Jump to ratings and reviews
Rate this book

Tidak Aku Bersuara

Rate this book
Peristiwa hitam yang berlaku terus menghantui dirinya.
Ke mana dia pergi, sejauh mana dia berlari.
Segalanya masih tidak dapat dihilangkan dari ingatan.
Maruahnya tergadai, harapannya berkecai dan lelaki
yang bertanggungjawab masih lagi bebas.

Perlukah disuara apa yang berlaku?
Tidakkah malu kalau semua orang tahu?
Buat seketika, Jeslina memang benar-benar buntu.

Namun.. akhirnya dia sedar, kalau tidak dia bersuara?
Semua lelaki yang durjana itu akan terus bermaharajalela.

680 pages

First published January 1, 2007

2 people are currently reading
21 people want to read

About the author

Norhayati Berahim

65 books208 followers
Novelist prolific writing since the age of 17, up to now has produced over 40 novels.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
13 (33%)
4 stars
8 (20%)
3 stars
12 (30%)
2 stars
5 (12%)
1 star
1 (2%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews106 followers
April 4, 2016
Selalunya untuk watak pelaku utama karya penulis ini boleh diibaratkan seperti sebutir benih; dicampak ke laut menjadi pelantar carigali, ke darat menjadi petrol station dan ke akaun mampu menjelmakan berbilion-bilion.... ahaks

Untuk naskah ini, Jeslina dilukiskan dengan warna yang berbeza. Mangsa 'kekalutan' ibu bapa mengejar kerjaya juga mangsa 'kebinatangan' jantan yang sepatutnya menjadi pelindung. Jeslina dirogol berkali-kali oleh bapa saudaranya, Hj. Taib ketika berusia 15 tahun. Tapi, dek kerana malu (lebih kepada ketidakhargaan kepada diri sendiri akibat di'buang' keluarga) peristiwa hitam tersebut disembunyikan. Trauma kejadian tersebut terus menghantuinya sehingga perkahwinannya musnah.

Biarpun, semua watak diberi kesudahan seadanya...namun aku sendiri sukar menerima watak utama sebegini. Sepanjang pembacaan, asyik ditemani dengan 'kalau'...'kalau'....'kalau' dan 'kalau'. Biarpun aku faham dan sedar apa yang diplotkan adalah hakikat sebenar kes rogol sumbang mahram, namun apabila dah terbiasa dengan watak2 wirawati yang sering disajikan, watak seperti Jeslina tidak mampu memikat hati.

(for me)... tidak banyak karya penulis kita yang mengangkat darjat seorang wanita biasa sepertimana yang selalu dilakukan oleh penulis ini lewat karya2nya.

Peace

Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
February 13, 2013
TAB sebenarnya membawa isu yang cukup besar. Kisah anak gadis yang dicabul kehormatannya oleh keluarga sendiri. Jeslina; anak bongsu dalam keluarga Azman dan Khatijah. Dek kerana keadaan ketika itu Jeslina dihantar ke kampung di bawah jagaan ibu Azman. Memang tidak adil untuk Jeslina kerana dia seakan-akan dipinggirkan.

Mungkin benar Azman dan Khatijah amat menyayangi Jeslina tetapi ada masanya actions speak louder than words. Dan kerana itu Jeslina hidup dengan caranya tersendiri. Apatah lagi di usianya 15 tahun, dia dinodai oleh pak longnya sendiri. Tiada tempat mengadu dan tak tahu bagaimana mahu bersuara. Dia cuba berkongsi rasa dengan Odin; sepupu dan anak pak long yang durjana itu. Tetapi apalah yang Odin boleh lakukan?

Masa berlalu dan peristiwa itu menyebabkan Jeslina tegar memilih jalannya sendiri nun jauh di Glasgow. Puas sudah Azman dan Khatijah memujuk Jeslina pulang, tetapi itu semua tiada makna buat Jeslina. Hati yang luka dan trauma masih lagi membelenggu. Mujur ada Dr Budi Utomo, pensyarah yang menjadi tempat Jeslina mencurahkan rasa. Segala-galanya. Luar dan dalam kisahnya dibuka. Dan di sisi Dr Budi, rupa-rupanya hati yang keras itu sudah bertunas rasa cinta.

Pemergian ayahnya yang mengejut menyebabkan hati Jeslina cair. Dia jatuh kasihan pada ibunya. Namun dalam masa yang sama dia masih tidak selesa di rumahnya sendiri. Sebelum ayahnya meninggal dunia, ayahnya sudah berpesan pada Dato’ Mohid agar memujuk Jeslina untuk kembali tinggal di Malaysia. Jeslina amat menyenangi keluarga Dato’ Mohid terutama isterinya yang lumpuh tetapi bukan Razman; satu-satunya anak pasangan itu.

Razman rupanya sudah tertarik pada Jeslina. Dan kerana itu Dato’ Mohid bagaikan melihat itu cara terbaik untuk memujuk Jeslina kekal di Malaysia. Sekaligus dapat memenuhi impian terakhir sahabat baiknya. Mudahnya kan kita buat keputusan bagi pihak orang lain? Alahai... kasihan lagi Jeslina!

Perkahwinan yang diatur umpama jerat. Dengan peristiwa lampau yang masih belum dilupa dan kehadiran Razman yang sedikit terburu-buru dan egois. Mampukah Jeslina menghadapi semuanya?

Walaupun isu yang dilontarkan cukup besar tetapi seakan-akan kurang rasa. Mungkin kerana watak Jeslina yang agak goyah. Dia bisa hidup sendirian dan mandiri di luar negara tanpa bantuan keluarganya tetapi bila dia kembali ke Malaysia, dia tiba-tiba saja jadi lemah. Begitu juga dengan penamatnya yang aku kira sedikit terburu-buru. Konfliknya sudah panjang dan tiba-tiba end up macam tu je. Eh!

Atau mungkin kerana aku dah baca Roti Canai Salad Taco dulu, makanya aku rasa novel ini biasa-biasa saja *wink* Tetapi ya, ini rasaku mungkin tak sama dengan kamu ;D
Profile Image for Qayiem Razali.
892 reviews85 followers
May 26, 2014
Habis sudah baca. Karya NB tetap terbaik. Cumanya kisah macam ni tak kena dengan jiwalah. Apa2 pun karya ini masih terisi dengan pengajaran dan informasi yang membina.
Displaying 1 - 3 of 3 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.