Buku ini mengisahkan susur galur kehidupan seorang sasterawan negara yang namanya tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Penanya tidak akan berhenti selagi nyawa masih dikandung badan. Kisah kehidupan yang sering dipaparkan dalam karya-karyanya, semata-mata untuk mengangkat martabat sastera tinggi di mata masyarakat.
Autobiografi ini bukan hanya berkisar tentang diri seorang sasterawan saja tetapi juga mewakili diri seorang guru, pendakwah, pengembara, seorang lelaki yang pernah jatuh cinta, penganggur, pelajar, penulis rencana, pengkritik, budayawan, malah seseorang yang cuba mendekatkan diri dengan parti politik berparti.
Dato' Haji Shahnon bin Ahmad (born 1933 in Sik, Kedah) is a Malaysian writer, a National Laureate, and a former Member of Parliament. He was awarded with the National Literary Award in 1982. He is also a Professor Emeritus at Universiti Sains Malaysia in Penang.
Shahnon has written a number books, one of the most notable being Shit @ PukiMak @ PM (1999), a controversial political satire. The book makes allegorical references to the ruling coalition government, Barisan Nasional (BN), its major component party, United Malays National Organisation (UMNO), and former Malaysian Prime Minister Mahathir bin Mohamed. There were attempts by the government to ban this book and to strip Shahnon of his literary title.
Some novels written by Shahnon include Ranjau Sepanjang Jalan (1966)—which has been adapted into a film called Rice People directed by Cambodian film director Rithy Panh, Rentong (1965), Srengenge (1973)—which won the Malaysian Novel of the Year in 1970, and Terdedah (1965).
Shahnon is also a member of opposition political party PAS. In the 1999 general election, he contested in the Parliamentary constituency of Sik (P.13) in which he won. He did not contest in the 2004 general election which saw PAS losing that seat to BN.
Bacaan yang mencabar kerana beliau tidak bercerita secara langsung tentang kisah hidupnya, namun semuanya diceritakan lewat karya-karyanya mulai dari cerpen dan novel yang pertama diterbitkan hingga cerpen mutakhir sehingga buku ini diterbitkan. Membaca autobiogfi SN ini seolah-olah membaca kesemua karya beliau. Apa yang lebih mengkagumkan, setiap apa yang dilihat memberi ilham untuk beliau menukang karya. Contohnya, melihat sungai lalu terhasil cerpen sungai dan banyak lagi.
Beliau bukanlah sekadar menghasilkan karya-karya fiksyen, namun beliau juga banyak menulis tentang kritikan sastera, serta bercerita tentang beberapa karyanya yang tak dapat diterbitkan. Karyanya banyak dikritik, terutama apabila karyanya tidak memihak kepada politik arus perdana dan menjelaskan bagaimana cara kita berdepan dengan pelbagai kritikan dalam hidup. Bagi saya, satu nasihat serta panduan yang sangat berguna apabila diuji dengan kritikan. Sebagai pensyarah di USM, beliau juga memberi panduan kepada kita bagaimana menulis tesis yang bagus. Beliau juga memberi contoh kertas kerja yang dibentangkan di salah satu seminar. Selain itu, oleh kerana kekangan kesihatan, beliau banyak bercerita tentang idea-idea atau ilham-ilham yang tak dapat dijadikan sebagai karya. Beliau namakan ‘awan terus bermendung tapi hujan tak juga turun’.
Membaca buku ini seolah-olah membaca pembikinan setiap karya yang pelbagai ragam dan corak itu. Terasa bagai mahu mencari kesemua karya-karya yang beliau sebutkan itu. Andai masa mengizinkan, saya bercadang menyenaraikan kesemua karya yang beliau sebutkan dalam buku ini. Insyaallah. Lantas menjadikan ia satu koleksi peribadi.
Saya sarankan buku ini kepada semua peminat sastera serta semua lapisan masyarakat kerana ia bukan sekadar buku autobiografi namun ia lebih dari itu.
Buku ini merupakan sebuah autobiografi Sasterawan Negara, Prof. Emeritus Shahnon Ahmad. Namun, begitu saya lebih menyukai buku Detik-detik Diri di Daerah Daif. Untuk bacaan buku ini, saya sangat teruja membaca bab-bab berkaitan komentar terhadap novel Shit, latar belakang penghasilan cerpen Lagu Kitkitkit dan Kalau Ibu Sampai Takah Tiga dan kritikan terhadap novelet TiVi.