Jump to ratings and reviews
Rate this book

50 Tip Motivasi Haji & Umrah

Rate this book
“Ia bukan isu tandas tetapi bangunlah untuk berqiamullail. Bukankah itu tujuan sebenar kenapa ibadah haji mahu dilaksanakan?”
Kami tidak menyangka terdapat jemaah yang membantah.
“Bagaimana mahu solat malam di Mina, khemah penuh sesak, hendak berdiri pun tidak boleh?”
“Solat dan bermunajat di luar khemah”
“Angin gunung, sejuk. Saya tidak tahan”
“Pakailah Long John, termal atau solat, bermunajat dan berzikir di dalam khemah sambil duduk”
“Khemah sempit, tidak selesa”

Ya benar, secara umumnya ibadah haji tamat dengan tawaf wida'. Persoalannya, apakah motivasi dan inspirasi tersebut mesti terhenti setelah kembali ke tanahair?
Tip-tip yang dikemukakan kelihatan biasa tetapi dijadikan luar biasa oleh kedua-dua penulis dengan mengekalkan nilai-nilai santai dan bersahaja.

216 pages, Paperback

First published April 30, 2011

3 people are currently reading
61 people want to read

About the author

Raudzah ''Roza'' Roslan

24 books53 followers
Roza Roslan atau nama sebenar beliau Raudzah Roslan adalah mantan pensyarah di Universiti Teknologi MARA. Beliau kini bertugas di Universiti Taibah, Madinah.

Beliau dilahirkan pada 2 Januari 1967 di Jementah, Segamat, Johor. Beliau berkelulusan Diploma Perbankan UiTM Terengganu, BBA (Hons) Pengurusan Sumber Manusia UiTM Shah Alam dan seterusnya M.A Pentadbiran Bisnes di universiti yang sama.

Beliau juga adalah isteri kepada penulis bestseller Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim yang menulis buku Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman dan Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok. Kisah beliau banyak termuat di dalam karya suaminya yang banyak menceritakan pengorbanan dan sokongan beliau dalam menjalani hidup beragama.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
36 (64%)
4 stars
15 (26%)
3 stars
5 (8%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 9 of 9 reviews
Profile Image for Ririn Aziz.
794 reviews106 followers
January 6, 2020
Hadis Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah s.w.t. berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari-lari anak.” H.R. Abu Hurairah

Bagi orang yang berfikiran positif dan sentiasa bersangka baik pada Allah, maka hanya nikmat dan hikmah yang diperolehinya walau apa dugaan yang mendatang.

Membaca tulisan Prof. MKI dan Puan Roza ini penuh dengan aura positif. Mereka sentiasa bersangka baik dan bersyukur. Niat mahu beribadah bersungguh-sungguh ketika menunaikan ibadah haji itu digunakan sebaik-baik mungkin. 50 tips yang dikongsikan dalam buku ini, dan bagi saya hanya mereka yang benar-benar bersungguh mahu beribadat serta jiwa dan fikiran yang lapang yang mampu melihat hikmah di sebalik segala perbuatan. Bukan hanya mengikut dan merungut bila keadaan tidak sebagaimana yang diharapkan.

Semoga Prof. MKI dan Puan Roza sentiasa dalam lindungan serta rahmat-Nya dan mendapat pahala berterusan untuk ilmu yang dikongsikan.

Dan supaya kita semua juga berjaya meningkatkan iman dan sentiasa bersangka baik terhadap segala ketentuan-Nya.
Profile Image for Noral.
115 reviews6 followers
February 6, 2019
Alhamdulillah ditemukan dengan buku ini. Pertama kali aku didedahkan dengan penulis oleh arwah bonda yang dicintai, melalui.buku travelog haji.

Buku ini punyai informasi dan nasihat yang bermanfaat untuk semua muslim. Semoga kita semua mendapat haji mabrur dalam msa terdekat ini, insyaAllah.
Profile Image for حزا ليني.
33 reviews2 followers
March 28, 2013
Finally finished reading this, I rated full mark despite of rating it 4 star previously. Very good tips provided by the authors for those who wants to go for Hajj & Umrah. Tips given are basically based from their experiences and most of all from the heart. That's the specialty about this author, humble, honest and manage to bring their readers a touch of feeling that are indescribable.
102 reviews
November 30, 2021
Buku yang patut ada dengan org yang akan ke tanah suci. Buku yang sangat menarik. Tak rugi beli buku nih. Beli buku nih untuk mak ayah haritu yang akan ke tanah suci. Alhamdulilah mak ayah suka sangat sebab lengkap.

Beli yang ebook version je sebab tak sempat beli yang physical version.

Sapa nak link dia nah saya letak kat sini.

https://www.e-sentral.com/book/info/1710
Profile Image for F. Hanim.
176 reviews
May 1, 2018
Finally.

Quality time for quality content.
Profile Image for Reena.
78 reviews5 followers
April 16, 2019
Buku ni bermula dengan kisah macam mana seorang isteri yang teringin sangat nak tunaikan haji tetapi keinginan isteri ini dibalas dengan jawapan sinikal dari sang suami yang belum bersedia, “kita masih muda, lambat lagi hendak mati”....“nanti susah hendak buat dosa” dan lain-lain lagi
.
Tapi apa sebenarnya yang bermain dalam fikiran suami ialah ‘takut tak nampak Kaabah’ memandangkan ramai yang bercerita tentang bayaran ‘cash’ yang akan diterima di Tanah Haram akibat kesalahan yang dilakukan. Namun berkat kesabaran dan doa tanpa putus dari isteri ini, selepas 6 tahun mereka dapat jejaki kaki ke Mekah 🕋
.
Pada kita, penulisan yang dibuat oleh penulis cukup dekat dengan hati sebab penulis menganggap dirinya sama seperti orang-orang ‘biasa’ yang selama ini lalai dengan kehidupan dunia. Jahil, tidak tahu membaca Quran, tidak pandai berdoa dalam bahasa Arab dan amal ibadat yang tidak seberapa. Namun akhirnya diberikan ilham oleh Allah untuk berubah menjadi lebih baik
.
Jadi doa yang disediakan dalam buku ini pada kita walaupun ringkas tapi cukup personal bagi penulis
.
Banyak perkara yang ditulis dalam buku ni memberi inspirasi buat kita. Harap satu hari nanti kita dan suami juga berpeluang untuk sama-sama jejakkan kaki mengerjakan Rukun Islam ke-5. Semoga Allah makbul 💕
52 reviews3 followers
February 28, 2018
Alhamdulillah, buku yang benar2 menjentik iman dan minda, dalam masa yang sama menaikkan semangat untuk berusaha sehabis baik ketika menunaikan fardu haji. Tips yang logik dan pasti boleh dilaksanakan. AllahuAkbar, semoga diri dan suami serta ahli keluarga yang lain dijemput Illahi bagi menunaikan ibadah haji, dipermudahkan ketika beribadahdan sekaligus beroleh haji mabrur in shaa Allah...Allahumma Amin...
Displaying 1 - 9 of 9 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.