Kisah cinta tiga segi antara Yang Ayesha, Adam Harith dan Amirul Irfan.
Tidak pernah terniat dalam hati Yang Ayesha untuk jatuh cinta sehinggalah dia bertemu dengan Adam Harith. Namun tanpa disedari, abang Adam, Amirul Irfan, menaruh hati pada Yang Ayesha. Amirul Irfan sanggup lakukan apa saja untuk mendapatkan cinta, terutamanya cinta Yang Ayesha walaupun cinta itu bukan miliknya.
"Kalau Adam boleh buat awak jatuh cinta, saya pun boleh juga. Kita tengok nanti..."
Di antara Adam Harith dan Amirul Irfan, siapakah yang menjadi pilihan hati Yang Ayesha?
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM7. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
Jalan cerita yang boleh tahan keseronokkannya tapi nadanya agak kurang matang, membuatkan rasa meluat tu kadang-kdangnya timbul. Gaya penulisan terlalu sempoi jika dibandingkan dengan kasil kerja Aisya Sofea dan Damya Hanna. Tak pastilah jika ke-sempoi-an itu memang disengajakan untuk menghidupkan watak-watak dan untuk set the tone jalan cerita atau gaya penulisan penulis memang dah begitu.
Rasa macam nak rate lebih dari tiga bintang tapi N rasa kurang senang dengan gaya penulisan cerita ini. Harap-harap Terlanjur Mencintaimu is better! ;)
I'm not good into translation, but this title will sound like this "When Love is Calling Me". It's sound cheesy, right? I loved it! It's has everything I'm looking for. Good characters.. I fall in ♥ with Adam. Ohhhh God, he's so hot!
How I feel when I finish reading an amazing book
Great book to end my weekend!!!
Really loves her books. All her writings are SUPERB!!!
A must read & a keeper!!!
To the author,
*************** BEST GILER BUKU INI *******************
Novel ni mengisahkan tentang percintaan 3 segi yg mana dua orang adik beradik, Adam dan Irfan menyukai perempuan yang sama. Yang Ayesha ♥ Adam Harith tetapi pada masa yang sama, abang Adam, Amirul Irfan menyukai Yang Ayesha. Sikap Amirul yang suka memaksa membuatkan Yang menjauhkan diri. Sikap Adam yang simple dan pandai mengambil hati orang tua, membuatkan keluarga Yang menyukai Adam dan Yang pula senang bersama dengan Adam. Disaat mereka bahagia, Amirul cuba menarik perhatian Yang dan melakukan beberapa perkara yang menimbulkan rasa sakit hati pada diri Yang. Amirul bertindak memberitahu pada ayahnya bahawa mereka bercinta. Adam marah. Pada masa itu, rahsia terbongkar dan Adam menghilangkan diri.
Cerita ini cute best dengan bahasa yang santai. Novel yang ringan, orang omputih kata ‘a light read’. Tak rugi membeli sebab novel ini akan buat anda tersenyum
Best! Yang Ayesha disukai oleh dua beradik. Tapi hati sudah terpaut pada si Adam. Namum Irfan masih mahu mengejar Yang. Cinta Yang dan Adam ada juga dugaannya. Bila hari nikah mereka semakin mendekat, Yang dihimpit rasa cemburu. Tapi akhirnya mereka berjaya disatukan. Fun baca cerita ini.
Heemmm... 2nd baby Yard ..ML start kenal Syamnuriezmil ni, bermula dgn SEP10!, RKMD, BKP, IUD, STC, PAUD... Dan, bila habis novel ni, barulah aku sedar, aku dah salah anggap kat cik yard no.. Aku ingatkan novel dia semua makan masa 2-3 jer... PCM ni, boleh kata, makan tahun jugaklah... Hehehehe... My bad. Saper suh baca lambat.
Seperti biasa, karyanya tetap Sempoi. .. Apa yg menyebabkan ML x sabar nak habiskan PCM ni adalah, sbb prolognyer. ML duk menunggu, sebab apa, E-day jd macam tu...
Apa yg ML x puas hati, awat la dua beradik ni, Adam ngan Irfan boleh suka kat perempuan yg sama satu hal... Boleh Pulak jatuh cinta pandang pertama Pulak tu... Hai lah....tp, Irfan ni, mmg manusia x reti bahasa ek... Degil nak mampuih...
ok, pertama sekali buku ini tentang Yang Ayesha dan Adam Harith yang baru menjinakkan diri mereka dalam dunia percintaan. Ayesha tidak pernah bercinta, Adam tidak pernah memiliki teman wanita. Tapi hubungan mereka diganggu oleh abang Adam, Amirul Irfan. ya, kalau baca buku ini semua akan benci dengan Irfan sebab dia seorang yang provokasi dan kuat mengongkong orang. Irfan juga macam tak pernah belajar dari kesilapan sendiri. Tapi saya pula tak berapa suka dengan watak Ayesha. "kerana mulut, badan berbisa" itu satu peribahasa yang sesuai untuk Ayesha.
Novel ini sangat sempoi penulisannya. Ada selitkan loghat negeri lain, dan slang bahasa inggeris. Prolog ia juga memberi saya gusar kerana sudah saat akhir risau siapa akan jadi raja hati Ayesha. Sedikit plot twist di tengah dan di saat akhir. pada bab epilog bagi saya agak cliche diakhiri dengan pasangan berterima kasih sesama sendiri. Kita boleh tamatkan dengan pasangan menikmati hari mereka atau berborak tentang masa depan mereka.
Tapi ada sesuatu yang saya susah nak terima pada novel ini. Mereka belum nikah tapi sudah berpegang tangan. Walaupun salah satunya untuk menyakitkan hati Irfan atau untuk menyelamatkan dirinya daripada Irfan. Bahagian lain? ermm rasanya tak perlu untuk pegang tangan. Ini isu yang sangat sensitif ye. Tapi saya nikmati buku ni.
Actually dah lama baca tapi lupa update sini. Now baca jer la blurb belakang kasi ingat balik haha. Ok jer la ceritanya bagi saya. Best lagi cinta untuk disewa. Lagipun yg ni saya kurang sikit dgn watak Yang Ayesha tapi suka watak Adam si fashion designer. Harus lah watak dia ni lembut hati and kuat mengalah kot? Dia dan abangnya Irfan berebutkan Yang Ayesha. Rasanya bila Irfan yang main kotor untuk rampas Ayesha, tapi in the end lepas tanpa hukuman berat, saya tak ngam la mcm ni hihi.
siape nak beli buku ni leh lah pm saye, sy jual RM14 siap pos
shaye kasi 5 bintang!!!!!
sweet sweet aje citer dier.
errr kat Ipoh eh... mcm ade satu buku dia pon jln citer kt Ipoh gaks eh.
Jalan cerita yang pantas, tap tap tap terus bagi. gaya cerita macam penulis airisz.. wow I like orang tulis mcm ni, menusuk kalbu
Adam jatuh cinta pandang pertama dengan Yang yang ni mule2 tak suke lah apelah. tp bile adam kene keje kat Vietnam sebulan ha mula gila bayang. Iman kena kuat sebab si abang, Irfan pun bula nk cucuk jarum.
NAsib depa kawen juga, at last. adoi bedebor bace heheehe well, x rugi bace. memang best.
2 lelaki merebut satu wanita . Perbualan yg santai dan amat selamba. Yang& Adam memang ditakdirkan bersama. Adam yg manja& Yang yg tegas menjadi satu psgn yg kiut!!!!
wah wah wah! I see how this author has improved tremendously. This one i skipped reading until today. Yang lain2 dah baca. Of course karya syamnuriezmil tidak menghampakan