Jump to ratings and reviews
Rate this book

Dia Segalanya

Rate this book
Sinopsis dari Kaki Novel

Suraya hadir ke dalam keluarga Faizul sebagai anak angkat. Sementelah Datin Rafidah tidak dapat melahirkan anak selepas kelahiran kembar tak seirasnya, Faizal dan Faizul. Datuk Rashid pula mencurahkan sepenuh kasih sayangnya kepada Suraya memandangkan beliau begitu kepingin anak perempuan dalam keluarganya. Begitu juga dengan Faizal. Dia amat menyayangi Suraya sebagai adik bongsunya.

Kecuali Faizul. Dia tidak dapat menerima kehadiran Suraya dalam keluarganya. Tidak pernah wujud kemesraan di antara dirinya dan Suraya hinggakan Suraya takut mendekatinya, apatah lagi berbual mesra dengannya. Hinggakan tangan Datuk Rashid naik ke pipinya semata-mata dia mengungkit asal usul Suraya.

Suraya tidak faham mengapa Faizul begitu dingin dengannya. Tambahan pula lelaki itu tidak pernah memanggilnya dengan panggilan adik sepertimana yang selalu digunakan oleh ahli keluarganya yang lain.

Tetapi ada sebab kenapa Faizul berkelakuan sedemikian. Demi mengekang perasaan sebenarnya terhadap Suraya, dia rela menyakiti hati gadis itu. Hanya Tuhan sahaja yang tahu apa yang tersimpan utuh jauh di sudut hatinya. Sesungguhnya Faizul menderita sendirian. Hinggalah rahsia tersebut pecah ke pengetahuan keluarganya.

Bagaimanakah penerimaan keluarganya terhadap rahsia tersebut?

Kala hati begitu mencintai… semakin kupasti dia tidak mungkin kumiliki. Semakin kuingin terus menghampiri… semakin jauh dia melangkah pergi….

1112 pages, Paperback

First published April 1, 2012

17 people are currently reading
272 people want to read

About the author

Sha Ibrahim

14 books106 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
135 (49%)
4 stars
69 (25%)
3 stars
49 (17%)
2 stars
14 (5%)
1 star
8 (2%)
Displaying 1 - 21 of 21 reviews
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews106 followers
September 24, 2013
I hate sinetron - semenjak ditipu oleh si Nabila, ibu Arini dan mas Aji dalam Mutiara Hati... :(

DAN, penonton tetap gilakan sinetron - biar beratus episod. Biar babak yang sama diulang-ulang (hanya tukar lokasi sahaja). Dialog yang sama, air mata yang sama, perasaan yang sama (kadang2 rasa macam nak tampar je pelakon2 sinetron tu)....

DIALAH SEGALANYA - mcm sinetron dalam bentuk bertulis. Bezanya aku cuma perlu ambil masa 2 malam sahaja nak habiskan sinetron ni, so x payah tunggu sampai 188 episod!

(For me) ceritanya agak biasa. Kisah si Joe yang cintakan anak angkat keluarganya si Suraya. Memendam rasa kerana tahu si bapa takan merestui rasanya. Cuma berani bersuara bila si Suraya mengakui berperasaan yang sama.

CUMA, diluarbiasakan bila tambahan watak Faizal + Zarina (ok... 2 couple in one novel tapi berlebih bila pasangan ini juga ada 'cerita' sendiri), mama + papa (ok... 'halangan' utama untuk Joe dan Su walaupun wataknya agak dilebihkan), Deraman n Ima (ok... best friend untuk meluah perasaan), Shah (ok... sebagai escapism si Su), Reen (ok... watak antoganis). Tapi kewajaran watak Iwan, Mila, Najihah, Meera, Atuk, Nenek, Jessy, Aris?

DAN, kelemahan paling utama untuk penulis wanita novel kini- kesukaran 'melelakikan' dialog si lelaki (ex: perbualan Joe n Jihah dan Joe n Deraman) sampai kadang2 aku pun confuse, mana satu lelaki mana satu perempuan? Kelemahan yang amat ketara dan paling crucial untuk di'baikpulih' segera....

TAPI.... sinetron tetap sinetron walau dipandang atau dibaca. Bila pelaku tengah angau, kita pun boleh ayan sama. Bila pelaku menangis, kita pun tumpang bersedih. Bila pelaku dalam dilema, kita pun boleh sakit jiwa.....
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,045 reviews378 followers
September 17, 2013
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM20. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Walaupun N mengambil masa yang agak lama untuk menghabiskan story ini, overall N rasa puas hati dengan jalan ceritanya, especially towards the ending. Ada a few chapters yang buat N tertanya-tanya how will this story end and buat N fikir, "I didn't see this one coming!"
Image Hosting Site

Jatuh cinta dengan adik angkat sendiri bukanlah plot yang baru. Tapi memandangkan this is only the second story I've read yang mengisarkan plot sebegitu, N masih boleh melayannya with little complaint.

Cuma pada N, cerita ni terlalu panjang dan agak slow. Ada yang agak repeptitive. N rasa tak perlulah nak describe how playboy Faizul is, and how manja and well-liked Suraya is berulang kali. Ada jugak part yang N rasa kalau omit completely pun tak menganggu jalan cerita kerana ia tak menyumbangkan apa-apa pun in the first place. Setakat nak menebalkan buku saja.
Image Sharing

Faizul yang jatuh cinta dengan adik angkatnya Suraya membawa diri ke UK selama lima tahun, dengan harapan jarak jauh akan membantu dirinya melupakan Suraya. Tapi rancangannya tak berjaya. Sekembalinya dia ke Malaysia, dia cuba menjernihkan hubungan dinginnya dengan Suraya.

Bukan Faizul tak mahu mengaku dia mencintai Suraya. Masalahnya keluarga Faizul tak pernah menganggap Suraya sebagai anak angkat. Pada mereka, Suraya adalah anak kandung Datuk Rashid dan Datin Rafidah. Kasih sayang yanng diberikan kepada Suraya tak kurang dan tak lebih daripada kasih sayang yang mereka curahkan kepada anak kandung mereka sendiri, Faizal dan Faizul. Faizul tahu, cintanya pada Suraya tak akan ke mana dan dia tahu papanya tak akan merestui hubungannya dengan Suraya. Faizul terus memendam rasa. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa seksanya dia mencintai dalam diam seseorang yang sentiasa di depan mata.
Image Hosting Site

Sejak hubungannya dengan Faizul bertambah erat, Suraya mula sedar perasaannya pada Faizul tak sama dengan perasaannya dengan Faizal. Faizal dia boleh bermanja tanpa rasa segan, tapi tidak dengan Faizul. Apa yang pada awalnya rasa kekok, kini mendebarkan. Pada waktu dia dapat menerima yang dia menyayangi Faizul lebih daripada seorang adik menyayangi seorang abang, dia dikejutkan dengan berita tentang kesihatannya. Dia disahkan mengidap leukimia.

Keadaan Suraya yang semakin tenat memaksa Faizul untuk berterus terang dengan keluarganya. Dia mahu menjaga Suraya tapi hanya dengan ikatan abang dan adik angkat, hubungan mereka terbatas.

"Angah rayu pada papa! Angah tak sanggup kehilangan dia, pa! Angah nak sentiasa di sisi dia. Angah nak bahagiakan dia. Tolong angah!"

Walaupun pada mulanya ditentang hebat, Datuk Rashid akhirnya merestui. Dia terpaksa akur, betapa sayangnya dia pada Suraya tak dapat mengubah hakikat Suraya bukanlah anak kandungnya dan tidak salah bagi Faizul dan Suraya untuk berkahwin.

Tapi, adakah jodoh Faizul dan Suraya berpanjangan atau hanya sementara waktu?

"Hari ini dengan nama Allah...abang rela sekiranya Allah lebih sayangkan sayang...Abang reda kalau setakat ini sahaja jodoh sayang dengan abang."

 photo cupcake_zps0d57eb6c.gif
Profile Image for Pips.
221 reviews30 followers
February 18, 2016
Patut la saya mengambil masa yang lama untuk membeli novel dari penulis ini setelah pertama kali saya baca novel (lupa tajuk apa).

Rupanya, acuan dari SI tidak menepati selera saya huhu. Ini novel ketiga setelah Signal Hati yang saya baru beli minggu lepas, tapi tetap, tidak dapat memuaskan hati saya.

Jujurnya, saya telah melangkaui beratus-ratus muka surat. Masih, ia tetap boleh difahami jalan ceritanya.

Ampunkan saya cik penulis.

Jangan risau, anda kehilangan seorang pembaca, namun beribu-ribu pembaca lain akan tetap berdiri teguh di belakang anda. Keep it up.

Lagi satu nak komen, kalau Suraya bukan anak susuan Datin Rafidah, mana mungkin Datuk Rashid dan Faizal sewenang-wenangnya boleh peluk, salam dll. Bagaimana batasan antara anak angkat dengan keluarga angkat?

This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Tiara Sapphire.
160 reviews6 followers
August 20, 2019
masalah dengan novel ialah terlalu panjang, kalau lagi pendek maybe lagi menarik.
Profile Image for Zuraimah Ismail.
31 reviews6 followers
May 17, 2012
Sebuah buku tulisan Sha Ibrahim yang saya suka. Kali ni pasal seorang lelaki yg jatuh cinta dgn adik angkatnya sendiri tetapi x boleh nak zahirkan disebabkan pendirian ayah. Amat sukar untuk dia mengawal perasaan lantas dia mewujudkan jurang antara dirinya dengan gadis yang dicintai. Bersikap kasar dengan si "adik", melahirkan kebencian yang pura-pura dengan si "adik" sehingga pernah di tampar oleh ayahnya. Melarikan diri jauh ke UK semata-mata kerana ingin melupakan "adik" hingga terus hanyut dengan noda dan dosa.

Namun, usahanya tidak berjaya. Pabila balik ke Malaysia, perasaan cinta makin membara. Cuba didekatinya "adik" hingga akhirnya "adik" jua berperasaan yang sama tapi kedua-duanya tidak melafazkan perasaan masing-masing.

Namun, panas tidak sampai ke petang, si "adik" pula jatuh sakit hingga membuat keputusan untuk menjauhkan diri dengan "angah"nya. Sungguh sayu, sungguh pilu.....aaaaaaaa sedey-sedey-sedey...

Profile Image for nell.
39 reviews2 followers
February 24, 2014
baca ni rasa baca cerita sumbang mahram.. #LOL
but dont worry.. ni cerita abang angkat-adik angkat..
Profile Image for Neida.
353 reviews19 followers
May 28, 2016
Abang kawen dengan adik angkat.. not bad .. But i can really skip few chapters without missing out the real story
Profile Image for Nabilah Izzati.
40 reviews
November 25, 2025
Sebenarnya baca buku ni sebab rindu dengan penulisan novel dahulu. Walaupun novel ni tebal sangat, tetapi cara penulisan yang membuatkan saya tidak jemu untuk terus membaca sehingga tamat. Konflik dalam novel ini tak lah berat mana, tetapi cukup rasa untuk buat saya tak boleh letak buku ni sampai habis.

Kisah Suraya & Faizul ni sangat menarik ya, daripada mcm musuh, sehinggalah Faizul perlahan2 merapatkan jarak antara mereka. Boleh tahan sweet mereka berdua ni, cuma sepanjang mereka bersweet2 ni, saya tertunggu juga jika mereka berdua ni kantoi depan keluarga..tapi x ada melainkan Faizal pernah nampak Suraya keluar dari bilik adiknya..Ok mungkin penulis ni nk elakkan dari menulish cliche mcm tu.haahha..

Jadi saya rasa 70% dari buku ini adalah mengisarkan build up relationship antara Suraya & Faizul dan kisah kekeluargaan mereka, tapi selepas bermulanya plot terakhir 30% buku ini membuatkan saya rasa mcm kena hentakan dari penulis ni. Kisah yang sweet dah berubah ya. Terkejut dengan cara Suraya yang nekad untuk memisahkan dirinya dengan Faizul, memang buat saya tak senang duduk. Geram juga sikit dengan Suraya masa dia awal2 sakit tu, tak nak cerita dengan family sbb tak nak menyusahkan tetapi boleh pulak cerita kt Ima dengan Shah. Bermulanya kisah Suraya kantoi dengan family dia, memang berlinang air mata saya baca. Kemuncaknya bila scene "hari terakhir" antara Faizul & Suraya, tak tahu dah jantung ni pam kelajuan berapa. Air mata pun tak dapat nak berhenti turun. Runtun hati membaca dialog2 terakhir daripada Faizul, dapat bayangkan betapa besarnya rasa cintanya pada Suraya.

Apa pun terkejut juga dengan ending dia....tak sangka sangat, terima kasih kepada penulis sebab bagi yang indah di penghujung buku ini. Recommended sangat2 tetapi beware last 30% buku ni memang sakit ya..hahahha
Profile Image for Ubi.
315 reviews
April 21, 2024
Reading slump masa baca novel ni. Cerita mendatar je. Tak banyak sangat konflik. Rasa agak bosan dengan isu tarik tali Suraya dengan Faizul.

Sejujurnya, betul2 ingat keluarga Zarina tolong derma kan tulang sum-sum tu tapi tula, bukan saya penulisnya. Penutup cerita agak tak memuaskan hati sebab Suraya masih tak tahu asal usul keluarga dia.

Penceritaan menarik cuma kepada yang mengharap perasa dan perencah dalam novel ni, bacalah novel lain.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for azian2575.
326 reviews12 followers
April 24, 2013
Suraya & Faizul a.k.a Joe

Kisah si abang angkat yang terpaksa menahan perasaan cintanya kepada adik angkatnya, Suraya yang telah dipelihara dari kecil oleh mama dan papanya. Demi itu, dia terpaksa membuat Suraya jadi benci padanya dengan bersikap dan bercakap kasar terhadap Suraya..
Profile Image for Lecu Balakrishnan.
11 reviews1 follower
January 26, 2015
A first Malay novel which I adore a lot. I like the way author brings her imagination to make people read without boring. This tale is about Faizul @ Joe and Surayana @ Sue, actually its more than a love story. It can be apart to love, family, siblings love & friendship.
Profile Image for Ajenih.
3 reviews2 followers
August 8, 2016
Hasil penulisan yang sangat baik. Bahasa yang digunakan indah, tidak terlampau simple dan tidak terlampau berat. Sedang elok. Jalan cerita menarik.. Walau kita dpt jangka pengakhirannya bagaimana tapi penuh dgn babak yang saspen. Tahniah sha ibrahim!
Profile Image for Novel Annie.
63 reviews19 followers
March 24, 2014
OMG!!! mmg terbaik. bg yg baru nk mula baca novel. baca la novel ni.. mmg terbaik.. smua prsn ada.. best sgt suraya dgn faizul :)
10 reviews1 follower
February 22, 2015
comel sangat!!!! abang angkat dia fall for her sangat sangat. he loves her so much, time dpt tahu dia ada penyakit tu sedih sangat aw
Displaying 1 - 21 of 21 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.