Jump to ratings and reviews
Rate this book

Transit Cinta

Rate this book
Kategori: Si Manis 17 (Umum)

setiap manusia punya sejarahnya,
lalu dengan sejarah mereka menganyam masa depan


Akiff Firdaus, sedih sekali! Seluruh ahli keluarganya telah terkorban dalam sebuah nahas udara. Kehilangan itu membuat dunia yang luas terasa sempit tiba-tiba. Pertemuan semula dengan Diana, memacu dirinya untuk segera pulih membina sebuah hati yang baharu. Sayangnya Diana juga pergi tanpa pesan. Bagaimana pula jiwa yang sedang bertatih itu mahu kembali bernyawa jika satu-satunya ‘sang matahari’ dia hilang tanpa menunggu senja?

Aku seorang pencinta,
Yang memiliki cinta dan menawarkan cinta,
Yang menghargai cinta buat yang menghamparkan cinta,
Yang bahagia dalam sujud pada Sang Pencipta cinta.


Lalu, segala misteri perubahan Diana terungkai jua. Siapa sangka gadis yang pernah menjadi hamba Tuhan yang sangat dekat kepada Penciptanya itu berubah sedemikian rupa. Diana yang dahulu dan Diana yang kini ibarat matahari yang sedang menelan cahaya. Dia yang dahulu dan dia yang sekarang bagaikan api yang menyalakan dingin!

Lalu, di mana ‘cinta’ ini harus berlabuh?

* * *

IQBAL SYARIE menggunakan pengetahuannya sebagai penyelenggara pesawat untuk menulis cerita penuh pengisian ini. Akiff-Diana, dua watak yang terperangkap dalam takdir yang tidak tersangka, dan kecekalan mereka membawa ke Transit Cinta hakiki.

390 pages

First published February 1, 2012

2 people are currently reading
19 people want to read

About the author

Iqbal Syarie

3 books1 follower

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
9 (31%)
4 stars
10 (34%)
3 stars
8 (27%)
2 stars
1 (3%)
1 star
1 (3%)
Displaying 1 - 12 of 12 reviews
Profile Image for Wan Amalyn.
Author 1 book41 followers
March 14, 2012
Transit Cinta merupakan karya kedua penulis Iqbal Syarie bersama JS Adiwarna dan naskhah pertama yang saya baca walaupun novel pertama beliau Dia Yang Kunikahi (juga terbitan JS Adiwarna) lebih dulu saya miliki.

Saya ada satu perangai buruk yang tak boleh nak ubah, suka intai helaian-helaian akhir sesebuah novel sebelum memulakan pembacaan. Ya, saya suka main ngelat (jangan tiru tau!) Bukan apa, saya tidak suka mengusung rasa debar yang mengoncang dada hingga membuatkan saya hilang rasa aman! Saya lebih suka tahu penamatnya dan dari situ saya menghimpun rasa ingin tahu bagaimana penulis membawa kita tiba ke garisan penamatnya. Itu lebih membuatkan pembacaan saya aman aje. YA, lain pembaca lain caranya kan?

Jadi, itulah antara sebabnya kenapa Dia Yang Kunikahi belum lagi saya baca. Saya ingin mengumpul kekuatan diri untuk mengadap naskhah yang telah membuatkan hati saya jadi 'ngilu' (membaca ending)

Ok berbalik kepada Transit Cinta ini, ia berkisah tentang Akiff Firdaus. Dia hilang seluruh ahli keluarganya dalam sekelip mata. Bahkan dia hampir hilang pedoman juga. Namun berkat dorongan dan sokongan keluarga arwah ibunya, terutamanya Tok Ayah, Nenek, keluarga Pak Ngah & Paksu Man, dia bangkit. Dia bukan keseorangan. Dia masih punya keluarga yang menyayangi dan ambil berat tentangnya.

Kemalangan yang meragut nyawa seluruh ahli keluarganya dalam nahas kapal terbang tidak meleburkan impiannya untuk menjadi seorang Jurutera Penyelenggaraan Kapal Terbang. Malah menjadi pemangkin untuk dia mendalami bidang yang bersangkutan dengan kerjaya arwah ayahnya, Kapten Khairul Zaman, Juruterbang syarikat Swiftliner.

Di Kolej Penyelenggaraan Pesawat (KPP), dia menemui jati dirinya. Dia belajar mengenal erti sebuah 'perjuangan'. Berjuang untuk kebaikan di dunia di samping kecemerlangan untuk akhiratnya. Namun dia alpa, kerana kelancangan mulutnya dia hilang 'si dia'. 'Dia' yang dia sayang dan simpan rasa cinta dalam diam itu.

Kisah tentang Puteri Nur Diana yang berubah total. Daripada seorang gadis yang bertudung litup, yang menjaga bualannya, yang menjaga sahsiahnya, yang menjaga pekertinya, yang dahulunya seorang naqibah yang mendidik dan berkongsi pandang tentang islam, boleh berubah menjadi gadis yang melupakan tudung labuhnya, jadi gadis yang melupakan akhlak indahnya. Ya, dia berubah bagaikan matahari yang sedang menelan cahaya.

Dia ada sebab kenapa dia berubah. Ekoran tragedi berdarah yang berlaku pada keluarganya dia hilang arah. Dia hilang pedoman. Bahkan dia berputus asa dengan Tuhan! Namun Dia tidak pernah tinggalkan mereka yang alpa. Berjayakah Diana mencari jati diri yang hilang itu? Atau selamanya dia sesat dalam pencariannya?

Usai membaca naskhah ini apa yang boleh saya katakan... saya hilang kata-kata untuk sebuah naskhah yang sangat indah ini. Naskhah garapan Iqbal Syarie ini penuh pengisian. Sangat berilmu dan sarat dengan tazkirah-tazkirah yang diselitkan dengan cara dan situasi yang penuh berhemah. Saya membaca tanpa rasa diri di'ceramah'kan tapi inputnya menusuk terus ke hati saya. Di sebalik 'drama' yang dipaparkan ada ilmu yang diselitkan.

Saya sukakan bahasa penulis! Wah siapa sangka ya, bahasa 'Doktor' Kapal Terbang ini puitis dan memikat hati (saya lah tu!) juga. =) Dan siapa sangka penulis ini mampu bercerita dalam 'nada' yang romantik juga ya... hehehehe Kesudahan yang membuatkan saya mengulum senyum tanda suka.

Buat penulis, syabas dan tahniah! Sesungguhnya tujuan anda menulis novel untuk menyampaikan suara kepada semua sudah berjaya. Walaupun mungkin hanya pada saya seorang. YA, ianya sampai terus ke dasar hati saya yang terdalam. Tapi tak mustahil ada pembaca lain juga yang akan terkesan dengan naskhah yang indah lagi molek ini. Betul tak?

Bacalah moga bermanfaat untuk anda juga...
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
October 24, 2012
setiap manusia punya sejarahnya,
lalu dengan sejarah mereka menganyam masa depan [blurb novel]

Aku suka betul dengan blurb di halaman belakang novel ni. Tak tahu kenapa tapi ia beri satu inspirasi :D

Orang kata pengalaman mematangkan fikiran. Aku setuju kerana dalam naskhah kedua coretan adinda Iqbal, ternyata isinya lebih ummphh. Menggunakan dunia penerbangan sebagai jalan cerita, penulis nampaknya lebih senang melarikan penanya. Mungkin ia lebih mudah kerana itu dunia encik penulis :D

Akiff Firdaus, anak muda yang mahu bangkit selepas berdepan dengan kematian seluruh ahli keluarganya dalam sebuah nahas udara. Akiff ada Tok Ayah, Nenek, keluarga Pak Ngah & Paksu Man yang senantiasa menjadi tulang belakangnya dalam meneruskan hidup. Walaupun pada asalnya dia tak betah dengan semuanya, akhirnya dia temui sesuatu. Sesuatu yang berjaya memulihkan hatinya dengan pantas.

Aku suka melihat hubungan Akiff dengan Ben Hafiz [Ben]. Bagaimana Akiff sabar mengajak temannya itu ke jalan Allah. Dan bagaimana juga Ben begitu tegar membiarkan ajakan Akiff itu. Ia, hidayah bukan di tangan kita. Namun kedua-duanya tak pernah bermasam muka. Buatlah baik tanpa perlu kau kira berapa banyak kebaikan yang telah kau lakukan. Tertanya-tanya sama ada apakah aku sudah cukup baik dengan para teman di sekeliling? *wink*

Aku tertarik dengan kisah Puteri Nur Diana [Diana]. Sesiapa pun kita akan diuji. Dan bila jatuh, apakah kita mampu untuk terus berdiri? Dari seorang gadis yang mencintai Tuhan, dia berubah 360 darjah! Apakah luka di hati Diana begitu perit hingga dia seakan menidakkan takdir yang tertulis? Baik Akiff yang terlalu cepat menghukum atau pun Fatihin yang sabar mentarbiah Diana kembali, nyata aku lebih suka gandingan Diana-Akiff kih5

Dan aku juga suka dengan pengakhiran naskhah yang sarat dengan pengisian ini. Pengakhiran yang baik untuk Akiff, Ben dan juga Diana. Apatah lagi novel ini dipenuhi dengan tazkirah yang diselitkan dengan penuh bijaksana. Penulis tidak membiarkan aku ‘lemas’ dalam setiap tazkirahnya. Dan aku amat sarankan pada para pembaca. Bacalah untuk mengetahui ke mana cinta itu ‘ditransitkan’ oleh Iqbal Syarie :D

Ps: Mungkin lepas ni Iqbal boleh ‘bercerita’ tentang Sarah [adik Diana] yang ‘tertinggal’ di bumi Aberdeen? ;))
Profile Image for Nusrah.
25 reviews26 followers
June 30, 2012
Kalau scroll ke bawah, boleh tengok kak wan dah review buku ni dengan baik. :)

Saya senang dengan bahasa iqbal yang ringan, maksudnya tak terlalu puitis dan tak terlalu bahasa pasar. Kontra dengan entri yang selalu iqbal tulis dekat blog dia, content blog iqbal adakalanya agak berat juga untuk dihadam. Mungkin tu antara sebab saya boleh bagi 5 bintang dekat novel ni.

Iqbal dah berjaya hidupkan semua watak-watak penting dengan baik. Bermula dengan Akiff yang hilang tempat bergantung sebab keluarga Akiff terlibat dengan nahas kapal terbang sampai lah ke watak Diana yang juga punya titik hitam dalam sejarah keluarga Diana sendiri.

Setiap orang yang punya kisah jahiliyah dia sendiri akan ada satu titik perubahan yang unik dalam perjalanan hidup dia. Kadang-kadang titik perubahan itu Allah akan uji dahulu insan itu dengan ujian yang berat. Dan siapa sangka Ben merangkap kawan baik dan teman sebilik Akiff sendiri, berubah gara-gara ibu dan ayah Ben bercerai. Unik kan? Selalunya kalau ibu dan ayah bercerai atau ada masalah dalam hubungan mereka, mesti anak yang jadi mangsa tu berubah jadi lebih teruk. Tapi Ben tak, Ben berubah jadi lebih baik.

Semua yang diceritakan di sini rata-ratanya kisah yang biasa kedengaran bagi mereka yang sedang meniti alam lewat remaja. Kisah ikhtilat, dakwah, masalah 'hati' dan lain-lain.

Novel ini secara automatiknya jadi novel kedua yang saya sayang selepas Contengan Jalanan oleh Hlovate :)

p/s : Izzati, hutang saya yang kedua dengan awak dah habis. Lagi? :D
Profile Image for Azizah.
391 reviews6 followers
June 18, 2012
Alhamdulillah, saya membuat keputusan yang tepat apabila membawa naskhah ini menemani ke pesta buku di PWTC. Perjalanan yang panjang (kerana menunggu)memang terisi dengan keindahan bahasa dan juga dakwah yang disampaikan secara santai oleh penulis berbakat ini. Saya kira, penulis sudah sedikit matang daripada karya pertama, namun begitu masih ada lompong yang boleh ditampalkan untuk mengindahkan karya ini.

Perjuangan dua watak utama yang saya kira diolah secara tidak adil kerana watak Akiff lebih diberi penekanan tapi mungkin ia juga mencermin yang menggambarkan perjuangan penulis itu sendiri. Walaupun watak Akiff mendapat sokongan yang lebih daripada penulis, watak-watak sampingan masih memberi kesan kepada keseluruhan kisah di sebalik Transit Cinta ini.

Namun begitu, pada hemah saya karya ini akan lebih memberi isi jika watak Diana itu diberi ruang yang lebih luas kerana sudah pasti saya mahu 'bersamanya' ketika dia dekat dengan Penciptanya sehingga dia hilang nikmat syukur dan hilang keyakinan kepada Tuhannya dan paradigma yang dilalui sehingga dia mampu mendidik hati untuk kembali taat kembali kepada Penciptanya. Walaupun dihikayatkan Fatihin yang memberi rangsangan kepada Diana untuk mencari damai hati tetapi jalan susur untuknya kembali terlalu kurang diberi ruang dalam karya ini.

Namun begitu, nukilan Saudara Iqbal masih mempunyai suatu misteri yang harus dihadam dan digali untuk suatu perubahan sahsiah dan jalan hidup yang lebih baik di sisi Islam itu sendiri kerana betapa selama ini kita terlalu digula-gulakan sehingga kita hingga nikmat syukur dan yakin diri sebagai umat Islam.

Suatu karya suara generasi baru yang berani memberi pendapat tentang politik negara, agama dan bahasa yang indah dalam menyampaikan dakwah. Tahniah kepada penulis muda ini, walaupun saya sedikit terkilan kerana tiada pengakhiran kisah Sarah (adik Diana) yang berada di bumi Aberdeen. Bagaimana anak sekecil 10 tahun itu hidup sendiri dengan abang yang sudah dikristiankan dan juga datuk nenek yang memberi tekanan. Saya kira kisah si anak kecil ini pasti menarik jika dicoretkan.

Dan selepas 2 hari berkelana bersamanya saya dengan rendah hati memberi 4 BINTANG untuk usaha penulis muda ini. Moga beliau tetap istiqomah dalam langkah dakwah ini.

"Pemuda yang mati daripada dakwah, ialah pemuda yang mati tanpa dikuburkan" - Transit Cinta, 352.
Profile Image for Cik Pah.
290 reviews102 followers
March 29, 2013
Novel ini novel dakwah. tapi Cik Pah lebih nak review hikayat hati merpati sejoli.

Setiap musibah yang berlaku pasti ada hikmahnya. Tapi tanpa iman yang kuat akan menjauhkan kita daripadaNya. Akiff sekelip mata menjadi yatim piatu. Ibu ayah dan adik2nya terlibat dalam kemalangan diudara. Tinggallah dia menumpang kasih datuk, nenek, bapa saudara dan sepupunya Fatihin. Namun tragedi itu tidak mematahkan semangatnya untuk belajar dalam bidang yang diceburi ayahnya. Lain pula yang berlaku kepada Putri Nur Diana yang kematian uminya. Dari bertudung dia membuka aurat dan tidak segan silu berpelukan dgn lelaki selepas kecewa dengan takdir Allah. Ayahnya yang dikasihi terus dibenci kerana menjadi pembunuh uminya.

Teguran dari Akiff lelaki yang cuba mendekatinya semasa zaman persekolahan dulu menyentap jiwanya. Lalu Diana berhenti kolej dan membawa diri ke scotland menyusul adik2nya yang dijaga datuk nenek. Walaupun Diana berubah, tapi hati kecilnya masih belum tertutup menerima hidayah Allah. Pertemuan dengan Fathihin yang bercuti ke Scotland membuka hati Diana kembali semula kepada dirinya yang asal. Cabaran buat anak yatim diperantauan dan dijaga oleh orang bukan Islam. Diana sedih apabila dia tidak berjaya menyakinkan semula keislaman adik lelakinya yang mudah mempertaruhkan imannya dengan wang.

Akiff yang ditinggalkan dikolej meneruskan kehidupan pelajarnya bersama rasa bersalah yang menghantuinya. Dalam kesibukan belajar, Akiff cuba mengimarahkan surau dikolej dan kepimpinannya terserlah. Cerita selanjutnya lebih kepada usaha2 Akiff membimbing rakan sebiliknya Ben , aktivitinya mengimarahkan surau dan membantu sahabat Diana Eva yang tiada pegangan agama. Akhirnya melalui Eva , Akiff mencungkil rahsia hati Diana. Disangkakan pasangan dalam citer ini akan berakhir dengan pasangan yang berjaya tarbiah pasangan masing2 Akiff Eva dan Fatihin Diana. Rupa2nya Cik Pah salah menebak. Cerita percintaan yang biasa2 ini berakhir dengan perkahwinan setelah 3 tahun Diana menunggu Akiff menamatkan pengajiannya di UK. Fatihin pula berkahwin dengan Eva selepas diana mempertemukan mereka.
Profile Image for Su Zainudi.
155 reviews
June 30, 2023
Kalau diikutkan buku ni menceritakan tentang kisah Akiff dan Diana yang saling berkaitan. Namun, penceritaan berkenaan watak Diana seperti tidak diutamakan. Sampai satu tahap Diana seperti tidak wujud dalam buku ini. Keutamaan diberikan kepada rutin Akiff dan aktiviti dakwahnya. Diana muncul kembali disaat sudah di bab2 akhir. Bagi saya, jalan cerita boleh dikatakan melencong sebelum disambungkan balik. Ending bagaikan tergesa untuk setiap watak yang hanya disimpulkan dalam satu epilog. Tapi ada mesej yang ingin disampaikan oleh penulis dalam penulisan ini.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews106 followers
September 30, 2014
Naskah untuk dilepaskan; RM12.00. Pm je....

Sewajarnya naskah ini dipromosikan semula sejajar dengan peristiwa kehilangan MH370. Bukan mengambil kesempatan, tapi biar umum merasa sama apa yang dilalui oleh keluarga penumpang dan anak kapal pesawat malang tersebut. Biar kepiluan dan kesayuan seorang Akiff mempotretkan perasaan mereka yang ditinggalkan.

Selalunya aku ditemukan dengan naskah fiksyen berdakwah, tapi untuk TRANSIT CINTA.. aku lebih suka melabelkan ia sebagai dakwah berfiksyen. Atau mungkin kerana ini cerita anak2 remaja yang baru bertatih mencari diri.. plotnya agak jauh dari hati.

Dakwah yang disampaikan memang terang-benderang. Ada kalanya agak menyilaukan mata. Mungkin penulis boleh berguru dengan penulis senior seperti NS atau H (yang memang terbukti keberkesannya menyampaikan dakwah dalam fiksyen tanpa mengganggu perjalanan plot cerita itu sendiri). Ini karya pertama penulis untukku, dan kesimpulannya aku seperti terbayang-bayang pertukaran genrenya kepada sesuatu yang lebih serius dan ilmiah. Dan kelebihan sebagai penulis lelaki (yang bahasanya lebih keras dan lurus) boleh digunakan jika berhajat untuk menghasilkan karya2 sebegitu.

CUMA... agak terganggu dengan pembahagian plot yang 'ikut suka' antara pelaku2 utamanya. Ironinya ada watak yang ditinggalkan terlalu lama, terutamanya untuk plot Akiff dan Diana. Sedangkan pergerakan peristiwa berlaku pada masa yang sama. Bertambah kecewa bila rasa Diana dipilih sebagai penyudah cerita. Lebih manis rasanya jika Akiff yang melabuhkan tirai naskah ini kerana jika ditimbang, plot Akiff lebih mendominasi.

DAN... di mana sudahnya watak Sarah (adik Diana) setelah kematian nenek mereka?
Profile Image for Ummi Abibah.
12 reviews4 followers
March 21, 2015
Tajuk : Transit Cinta
Penulis : Iqbal Syarie
Bil m/s : 390
‪#‎ReviewBuku‬
~setiap manusia punya sejarahnya, lalu dengan sejarah mereka menganyam masa depan~
Berkisarkan kehidupan Akiff pelajar jurusan Aeroplane Turbine slpas kematian ahli keluarganya dlm nahas udara. Berlaku pertemuan semula dgn Diana iaitu gadis yg dulu pernah menjadi hamba Tuhan yg sgt dgn kpd Penciptanya tp kini telah berubah 360 darjh dr paksi asal. Cerita ni lebih menfokuskan kisah cinta kepada Pencipta melebihi cinta kepada manusia dan dapat dilihat melalui watak Akiff yg merahsiakan rasa hatinya sebelum meluahkan pada waktu yg tepat dengan bersyariat.
Penulis juga berjaya menarik perhatian pembaca dengan watak sampingan seperti Ben hafiz yg dulu jahil dipenuhi dengan karat jahiliah tp kembali kepada fitrah kerana fitrah manusia ialah dia mengharapkan dan memerlukan Tuhan. Dikembngkan lg dengan watak Eva , Kedd, Pa, Ma dan Fatihin. Watak Eva dan Fatihin yg mula-mulanya dianggap hanya sebagai watak biasa2 rupa-rupanya mempunyai kisah tersendiri. Bagaimana kehidupan Arif aka Arique yg terumbang-ambing slps kematian uminya dan Sarah yg masih dpt diselamatkan akidahnya. Gaya penulisan penulis yg santai dan lebih berdasarkan realiti hidup kini.
** 3 bintang utk penulis
Profile Image for Auditory Hallucination.
29 reviews17 followers
July 7, 2015
TRANSIT CINTA By Iqbal Syarie

Alhamdulillah. Done reading. Mula2 dulu tak nak pun beli buku ni, tapi setelah dipaksa2 dan dipujuk2 oleh my lil sis yg asyik ckp buku ni best lah apa lah, akhirnya beli jugak. Hehehe. Oh, tak sangka buku ni dah lama terbit, since 2012, tapi aku baru beli on June 2015. Heh, nasib baik menarik. Tak menyesal beli. Dgn baca buku ni dpt jugak kutip ilmu, bukan takat baca kosong je. Cerita tentang Akiff, Diana, Fatihin (mula2 aku igt Fatihin ni perempuan tau, hahahaha), Ben, Eva, and others buat aku sedar tentang banyak perkara. Bagi aku buku ni banyak bagi pengajaran and boleh dikatakan one of my catalysts to be a better person. ^_^ Kudos to the writer, sebab ni 1st time aku baca karya dia and maybe I'm gonna give a shot on other books written by him.

Profile Image for Hafizul Osman.
66 reviews3 followers
August 30, 2012
Eva senyum simpul. Lepas tahap pertama, sekarang tahap kedua pula.
"Dia minta saya tolong tanya lagi, boleh tak awak tunggu dia?"
Diana terkejut besar. Wajahnya kelam. "Tunggu apa?"
Tunggu dia datang melamar."
-Transit Cinta, m/s 370-
Displaying 1 - 12 of 12 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.