Jump to ratings and reviews
Rate this book

Tafsir Al-Azhar #8

Tafsir Al-Azhar Juz VIII

Rate this book
elaborating the interpretation of Al Qur'an juz VIII

299 pages, Unknown Binding

First published January 1, 1982

3 people are currently reading
33 people want to read

About the author

Hamka

105 books1,088 followers
Haji Abdul Malik Karim Amrullah, known as Hamka (born in Maninjau, West Sumatra February 17, 1908 - July 24, 1981) was a prominent Indonesian author, ulema and politician. His father, syekh Abdul Karim Amrullah, known as Haji Rasul, led and inspired the reform movement in Sumatra. In 1970's, Hamka was the leader of Majelis Ulama Indonesia, the biggest Muslim organizations in Indonesia beside Nahdlatul Ulama and Muhammadiyah. In the Dutch colonial era, Hamka was the chief editor of Indonesian magazines, such as Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat, and Gema Islam.

(source : wikipedia)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
9 (90%)
4 stars
1 (10%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 of 1 review
Profile Image for Syed Shahrom Wafa.
273 reviews16 followers
September 23, 2021
Sambungan surah Al-An'am.

Allah mengingatkan Nabi (dan kita dimasa kini) supaya jangan terlampau kecewa jika usaha kita berdakwah mengajak orang kafir kembali kepada Islam tidak berjaya. Kerana hidayah itu tetap datang dariNya. Malahan jika Nabi dapat menunjukkan mukjizat beliau dengan menukarkan Bukit Safa menjadi emas sekalipun, dapat menjelmakan malaikat di depan mata mereka sekalipun, jika hati mereka tidak dibuka kerana itu, tetap mereka tidak akan beriman juga.

Ajaran Nabi Isa diseleweng dan ditokok-tambah selepas lama wafatnya baginda. Begitu juga dengan ajaran Nabi Ibrahim & Nabi Ismail di Mekah lama selepas mereka tiada. Ajaran Nabi kita pun apa kurangnya sehingga kini. Pelbagai aliran & tokok-tambah yang muncul. Jika musykil, perlu sentiasa mengutamakan & kembali kepada apa yang telah ditetapkan di dalam Al-Quran & sunnah Rasulullah.

Ayat berkaitan daging yang haram dimakan, menarik untuk ditekuni penerangan pentafsir kenapa binatang dhab itu makruh dimakan walaupun minyak daripadanya boleh digunakan? Kenapa belut difatwakan haram di sesetengah negara, namun tidak dinegara lainnya? Kenapa kucing, helang dan keldai jinak haram dimakan?

Begitu juga dengan penerangan mengenai fahaman akidah Jabbariyah & Qadariyah yang perlu dijauhi. Jabbariyah = percaya bahawa segala hasil, kebaikan datang dari diri sendiri semata-mata. Qadariyah = berserah segalanya kepada Allah, bertawakal semata-mata tanpa sebarang usaha; itu bukanlah pegangan akidah yang benar di dalam Islam. Sebagai seorang Muslim, kita perlu berada ditengah-tengahnya. Perlu berusaha sehabis baik dahulu, dan bertawakal dengan selebihnya.

Surah seterusnya, Al-A'raf umpama kesinambungan kepada surah Al-An'am. Sama juga diturunkan di Mekah dan menghuraikan lebih terperinci tentang konsep akidah & tauhid yang betul dalam Islam. Surah yang lebih panjang dengan huraian yang lebih mendalam & dari perspektif berbeza berbanding surah Al-An'am.

Permulaan surah berkenaan kisah ingkar & sombongnya Iblis (kaum jin) daripada menghormati Adam (kaum manusia). Kisah bagaimana Nabi Adam & Siti Hawa menikmati kehidupan indah di dalam syurga, termakan buah larangan & bagaimana aurat mereka terbuka, dikeluarkan dari syurga & akhirnya diturunkan ke bumi.

Huraian mengenai 3 jenis pakaian diri juga antara yang penuh dengan ilmu. Keharusan untuk berhias, atau sekurang-kurangnya berpakaian kemas ketika solat. Perlu pakai yang bagus-bagus, berwangian, badan bersih & tidak berbau, pastikan ruang solat bersih walaupun ketika solat sendirian. Apatah lagi jika ke masjid. Dan kenapa keharusan berhias untuk lelaki berbeza dengan berhias untuk perempuan dalam bab untuk bersolat ini. Sedangkan perkara sekhusus ini juga dititikberatkan. Sememangnya agama yang indah.

Dari perkara diatas, dari segi menjaga akhlak diri, membawa kepada terjaganya umat pada skala besarnya. Bagaimana jika hilangnya akhlak, runtuhlah bangsa. Ayat seterusnya kesinambungan dari perihal ini. Bahawa setiap bangsa itu ada jangka hayat maju & mundurnya. Semuanya berkaitan dengan akhlak ini tadi.

Jika di surah Al-An'am ada disebutkan HUKUM SEPULUH di dalam Islam, di dalam surah ini pula dinyatakan mengenai ENAM LARANGAN BESAR buat umat Islam. Perlu dibaca tafsir ini untuk pemahaman & perincian lanjut.

Seterusnya diceritakan pula tumpuan dari surah ini, iaitu berkenaan kisah manusia pada hari pembalasan nanti yang berada di atas benteng (Al-A'raf) di antara syurga & neraka. Bagaimana mereka berkomunikasi dengan kedua-duanya penghuni syurga & neraka, sementara mereka sendiri menunggu keputusan buat diri mereka. Dan bagaimana mereka bertindakbalas apabila penghuni neraka meminta bantuan dari mereka.

Pengakhiran juzuk ini menceritakan secara terperinci kisah sirah mengenai beberapa Nabi & kaumnya. Nabi Hud dengan kaum 'Aadnya, Nabi Soleh dengan kaum Thamudnya, Nabi Luth dengan penduduk negara Sadumnya (Sodom), serta Nabi Syuaib dengan penduduk negara Madyan. Pelbagai kelebihan yang dikurniakan Allah buat mereka semua, namun kerana kufur nikmat mereka dihapuskan dengan pelbagai cara.

Bersambung di Tafsir Surah Al-Anfal dan Juzuk 9
Displaying 1 of 1 review

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.