Alivia yang masuk ke Adam Gordon High School dan tinggal di rumah cucu pengasas sekolah itu, Bennett, mula keliru. Shawn, putera yang pernah menyelamatkannya ketika kecil dulu tidak seperti yang disangka. Malah si setan Bennett juga tak se-setan yang disangka. Namun tatkala keadaan semakin kelam-kabut, motif sebenar Shawn dan masa lalu Bennett mula tersimpul bagai benang takdir yang saling mengikat. Berlarilah Alivia untuk membebaskan diri dari kekusutan yang muncul dan di kala dia di dalam kesusahan, muncul putera berparut di tangan kiri untuk menyelamatkannya sekali lagi. Adakah memori silam akan mula membayangi masa depan Alivia?
刘怡廷 Born in Perak, Kaoru has been enthusiastic about comics ever since she was old enough to grasp a pencil and draw. No wonder she became the first female cartoonist in Malaysia to ever appear in manga-influenced style. While her works are very neat simple yet exotic it has revolved around on more love-oriented stories although still preserving the sense of intellectuality and substance. With the likes of "Siri Maskeret Cinta" she also has produced a series of action adventure graphic novels aptly titled "Helios Eclipse."
She's been in love with comics ever since she was old enough to grasp a pencil and draw. No wonder she""s the first female cartoonist in Malaysia to ever appear with manga influenced style. Finalist Story Comic Category Oriental Animation & Comic Competition 2005 Beijing
Bosan sikit dari buku pertama yang agak baik jalan ceritanya. Sebab dah boleh agak kot apa akan jadi seterusnya. Sudah semestinya Bennet adalah tsundere. Apa terjemahan terbaik tsundere ke bahasa melayu ye, cengeng , benci-tapi-mahu, bentama?
Dipendekkan cerita, sebenarnya Bennet memang ada hati dengan adik Shawn iaitu Dorothy, tapi Dorothy dah suka dengan lelaki lain walaupun pada mulanya memang Dorothy suka Bennet. So, Bennet sanggup buat apa je untuk protect Dorothy daripada terluka.
Dalam komik ni jugak muncul watak Taylor, iaitu butler kepada Bennet. Rebecca dan Shawn muncul sebagai watak jahat dan ingin membalas dendam.
Now the puzzle seems to fit, I just realise Shawn’s intention and tbh, the story is getting more interesting. And learning bout the characters and their baggage really explain why they act in a certain way. I didn’t expect much from a middle grade manga but it really is above my expectations bcs they’re all just a bunch of kids at school. It’s teenage love, jealousy, social class, ethics, etc. Simple yet enjoyable story.
Agaknya hidup Alivia memang fikir pasal cinta je ke? Puas hati aku dia kena game. Jalan cerita makin menarik, ada plot twist, dan ada cliffhanger dekat penghujung Bab 8.
Jalan hidup Alivia bersambung dalam buku kedua! Sejujurnya, Alivia dalam persimpangan dilema nak pakai baju yang diberikan oleh Bennet atau Shawn. Seorang budiman yang peramah. Shawn ni best friend Bennet. Sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Mimpi masa tertidur dalam kelas pulak tu! 😵💫
Bennet dan Shawn, dua dua ada plan mereka sendiri. Tapi, yang tersepitnya siapa? Alivia! Konflik ini menjadikan Bennet sangat kecewa dengan Alivia. Alivia pun kesal, takut Bennet bencikannya.
"Ni barulah tingkah laku dan ekspresi kau yang sebenar bila betul betul bencikan seseorang. Langsung tak ada perasaan marah ataupun sedih. Cuma bagai terserempak anjing dengan kucing berkelahi je"
So bila Bennet buat tak tau je dekat Alivia, dia rasa sakit sangat. Bagai ditusuk beratus-ratus pisau. Maybe Alivia tak sedar agaknya yang dia dah mula sukakan Bennet. Sebab tu la rasa camtu 😩 Dan sebab tu lah, walau apa cara Shawn berusaha untuk tawan hati Alivia, Alivia memilih Shawn sebagai kawan sahaja.
"Tak kiralah betapa sempurnanya mimpi tu, kita akan terjaga gak suatu hari nanti"
Di penghujung komik ni, Alivia mengajar kita etika asas di meja makan dan cara yang betul makan burger, full course dinner of french cuisine, set penuh makanan tradisional Jepun.