Jump to ratings and reviews
Rate this book

Pak Samad: Di Mata Kami

Rate this book

188 pages, Paperback

First published April 1, 2012

2 people are currently reading
23 people want to read

About the author

Rahimidin Zahari

59 books17 followers
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Seni Halus daripada Universiti Sains Malaysia (USM) dan Diploma Pengurusan Seni daripada Universiti Malaya (UM) ini telah menghasilkan karya dalam semua genre sastera serta memenangi pelbagai hadiah kesusasteraan di peringkat kebangsaan seperti Hadiah Penulis Muda Terbaik Cerpen ESSO-GAPENA, Hadiah Puisi Kebangsaan SHAPADU-GAPENA, Hadiah Puisi Kebangsaan ESSO-GAPENA, Anugerah Sastera Islam Darul Iman, Hadiah Puisi Islam Yayasan Pelajar, Hadiah Sastera Kelantan, Hadiah Utusan Exxon-Mobil, Hadiah Sastera Perdana, penerima Anugerah Penghargaan MASTERA 2013 dan Sayembara Penulisan ITBM-PENA-BH 2013.

Menghasilkan sebanyak 20 buah buku perseorangan dan lebih 60 buah buku kumpulan karya bersama penulis lain serta 11 buah buku kumpulan puisinya telah diterbitkan, antaranya Lakaran Kampung, Sekepal Tanah, Matahari Berdoa, Di Kebun Khatulistiwa, Zamok Iz Peska (Istana Pasir - sebuah kumpulan puisi terjemahan dalam bahasa Rusia di Moscow), Aksara, Perjalanan Salik, Rawana (dwibahasa Melayu-Inggeris), Perahu Fansuri, Bayang Beringin dan Laut Tujuh Gelombang Buih. Puisi beliau telah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa dunia seperti Inggeris, Rusia, Portugis, Korea, Arab, Thai dan Perancis.

Buku beliau seperti Makyung: The Mystical Heritage of Malaysia (ITNM, 2010) dan Wayang Kulit: Shadow Play the Folk of the Malay Archipelago (ITBM, 2013) telah dilancarkan di Pesta Buku Antarabangsa Frankfurt (2010 & 2012).

Beliau pernah bertugas sebagai Pengurus Panggung di Istana Budaya dan Editor Majalah PENTAS di samping pernah memegang jawatan Bendahari Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) dan Munsyi Dewan (Sastera) Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Beliau meninggal dunia kira-kira jam 4 petang pada 14 Mei 2015 di Hospital Sungai Buloh, selepas tidak sedarkan diri sejak seminggu. Beliau yang meninggal dunia pada usia 47 tahun itu, dimasukkan ke Hospital Selayang pada 6 Mei 2015 sebelum dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh bagi menjalani pembedahan untuk menghentikan pendarahan di otaknya akibat serangan darah tinggi. Beliau meninggalkan seorang balu, Rosliza Zakaria dan lima anak berusia 9 hingga 20 tahun.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
6 (16%)
4 stars
19 (52%)
3 stars
9 (25%)
2 stars
1 (2%)
1 star
1 (2%)
Displaying 1 - 9 of 9 reviews
Profile Image for Muhamad Fahmi.
125 reviews22 followers
March 7, 2022
Membaca sekumpulan pengalaman penulis; penggiat seni yang hadir secara langsung atau tidak langsung di dalam kehidupan Pak Samad (A. Samad Said) terasa diri ini begitu dekat dengan beliau. Karyanya Salina dan Hujan Pagi banyak diperkatakan. Di mana ada acara tentang kesenian dan sastera, di situ Pak Samad hadir memberi inspirasi dan dorongan pada anak muda serta insan di sekelilingnya untuk terus berkarya.

Di dalam buku ini juga kita dapat mengerti Pak Samad begitu tegas dengan prinsip hidupnya. Peristiwa melancarkan mogok seni terhadap DBP dan penyertaan dalam perhimpunan anti-PPSMI menjadi saksi.
Profile Image for Jiwa Rasa.
407 reviews59 followers
April 20, 2012
Himpunan tulisan 30 orang penulis yang menulis tentang Pak Samad dari kaca mata mereka. Ada tulisan yang bagus yang mendedahkan sisi yang belum diketahui pembaca tentang peribadi, pemikiran, karya dan hidup Pak Samad. Ada juga tulisan yang mengambil peluang mempromosi dir, konon kenal rapat dengan Pak Samad, walaupun tulisannya membuktikan sebaliknya. Ada penulis yang saya rasa sudah hebat, tetapi rupanya, kuranmg mengenali Pak Samad.

Tulisan SM Zakir bikin saya gundah gulana, mahu mencari novel Salina sekarang juga. Tulisan penggiat drama dan teater seperti Zakaria Arifin, Meor Hashim Manap dan Marzuki Ali, sebagai contoh buat saya resah mahu mencari drama-drama tulisan Pak Samad yang masih belum saya miliki.

Penulis yang menulis tentang karya kembara Pak Samad seperti Warkah Eropah pula menimbulkan semangat baru untuk mengembara lagi.

Membaca buku ini membuatkan saya sedar yang saya memiliki koleksi karya Pak Samad yang agak besar juga. Ada karya yang sudah saya baca tetapi kurang disentuh oleh penulis-penulis di dalma buku ini.
Profile Image for Zalila Isa.
Author 13 books52 followers
May 15, 2012
Selepas memabaca buku ini, saya menjadi resah yang gelisah. Persoalan-persoalan baru dan lama muncul. Tentang Pak Samad dahulu sehingga kini dari kaca mata penulis-penulis yang bukan calang. Figura seorang sasterawan yang perlu dicontohi oleh setiap penulis generasi masa kini terutama dalam aspek kemandirian dan prinsip. Sungguh, buku ini saya cadangkan dibaca oleh setiap pecinta sastera.

Terlalu banyak yang ingin diperkatakan tentang buku ini sehingga saya tidak 'sayang' untuk menconteng dan menanda dengan 'highlight pen' dalam beberapa catatan penulis yang saya kira sungguh beri erti.

Perbanyakkan buku yang mengangkat Sasterawan Negara sebegini. Serius. Saya menginginkannya!
Profile Image for Husna Musa.
67 reviews
March 23, 2017
Sejujurnya belum ada satu pun karya Pak Samad yang pernah aku baca. Mungkin kerana sedikit terlewat pupuk minat membaca, apatah lagi bagi karya sastera.

Membaca coretan 30 orang penulis dari pelbagai latar belakang karier dan hubungan dengan Pak Samad ini seperti membaca sebahagian daripada sejarah hidupnya yang kini sudah menjangkau lebih tiga suku abad.

Dalam naskhah yang diterbitkan sempena ulangtahun kelahiran Pak Samad yang ke-77 ini, ada disisipkan pesan dan nasihat Pak Samad kepada penulis. Ada juga kisah suka duka bersama-sama Pak Samad yang dikongsikan oleh para penggiat karya ini.

Walaupun sedikit terlewat untuk aku mengetahui kehebatan Sasterawan Negara, aku jadi tertarik untuk lebih mengenalinya yang keras dalam redupnya ini.

Terasa mahu mencari karya-karyanya sesegera mungkin. Mungkin dimulakan dengan Hujan Pagi, yang banyak kali diangkat dalam naskhah ini!
Profile Image for Fur Abid.
227 reviews8 followers
May 3, 2021
Sebuah buku yang mengisarkan pandangan daripada pelbagai latar belakang kerjaya mengenai sosok seorang Sasterawan Negara yang amat dikenali, A. Samad Said.

Banyak kisah yang umum tidak ketahui berkenaan kisah perjuangan A. Samad Said dalam melawan PPSMI dan sebagainya. Watak A. Samad Said secara dekat dan jauh yang umum tidak pernah tahu, juga ada diceritakan di dalam buku ini.
Profile Image for Khairunnisaq.
Author 1 book1 follower
June 22, 2025
Salah satu buku terbaik yang saya baca tahun ini. Ia bukan hanya mengisahkan tentang Pak Samad, tetapi juga bagaimana realiti kehidupan orang-orang di balik dunia buku. I got this book for free di booth ITBM ketika PBAKL 2024. My dad picked it up sebab cermin mata saya sama dengan Pak Samad masa tu. Hahaha! Such a nice reads.
Profile Image for Nuraina Akmal.
57 reviews
January 4, 2020
Saya tidak mengambil masa yang lama untuk menghabiskan buku ini.

Pak Samad sangat istimewa di mata banyak orang.

Antara kisah yang banyak diceritakan:

1. Pak Samad mogok seni gara-gara kerenah birokrasi.
2. Pak Samad berhenti kerja dan yakin boleh menyara hidup dengan menulis.
3. Jika beliau lawan, beliau lawan betul-betul. Beliau pejuang asli.

Aaahhh, bilakah dapat lagi aku bertemu beliau? Kali pertama dan terakhir ialah di PBAKL tahun 2008.
Profile Image for Haslina Hashim.
10 reviews
March 13, 2020
Buku ini menjadi saksi, jika kita selalu menulis yang baik, indah dan bermanfaat, orang sekeliling kita juga akan menulis yang baik-baik dan yang indah-indah tentang kita.
Displaying 1 - 9 of 9 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.