What do you think?

Koleksi Ulama Nusantara
Koleksi Ulama Nusantara ini merupakan himpunan karya-karya Hj. Wan Mohd Shaghir 'Abdullah mengenai sejarah biografi ulama Nusantara, yang pernah diterbitkan dalam akhbar Utusan Malaysia, pada ruangan 'Ulama Nusantara', setiap hari Isnin, bermula tahun 2004 - 2009. U
Jilid pertama ini mengandungi 50 tokoh ulama yang terdiri dari serata Nusantara, dimulai dengan perbicaraan Tokoh Ulama dan Mufti Pulau Pinang iaitu Syeikh 'Abdullah Fahim.

204 pages, Paperback
First published January 1, 2009
About the author
Wan Mohd Shaghir Abdullah
44 books21 followersNama lengkap beliau berdasarkan jalur sebelah bapanya ialah Haji Wan Mohd. Saghir bin Haji Wan Abdullah bin Haji Wan Abdur Rahman bin Haji Wan Abu Bakar bin Wan Ma'aris bin Cik Wan Taksim al-Qumari al-Juhuri al-Fathani bin Datuk Bendahara Lingkai al-Juhuri al-Fathani.
Dari jalur sebelah ibunya pula adalah Haji Wan Mohd. Saghir, ibunya bernama Hajah Wan Zainab binti al-'
Alim al-'Allamah Syeikh Wan Ahmad (Syeikh Ahmad al-Fathani) bin Syeikh Haji Wan Muhammad Zainal 'Abidin bin Syeikh Haji Wan Mushthafa bin Wan Muhammad Faqih bin Muhammad Zainal 'Abidin @ Faqih Wan Musa bin Wan Muhammad Shalih bin 'Ali al-Masyhur al-Laqihi.
haji Wan Mohd Shaghir Abdullah adalah seorang pemikir dan pengkaji sejarah khazanah ulama silam Asia Tenggara. Beliau mula menjalankan penyelidikan dan pengembaraan seawal usia 12 tahun, yang mana jiwanya sangat kuat memperjuang dan mempertahankan pegangan ulama silam dunia Melayu yang berpegang dengan aliran Ahlus Sunnah wal Jama'ah. Beliau kembali ke rahmatullah pada hari Khamis, 24 Rabi'ul Awal 1428/12 April 2007, jam 11.30 pagi, pada usia 62 tahun. Dimaqamkan di Tanah Perkuburan Gajah Mati, Pendang, Kedah bersebelahan ulama tersohor, iaitu Syeikh Wan Ibrahim bin Wan Abdur Qadir al-Fathani (Pak Chu Him) dan Syeikh Wan Ismail bin Wan Mustafa al-Fathani (Ismail Che Doi).
Beliau menghasilkan ratusan judul karya dalam pelbagai koleksi yang menjadi sumber rujukan, antaranya adalah koleksi Transliterasi Kitab, koleksi kertas kerja Ulama, koleksi Pengenalan Bersiri, koleksi BIografi Ulama Asia Tenggara, koleksi Kitab Arab dan Melayu/Jawi, koleksi Kitab Wakaf, koleksi surat dan pelbagai dokumen, koleksi Artifak Warqah Maklumat berupa manuskrip, gambar dan lain-lain, koleksi karya ilmiah berupa artikel dalam Utusan, Berita Harian, Majalah Dian, Dewan Budaya, Dakwah, al-Islam dan Kibat

Ratings & Reviews
Friends & Following
Create a free account to discover what your friends think of this book!
Community Reviews
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
August 25, 2011
Satu catatan yang istimewa mengenai biodata dan latar belakang para ulama di tanah air dan nusantara Melayu. Himpunan ini sewajar ditelaah oleh generasi kita bagi mengenal ulama dan susur galur kehidupan, pencapaian dan sumbangan kepada agama dan masyarakat. Tidak banyak buku yang dikaitkan dengan personaliti ulama-ulama terdahulu, namun keberanian Allahyarham Haji Wan Mohd Shaghir Abdullah dalam mengedungkan koleksi ini suatu langkah yang bermakna. Terima kasih kepada penerbit Khazanah Fathaniyah bersama keluarga Allahyarham dan dukungan staf yang terlibat dalam merencana naskhah ilmu ini.
May 19, 2015
i like that..
Displaying 1 - 2 of 2 reviews