Jump to ratings and reviews
Rate this book

Gulai Pisang Ikan Masin

Rate this book
Kenangan I

“Memang dasar lembiklah kau ni! Macam pondan... itu pun dah nak nangis, cubalah tahan sikit!”

“Mana ada budak jantan yang nak kawan dengan dia. Itu fasallah dia pun lembik macam perempuan!” kata Leman Kemek sambil ketawa.


Kenangan II

“Oiii… lembam, kau cari apa tu?” tanya Atan Gemuk sambil mengunyah tebu.

“Amboi, ko tengok tu! Bukan main sombong lagi labi-labi sekor ni. Aku tanya pun tak nak jawab!” Leman Kemek menongkat basikalnya.

“Ipin!” Mereka menjerit nama Ipin serentak.

“Adoiii!!!” jerit Ipin kuat; sambil menyapu mukanya yang berlumur 'krim' betik.

Ipin atau Ariffin, sentiasa dibuli oleh Leman Kemek, Jemair, Pejai dan Atan Gemuk. Salmah, Hanim dan Latifahlah menjadi heroin yang selalu menyelamatkannya. Hidup dia sentiasa diuji. Dia kehilangan emaknya ketika berusia 12 tahun. Dia terpaksa berhenti sekolah kerana menjaga ayahnya yang dikatakan gila. Bagaimana Ipin dapat menghadapi liku-liku hidup yang penuh dengan ujian ini sehingga dewasa?

Oh ya, macam mana pula akhir kisah cintanya dengan heroin Kampung Sempadan Hulu, Cik Tipah Loyar tu? Amboi, tak padan dengan lurus bendul, ada hati dengan anak ketua kampung!

SZALIES membawa kita kembali ke zaman kanak-kanak. Gulai Pisang Ikan Masin mematangkan Ipin menjadi lebih baik hari ini. Jom bersama Ipin, ‘bergelak-menangis’... serta ‘bersenyum-duka’.

477 pages, Paperback

First published January 1, 2011

2 people are currently reading
14 people want to read

About the author

Szalies

2 books1 follower

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
4 (12%)
4 stars
13 (39%)
3 stars
12 (36%)
2 stars
3 (9%)
1 star
1 (3%)
Displaying 1 - 11 of 11 reviews
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
May 31, 2018
tinggal di kawasan sawah padi, kampung yang riang ria dengan kanak-kanak yang suka bermain sana sini. ada saja perkara yang dilakukan. rasa seperti agak sukar nak jumpa keadaan seperti itu masa sekarang. siapa yang pernah lalui saja akan rasa kemanisan saat itu..

penulis membawa pembaca mendalami satu kisah kehidupan biasa. suka dengan gaya dan olahan penulis. setiap selang seli kini dan masa lalu buat pembaca terus-terus hanyut dalam pembacaan. ipin, seorang kanak-kanak yang agak malang, kematian ibu dan ayahnya pula, seman tol dikatakan gila. ada saja tingkah ayah ipin yang buat long deraman sakit hati. long deraman ni orang kaya dikampung mereka, ayah pada latifah.

masa berlalu, mereka membesar dan dewasa dengan kehidupan masing-masing. serius, penulis sangat menjaga ketelitian dalam penyampaian buat pembaca teruja nak tahu apa jadi seterusnya. bapak ipin terus dengan 'penyakitnya', ipin dengan kerajinan bekerja kampungnya, long deraman terus dengan angkuhnya dan latifah terus dengan kejayaannya. rupanya ada kaitan antara mereka. kaitan dari kisah masa lampau dan muncullah watak mangsa dan pemangsa...

kasih sayang. itulah yang diterapkan dalam karya ini. sesama manusia, sesama keluarga, sesama hati dan yang penting pada Ilahi. bila sayang pada Ilahi lenyap atau alpa, itulah yang buat mula bertindak luar dari pemikiran. sanggup gunakan jalan yang tak elok untuk capai matlamat. dendam, marah, sakit hati... memang milik manusia. kemaafan itulah, walaupun payah tapi yang paling indah...
Profile Image for Juliza.
208 reviews29 followers
April 11, 2012
Novel ini pastinya sudah menjadi salah satu novel kegemaran hamba. Penceritaannya mengingatkan hamba pada cerpen-cerpen yang kita baca sewaktu sekolah. Begitu ringkas dan sederhana tapi cukup nostalgik. Novel ini membawa bersama elemen nostalgia yang sukar sekali untuk kita temui dalam sastera moden yang berlambak di pasaran sekarang. Dan, ya, nilai nostalgianya itu sungguh indah.

***
Gulai Pisang Ikan Masin mengisahkan tentang seorang pemuda di Kampung Sempadan Hulu bernama Ipin (merangkap jurupandu pembaca untuk 'bersiar-siar di kampungnya') bersama bermacam kenangan pahit dan manis hidupnya sedari kecil sehingga dewasa.

Ipin terpaksa berhenti sekolah seusia 12 tahun setelah kematian ibunya dan demi menjaga bapanya, Seman Tol yang dikatakan gila. Seawal usia 12 tahun itulah Ipin belajar untuk mendewasakan dirinya seiring masa dan keadaan. Dia memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga tatkala teman-temannya yang lain meneruskan persekolahan. Di kampung itu Ipin membesar dari seorang budak lembik yang sering dibuli menjadi seorang dewasa yang sangat rajin.

Kekurangan dari segi pendidikan formal di sekolah tidak menjadikan Ipin kurang dari rakan-rakan sepermainannya ketika kecil seperti Tipah dan Leman Kemek yang jelas berkerjaya. Ipin malah tetap berjaya dengan usaha dan keazamannya sendiri. Usaha berganda-ganda yang datang dari kesungguhannya menunaikan janji kasih pada Tipah. Dan, walaupun sering dihina dan diperlekehkan oleh orang kampung terutamanya Long Deraman, bapa Tipah, Ipin telah membuktikan bahawa dia mampu mengubah kehidupannya.

Dan, di saat dia sudah berkeyakinan untuk menunaikan janjinya pada Tipah, hinaan dan tentangan Long Deraman pula menjadi halangan. Dan bermula dari halangan itu, kisah silam Long Deraman dan bapa Ipin iaitu Seman Tol pula terbongkar. Kisah silam yang menjadi halangan lebih hebat untuk janji kasih Ipin dan Tipah. Kisah yang akhirnya membawa Ipin pergi dari Kampung Sempadan Hulu untuk merawat hatinya sendiri.

Namun, bolehkah dia terus berdendam sehingga ke akhirnya? Bolehkah dia benar-benar pergi sedangkan hatinya masih di kampung itu? Dan, adakah Tipah akan terus setia menunggu atau menerima saja Leman Kemek yang siang-siang menyatakan kesudiannya? Apa pula sebenarnya kisah silam antara Seman Tol dan Long Deraman? Dan, benarkah ayah Ipin memang benar-benar gila?
***

Menariknya Gulai Pisang Ikan Masin ini kerana 100% latar belakangnya ditulis tentang kehidupan seharian masyarakat di kampung. Jarang sekali novelis zaman sekarang mengetengahkan latar belakang sebegini sepenuhnya dalam novel mereka. Dan, pada hamba Szalies telah berjaya dengan caranya sendiri untuk mengingatkan kita tentang keindahan kampung dan bagaimana warna-warni masyarakatnya yang memilih untuk tidak menambah kesesakan lalu lintas di kota (hehehe).

Novel ini berjalan dengan rentak yang sederhana walaupun adakalanya sedikit lambat kerana banyak sekali babak imbas kembali. Namun, kerana babak sebegitulah nilai nostalgianya begitu terasa dan mulalah hamba bernostalgia juga tentang zaman kanak-kanak hamba. Dan, mungkin kerana itulah setiap babak dalam novel ini terasa begitu dekat di hati. (^_^)

Dan, hamba suka cara penulis mengisahkan kisah cinta Ipin dan Tipah dalam novelnya ini. Kisah cinta yang tidak kurang dan tidak pula terlalu berlebihan. Sedang-sedang saja cara penulis mengolahnya dan hamba kira itu sangat releven dengan latar belakang cerita yang fokus pada kehidupan masyarakat kampung.

Hanya satu yang hamba rasa 'terkurang' dari novel ini iaitu kesinambungan kisah Halimah, anak Usu Samad. Hamba menanti-nanti sehingga bab terakhir untuk penulis mengembangkan watak gadis kampung yang menaruh hati pada Ipin ini tetapi sayang, tiada. Mungkin juga penulis ingin lari dari klise kisah cinta yang bersegi-segi tetapi masih, hamba harap setidak-tidaknya watak ini diberi peluang untuk 'bernafas' dalam Gulai Pisang Ikan Masin. Dari tulisan saja, hamba bagai dapat membayangkan kecomelan Halimah :-).

Kesuluruhannya, hasil jemari seni Szalies ini tidak menghampakan dan mungkin boleh menjadi antara novel yang hamba tidak akan 'segan' untuk syorkan kepada pembaca lelaki. Sebuah naskhah umum yang tidak sarat tentang kisah percintaan (yang mungkin tidak digemari oleh kebanyakan pembaca lelaki :-P) walaupun masih bertunjang pada paksi itu. Dan, sekali lagi, sebuah kisah yang membawa nostalgia dan kenang-kenangan.
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
July 27, 2012
Aku beli novel ni kerana kulit novelnya [teruk perangai!]. Dan ketika mula membacanya ada rasa bosan yang menjengah. Bila sudah sampai suku cerita baru graf membaca naik ;D

GPIM sebuah kisah yang ‘mahal’ nostalgianya. Aku kata begitu kerana isi ceritanya mampu membawa kita kembali pada kenangan di kampung. Ini memang bukan cerita stereotaip sang jejaka hebat bercinta dengan anak gadis tercantik. Tidak. Ini sebuah kisah cinta yang biasa-biasa saja. Itu pun sebenarnya kisah cinta Ipin dan Latifah hanya penyeri, bukan cerita pokoknya.

Apa yang buat aku terpaku dan terus membuka helaian demi helaian adalah kerana rasa yang ‘hidup’. ‘Hidup’ kerana ia membawa aku kepada kehidupan seharian masyarakat di kampung secara totalnya. Aku tabik dengan keberanian Szalies bermain dengan latar belakang kampung ini. Dan jujurnya aku kira beliau berjaya meyakinkan aku [sekurang-kurangnya aku la yang membacanya kan?] tentang realiti kehidupan anak-anak kampung.

Kisah Ipin yang perlu berhenti sekolah kerana perlu menjadi tonggak keluarganya memang selalu dilihat di kaca televisyen. Namun bila ia diolah dengan baik oleh penulis, ia mampu mengundang rasa simpati dan kasihan pada Ipin. Apatah lagi dalam usia yang muda dia perlu menjaga ayahnya; Seman Tol yang sudah mereng. Kehadiran watak-watak lain amat penting kerana ceritanya berjalan bersama watak-wataknya jua seperti ayah Latifah; Long Deraman dan Leman Kemek.

Apabila Ipin bertemu kembali dengan Latifah dan Leman Kemek setelah dewasa, di saat itu dia terasa jauh kerana pastinya dia tidak punya apa-apa berbanding dua temannya yang sudah berkerjaya hebat. Dan di saat ini aku mengerti sesuatu. Kita ini manusia sama saja, punya perasaan, punya hati, punya sensitiviti dan punya maruah. Andai salah satunya tercalar, kesannya tetap sama. Hati akan terluka, jiwa akan merajuk.

Baru perasan, aku tak bercerita langsung tentang sinopsisnya kan? Let it be. Aku mahu kamu yang teringin membacanya mencari novel ini. Cuma ingatan, pada yang sukakan kisah romatinca de amor, rasanya ini memang bukan novel anda ;)
Profile Image for tengkusitihasmah.
85 reviews47 followers
January 29, 2019
Jalan ceritanya menarik. Ada babak-babak yang mencuit hati, sampai tersenyum-senyum dalam lrt.

Cerita berlatarkan sawah padi, kebun dan kampung, rasa macam tonton drama RTM (tak tahu kenapa!).

Tapi bagi saya olah ceritanya kurang menarik, ada bahagian-bahagian yang saya rasa terlalu meleret dan berulang-ulang.

Bila saya membaca saya suka bayangkan watak tu rupanya macam mana, tapi watak Ipin ni kurang pengenalan, rupanya macam mananya, gayanya macam mana. Yang tahu cuma dulu dia lembab, bile dah besar dah tak lembab. Mungkin ada disebut rupanya, cuma saya terlepas pandang. Haha

Percintaan antara Ipin dengan Latifah juga kurang. Jadi bila babak pinangan ditolak, berpisah tanpa rela kurang menjentik hati. Padahal saya ni senang sangat menangis kalau baca buku.

Ini buku pertama dari penulis yang saya baca. Mungkin first time baca kot, tak biasa dengan cara penulisannya.


Jadi 3 bintang.
2 reviews2 followers
December 12, 2011
Kisah yang sangat bernostalgia. Kelakar santai sambil disajikan dengan kisah berlatarkan suasana kampung yang damai. Kampung yang sentiasa dirindui oleh setiap perantau.. Kisah konflik masyarakat sosial bertambah manis dengan sulaman cerita cinta Ipin dan Latifah. Kupasan flashbak yang sangat kemas hingga membangkitkan rasa rindu 'anak-anak kampung' akan segala peristiwa dulu-dulu. Ia mampu membuatkan kita tersenyum, ada ketikanya sangat menyentuh emosi dengan kenangan yang dibangkitkan.
Profile Image for Mahfuzah Abdul.
50 reviews1 follower
August 6, 2012


buku ini menghampakan saya kerana gaya bahasanya yang x berapa ummmpppp pada pandangan saya
jalan cerita dah ada cuma dari segi pengolahan tu kurang berseri orang kata
jadinya saya hanya baca gitu2 je sebab takut membazir duit membelinya.
Profile Image for MamaErra.
387 reviews1 follower
November 30, 2011
Ipin & Tipah

Imbasan kenangan di zaman kanak-kanak...tapi zaman aku dulu-dulu ada la...kanak-kanak sekarang ada ke kenangan yang sebegini?
Profile Image for Emma.
20 reviews
November 10, 2012
Cerita yg dkt di jiwa yg sukakan suasana kg dan persekitaran kehidupan masyarakat melayu. Bagaimana kita suka menggelar org lain....
14 reviews
August 17, 2015
Hai. Saya nak jual novel ini dengan harga RM11. Sesiapa yang berminat boleh PM saya :)
Displaying 1 - 11 of 11 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.