Ishak Haji Muhammad (14 November 1909 - 7 November 1991) atau lebih dikenali sebagai Pak Sako merupakan seorang penulis yang giat menulis sekitar tahun 1930-an sehingga 1950-an. Ishak Haji Muhammad adalah seorang nasionalis negara. Kelibatnya bermula pada era sebelum kemerderkaan dan pascamerdeka. Gagasan yang ingin diperjuangkan oleh Pak Sako ialah penyatuan Melayu Raya yang mana Indonesia, Malaysia dan Brunei disatukan dalam satu serumpun.
Nama Pak Sako bukanlah satu nama asing bagi negara kita terutama dalam bidang kesusasteraan. Pak Sako sebenarnya adalah jolokan kepada nama Isako-san yang dipanggil orang-orang Jepun. Nama sebenar Pak Sako adalah Ishak Hj. Muhammad. Pak Sako juga dikenali juga dengan nama samaran seperti Anwar, Hantu Raya, Isako San dan Pandir Moden.
Payah untuk tidak menyukai tulisan hebat air tangan Pak Sako. Tiap patah yang tercetak dalam himpunan cerpen ini benar-benar bagus setiap satunya, tiada apa yang mampu aku komentar lagi. Setiap bacaan akan membuat kau bagaikan terlontar pada periode yang diperincikan sehalusnya. Jadinya, agak tidak adil untuk memilih salah-satu daripada himpunan antologi ini sebagai cerpen kegemaran kerana nyatanya aku suka semuanya. Mungkin kalau Pak Sako masih hidup hingga ke hari ini, beliau mampu memberikan buah fikirnya tentang isu sosial/demografik/politik semasa yang pastinya tidak lekang ditelan zaman.
Lama juga ambil masa nak habiskan karya Pak Sako yang satu ini. Barangkali faktor latar masa cerpen-cerpen yang dihimpunkan ini sekitar 1930-an hingga awal merdeka, terasa sedikit penat untuk memahami serta menjiwai cerita-cerita yang dinukilkan Pak Sako. Pak Sako adalah antara pejuang nasionalisme yang lantang bersuara melalui mata penanya semasa zamannya. Perjuangannya ini dicurahkan sepenuhnya dalam banyak karya-karya beliau, termasuk dalam himpunan cerpen-cerpen ini.
Untuk anak Malaysia generasi ke-tiga yang rata-ratanya lahir lewat 1980-an seperti saya (awal 90-an), pasti akan berasa tidak senang duduk membaca cerpen-cerpen ini, kerana seperti yang disebutkan dari awal, unsur nasionalisme (atau lebih tepat; unsur kemelayuannya) amat tebal. Hujah-hujah tipikal pejuang nasionalisme melayu seperti hak orang Melayu akan dirampas oleh bangsa lain, Tanah Melayu akan tergadai jika kaum Melayu tidak bersatu, bangsa Cina dan India hanya memikirkan nasib bangsa mereka sahaja, dan banyak lagi diadun dengan kemas sekali oleh Pak Sako.
Tetapi itulah realiti pemikiran masyarakat Melayu pada ketika itu, yang saya pasti semakin berubah. Saat ini, saya rasakan anak muda Malaysia sudah tidak memandang bangsa itu sebagai suatu batu penghadang, dan semakin lama rasa prejudis itu semakin dikikis, ke arah membina masyarakat yang lebih matang.
Pun begitu, Pak Sako juga turut menyelitkan kritikannya terhadap golongan pemimpin dan bangsawan orang Melayu, yang semasa zaman itu hanya bersikap sambil-lewa; memakan rasuah, berzina, berjudi. Ini adalah suatu perkara yang menarik kerana kritikan Pak Sako ini bertentangan dengan pemikiran feudal orang melayu ketika itu yang terlalu mengagung-agungkan pemimpin sehingga tidak kisah silap mereka.
Untuk akhirnya saya kira himpunan cerpen-cerpen ini sesuai dibaca oleh mereka yang mahu mengkaji pemikiran Pak Sako dan perjuangan nasionalisme melayu.
Sejujurnya, ini buku pertama karya Pak Sako yang saya baca. Inipun sempena tema sastera untuk Suri Membaca dua bulan yang lepas. Saya selalu bingung, jika mahu berkenalan dengan tulisan seseorang karyawan besar, orang sastera, seharusnya dimulakan dengan membaca karya besar mereka dalam bentuk novel atau cerpen? Seperti Pak Sako yang lebih dikenali dengan karya Putera Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila berbanding dengan himpunan cerpen seperti ini.
Namun akhirnya saya memilih untuk membaca himpunan cerpen ini, lebih kepada untuk mengenali gaya bahasa dan penulisan seorang Ishak Haji Muhamad ini. Saya tidak memilih novel kerana saya lebih bersifat mahu mencuba.
Ternyata, karya seorang yang digelar "Gergasi Kesusasteraan Melayu" ini walaupun tidak dianugerahkan sebagai Sasterawan Negara memang tidak mengecewakan. Walaupun himpunan cerpen ini mengambil latar masa tahun 1930-an dan sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, tetapi pengajaran di sebalik cerita-cerita yang disampaikan masih sangat releven sehingga kini. Tanpa menafikan latar garis masa yang terlalu jauh itu kadang-kadang menyebabkan pembaca perlu mengambil sedikit masa untuk memahami dan menghayati beberapa adegan yang disampaikan yang sememangnya tidak pernah dilihat dan sukar untuk dibayangkan.
Saya menyukai kebanyakkan cerpen yang terhimpun dalam naskhah ini, terutama ada beberapa cerpen yang terselit unsur 'humor' dan 'plot twist' yang tidak disangka-sangka. Saya juga suka cerpen-cerpen yang berkisar tentang rumahtangga dan mengambil latar persembahan melalui surat-surat.
Saya suka gaya bahasa dan lenggok penulisan Pak Sako. Ternyata latar belakang beliau sebagai seorang wartawan berpendidikan Inggeris yang juga pernah menjadi majistret ini sangat mempengaruhi gaya penulisan beliau yang dilihat lebih berterus terang dan jelas dalam menyampaikan sesuatu. Beliau merupakan seorang penulis yang merupakan seorang tukang cerita yang sangat bagus.
Selepas ini, berhasrat mahu terus membaca novel karangan beliau pula.
A superb compilation of short fictional stories written by late Pak Sako (Ishak Hj Muhammad). It was written during Malaysian pre-independence era during WWii circa 1939-1941 which mainly was a fictional story that occurs around Malay Peninsula and Batavia.
I used to read this books back in 90's as my late father purchased this books but lost it during our shift back to northern part of Malaysia.
It was a nice journey reading this book. Once you read this books, your mind travels to the time of that era. The way of arranging words were identical during that era.
If you love reading old Malay literature this is the one i would recommend. Another one is 'yang nakal-nakal' by Usman Awang
I might have judged the book a little too prematurely. I found it appallingly ethnocentric at first, but I slowly realised it is a product of a bygone pre-Merdeka era. It's a nice book to read if you have loads of time, if you want to get into the minds of all these old folks waving their kerises in the air shouting "Hidup Melayu!" I understand why they lament that us young people don't get it when they insist on treating the Malays as if they're handicapped in their own country because of foreigners (who are viewed collectively, not individually). I understand their past struggles. But as insensitive as it is, that problem is now dead and irrelevant. This book and the pro-Malay/anti-foreign-culture sentiments it carries with it are important in the progress of understanding how independence came about and how difficult it was to achieve it. However, those sentiments are a thing of the past. I never brought myself to finish it, but I will read these short stories intermittently for years to come, just to make myself appreciate how far we've come.
Huruf-huruf yang segar dan bernyawa. Cerpen-cerpen terlalu kuat dengan sentimen ke'melayu'an. Sentimen ini bagi aku releven pada waktu itu kerana waktu ia ditulis, Tanah Melayu masih belum merdeka. Waktu itu Cina dan India masih dianggap pendatang. Maka setelah merdeka sentimen ini haruslah kita jilat sendiri memandang kita sendiri yang menerima mereka sebagai penduduk Tanah Melayu sebagai syarat merdeka.
Satu perkataan; ia absurd. Selain itu, sukar untuk menyukainya dan .. lara cuma akan baca sekali dan tidak ada lain kali. Zaman sudah berubah, gayanya, isi cerpennya, tema semangat kebangsaannya barangkali nyaris akan dicop rasis dan membikin kucar kacir (memang mungkin itu asal tujuannya dulu) kalau terbit di zaman ini.
I really i like the late pak sako's writing style. When i read this book, it throws me back to that stated era, which is pre-independece era. Really can feel the era. Some of the short story that we can relate to our new society as well...
For us, you are always be remembered as one of the national warriors, alfatihah to him