Benarkah cinta mampu wujud di pertemuan pertama? Hareez Riffqal yang menganggap andaian itu hanya sebuah dongeng, mula merasakan kebenarannya setelah bertentang mata dengan Aira Hanna. Kehadiran gadis itu mula menerbitkan rasa aneh di jiwanya. Bagi Aira Hanna pula, kehadiran Hareez Riffqal perlu dielak. Dia tidak mahu melibatkan diri dengan lelaki kasanova itu. Kenyataannya, mampukah dia berterusan melarikan diri dan membohongi diri sendiri sedangkan kata hatinya semakin nyata? Mampukah cinta itu terus dipertahankan andai curiga yang menjadi racunnya?
Best sangat novel ini. Saya suka dengan penceritaan dan gaya bahasa penulis yang mudah faham. Watak utama ialah Aira Hanna, seorang anak yatim piatu yang tabah mengharungi ujian hidup dengan adanya sahabat baik seperti Nissa dan Watie. Mengenali Hareez Riffqal telah memberi Aira satu perasaan cinta yang tak pernah Aira rasa pada mana-mana lelaki. Kenal tak lama, Hareez melafazkan cintanya pada Aira. Pernikahan mereka dirahsiakan dari keluarga Hareez serta kawan-kawan rapat mereka. Fitnah yang ditabur Rizal, kawan Aira satu universiti dulu menjadi padah bila Hareez halau Aira keluar dari rumah tanpa sempat Aira beritahu dia mengandung. Enam tahun kehilangan Aira, selama itulah juga Hareez dilanda penyesalan namun Hareez tetap tunggu Aira. Walaupun macam kisah cinta biasa namun keseluruhan jalan cerita sangat menarik dan menghiburkan. Saya suka keakraban persahabatan di antara Hareez, Syamsul dan Kamal.
Novel favorite! Jalan cerita yang sederhana tetapi penuh dengan roller coaster emosi dari lucu, suka, bahagia, marah hingga pilu. Tiada adegan rogol, sihir atau benda-benda yang menjengkelkan. Banyak nilai moral disampaikan seperti nilai kesabaran, kepercayaan, kesetiaan, persahabatan, dan juga bagaimana kata-kata boleh menghiris hati orang yang tersayang dan meninggalkan penyesalan yang amat dalam. Gaya penulisan Aira Aliff yang sangat mengasyikkan dapat menghidupkan watak-watak dan membuat kita bagai berada di dalam kasut mereka. A must read.