Antara buku terbaik Affandi Hassan. Sudah berkepuk dan kuning kertasnya. Aku pernah ada buku ini suatu masa dulu. Dan pernah aku berikan kepada bekas kekasihku. Sebab ia terlalu bagus. Sebaik sahaja aku dah putus, aku rasa sangat menyesal. Rasa penyesalan itu datang membuak-buak. Aku baru perolehinya semula, rasanya dua tahun lepas. Beli online melalui penjual buku lama/terpakai di internet. Buku Hikayat Buyung Lurus karya beliau juga cuba meniru pendekatan/jalan/gaya buku ini, tetapi tak dapat. Kisah-kisah pendek (yang bersambung-sambung) dalam buku ini memang betul-betul mengesankan. Gaya Espen Affandi Hassan sangat menarik dan kuat, ini yang tidak ada atau jarang ada pada penulis baru yang gemar menulis ayat dan dialog-dialog pendek lagi remeh. Nak tahu pengarang itu kuat atau tidak, ia tidak sekadar nak menghabis/membazirkan ruang. Tak tahulah, itu pandangan aku. Maksudnya antara ruang benar-benar dimanfaatkan semaksimanya, diisi penuh. Dan Affandi Hassan ini misterius, jarang atau tak pernah berjumpa di khalayak, rumahnya pun kau tak tahu di mana, jika pelancaran bukunya, dia pun tak ada. Dan dia salah seorang pengarang yang aku hormati. Selain Tampang Sasterawan dan banyak lagi bukunya, ini antara yang terbaik.