Kadang kadang, less is more. And in this case, bila terlampau banyak, jadi meleret. Dan frankly, agak bosan.

Ending yang menarik. Cuma terasa agak tergantung. Kehilangan dia (avoiding spoiler) adalah sesuatu yang jangkal. Mungkin itu yang penulis cuba sampaikan. Takpe. Tapi surat yang terakhir tu sangat.............out-of-place. Saya tak tahu bagaimana nak terangkan tapi terasa out-of-place. Seolah-olah penulis cuba letakkan sesuatu sebagai twist cerita, tapi bagi saya agak tidak berjaya.

TAPI, walaupun banyak komen yang macam negatif, saya tetap suka buku ini. I wanna buy the author new book, dan lihat pula bagaimana cara penulisannya di sana. :)
Profile Image for Azam.
66 reviews2 followers
March 10, 2013
Seriously I really like Syahid Abdullah's writing! Penulisan dier tersangatla klasik tapi urban. Bole x nk describe cmni? haha. Sungguh puitis tapi still ada selit2 bahasa urban yg seswai dgn jiwa golongan muda seperti ak nih.

Ak rasa watak utama si Nurul dlm cite ni mmg ramai je kt dunia realiti esp kt Kota Raya tuh. Tahniah kepada Syahid kerana berjaya menggarap kisah tipikal-wanita-kampung-ke-bandar dengan penuh penghayatan dan emosi smpi ak rasakan si penulis ni adalah seorang perempuan bukannya lelaki.
Profile Image for Encik Psychopath.
Author 1 book11 followers
July 11, 2012
Bab terakhir agak mengelirukan dan banyak juga persoalan untuk diajukan kepada penulis.


Apa-apa pun, selamat maju jaya buat penulis Syahid Abdulah kerana berjaya menghasilkan sebuah buku kecil yang durasi bacaannya kira-kira satu jam.

Itu sudah cukup bagus !
Profile Image for Api Husien.
44 reviews16 followers
July 4, 2012
plot cerita yang menarik bagi aku.. penceritaan tentang sisi gelap yang diterangkan, isu keluarga yang menjadi nadi cerita, dan tentunya tentang sa-orang perempuan yang bukan sundal..

semoga penulis memuntahkan lagi karya yang padu untuk dijamu..
Profile Image for Johnny B. Rempit.
123 reviews34 followers
November 24, 2012
Sedikit preachy. Walaupun tak seteruk novel Melayu lain yang pernah saya baca.

Dan kalau boleh, cuba habiskan baca buku ini secepat mungkin. Kalau ditinggalkan lama, ada detail yang mungkin anda terlupa dan endingnya akan menjadi tanda tanya.
Profile Image for Amalia Masrom.
151 reviews7 followers
February 10, 2013
Jarang aku baca buku yang penulisnya seorang lelaki tapi watak utamanya seorang perempuan. Pada aku, buku ini tak ada banyak kekurangan. Jalan ceritanya, fresh dan mudah difahami. Dibawa pembaca dari satu bab ke satu bab dengan begitu berhati-hati.

Bukan Perempuan Sundal ;

Tentang seorang perempuan yang datang ke Kota Raya dan mula menjalani hidup sebagai anak kota. Sesuatu yang digarap dengan penuh teliti. Sangat teliti sebenarnya hinggakan setiap tempat dan suasana yang digambarkan, meski tak diberitahu nama, aku tahu lokasinya. Mungkin untungnya di situ, aku sendiri anak kota.

Dicerita juga kenapa dia ingin berhijrah dan tentang dendam dia pada 2 ekor setan yang meragut usia remajanya yang berharga, tentang ayah yang sering hilang seminggu dalam sebulan dan ibu yang pengasih juga Zainab, adik kesayangan. Dan sebagaimana lumrahnya manusia yang tak lari dari cinta, Nurul bertemu dengan Nasir. Lelaki yang bertanggungjawab memperkenalkan dia dengan dunia 'usahawan'.

Pengakhiran cerita ini sesuatu yang diluar jangkaan. Jujur aku tak sangka endingnya begitu ringan. Aku mengharapkan Nasir kembali dan jelaskan kenapa dia pergi dengan alasan yang memang tak diduga.

Tapi apa pun, aku beri empat bintang untuk novel ini. Dan tahniah, kerana jumlah typo di dalam buku ini, sangat sedikit jumlahnya.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Zaid.
29 reviews1 follower
May 13, 2012
Kisah seorang Nurul, yang keluar dari kampung ke Kota Raya untuk cari rezeki dan kurangkan beban keluarga. Bertemu seorang lelaki, Nasir, yang langsung mengubah hidupnya.

Aku suka gaya bahasa yang digunakan, sedap dibaca, puitis, tapi tak lah terlampau berat atau pasar.

Banyak kritik sosial yang dilontarkan Nurul tentang sistem masyarakat dari dia di kampung hingga di Kota Raya. Walaupun ada yang aku tak berapa setuju, tapi memang kritikal. Sebagai warga masyarakat, kita wajib sama-sama mencari solusi untuk kritikan yang dilontarkan.

Jalan cerita novel ni dah sedap, cuma macam sikit anti-klimaks. Elemen suspens tu tak berapa kena. Taktau la kalau memang Syahid sengaja.

Anyway, kalau Syahid ada tulis novel lagi, memang aku akan beli dan baca.
Profile Image for Diana Mohamad .
6 reviews
March 12, 2013
jalan cerita yang menarik. Pendek dan padat, dan sebab pendeklah aku baca buku ni. Tapi apa jadi dekat Nasir tu? Kena bunuh ke? Kawin lari ke? Well, obviously cerita anti climax, biar aku je decide ending dia macam mana. Haha! Cara penceritaan yang menarik dan detail. Every detail counts sebab akan contribute to something. The story is nearly perfect sebab benda2 yg berlaku dalam cerita tu selalunya ada je berlaku dalam kehidupan sesiapa d luar sana. Orang tek berani nak luah sebab, biasalah kan, Malaysian is a high context society. You are not suppose to be too open to other.
Profile Image for Fairuz.
202 reviews
March 28, 2013
Sepanjang bacaan dari mula hingga tamat aku seperti memandu pada halaju 100 kilometer per jam di lebuhraya yang rata, dan sesekali mata menangkap hentian rehat. Begitulah tenangnya yang boleh aku umpamakan tanpa simpul serabut yang memberat fikiran. Ketibaan di destinasi yang dituju cerita juga tepat pada masanya apabila dirungkaikan mudah punca lenyapnya legasi Nasir di arena mereka. Sederhana, tidak keterlaluan dalam mengejar mana-mana puncak yang wujud dalam bercerita namun masih mampu memberi pengalaman yang tak akan pernah sama.
Profile Image for Seriyamran.
13 reviews1 follower
May 19, 2013
Aku suka dengan tajuk buku ni. Tak semua perempuan itu sundal dan kenapa perempuan itu dilabel sundal. Kau kena tahu itu? Jalan cerita yang agak menarik tapi klise kerana watak seorang perempuan kampung yang datang ke bandar untuk tujuan tertentu sudah sering disogok kepada kita. Tetapi siapa sangka di sebaliknya perempuan itu menyimpan seribu satu sisi hitam yang tak pernah diceritakan kepada sesiapa. 'Ending' buku ni juga bagi aku menarik tetapi mungkin segelintir akan melabelkannya sebagai tergantung. Baca dan nilai sendiri.
Profile Image for Atd Fdzl.
7 reviews
December 20, 2012
jalan cerita okay, cuma entah bila masa si capang ni boleh suka kat nurul. tibe tibe dapat surat kata dorang adik beradik. my 1st expected was nasir tu yang adik beradik dengan nurul. sebab nasir kata "aku warisi perniagaan ini dari ayahku".tibe tibe dalam surat si capang kepada nurul kata "aku bukan warisi perniagaan ini dr ayah, ayah kita orang baik baik". lebih kurang la bunyi nya. so kat situ dah keliru.
Profile Image for Ariff Masrom.
15 reviews3 followers
March 19, 2013
Sebuah novela yang bagi aku cara penceritaan yang agak santai dan susunan plot yang tersusun bagi aku. Jalan cerita yang menarik dan penggunaan kosa kata yang mudah dan tidak terlalu berbunga-bunga.

Kurang puas dengan ending kerana aku harapkan sesuatu yang lebih. Kalau dipanjangkan lagi mungkin akan jadi lebih menarik. tahniah kepada penulis.
Profile Image for Nin Fazren.
44 reviews
October 24, 2012
Jalan cerita yang agak seronok dan teruja untuk teruskan pembacaan sampai muka surat terakhir. Tapi ending dia aku mengharapkan sesuatu yang lebih menarik.
Profile Image for Fey Bahram.
31 reviews2 followers
March 4, 2013
jalan cerita yang sedih dan ada sisi gelap masyarakat malaysia yang didedahkan. which is good. supaya semua orang sedar.
Profile Image for Nazrul Mohd.
191 reviews6 followers
April 10, 2013
Ceritanya mendatar. Lebih kepada kisah seorang perempuan dengan gaya hidupnya. Tetapi pengakhirannya yang aku puji, sedikit lari dari dalam kotak pemikiran aku.
Profile Image for Ezanidma.
10 reviews3 followers
March 19, 2013
aku cuma nak tahu mana nasir. jawab syahid! kakaka
Profile Image for Pie Mesnan.
220 reviews5 followers
August 11, 2014
Seperti tajuk dia, memang dia bukan perempuan sundal..dia memilih jalan hidup ke kota raya untuk merubah nasib dia..untuk melupakan kenangan hitam yg lampau..dia gembira dgn jalan hidup dia yg baru tapi keindahan dan kebahagiaan tidak akan kekal selamanya..pasti ada perpisahan di tengah jalan..

Jalan cerita yg simple tapi enjoy bila membacanya..tidak terlalu berat untuk dihadam..kehidupan realiti masyarakat di sekeliling kita..

"Jadi memang benar di sebalik satu kejahatan, ada seribu kebaikan berselindung.Dan disebalik satu kebaikan,ada satu kejahatan tersembunyi"
Profile Image for cheryna27.
68 reviews28 followers
June 14, 2013
Dah review tapi malas pulak nak copy dan paste segala review itu di sini. Olahan bahasa yang baik, pandai mainkan perasaan, idea yang simple tak terlalu ambitious tapi cukup berimaginasi. Aku harap sangat aku boleh bayangkan watak2 dalam cerita ni. Tapi sayangnya, ending sangat terkejar-kejar seperti kebanyakan buku Dubook Press yang lain:(

http://cheryna.blogspot.com/2013/02/b...
Profile Image for cheryna27.
68 reviews28 followers
June 14, 2013
Dah review tapi malas pulak nak copy dan paste segala review itu di sini. Olahan bahasa yang baik, pandai mainkan perasaan, idea yang simple tak terlalu ambitious tapi cukup berimaginasi. Aku harap sangat aku boleh bayangkan watak2 dalam cerita ni. Tapi sayangnya, ending sangat terkejar-kejar seperti kebanyakan buku Dubook Press yang lain:(
Profile Image for Al Rashid Zulkefli.
3 reviews2 followers
January 14, 2014
Tema seksualiti, kejalangan - walau ia bukan satu pilihan kuat dalam penceritaan.Mungkin sukar 'menangkap' cerita pada pengakhiran; tapi bagi aku buku ini ada elemen yang menenggelamkan cerita anak orang kaya rogol anak orang miskin - kahwin - rumahtangga porak peranda - anak lahir - hidup bahagia.

Profile Image for Zetty Khairunisa.
125 reviews2 followers
July 3, 2015
Kita memang tidak pernah kenal. Tapi kalau kita kenal, janganlah bertujuan mencari kesilapan dan kelemahan.
Kerana kalau itu yg kita cari, pasti pertemuan dan perkenalan kita tidak kekal lama.
Eh, awak! Walau kita berteman di alam maya, saling melengkapi itu juga indah, bukan?
Perlahan dan tenang. Teratur dan tertib. Indah dan berbait.
Profile Image for Shuhada Ramli.
353 reviews17 followers
April 12, 2014
Menggambarkan realiti kehidupan pada dunia yang satu lagi. Realiti sebuah kehidupan itu pahit. Manusia berdiri di persimpangan di antara meniti kehidupan dan penyesalan atau terus jatuh bersama titik noda.
Sebuah bahan bacaan yang menarik dan tidak terlalu menekan atau membeban fikiran.
Profile Image for Lina Khairunisa.
82 reviews15 followers
January 18, 2015
Buku yang sangat simple and predictable. A little insight of perempuan yang maruahnya yang telah dicabul oleh saudara sendiri dan bagaimana dia teruskan kehidupan. Bagaimana kebergantungan dia dengan Tuhan dan bagaimana pengakhiran hidup dia yang dah macam takde masa hadapan.
Profile Image for Wadi AR.
36 reviews2 followers
May 19, 2013
tak paham sangat apa kene mengena dengan sundal
Profile Image for Farrah.
62 reviews2 followers
January 6, 2014
Cerita pasal 'Bukan Perempuan Sundal'. Hehe, tak ingatlah nak tulis apa sebab dah lama baca, tapi serius boleh baca... yang ingat rupanya yang jadi pakwe dia tu sebenarnya anak bapak dia jgk, kan?
Profile Image for Arsyad Nawi.
7 reviews1 follower
May 19, 2014
buku semacam ini sudah lama xde kt pasaran. mungkin unsur yg di anggap kotor tu telah menolak buku2 sperti ini tetapi jika unsur2 tlanjur lalu berkahwin di anggap sebagai romantik.
Profile Image for Nor Nasution.
2 reviews1 follower
May 20, 2014
oke.jalan cerita buku ni menarik dan memang banyak berlaku sekarang ni.penamat die memang menyakitkan hati tapi memang realiti.
Displaying 1 - 30 of 34 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.