Jump to ratings and reviews

Jangan Ganggu Lenaku

JEMU dan sepi menguasai diri Atira saban hari. Dia sering ditinggalkan seorang diri di rumah besar yang kosong. Tiada jiran, tiada rakan, tiada keluarga. Entah mengapa, suaminya, Asfahul pula seakan cuba menjauhkan diri. Baru berkahwin, tetapi langsung tidak ada bibit-bibit kemesraan.

Dia rindukan belaian suaminya. Dia sering berkhayal hidupnya bahagia sehingga termimpi-mimpi di dalam tidur. Dalam mimpinya, Asfahul sangat penyayang dan bertanggungjawab. Ucapan sayang lelaki itu tidak putusputus dibisikkan di telinganya. Setiap kali terjaga, dia diulit rindu. Bukan merindui suaminya tetapi dia merindui Asfahul di alam mimpinya. Mampukah dia lari daripada kekosongan yang merantai hidupnya di Teratak Asfalin itu? Apakah dia sedar jiwanya menjadi rebutan? Tetapi, oleh siapa?

576 pages, Paperback

First published January 14, 2012

Loading...
Loading...

About the author

Haiza Najwa

9 books14 followers
Haiza Najwa ialah penulis Malaysia yang terkenal kerana novel-novel kisah cinta berbahasa Melayunya. Beliau kini menumpukan karya penulisannya eksklusif untuk syarikat penerbitan Alaf 21, salah satu anak syarikat Kumpulan Karangkraf yang juga penerbit novel berbahasa Melayu yang terbesar di Malaysia.

Dilahirkan di Alor Star, Kedah, dengan kedua ibu bapa berasal dari Negri Sembilan, Haiza Najwa mencapai keputusan membanggakan sewaktu di sekolah, khususnya dalam bahasa Inggeris dan kesusasteraan. Menolak untuk belajar di Maktab Perguruan, sebaliknya menyambung pelajaran ke Tingkatan Enam di Johor Bharu. Sewaktu di tingkatan enam, beliau mula memupuk hobinya dan ketika inilah karya-karyanya di terbitkan oleh The New Thrills. Selepas memperolehi sijil Higher School Certificate (HSC), beliau bekerja di pusat peranginan Genting Highlands. Kerana tidak sesuai dengan cuaca sejuk, beliau ke Kuala Lumpur dan menyertai pengajian kesetiausahaan. Kemudian bekerja sebagai steno dan setiausaha kepada beberapa buah firma antarabangsa dan dalam negeri sehinggalah bertemu arwah suaminya. Pada masa ini cerpen beliau sudah tersiar di beberapa majalah tempatan seperti majalah Jelitadan lain-lain.

Selepas berkahwin, Haiza Najwa berniaga dan membuka kedai tetapi terpaksa melupakannya untuk memberi tumpuan pada anak-anak. Namun langit tidak selalu cerah, suaminya yang penyayang akhirnya didiagnosis menghidap kanser tahap akhir. Ketika pakar mengakui suaminya hanya ada enam bulan hayat sahaja lagi, itulah saat-saat paling mendukakan dalam hidupnya. Beliau menangis tanpa henti sehinggalah arwah suami memujuknya menghidupkan semula hobi menulis yang sekian lama dikuburkannya. Sambil menulis di sisi suaminya yang kian tenat, novel pertama beliau Tak Seindah Impian berjaya didakap suaminya dua minggu sebelum menghembuskan nafas terakhirnya. Hingga ke detik ini, beliau masih terharu mengenangkan betapa bangganya arwah suami menunjukkan naskhah pertamanya itu dan menguarkan pada setiap yang menziarahinya bahawa dia penulis hebat.

Dua bulan sesudah kematiannya, terbit sebuah buku lagi Gerhana Cinta Edika. Selama 5 tahun, Haiza menulis dan terus menulis untuk melupakan kesedihan yang tidak tertanggung di hatinya sehinggalah lahir 11 buah buku dan lima buah bukunya adalah terbitan syarikat novel terunggul di Malaysia, iaiatu Alaf 21. Novel-novel beliau dengan Alaf 21 sering memasuki carta novel terlaris MPH. Kini beliau yang sudah pulih dari kesengsaraan itu mahu mereka yang di luar sana tahu bahawa menulis adalah satu kaedah terapi terbaik untuk menyembuhkan penderitaan. Selain menempa nama, ianya prospek karier yang memberi pulangan yang lumayan.

Ratings & Reviews

What do you think?

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
28 (33%)
4 stars
37 (44%)
3 stars
10 (12%)
2 stars
6 (7%)
1 star
2 (2%)
Displaying 1 - 20 of 20 reviews
Profile Image for Kamaliah.
199 reviews29 followers
November 30, 2014
Pertama2nya... saya nak cakap, buku ini BEST!!! Kenapa saya kata Best?? 2 sebab!

(a) Setelah sekian lama mood membaca saya ke laut, buku ini telah berjaya saya habiskan dalam masa tidak sampai 2 hari. Satu pencapaian yang sgt baik bagi saya memandangkan kebizian saya dah pada tahap ottoman daia... :) Mungkin juga genre citer ni sesuai dengan jiwa saya. Bits n pieces of the storyline reminds me of RAM's writing style, one of my fav author.

(b) Setelah sekian lama perasaan amarah saya tidak beralih2 dari Rain of Bidadari Hujan, kini tiada lagi rasa marah itu walaupun sekelumit. Kenapakah??? Jeng jeng jeng... Anyway... its good! I felt that I have finally moved on with my life....

For the first time ever, I will elaborate on the antagonist part dengan sesungguh hati! Kalau dulu, bagi saya Ain of Lazuardi is the most evil person n sangat2 menjelikkan, kini EMALIN mengungguli carta tersebut. Bagi saya, Emalin adalah sejahat2 manusia yang pernah wujud dalam novel2. Haaaa.... untuk meng'emphesize'kan kejahatan dia, meh ni saya tunjukkan bayangan Emalin sepanjang pembacaan saya....



Haaaaaaa.... Nampak tak betapa jahatnya Emalin di mata saya. Tahniah kepada penulis kerana berjaya menonjol dan mencorakkan kejahatan Emalin sejahat-jahatnya. Terus terang saya katakan, kalau ikut kebiasaan, antagonist begini akan menyakitkan kepala saya kerana apabila saya merasa sangat marah, marah itu akan naik ke kepala tetapi tidak dengan Emalin. Membaca tentang kejahatan dia membuatkan saya mau terus baca dan membaca kerana saya mahu tahu apakah ending manusia yang tak serupa manusia ini. Jujur saya katakan yang saya kurang suka pada pengakhiran cerita ini kerana its like she did not get the punishment that she deserve. Well... what to do, we can't always have what we want....

Now.... ASFAHUL!!!!
RAIN.... you are the least of my problem now. ASFAHUL has taken over your place and won hands down. Untuk Asfahul, the only way that I can think of to describe him is "Lelaki tidak cukup jantan yang tidak tetap pendirian and terlalu lembam dan naïve dan terlalu mudah dipergunakan" Haaaaaaaaa..... Nampak tak amarah saya tu? Jelas kan? Kalau tak jelas, tak tau la nak explain macamana dah. Sungguh laaaaaa urut dada sy baca pasal mamat takde **** ini. [Pardon my language n please fill in the blank in accordance to how you want it to be... :D] From the beginning, saya tidak pernah suka pada dia. Saya tidak tau kenapa. 6th sense kah? Waaaahhhhh... mentang2 baru abis baca buku paranormal... Hahahaha.... Maybe its because of his lifestyle... Suka suki bawak ahli sihir tu masuk rumah. Berselingkuh sesedap rasa. Menolak yang halal tanpa rasa bersalah. Mengungkit atas kebaikan yang bagi saya tak lah sebaik mana pun. Memang sangat2 MENYAMPAH dengan dia. Tiada langggggggggsung sifat yang positif saya Nampak pada dia. Walaupun di akhir cerita, dia berubah, masih tidak dapat menyejukkan hati saya yang menggelegak. Macam nak nasihatkan jek, "kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan nak diduga" atau dalam bahasa pasarnya, SATU pun tak terjaga, ADA HAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAATI nak pasang lagi satu!!! Cheh!. Haaaaaaa..... Cam ada nak marah lagi nih tapi sebab dah malam, I let go je lah. TAKMO CARIK GAMBAR UNTUK DIA!!! He is not worth my time searching for picture. Heeeemphhhhhh!!!!!!!!



ATIRA - anak ini luhur sekali hatinya... Even tho she's been thru so much, she stays as innocent as a child. Membaca tentang Atira sentiasa menjentik ulu hati saya. Segenap rasa kasihan tertumpah pada gadis ini. Kehilangan ibu, ayah dan 'abang' dan kemudiannya ibu mertua. Bukan calang2 orang boleh melaluinya. Tapi anak ini telus dan redha saja menghadapinya. Andai wujud anak ini di dunia nyata, memang saya tabik spring kat dia. Tapi setiap manusia ada tahapnya. Apabila hati anak ini terhiris tanpa diubati, dia tekad mengundurkan diri. Pergi meninggalkan suami yang dicintai kerana terasa yang dirinya telah tidak dihargai.... :(



Tinggallah suami menyesali diri, istri yang dicintai berubah hati, bukan niat curang pada suami tetapi pergi mengubati hati yang dilukai. Apakah pengakhiran kisah suami isteri ini? Sila lah... baca sendiri... Ngeh ngeh ngeh....

Jujur saya katakan, if I were to read this kind of book during my adolescent years, I would have been sceptical kerana sedari kecil, saya tidak pernah didedahkan dengan makhluk2 ini but as I grew up, I come to realize yang andai Allah ingin kan ianya berlaku, ianya tetap berlaku. Buku ini bagi saya sangat padat isinya. Menyedarkan kuasa Allah yang tiada tolak bandingnya. Menyedarkan apa yang terlalai selama ini. Justeru itu, terima kasih yang tak terhingga kepada penulis atas ilmu2 yang diselitkan di dalam naskah ini.

From this day onwards, Haiza Najwa is one of my favourite author... Kudos to her n will hunt for all of her books!!!....






Profile Image for Haq Raihah.
300 reviews44 followers
February 16, 2021
4.5*

Aku tak pernah lagi baca buku yg ending-nya seteruk ini (mungkin jugak pernah tapi aku lupa).

Sayang seribu kali sayang. Aku tekad dah awal-awal nak bagi bintang penuh untuk buku ni. Sekali bila aku baca page akhir, memang spoil teruk!

Automatik -0.5*

Ending yg terlalu tak logik. Emalin tak guna tu sepatutnya kena humban dalam penjara. Let's say dia berlakon jadi gila sekali pun, sepatutnya pula dia dihumban ke wad psikiatri. Ada pulak ending seolah-olah dia langsung tak disabitkan dengan sebarang hukuman dan bebas macam tu saja kat luar. Sedangkan terang-terang perempuan puaka tu dah buat jenayah besar iaitu subahat dalam pembunuhan. So kat celah mana logiknya ending macam tu sedangkan kes tu dah jadi kes polis, kes bunuh pula tu. Sah-sah polis akan siasat, sementelah sebelum jumpanya mayat tu Emalin dah pernah rancangkan taktik pembunuhan yg sama ke atas Atira dan kes ni pun under kes polis jugak, so kat situ dah boleh relate yg Emalin tu bersubahat dgn pembunuhan yg dilakukan ibunya. Jelas-jelas kat sini dah ada kaitan/bukti yg cukup kuat untuk letakkan tuduhan subahat tu ke atas Emalin.

Aku tak kira, aku nak ulang juga.

Aku tak pernah lagi baca buku yg ending-nya sebodoh ini.

Memang mengecewakan sangat ending yg macam ni sedangkan jalan ceritanya dah cukup power dan lain dari yg lain. Sekali mari ending, punah teruk satu cerita.

Walaupun watak Asfahul terlalu bodoh dan watak Atira terlalu lemah, tapi aku sangat suka dgn idea cerita buku ni. Sesuatu yg lain dr kebiasaan. Dan yg tak sangkanya, selain blurb kat belakang menggambarkan ini sebuah kisah semacam 'misteri alam lain', rupanya buku ni jugak tentang hidup bermadu! Emalin(isteri kedua) tu madu si Atira(isteri pertama). Madu paling tak guna dan jahat, berlakikan pula Asfahul yg lain macam pekat bodohnya.

Aku bukan saja-saja nk menyumpah Asfahul tu bodoh acap kali, tapi itulah hakikatnya. Bayangkanlah, Emalin dah;

1) kantoi yg dia sebenarnya dalang buat Atira keguguran,
2) kantoi dpn mata yg Emalin tu bermaksiat dgn jantan lain di dlm rumahnya,
3) kantoi yg dia mengandungkan anak jantan lain,
4) kantoi yg Emalin yg rancang untuk tanam Atira hidup-hidup.

TAPI, Asfahul punya bengap ni aku cakap ko... Dia tak ceraikan pun si Emalin tu. Nak humban dalam penjara? Jauh sekaliiii. Aku tak faham apa ke gilanya Asfahul simpan bini jahat macam tu sampai ke habis cerita. At least aku haraplah juga Emalin tu mati dalam keadaan ngeri kena panah petir ke apa di akhir cerita, rupa-rupanya aku tak sangka penulis seolah-olah sebelahkan watak Emalin tu dengan memberi pengakhiran yg seakan menguntungkan Emalin. Sedangkan si Atira yg menderita dari muka surat pertama cerita, sepertinya sampai ke akhir cerita dia masih juga bernasib malang sebab emosinya masih diancam Emalin dalam diam tanpa pengetahuan Asfahul.

Asfahul itu sudahlah bengap, dah tu bila ending macam tu, maksudnya apa? Ending tergantung begitu menggambarkan seperti sampai ke sudahlah Atira tak betul-betul bahagia. Betapa tak adilnya pengakhiran buku ini. Terlalu teruk.

Aku fahamlah watak Atira tu lemah lembik macam tisu koyak sebab keadaan dirinya yg semacam tu (trauma, kesunyian, terabai keseorangan), tapi aku tak faham macam mana boleh wujudnya watak tak cerdik macam Asfahul? Ikutkan aku, awal-awal baca buku ni aku mengharapkan Asfahul itu mati saja di akhir cerita, tapi itulah...

Aku sebenarnya benci satu hal saja pasal Asfahul ni. Satuuuu jer.

Iaitu sebab dia bawak Emalin masuk ke dalam hidupnya dan Atira. Kalau tak kerana Emalin, Atira mesti bahagia.

Awal-awal lagi aku dah benci sangat kat Asfahul sebab si Atira itu dia abai dan langsung tak sentuh, tapi si Emalin jahat itu dia kasihi dan beberapa kali terlanjur tanpa rasa berdosa sedangkan masa ni dia dan Emalin tu masih belum ada apa-apa ikatan sah. Sampai gila hati dia berzina dgn kekasih dlm bilik utama di tingkat atas, sedangkan Atira isteri dia yg sah tu termenung kesunyian macam orang tak betul di dlm bilik orang gaji di tingkat bawah.

Dan bila Emalin akhirnya setuju hidup bermadu, barulah dia dan perempuan tak guna tu bernikah. Malangnya dah jadi pengantin basi sebab dah kerap terlanjur kan, dah takde apa-apa yg special. Dan masa inilah si Asfahul bodoh ni baru terhegeh-hegeh cari Atira dan baru nak kasihkan isteri sendiri.

Eloklah sekejap dia layan Atira tu, lebih-lebih lagi lepas tu Atira mengandung. Malangnya bila Atira keguguran dan Emalin jahat tu pula yg hasut kononnya Atira sendiri yg nak gugurkan, boleh pula dia termakan kata fitnah Emalin tu then dia layan Atira dgn teruk semula. Abaikan semula isteri dia tu.

So seperti tertera kat blurb belakang, disebabkan kesunyian sering diabai itulah Atira jd target pada makhluk lain utk disesatkan jiwanya. Makhluk menyerupai Asfahul dlm mimpi Atira tu sebenarnya bunian, atau lebih tepat lagi, jin Islam yg menyukai manusia. Jin itu jatuh cinta pada Atira kerana jiwa Atira yg terlalu kosong dan sunyi.

Sebenarnya kisah buku ni sangatlah panjang, jadi tak mungkin aku serajin tu untuk ceritakan semuanya kat sini. Jadi aku cerita sekerat-kerat gitu sajalah, ya. Aku akan lebih fokuskan utk ulas pasal watak perwatakan saja, dan selit-selitkan sikit tentang jalan ceritanya.

Berbalik semula pada topik Asfahul. Sebenarnya, Asfahul menyedarkan aku satu hakikat, manusia ni memang takkan ada yg benar-benar sempurna walau sebanyak mana pun kebaikannya.

Macam Asfahul, sebenarnya dia tu agak baik. Dia sayangkan sungguh si Atira tu. Dah lama dia sayang, sejak Atira masih bersekolah lagi. Tapi bodohnya dia sebab layan perempuan lain dan biarkan diri terus hanyut dalam dosa bersama perempuan tu. Dah tu bila dah kahwin dua pun, masih lagi tak cerdik sebab tak pandai kemudikan bahtera rumah tangga. Rumah tangganya lintang-pukang. Dengan nak melayan perangai Atira yg murung lagi, dah tu nak kena hadap dengan si gila Emalin yg kuat memekik itu lagi, jujurnya kalau aku jadi Asfahul pun aku sendiri terasa macam nak gila. Tapi padanlah muka, kan. Siapa suruh gatal kahwin dua kalau tak reti jaga bini elok-elok? Apa-apa hal, dia sendiri yg cari penyakit.

Jujurnya aku benci sangat spesies lelaki perwatakan macam Asfahul ni. Benci sangat-sangat. Tapi ada satu sebab saja kenapa aku still boleh terima watak dia dan ada kalanya aku jatuh kasihan pada dia.

Sebabnya ialah dia betul-betul ikhlas sayangkan Atira.

Cumanya dia bodoh lambat sedar untuk berikan kasih sayang dia pada Atira. Sampaikan Atira berbulan-bulan lamanya hanyut di alam lagi satu. Atira tak mahu sedar di dunia realiti lagi sebab Emalin dan Asfahul sendiri selalu lukakan hati dia.

Dan sepanjang berbulan-bulan Atira tak sedar inilah, baru aku nampak betapa bersungguhnya Asfahul menyesal dan cuba kembalikan semula Atira yg dia sayang ke alam realiti. Tak mudah. Kerana bunian yg mengganggu Atira itu adalah dari golongan bunian yg kuat. Penghulu segala bunian di daerahnya.

Tapi Asfahul tak putus asa. Bermacam-macam usaha dia cuba 'bangun'kan Atira. Sampai satu saat, dia nyanyikan lagu Gurindam Jiwa kegemaran Atira dgn air mata berlinang...

'Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.'

Itulah bahagian lirik lagu kegemaran Atira yg selalu Asfahul nyanyikan utk Atira sejak Atira tingkatan satu. Bila Atira kekal lena berbulan-bulan lamanya, Asfahul selalu bisikan lagu itu utk Atira agar Atira mampu ingat semula memori bersama dirinya. Atira tak sedar, kerana terlalu hanyut bersama bunian yg menjelma sebagai Asfahul dlm mimpinya, sampaikan dia jd seakan lupa dgn memori bersama Asfahul sebenar di alam realiti..

Selain lagu tu, Atira juga suka dengar Asfahul bercerita tentang novel Wuthering Heights semasa zaman sekolahnya dulu. Atira terlalu sukakan kisah novel tu, dia membayangkan dirinya Catherine, manakala Asfahul pula Heathcliff. Atira tak pernah bosan dengan cerita itu sampaikan entah berapa puluh kali sudah Asfahul asyik mengulang cerita yg sama semasa dulu-dulu. Kini semasa Atira masih tak sedar-sedar, Asfahul cuba mengulang semula rutin itu. Bisikkan kisah itu pada Atira, biarpun Atira diam tak berkutik di ribaannya.

Jadi, itulah. Kerana penyesalan Asfahul dan usaha dia utk sedarkan Atira dgn kasih sayangnya itulah yg buatkan aku tak jadi harapkan dia mati dipatuk ular di penghujung cerita.

Apa-apa pun, watak Sunarti itu jugalah yg terbaik.

"Brengset itu perempuan. Aty dengar baik-baik. Mulai sekarang, apa saja yang diberi oleh pontianak tu jangan ambil tau tak?"

Tergelak aku bila Sunarti cakap macam tu. Pontianak tu dia maksudkan Emalin.🤣

So yeahhh, aku benci Asfahul, aku benci gila Emalin, aku pun benci Atira yg terlalu lurus. Tapi aku tak boleh bencikan storyline cerita ni yg terlalu menarik bagi aku. Kalau tak suka, pembaca siput macam aku ni takkan mampu habiskan buku setebal 568 muka surat ni cuma dalam dua hari. Satu lagi, gaya olahan penulis ni sangatlah bagus sebabnya berjaya mengarang sebuah kisah yg menyakitkan hati dalam gaya yg lebih ringan. Rasa panas hati, sakit hati atau apa seangkatan dgnnya jd kurang terasa walaupun yg sebenarnya aku plg benci baca kisah madu-madu macam ni.

Malangnya, ending-nya lah pemusnah segala rasa teruja aku tu. Jadi terpaksalah aku potong sikit nilai bintang tu yg mana kalau ikutkan emo nk jer aku potong lebih lagi. Tapi hakikatnya aku dah jatuh suka sangat dgn kisah Atira yg kesunyian bersuamikan Asfahul tak guna ini, dan juga kisahnya yg hanyut di alam ghaib bersama jelmaan Asfahul itu.

Terkilan betul aku, Asfahul tak ceraikan pontianak tu sampai ke sudah.
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,123 reviews382 followers
September 13, 2013
Jika anda mencari kelainan dalam novel melayu, you may want to give this a try! It's not your average love story. Unsur paranormal menjadi penggerak kisah ini yang ada masanya membuat blu roma N meremang. Memang sangat entertaining dan unexpected. Cuma nasihat N, jangan baca buku ni waktu malam...

Aty dan Asfahul berkahwin atas sebab menjaga amanah. Aty bukannya seorang gadis yang normal. Akibat menyaksikan tragedi ngeri pada usia 13 tahun, perkembangan minda Aty seolah-olah terbantut. Dia terlalu naif, polos dan agak kebudak-budakan.

Asfahul tak sanggup menyentuh isterinya kerana dia tak dapat melihat Aty sebagai seorang wanita. Padanya, Aty seperti seorang adik yang dikenalinya sejak dulu. Tapi dia bersumpah, Aty akan dia jaga sehingga nafasnya yang terakhir.

Aty sering dibiarkan kesunyian. Dia sebatang kara. Dalam kesunyian itu, dia didatangi seorang makhluk halus yang menyerupai Asfahul. Bezanya Ashaful ini sangat menyayanginya. Kala dirinya terasa kosong, Asfahul ini diserunya. Dan Aty pula semakin terpikat dengan alam yang satu ini yang amat menenangkan. Di situ dia tak kesunyian. Di situ tiada siapa mencaci dan mengasari dirinya.

Aty mahu terus kekal mendampingi Asfahul yang penyayang ini. Apa gunanya kembali ke dunia nyata yang amat kejam pada dirinya. Tapi untuk kekal dalam alam itu, Aty harus membuang rasa cinta pada si suami.

Terus-terang N katakan, cerita ni ada part yang agak menyeramkan, terutamanya semasa diberi penjelasan tentang dunia ghaib ini. Ia juga da banyak pengajaran. Sebagai iktibar, janganlah kita biarkan diri kita ini lalai dan murung. Apabila jiwa kita ini kosong, ia membuka jalan untuk jin dan syaitan mempengaruhi dan mendampingi kita. Amalkanlah ayat-ayat Al-Quran, terutamanya ayat Kursi yang dibaca dengan tertib tajwidnya sebagai perisai.
Profile Image for Hajar.
284 reviews
February 19, 2013
Kalau anda seorang pembaca (macam saya) yang suka membelek ending sesebuah buku, saya nasihatkan jangan buat macam tu bila baca buku ni. Sebab kisah yang terkandung dalam buku ni memang unpredictable. Jadi, silalah baca dari awal. :P

Kesepian dan kesunyian memang dah seumpama kawan baik kepada Atira. Pemergian ibu tersayang ketika dia masih di tingkatan satu betul-betul membawa impak besar dalam hidupnya. Syed Azmi Kelana (bapa Atira) juga turut larut dalam kesedihan sehingga mengabaikan Atira. Cuma kehadiran Asfahul banyak mengisi kekosongan hidup Atira. Bila Asfahul melanjutkan pelajaran ke luar negara, hidup Atira kembali sunyi. Memang nampak naif sangat Atira ni. Ramai orang anggap dia masih terperangkap dalam usia 13 tahunnya termasuklah Asfahul.

Kepulangan Asfahul ke Malaysia menyatukannya dengan Atira. Atira memang gembira bila akhirnya Asfahul kembali ke sisinya. Tapi tidak bagi Asfahul. Perkahwinannya dengan Atira hanya kerana mahu menyempurnakan amanah arwah Syed Azmi yang mahukan Asfahul menjaga Atira hanya kerana Asfahul satu-satunya lelaki yang dipercayai untuk menjaga Atira.

Kehadiran Emalin di antara Atira dan Asfahul sangat menggugat keyakinan diri Atira. Memang kesian sangat bila Atira dibuli oleh Emalin ni. Memang tak sedar diri. Dahlah menempel di rumah orang, nak berlagak jadi tuan. Belum kahwin dengan Asfahul dah tunjuk belang. Bila dah kahwin lagilah menjadi-jadi belangnya. Haish. Untungnya Atira ni dikelilingi oleh individu yang menyayanginya disebabkan sikap naifnya tu.

'Kekosongan' yang ditinggalkan oleh Asfahul inilah yang mengundang 'pendamping' dalam setiap lena Atira. Bahagia yang dicari oleh Atira cuma ditemui dalam lenanya. Lebih-lebih lagi bila Atira keguguran bayi sulungnya angkara perbuatan Emalin. Ditambah pula dengan layanan dingin Asfahul yang kerap berprasangka pada Atira. Kontra sungguh dengan layanan Asfahul yang ditemui dalam setiap mimpi-mimpinya. Asfahul yang ditemui dalam mimpi begitu membahagiakannya. Menyebabkan Atira sentiasa mahu dibuai lena angkara rindukan belaian mesra seorang suami. Haish. Dari manalah agaknya datang si Asfahul dalam mimpi Atira tu ya?

Komen saya: Kisah ini sangat padat. Plotnya bersambung-sambung sampai kita tak sangka sebenarnya rumah kosong di sebelah Teratak Asfalin (rumah Atira dan Asfahul) sebenarnya ada kaitan dengan Emalin. Heh. Pertama kali baca kisah paranormal yang buat saya rasa teruja nak habiskan pembacaan. Kisah ni juga buat kita lebih mengagumi kebesaran Allah. Yelah, setiap kejadian dalam dunia ni mesti ada signifikannya kan? Dan kita juga kena ingat, dalam dunia ni bukan hanya tergolong daripada manusia je, ada juga makhluk-makhluk yang kita tak nampak dengan mata kasar. 'Kekosongan' dalam diri itulah yang biasanya akan mengudang 'mereka' ni dalam hidup kita. Jadi, jangan biarkan diri larut dalam perasaan 'kosong' tu. :) Watak antagonis Emalin juga berjaya dilakarkan dengan baik sampai kita rasa; Ya Allah, kenapalah jahat sangat perempuan ni? Pembuli, penganiaya semua serah kat dialah. Haha. Nasiblah takde rasa nak campak buku. :P Apa pun, sekalung tahniah untuk penulis sebab buat saya berjaya khatamkan kisah 'sebegini' dalam tempoh dua hari. Oh, tak lupa juga terima kasih buat kawan-kawan saya nun jauh di Rusia dan Puchong yang dok menggoda saya untuk baca buku ni. It's really worth to read. Tak rugi okay? :)
Profile Image for Eisya.
212 reviews4 followers
November 20, 2022
Bila iman tidak kuat, kekosongan dan kesepian memenuhi hati maka mudah terpengaruh dengan makhluk ghaib.

“Hanya orang yang jiwanya kosong saja akan mengalami mimpi seperti itu berulang-ulang. Itu teori saya. Kerana sekiranya jiwa raga kita terisi dengan banyak agenda, tentu rencah pengalaman itu akan merangsang otak lalu memprojek mimpi yang pelbagai. Saya rasa Aty ni menderita rasa sunyi atau rasa kosong yang ekstrem. Yalah, dengan mak bapak dah tak ada, adik beradik pun tak ada. Awak pulak sibuk tak mampu melayan dia. Terpaksa berbagi kasih pula dengan dua isteri. Tapi itu hanya hipotesis saya saja.” Dr. Habib Farhan membuat rumusan.
Profile Image for Qayiem Razali.
930 reviews89 followers
May 25, 2014
BEST! TERBAIK! Itulah yg sewajarnya diberikan pada novel ni. Nukilan Haiza Najwa sentiasa lain drpd kebanyakan kisah penulis novel sekarang. Kisah Asfahul dan Atira yang begitu menggetarkan jiwa. Ditambah lagi dengan hadirnya watak antagonis, Emalin menjadikan perjalanan kisah Asfahul dan Atira makin mencabar. Rasanya, watak Emalin merupakan watak jahat paling kejam yg saya pernah jumpa. N, novel ni menjadi semakin menarik apabila diselitkan dengan kisah2 paranormal dan kebesaran Allah. Luv it! Paling menggamit emosi sekali bahagian ending! Memang terfikir2 apakah akan ada kisah seterusnya? TAHNIAH buat Haiza Najwa!
Profile Image for Hida.
119 reviews13 followers
July 6, 2024
Rate: 3⭐️

Beli sbb ada tertarik dgn review org rasanya. Hahah, tak ingat. Buku yang lain daripada lain, bagi saya buku yg agak ‘heavy’ plot ceritanya dan benda yang nak disampaikan.

Dan saya rasa buku ni bukan untuk saya. Susah untuk saya fokus bila baca buku ni. Ada beberapa ayat yang agak berulang buatkan saya sedikit lelah membacanya. I can say buku ni adalah salah satu buku yang karakternya maaf tak begitu attached dgn diri saya. Watak2 yg sangat menyakitkan hati especially the ML 😤😤 Macam org yg takda pendirian. Geram je dgn perangai dia. Otak letak mana. Hahahah. Sorry emosi jap. 😅😅 Tp info paranormal dalam ni sesuatu yg menarik untuk dihadamkan. 🤔🤔 Disebabkan ni buku lama, saya kadang2 terbandingkan cara penulisan dulu dan sekarang. Dulu ayat penulisan sangat berbunga dan puitis berbanding kebanyakan penulisan sekarang yang lebih kepada straightforward. 😌

Overall, the ending kinda sucks. Hahahah. Just my opinion. Antara ending yg not acceptable for me 🙂‍↔️ #emptycanvashida
Profile Image for Hamidah.
78 reviews20 followers
October 21, 2013
bila buka buku ni baru perasan dah lama baca tapi terlupa nak add kat senarai buku
Profile Image for Lailee Dee.
197 reviews16 followers
February 27, 2021
Inginkan kelainan dalam pembacaan , bacalah naskhah ini. Pastinya ini yang sangat sukar didapati di mana-mana novel melayu. Agak lambat aku membacanya pada tahun 2021 tetapi ternyata naskhah ini sangat kena dengan jiwa. Watak Aty,Asfahul & Emalin memang padu. Dayus lelaki bernama Asfahul ini. Agak sedih dengan Aty yang sememangnya diabai sebegitu Dan Emalin, watak ini memang layak ditelan bunk hidup-hidup atau kena panas petir saja lagi bagus.
106 reviews3 followers
Read
April 28, 2023
Notauntukku

Seronok membacanya.tentang hubungan suami isteri poligami yg agak blainan dan hubungan dgn bangsa jin.Yang geramnya watak si suami tu..macam bow dowh je..kuikuikuikui.. pastu ntah apa2 je bila watak si elin tu kebal smcm..buat itu ini tp x kene apa²..yg lakinya pun mcm dah kene makan nasi kangkang.. kuikuikui
This entire review has been hidden because of spoilers.
37 reviews
June 27, 2021
Overall cerita ini best even geram juga dengan Emalin tak guna itu.
Memang ada unsur-unsur paranormal dan mistik.
Penerangan tentang kewujudan Jin sangat jelas dan mantap sebab disokong dengan terjemahan Ayat Al Quran.
Dapat banyak Ilmu baharu.
Tahniah buat Puan Penulis!
Profile Image for ZK.
340 reviews11 followers
September 23, 2020
Cerita paranormal. Ending yang epic 😏
1 review
August 21, 2024
Best cerita ni
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Nur Adnin.
8 reviews48 followers
February 14, 2014
Satu novel yg sgt bagus,susah untuk mengajak jalan cerita seterusnya.puas hati bila baca novel ni.walaupun watak jahat dalam novel ni tidak berakhir dgn kematiaan atau insaf,to itu lah hakikat dunia yg sbnr
Apapun novel ni mmg terbaik
Author 2 books29 followers
February 8, 2015
dah lama baca buku ni masa awal2 kuar dulu.so rating ajela.tapi mmg dapat Abidjan dlm masa singkat.
Profile Image for Meera.
Author 8 books136 followers
May 4, 2015
sangat best. sekali mula baca, tak dapat nak tutup novel ni. seram dan menguji minda betul. :)
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,622 reviews38 followers
April 2, 2017
Plot cerita yang bagus. Percintaan Aty yang naive dan terperangkap di zaman kanak-kanak, sepertinya tidak termeterai di alam nyata memberi laluan kepada si penghulu di alam lain meraih kasihnya. Asfahul? Haihhh memang 'slow', mungkinkah dah dikenakan dek Emalin yang mungkin mengikut jejak emaknya Mayasari? Emalin si 'pontianak' rasa saya watak paling kuat dalam cerita ini, boleh terbayang sorotan matanya yang kejam. Sampai sudah tak mahu pulang ke jalan yang benar.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,565 reviews1 follower
April 28, 2017
Citer yang penuh debaran..
Unsur paranormal yang mampu membuatkan Sha sebagai pembaca terasa macam tak nak lena..
Meremang tau.. Tapi penulis memang berjaya membentuk watak-watak dalam novel ini dengan baik.. Tahniah buat penulis..
Displaying 1 - 20 of 20 reviews