Pada Sayap Burung Helang mengisahkan kebangkitan kembali semangat maritim dalam kalangan bangsa Melayu di seluruh alam Melayu, setelah segala-galanya musnah akibat Perang Dunia Kedua.
Dengan modal yang tersisa dan semangat dan semangat yang tidak pernah patah, Darusi bersama-sama adiknya Abdul Razak,seperti debu phoenix yang bangkit dari kehancuran dengan membina perkapalan moden berdasarkan teknologi canggih dan ilmu pelayaran yang baharu.
Memang hebat, kerana bukan sahaja mereka ingin menakluk dunia maritim, malah dunia politik dan dunia perdagangan di darat!
Novel ini merupakan buah tangan terakhir Arena Wati yang dibina denagn idea besar seorang perakam lautan, setelah novel Sukma Angin, dalam Trilogi Bara-baranya. Novel yang lain ailah Rindu Aroma Padi Bunting, yang memperlihatkan tersebarnya kehebatan bangsa Melayu ke seluruh dunia.
Walaupun Arena Wati tidak sempat menatap karyanya ini, namun idea besarnya dapat dijadikan rujukan bagi membangun sebuah bangsa yang berpaksi kepada agama, sebagai sumbangan terakhir seorang Sasterawan Negara.
Laporan Panel Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2010/2011 (Genre Novel) Sayap Burung Helang karya Sasterawan Negara Arena Wati membawa persoalan besar tentang keperkasaan dan kebijaksanaan bangsa Melayu dalam bidang perniagaan antarabangsa yang berpusat di alam Melayu dan di Amerika Syarikat. Dalam bentuk representasi ideologikal, bangsa Melayu digambarkan sebagai pewaris dunia yang bertanah air dan megah berdaulat: tanah airnya luas dan kaya, melingkungi kepulauan Melayu yang bukan sahaja kaya dengan penghasilan bumi tetapi juga budaya dan tatasusila hidup yang bersendikan agama Islam. Alam Melayu merupakan antara kerajaan besar di dunia yang memiliki sistem perundangan dan politik sendiri. Untuk mewajarkan kebenaran ini, pengarang menghidupkan watak-watak utama yang terdiri daripada orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu dan tokoh-tokoh dari kepulauan Indonesia. Mereka menjadi keluarga besar melalui perkahwinan dan bekerjasama erat dalam bidang perekonomian, ketenteraan, dan ilmu pengetahuan di peringkat antarabangsa. Ideologi yang besar dalam novel ini ialah meletakkan bangsa Melayu sebagai pemain dunia dagang antarabangsa dan umat yang berilmu, setanding atau bahkan mengatasi bangsa di dunia Barat yang sering dilabelkan sebagai bangsa agung.
Novel ini dapat digolongkan sebagai novel polifonik, iaitu suatu konsep yang diperkenalkan oleh Mikhail Bakhtin: “Ideanya tersampai secara ilmiah, tanpa kelihatan suara pengarang secara langsung. Dunianya tersendiri dan bersifat antonomi dan ideanya tidak terlahir daripada watak tertentu sekiranya terbina melalui struktur keseluruhannya.
______________________ *Novel ini antara lima buah novel yang telah disenaraipendekkan untuk pertimbangan peringkat akhir, Hadiah Sastera Perdana (HSPM) 2010/2011.
Arena Wati adalah nama pena dari Muhammad bin Abdul Biang alias Andi Muhammad Dahlan bin Andi Buyung (lahir di Jeneponto, 20 Juli 1925 – wafat di Cheras, Malaysia, 26 Januari 2009 pada umur 83 tahun), sastrawan negara Malaysia asal Indonesia. Ia juga memakai nama pena lain seperti Duta Muda dan Patria. Selama tiga tahun (1986-1989) pernah menjadi dosen tamu di Universitas Gadjah Mada (UGM) Yogyakarta.
Masa muda Arena ditempunya di Makassar. Ia menjadi pelaut sejak 1943 dan pada usia 17 tahun sudah jadi nahkoda kapal. Sekitar tahun 1954 ia telah menetap di Malaya dan bekerja di lingkungan penerbitan majalah "Royal Press" dan penerbitan "Harmy". Tidak lama kemudian, dia pindah ke Johor Baru bekerja pada penerbitan Melayu Ltd,, selama lima tahun. Tahun 1962-1974 bekerja di Pustaka Antara, Kuala Lumpur.
Novel pertamanya, Kisah Tiga Pelayaran, terbit tahun 1959 di Singapura. Setelah itu menyusul Lingkaran (1962), Sandera (1971), Bunga dari Kuburan (1987), Kuntum Tulip Biru (1987), Sakura Mengorak Kelopak (1987), Panrita (1993), Sukma Angin (1999), Trilogi Busa (2002), Trilogi Armageddon (2004), dan Trilogi Bara Baraya. Ia juga menulis buku-buku kajian sastra dan kebudayaan.
Penghargaan tingkat internasional yang diraihnya adalah Penghargaan Sastra Asia Tenggara, SEA Write Award, dari Raja Thailand pada tahun 1985 dan Sastrawan Negara dari Pemerintah Malaysia tahun 1988.
Arena Wati menikah dengan Halimah Sulong dan dikaruniai enam anak. Ia wafat akibat gangguan pada paru-parunya.
Novel berlatar belakang zaman sebelum dan selepas Perang Dunia ke-2. Bukanlah sebuah kisah klise seperti kesusahan hidup zaman perang atau cabaran hidup selepas perang berakhir tetapi kisah tentang para pedagang Melayu merentas samudera berjual-beli dan menceburkan diri dalam perniagaan. Mereka datang dari pelbagai tempat - ada dari Makassar, Kuala Lumpur, Selangor lalu mengembara ke Amerika Syarikat bagi membina empayar keluarga. Mereka berniaga dari satu tempat ke satu tempat, terbang ke sana ke mari menghadiri mesyuarat sambil cuba menepis halangan komunis, pemberontak dan pemimpin yang masih belum mengerti erti kebebasan. Mereka berdiri atas kaki sendiri, tiada dana kerajaan, tiada bantuan tabungan pemimpin, tiada sokongan mana-mana pejabat. Mereka berusaha bagi menyerlahkan upaya bangsa di mata antarabangsa.
Membaca novel ini seolah-olah melihat sempadan negara-negara di dunia dirobohkan dan lautan bagai tiada badai bagi menghalang perjalanan mereka saban waktu. Novel ini unik, mungkin kita sukar percaya kejayaan orang Melayu sebelum merdeka yang membina empayar perniagaan tetapi pasti ada kisah-kisah tersembunyi yang tidak kita ketahui seperti yang terpapar dalam Pada Sayap Burung Helang.
Dalam antara buah tangan terakhir yang dikerjakan dalam keuzuran ini, Pak Arena membawa kita menelusri empayar dagang berasaskan maritim sebuah keluarga besar dari Nusantara di Malaya-Maksar-Amerika. Benarlah, untuk menguasai dunia, kita harus menguasai laut.
Pak Arena turut menjentik hal-hal politik sekitar tahun 1950-an di KL dan Selangor, pergolakan Jakarta (Jawa) dan Makassar (Sulawesi). Trademark beliau - perkahwinan campur dan perkahwinan politik di samping peranan adat turut kental dalam novel ini.
Untuk memahami keseluruhan plot novel ini, saya akui saya gagal. Barangkali ini pertama kali saya membaca karya Arena Wati dan paling penting buku ini sebahagian daripada Trilogi Bara-baraya. Jadi, saya perlu melengkapkan pembacaannya. Membaca buku ini membuatkan saya harus akui, saya mengagumi pengetahuan luas Arena Wati - bukan sahaja menguasai pengetahuan tentang sosiopolitik sejarah sahaja, malahan pengetahuan tentang seni bina, perkapalan dan masakan! Kita sendiri secara tidak langsung telah berasa kita menjadi warga dunia yang serba mahir dan gagah di persada antarabangsa. Maritim - sebuah bidang kekuasaan bangsa-bangsa di nusantara, raja di lautan dan turut membiakkan tradisi anak-anak perantau.
Pertama-tama sekali Al-Fatihah buat Allahyarham Arena Wati. Semoga beliau dirahmati Allah s.w.t. Amin... Penulisannya sangat baik namun bagi diri saya, saya merasakan ceritanya terlalu berat untuk dijadikan pembacaan santai. So, overall it's not a book to enjoy by the beach.