Buku ini mengandungi dua bahagian, bahagian pertama menelusuri kelahiran ilmu sains di dunia Timur yang bersifat holistic, serta pengalirannya ke dunia Barat yang berubah kepada orientasi sekular. Bahagian kedua pula membahaskan tentang variasi dan malah kontradiksi dalam falsafah sains moden, baik dari segi ontology, epistemology mahupun aksiologi.
Dr Abdul Rahman Haji Abdullah merupakan seorang penulis berprofilik dalam bidang sejarah, agama, sains dan pendidikan. Buku “Gerakan Islam Tradisional di Malaysia: Jamat Tabligh & Darul Arqam” yang sering menjadi rujukan pengkaji-pengkaji apabila membincangkan dua jemaah ini rupa-rupanya hasil tangan beliau juga.
Penulisan beliau merentas pelbagai bidang termasuk Islam dan alam Melayu. Karya-karya beliau juga sering dijadikan rujukan utama. InsyaAllah, saya berhajat untuk membaca dan memiliki semua karya beliau.
Berkenaan buku pula, ia merakamkan sejarah permulaan falsafah daripada awal ketamadunan manusia. Namun, melawan kebiasaan penulisan sejarah falsafah, penulis mengemukakan hujah bahawa ilmu falsafah bermula daripada Timur, khususnya Timur Tengah (Mesir dan Mesopotamia) yang dipelopori oleh Nabi Idris (Hermes Trismegistus), bukan daripada Barat.
Kemudian, pengaliran ilmu falsafah dari Timur ke Barat dirosakkan oleh para pendukung Yahudi dan cengkaman gereja. Yahudi secara halus melalui The Knight Templer dan Freemason berusaha merosakkan gagasan utama falsafah dengan menceraikan Tuhan daripada perbincangan sains moden, manakala gereja pula yang mengekang kebebasan berfikir telah melahirkan falsafah-sains yang menolak institusi agama sebagai reaksi kepada kuasa gereja.
Berakar daripada falsafah Barat moden, ideologi mulai berubah daripada God-centered kepada man-centered (humanisme dalam pengertian yang salah). Melalui buku ini juga, didapati bahawa ideologi atau falsafah yang rancu hakikatnya saling berkongsi ciri (atau sifat). Menariknya, hampir setiap ideologi (-isme), pengasas dan pendukungnya disentuh oleh penulis.
Walau bagaimanapun, hanya permukaan yang dibicarakan. Maka, pembaca perlu mendalami sendiri kebenaran hujah dan akar ideologi yang dibicarakan oleh penulis. Rumusnya, menurut saya, ini buku yang sangat baik untuk dibaca buat mereka yang ingin memahami perkembangan falsafah dan sains moden secara dasar.
I'm sure the author is a knowledgeable man, but his facts are way too off for me to continue reading his book. Observe this one paragraph;
"In Islamic tradition, it is said that the Prophet Shith was the teacher of the Prophet Enoch. Enoch was born in Babylon, but then moved to Egypt. Because of Prophet Adam's lived till he was 1000 years of age, Enoch was the contemporary of Adam for 308 years. It was him (Enoch) who founded the fields of geometry, astronomy and medicine in Babylon and Egypt. After he left Babylon, these fields was later developed by al-Hasib Karimuddin bin Daniel. This Daniel is another prophet who is known for his prophetic dreams, especially the discrimination towards the Jews"
Now, please for the love of God, can somebody noticed that his timeline was off. Let us ignore for a while regarding the paucity of manuscripts or sources to back up his claim that "Shith was the teacher of Enoch" etc, and focused on this person al-Hasib Karimuddin bin Daniel. This person is supposed to be the contemporary or near-contemporary with Enoch (for if he was not, then its pointless to mention his name at this stage), but wait a minute, this al-Hasib person was the son of Daniel who dreamt about the discrimination towards the Jews. But it is an accepted fact that the race we called as Jews were the descendants of Abraham, which surely is not the near-contemporary of Enoch!
Then, move forward a page, the following passage appeared, out of nowhere, with no sources whatsoever.
"Who is Hermes Trismegistus? In the Western tradition, this person is related with the Hebrew (NOT GRECIAN???) God, Hermes.....But in the Islamic tradition, he is no other than Enoch himself, whose true name was Hurmus al-Haramisah, the first person who write with pen, the first who mastered all 72 languages of his people, the first person who sew shirts and wear them (??!), and the first person who knows the knowledge of politics and town planning".
I have put in brackets the peculiar things about his claims, which too bizarre for me to comprehend. Enoch was of course one of the 25 prophets that must be believed in our tenets, but it doesn't follow that we can annotate stories about him. Even Prophet Muhammad said that regarding the stories of the Israelites, we must not affirm or deny it, meaning that is possessed only of moral values. There's also a lot of the tales of the Israelites which are rejected by the clerics (e.g. one that mentioned the Prophet Noah drunk and naked during the Great Flood), which clearly showed its marginal value in exegesis of laws in Islam. If it has no definite place in the sacred law, it certainly did not have any in valid and real history which this book claim to expound upon.
Yes, this belongs to the sam'iyyat or the knowledge of the things immaterial which all Muslims must believe. But if past Muslim historians such as al-Tabari, Ibnu Khaldun and al-Mas'udi can employ robust scientific and analytic methods in historiography, using real sources of knowledge instead of the tales of the Israelites, who are we to use those and claim those as the real version of history, with no backing whatsoever other than conspiracy theories?
Intelektual Islam secara ilmiahnya menjadikan Al-Quran sebagai sumber rujukan utama di mana sains dan Islam tidak dapat dipisahkan.
Perkembangan mutahir memperlihat gugatan terhadap aliran empirisisme dalam sains moden. Apa yang dikatakan empirisisme? secara mudahnya ia suatu suatu pengalaman praktikal bukan hanya berdasarkan ilmu pengetahuan dan setiap empirisisme itu sendiri mempunyai kategorinya.
Selain itu, gugatan terhadap konsep dualisme ilmu dalam sains tabii (natural science) dengan sastera dan sains kemanusiaan yang membentuk sifat inter-disiplin dan budaya trans-disiplin. Sains dibuktikan melalui bukti-bukti hasil daripada proses ujikaji dan pencerapan. Sains sendiri berkait dengan falsafah. Secara popularnya membawa maksud berfikir secara rasional dan bukan emosional.
Pendedahan yang diberikan penulis benar-benar membuka pemikiran dan pendangan pembaca. Aspek asal usul, aliran yang dikaitkan dengan sains menjadi perdebatan sekaligus membuahkan pendapat dan pemikiran untuk menjana buah fikir seorang intelektual.
Suka saya memetik penyataan daripada buku ini yang mempamerkan Prof. Mohammed Abdus Salam, "There is only one universal science, its problems and modalities are international and there is no Hindu Science, no Jewish Science, no Confucian Science, no Christian Science.
Buku yang sangat bagus menerangkan tentang sejarah falsafah dan pemikiran dengan bahasa dan ayat yang mudah. Dr Abdul Rahman Hj Abdullah memang seorang penulis yang hebat yang banyak bukunya yang telah saya baca. Beliau dapat menerangkan tentang falsafah yang sukar dengan begitu mudah sekali.
Penuh dengan fakta n isi yg menarik. Sygnya org biasa2 spt sy susah utk faham. Perlukan olahan dr segi bahasa, perlukan gambar dan jadual supaya lebih menarik , tidak mengantuk dan matlamat untuk mendidik masyarakat tu sampai.
Banyak yg terpaksa sy rujuk google, n kwn yg sdang menyambung sarjana.