Jump to ratings and reviews
Rate this book

Hak Cinta Terpelihara

Rate this book
Antara mereka pengikatnya adalah Ain. Saat hubungan yang erat terputus, Qartini dipersalahkan lalu kesemuanya membawa haluan sendiri. Lima tahun berlalu, sekeping kad undangan perkahwinan mencipta pertemuan. Luka lama kembali berdarah!

Qartini kini diburu Eric yang sanggup melupakan lingkaran hitam hidup gadis itu kerana dia sendiri menyimpan rahsia.

Sarah yang berada di ambang kematian meninggalkan amanah kepada Yus agar mengasihi anaknya. Mampukah dia memikul tanggungjawab itu?

Yus yang didatangi cinta suami orang mencari perlindungan. Akan adakah hati yang terusik?

Neesa pula dikejar mimpi ngeri bila suami tiba-tiba berubah laku. Mampukah istana yang dibina berdiri kukuh sedangkan ombak ganas melanda?

Sesungguhnya, mereka tidak pernah mengimpikan laluan hidup yang sukar. Hak untik dicintai dan mencintai, siapa mereka untuk menentukan?

Qartini - Cinta memerlukan persamaan yang mewujudkan keserasian.
Sarah - Cinta itu setia yang tidak berbelah bahagi.
Yus - Cinta sentiasa perlukan pengorbanan.
Neesa - Cinta adakalanya penjara yang memagari jiwa.

Namun, jika cinta itu sudah menjadi hak, maka menjadi tugas untuk memeliharanya walau perlu bergadai nyawa. Percayalah…Jika Benar Cinta maka Hak Cinta mesti terus Terpelihara! Jangan sampai ketinggalan.

562 pages, Paperback

First published January 17, 2008

Loading...
Loading...

About the author

Lynn Dayana

56 books65 followers
Lynn Dayana atau nama sebenar beliau Roslinda Mohammad dilahirkan pada 21 November 1973 dan dibesarkan di Batu Pahat, Johor. Berkelulusan dari Universiti Sains Malaysia dalam bidang Management (Major in Marketing, Minor in Advertising). Kini bekerja sebagai District Training Officer di Pizza Hut Rest Sdn Bhd.

Beliau sangat meminati penulis-penulis seperti Jodi Picoult, Nora Roberts, Dan Brown, John Grisham, Samsiah Mohd Nor. Jika Benar Cinta ditulis atas dorongan sahabat baik yang kini sudah kembali ke rahmatullah. Dia menjadi editor tidak bergaji. Bermula dengan 7 helai yang dihantar kepada Alaf 21 dan kemudiannya peluang mengikuti kursus, membuatkan saya lebih bersemangat mahu menulis dan berkongsi pengalaman hidup serta rakaman imaginasi yang diharapkan boleh menjadi tauladan kepada peminat dunia novel.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
11 (25%)
4 stars
19 (43%)
3 stars
11 (25%)
2 stars
3 (6%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for Sweet♡ساكورا.
189 reviews14 followers
May 12, 2018
Kisah 6 sahabat mempunyai pelbagai cerita. Kerana cinta hubungan persahabatan menjadi dingin. semuanya kerana cinta 3 penjuru. 2 Wanita mencintai 1 lelaki. (Peh!! cam cete kuch² hota hai gitu) hehe...

Tapi demi persahabatan dia rela berundur wpon hati ye terluka. Bukan berundur terpaksa tapi di paksa dalam erti yg sebenar.

Demi persahabatan, mereka ber4 kembali bersama agar hubungan ini tidak terputus lagi. Kenapa 4? semuanya akan terjawab bila sesiapa membaca novel ini.

Cerita ini lebih kepada berfikir sambil membaca supaya stp kali membaca kita akan terfikir² sebenarnya yg berlaku? seolah² kita bermain game bersama watak.

Cuma ending tu membuatkan saya tertanya² kena Hariz anak angkat Hairi di padankan dgn Adila anak Neesa? & bkn dgn sofea anak Qartini?
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
May 21, 2012
Qartini banyak berkorban kerana setianya pada sahabat baiknya Ain. Dia dipersalahkan oleh sahabat-sahabatnya yang lain kerana telah 'merampas' Hairi dari Ain. Lama dia menderita memendam perasaan dan sahabat-sahabatnya menjauhi dirinya. Hairi akan mendirikan rumah tangga dengan Azrin. Akhirnya, dia membuka rahsia yang dipendam selama ini untuk membersihkan nama Qartini. Eric pula sentiasa mengisi hari-harinya dengan tawa dan kata-kata yang membuat dia bahagia tapi dia tidak berani membuka hatinya untuk Eric kerana latarbelakang hidupnya. Eric keciwa lalu berhenti kerja. Eric mula di kejar oleh sepupunya sendiri. Malah, sepupunya yang menjengkelkan itu dapat restu neneknya. Akhirnya, Qartini sedar bahawa dia perlukan Eric dalam hidupnya dan dia tidak mampu untuk lepaskan Eric kepada orang lain. Dia nekad untuk mendapatkan Eric. Kehidupan sahabat-sahabatnya yang lain juga dibelit dengan berbagai dugaan. Sarah mengidap barah darah dan hanya mempunyai masa yang singkat untuk hidup. Suaminya, Kamal, sentiasa cuba untuk mempamerkan kekuatan untuk dirinya. Akhirnya, Sarah tewas juga. Dia mengamanahkan Yus untuk menjaga anak tunggalnya, Dina. Yus, gadis tomboy yang dibesarkan dengan penuh kasih-sayang oleh ayah, ibu tiri dan adik-adiknya, Hanim dan Raihan. Bila ditimpa kemalangan, dia diberikan kereta oleh ayahnya. Bermulalah saat dia bertukar menjadi wanita yang dikejar kumbang. Namum, kumbang itu sudahpun mempunyai isteri dan dua orang anak. Yus ingin melarikan diri tapi tetap dikejar oleh Amir. Kamal pula sudah mula menunjukkan sikap melindungi terhadap Yus. Neesa pula merasa takut pada suaminya yang mula menunjukkan sifat baran. Neesa ingin mengetahui siapa yang bertalifon. Mulalah saat dia diugut serta peras oleh adik iparnya, Razib. Hakim, suami Neesa, telah mengikutinya bila dia bertemu dengan Razib. Marah dia bila Razib menolak Neesa sampai jatuh, tapi dia juga meninggalkan Neesa kerana terlalu marah sangat. Tidak disangka, Neesa telah keguguran. Neesa hampa dengan sikap Hakim yang meninggalkannya bila dia diperlukan. Hakim akhirnya akur bahawa dia perlu pertolongan pakar untuk menyelamatkan rumahtangganya. Anak-anak mereka dipesan untuk sentiasa bertemu setiap tahun untuk mengekalkan silaturrahim mereka semua.
Displaying 1 - 3 of 3 reviews