Terjemahan yang cukup baik. Misalnya, teks daripada cerita asal berbahasa Jerman ini:
"Manntje' Manntje, Timpe Te, Buttje' Buttje in der See, Meine Frau, die Ilsebill, Will nicht so, wie ich gern will."
diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu sebagai,
"Manja-manja si ikan sayang, Aku datang atas desakan, Timbullah, timbullah, Hatiku tak tenang, Hajat si isteri harap tunaikan."
Terjemahan tidak menjejaskan estetika teks asal.
Cerita rakyat Malaysia dan Jerman ini disusun secara rawak. Sekiranya ingin mengetahui sama ada cerita ini berasal dari mana, perlu rujuk halaman belakang buku ini. Selain itu, membaca cerita rakyat ini agak menggamit kenangan—tatkala saya masih kecil, cerita rakyatlah menjadi peneman saya.
Bacaan ringan yang sesuai untuk seisi keluarga. Kisah dongeng dan cerita rakyat daripada Malaysia dan Jerman ini tidak jauh bezanya. Sarat dengan moral dan nilai-nilai murni.
Jika di Malaysia kita terkenal dengan Sang Kancil sebagai haiwan yang cerdik, Jerman pula kenal dengan kecerdikan landaknya. Banyak lagi kisah-kisah yang menarik untuk dijadikan iktibar.
Susunan buku ini juga menarik. Setiap kisah disusun dengan Bahasa Melayu diletakkan di hadapan dan Bahasa Jerman diletakkan di halaman seterusnya. Kalau berminat..boleh juga mendalami Bahasa Jerman =)
Terima kasih pada Institut Terjemahan Malaysia yang bertungkus lumus dalam menterjemah kisah-kisah yang boleh dijadikan panduan hidup. Semoga lebih banyak kisah dongeng dari serata dunia dapat dikumpul dan diterjemahkan.
Sejak akhir-akhir ni bacaan aku banyak kepada kisah-kisah dongeng yang aku rasa punya sesuatu yang kuat yang susah aku nak terjemahkan dalam bentuk ayat. Mujurlah aku dah jumpa dalam buku ni di bahagian penutup. Meh aku kongsi.
"Lagenda dan kisah memberikan gambaran kepada pengkaji tentang kehidupan, cara berfikir, dan perasaan rakyat amnya dan bukan sekadar pandangan seseorang pengarang. Herder melihat bangsa sebagai sebuah organ yang alamiah dan oleh itu baginya, puisi rakyat ialah semacam puisi alam. Dengan itu, pengkajian filologi memberikan makna yang cukup penting bagi proses (Herder, 1883) yang dalam dunia penyeledikan moden, disebut nation building."
Buku yang aku baca ni rosak. Terdapat muka surat hilang dan cerita yang tak sempat aku baca ialah Mahsuri dan Bagaimana Buaya mendapat Gigi.