Segugus cerpen terpilih ini adalah sebahagian khazanah seni A. Samad Said yag di pilihnya sendiri. Bermula dengan cerpen-cerpen matangnya, beliau menjejaki semula pengalaman dirinya melalui cerpen-cerpen terpilih ini. Menelitinya satu per satu karya tersebut, kita akan dapat memahami gelora kehidupannya - sebagai seniwan, juga sebagai insan biasa.
Kata A. Samad Said , beliau sebenarnya tidak perlu menulis autobiografi kerana dalam 22 cerpennya yang terpilih ini telah pun terhimpun inti kehidupannya selama lebih lima dekad.
Tidak sahaja Tasik Syahdu dan cerpen-cerpen lain ini - secara tersusun - menghidangkan semula pengalaman harian dan pertunbuhan seni pentingnya, malah kumpulan cerpen ini juga sempat meninggalkan warisan khazanah seni mewakili diri beliau.
Menghirup pengalaman dan seni daripada tasik syahdu kehidupan A.Samad Said akan membuatkan kita terharu oleh kuasa sastera Melayu selama lebih lima dekad ini
Cerpen-cerpen yang terkandung dalam antologi ini:
01. Tasik Syahdu 02. Di Sisi Rinda 03. Dosa Pejuang 04. Buruh Paksa 05. Saat Terakhir 06. Dari Tanah ke Tanah 07. Daun Jejawi 08. Ke Daerah yang Lebih Kerdil 09. Di Tepi Jalan 10. Longkang 11. Pagi 12. Perempuan dari Kampung Kambing 13. Kakak 14. Malam Merangkak ke Hujungnya 15. Dari Tingkap Sebuah Bangunan 16. Langit Malam Tiada Berbintang 17. Menanti 18. Pulang Malam 19. Ahmad Zago 20. Tamrin Gil 21. M.P. Gudu-Gudu 22. Sasterawan Daiman Kereko
Abdul Samad bin Muhammad Said atau lebih dikenali sebagai A. Samad Said ialah Sasterawan Negara 1986. Beliau juga pernah dianugerahkan dengan "Anugerah-anugerah Menulis Asia Tenggara" (SEA Write Awards).
Dilahirkan di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka, A. Samad mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura (1940-1946) dan Institusi Victoria, Singapura (1956). Seorang yang berminat dalam penulisan sejak di bangku sekolah, beliau telah menulis banyak karya yang terkenal, termasuknya novel-novel berikut:
* Salina * Langit Petang * Sungai Mengalir Lesu * Hujan Pagi * Bulan Tak Bermadu di FatehpurSikri. * Adik Datang * Cinta Fansuri
Antara antologi puisinya ialah Suara Dari Dinding Dewan (2003), Dirgahayu Dr. Mahathir dan Rindu Ibu (2004).
Antologi Esei terbaru adalah Ilham Di Tepi Tasik (2006).
Datuk A.Samad Said pernah juga menggunakan nama pena Hilmy, Isa Dahmuri, Jamil Kelana, Manja, Mesra dan Shamsir.
Selama ni aku baca hanya novel Pak Samad. Tetapi kali ini dihidangkan dengan cerpennya. Sesungguhnya cerpen beliau mempunyai keaslian Pak Samad itu sendiri. Tulisannya memang tak pernah aku jumpa. Nampak biasa, tetapi ada lenggok tertentu.
Cerpen yang membuatkan aku betul-betul terasa (deep) ialah Ahmad Zago.
Tamat membaca Tasik Syahdu & Cerpen-Cerpen Lain. Kompilasi cerpen pilihan A. Samad Said. Beliau bercerita dari pengalaman. Tentang kisah perang. Nasib masyarakat bawahan yang jadi mangsa semasa dan selepas perang.
Membaca tulisan Pak Samad ajar kau anak muda, untuk berjiwa tenang. Setiap pengkisahan ditulis dengan begitu teliti. Bersungguh sekali Pak Samad mahu pembaca turut merasai perit dan pedih perang.
Kerana itu lah peranan Sastera. Ia mendidik kau berjiwa manusia. Jadi tempat mengadu nasib orang tertindas. Mengajar kau tenang, dan berhikmah. Kalau KPM tak tahu, Sastera seharusnya begini. Walaupun saintifik sekalipun penceritaannya. Ia tetaplah tak patut hilang nilai murni.
Anak kita, makin hilang sifat manusiawi. Apa lagi yang boleh kita harapkan, lain dari pendidikan.
buku ni menjadi langkah pertama saya setelah lama tak membaca karya berbentuk cerita, lebih-lebih lagi cerpen.
menariknya buku ini, pada hemat saya adalah kerana ini antara tulisan-tulisan awal Pak Samad. sebahagiannya pernah diterbitkan di akhbar dan majalah, selebihnya baru dikeluarkan dari simpanan beliau. dari karya-karya ini juga, kita secara tidak langsung dapat mengetahui serba sedikit perjalanan hidup beliau, sejak dari zaman penjajahan tanah melayu lagi. Malah, cukup beruntung untuk generasi kami yang tidak pernah merasai zaman tersebut, kerana jika diselami dengan teliti karya Pak Samad ini, seolah-olah kita juga merasakan apa yang dirasakan beliau, baik ketika zaman penjajahan Jepun, mahupun ketika menginap di 'rumah kandang'.
kumpulan cerpen ini bukanlah paling berat yang pernah saya baca, jadi bagi saya ini dikategorikan sebagai bacaan santai. dari satu sudut, bagi saya ini adalah bagus kerana mungkin masyarakat terlalu memandang tinggi Pak Samad hingga takut untuk membaca tulisannya, tetapi akan sedar bahawa beliau juga mampu mendekati masyarakat marhaen dengan karyanya yang ringan begini.
Kumpulan Cerpen... Dari 22 buah cerpen, yang mana paling saya suka, atau lebih kuat tarikannya menyebabkan ia diingati lebih dari yang lain? Mungkin Cerpen Saat Terakhir, kisah ayah dan anak yang masih amat sedih mengenangkan betapa mayat hampir reput isteri/ibu yang tewas dek shell dari bom, tidak dapat dikebumikan. Mereka menunggu perang diisytiharkan tamat, menunggu Jepun yang dengarnya sudah sampai di Johor untuk isytiharkan kemenangan terhadap askar orang putih. Mayat Mei Fei, isteri Siew Fong dan ibu Siu Lan, terpaksa ditepikan dalam shell shelter. Menunggu tiada lagi siulan shell.
Terdapat kelainan yang ketara tatkala membaca karangan orang lama kalau dibandingkan dengan tulisan orang-orang terkemudian.
Cerpen-cerpen dulu, atau yang terlihat dalam buku ini, perbuatan watak mahupun situasi persekitarannya disebutkan satu per satu secara begitu terperinci sekali, penuh penghayatan. Tapi kaedah penceritaannya tidak telus, bermaksud tiap-tiap riak muka dan perlakuan watak yang penulis gambarkan, pembaca yang perlu menerka pergolakan apa yang tersembunyi di balik semua itu. Seolah-olah penulis mengajak pembaca menggali sendiri emosi dan mesej yang cuba dia bawakan daripada cerita.
Penulisan generasi terkemudian kurang pada aspek ini. Kerana aspek ini karangan orang lama terlihat bosan dan hambar, padahal kunci penghayatannya adalah pada menjiwai diri watak itu sendiri. Daripada situ, kita akan mampu merasai suasana perang, desa dan lainya yang dibentuk penulis.
Dia memang layak digelar sasterawan. Pelukisan pengalaman sepanjang dekad-dekad yang telah dilalui...sungguh mengesankan. Serasa seperti dapat menyelami gambar hambatan sengketa dan kekejaman perang itu merusuh di sana sini. Beberapa cerpen amat mendebarkan....beliau memang hebat melakarkan walau hal yang kecil mencuit hati seninya. Sangat mengasyikkan sesudah menjamah setiap nukilan cerpen dengan ruang Percik Ilham. Pak Samad, menyatakan terhasilnya karya itu kerana apa...dan secebis cerita disebaliknya.
Setakat ini, antara karya Sasterawan Negara ini, Tasik Syahdu menjadi pilihan saya. Oh! Salina karyanya yang masyhur belum lagi sempat saya telaah, jadi setakat ini Tasik Syahdu lah yang terbaik.
Himpunan cerpen terbaik Pak Samad ini sememangnya yang terbaik. Mempertontonkan kisah pengalaman hidup dengan kata-kata, sama ada berkait dengan pengalaman sendiri atau pemerhatian tajam beliau, ianya sangat lengkap dan jelas. Seolah-seolah pembaca turut hidup dalam suasana yang dilakar.
Satu karya terbaik dari Pak Samad (dan sememangnya Pak Samad pun mengatakan sedemikian di awal karyanya ini). Dan paling tersentuh bila membaca kata aluan dari buku ini, di mana Pak Samad menghabiskan 200 buah cerpen (baca dan telaah) terlebih dahulu sebelum mula menulis cerpen pertama beliau.
Selain bahasanya yang puitis, novel karyawan ini tidak pernah gagal membawa saya ke zamannya. Suasana, pengalamannya, juga udara seakan dekat di mata, jelas tergambar melalui tulisannya.
Adalah satu kebanggaan dapat menikmati tulisan Sasterawan Negara A. Samad Said. Tasik Syahdu merupakan himpunan tulisan A. Samad Said sama ada yang pernah dipaparkan di akhbar mahupun majalah dan juga yang belum pernah dipaparkan di mana-mana (dari fail penulis). Sebanyak 22 cerpen yang terkandung dalam Tasik Syahdu yang dimulai dengan cerpen Tasik Syahdu itu sendiri dan punya halaman sebanyak 301 muka surat. Kisah-kisah yang ditulis ini merupakan kisah sebenar yang pernah dilalui oleh penulis dari zaman penjajahan Jepun dan British sehinggalah selepas merdeka. Semua ini dipaparkan secara teliti perit jerih penulis dan masyarakat di sekitarnya dalam menempuh hidup yang serba sukar.
Kenapa cerpen Tasik Syahdu diletakkan pada awal berbanding cerpen-cerpen yang lain? Ini kerana Tasik Syahdu meninggalkan kesan paling mendalam dalam hidup penulis sekaligus dia mahu pembaca merasakan sendiri perasaan, emosi dan pengalamannya yang cukup meninggalkan kesan dalam diri. Dan selanjutnya cerpen-cerpen lain juga tidak kurang hebatnya. Semuanya berkisarkan kehidupan, suasana masyarakat, sambil diselit kritikan terhadap apa yang berlaku pada waktu tersebut.
Kisah sebegini patut dibaca generasi kini yang tidak sempat merasai pengalaman perang mahupun pada awal kemerdekaan supaya kita lebih menghargai apa yang terhidang pada waktu ini. Lain daripada tersebut, penulis bijak menggunakan penulisannya sebagai wasilah kepada kritikan yang berlaku pada waktu tersebut. Dan kritikannya bukanlah secara membabi buta sebaliknya terselindung dan sinis.
Ya, kau tak perlu takut untuk membaca karya-karya hebat seperti A. Samad Said walaupun kepala kau akan mengatakan tulisan sebegini selalunya akan memaparkan tema yang berat ataupun penulisan yang sukar untuk kau baca.
Alhamdulillah, inilah kali pertama aku baca karya A.Samad Said. Not bad.
Buku ini menghimpunkan 23 buah cerpen yang dikarang oleh A.Samad Said sendiri. Melalui penulisan cerpen-cerpen tersebut, penulis cuba membawa kita ketika era penjajahan British & Jepun. Cerpen-cerpen ini juga menggambarkan pengalaman hidup penulis. Di setiap penghujung cerpen, penulis akan menyatakan bagaimana beliau mendapat ilham untuk menghasilkan cerpen-cerpen tersebut.
Cerpen-cerpen itu juga sedikit sebanyak menyindir masyarakat. Dalam cerpen Sasterawan Daiman Kereko, penulis menyindir & mengkritik sikap sesetengah penerbit buku yang lebih memikirkan poket sendiri sehingga sanggup mencandui masyarakat dengan menghasilkan karya-karya yang meneropong ke dalam kelambu.
Dalam cerpen M.P. Gudu-gudu, penulis melukiskan watak wakil rakyat yang menjengkelkan.
Dan cerpen-cerpen lain, anda boleh baca sendiri di dalam buku ini & rasai sendiri kenikmatannya.
The collection of short stories written by Pak Samad is never disappointing (at least for me). It's hard to get through this book at the beginning because of the time sets for these stories was during Japanese Occupation. The brutal reality facing by people at that time is heart wrenching. Death, Despair, Loneliness, Poverty, Social consciousness, and Mindset is among the themes that woven together within these short stories. This is definitely one of the worthy books i bought from Google Playbook.