Kesatuan Melayu Muda (KMM) merupakan parti politik Melayu pertama ditubuhkan pada tahun 1938 dan dipimpin oleh Ibrahim Yaacob. KMM sering dianggap sebagai pelopor jalur politik moden Melayu yang dirujuk sebagai 'Golongan Kiri Melayu'. Secara umumnya, ahli sejarawan bersetuju bahawa politik moden Melayu terbahagi kepada dua jalur yang ketara - kiri dan kanan - sejak 1930-an. Dua jalur ini dibezakan oleh penolakan dan juga kedekatan mereka dengan kecenderungan dan ideologi kiri; latar belakang pendidikan pimpinan mereka dan keluasan pengaruh Indonesia. Kajian ini meletakkan konteks asal usul Golongan Kiri Melayu dalam kerangka struktur sosial yang berubah semasa persekitaran kolonial pada dekad 1930-an, khususnya kemunculan elit baru yang secara sosialnya berbeza daripada aristokrat tradisional. Dihujahkan bagaimana elit baru ini semakin tidak berpuas hati dan hilang sabar terhadap kepimpinan tradisi dalam perjuangan menentang pentadbiran kolonial dan mengusahakan pembentukan masyarakat majmuk.
Sebelum membaca ini, aku pernah juga baca buku tokoh kiri yang lain. Masa tu baca Ahmad Boestamam, terbitan UKM dan juga buku Abdul Majid Salleh (dalam PKMM dan kesatuan buruh). Pernah suatu hari aku ke pustaka, membaca satu buku sudah lupa apa tajuknya, ia tentang fakta yang berlebih-lebihan tentang golongan kiri yang ditulis tokoh-tokohnya. Jadi di situ buat aku perasan ada banyak perspektif berbeza tentang sejarah golongan kiri. Rentetan itu telah membawa aku kepada pembacaan buku ini. Aku ada dua versi buku ini dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, yang bahasa Inggeris tu aku beli tahun 2015, sedar tak sedar aku terbeli yang bahasa Melayu punya juga. Dan aku nak meringkaskan apa yang arwah Rustam A. Sani tulis di dalam kajiannya ini.
SIFAT ‘GOLONGAN KIRI MELAYU’
Secara umumnya, Politik Malaysia secara keseluruhannya bersikap perkauman berbanding bersifat ideologi. Pada pendapat penulis, golongan kiri Melayu pula tidak lah betul-betul membuang secara total tentang perkauman, banyak juga isu yang berkaitan pribumi yang dibangkitkan pada tahun 30-an dalam tulisan Ibrahim Yaacob. Mengikut Tilman R.O, sebenarnya tidak pernah wujud pun parti yang tidak bersifat perkauman di Malaysia Barat. Jadi bagaimanakah konsep Melayu Kiri boleh di gunakan? Orang melayu di tanah Malaya boleh di sifatkan tidak matang dalam politik sebelum perang dunia Ke-2. Kiranya golongan kiri ini lebih sesuai di letakkan dalam ‘jalur berbeza’ dari politik melayu traditisional yang di pelopor oleh golongan elit tradisional.
Banyakan corak politik pada awal sejarah melayu adalah bersifar kenegerian, tidak ada parti politik yang bersifat menyeluruh. Antara yang terawal adalah Kesatuan Melayu Seingapura(1926) yang di tubuhkan oleh kerana keterpinggiran kaum Melayu yang dikawal oleh kaum pendatang dan di tadbir oleh kolonial. (hamba di tanah sendiri?). Kerana bangsa Melayu langsung tidak mampu memiliki hamba daripada kaumnya sendiri (mengikut pada zaman tersebut, hamba adalah orang suruhan kerja). Rentetan kewujudan KMS, Majlis Kerajaan Negeri di bentuk mengikut setiap negeri , parti-parti politik pula di tubuhkan tetapi tidak lah menunjukkan sifat untuk melawan kolonial, parti-parti yang ada lebih kepada bersifat kebajikan dan bukanlah politik, tidak didorong semangat nasionalisme, langsung tidak menunjukkan penentangan kepada kolonial.
Tengku Ismail, yang merupakan peguam telah menyatakan pendapatnya dalam sebuah konggres kesatuan Se-Malaya; dia kata pemerintahan British ni memanglah kita tidak suka, tetapi lama kelamaan kita akan sedar bahawa betapa bermanfaatnya pemerintahan British pada bangsa kita. Ayat nya lebih kurang gini; “Pentadbiran British boleh di umpamakan sebagai air, ia kelihatan biasa kerana air ada di mana-mana, akan tetapi jika berada di padang pasir, kawasan yang ketandusan air, maka di situ lah kita sadar akan betapa berharga nya air pada kita. Begitulah bermanfaatnya pemerintahan British pada bangsa kita.”
MALAYA DALAM TAHUN 1930-an : Asal Usul Perkembangan Politik Melayu.
- Pada tahun 20-an, Melayu hampir majoritinya tidak berminat nak sertai politik, hal-hal politik tidak merasakan perlu diambil kira. Golongan tua menentang politik baru dan menyifatkan tuntutan politik yang lebih tegas oleh golongan muda telah di cop sebagai tidak berguna dan derhaka. Kaum tua tak boleh terima perubahan, menyokong lebih menyokong pemerinahan aristokrat yang kekal dalam bentuk tradisional yang membedakan golongan yang memerintah dan diperintah. Kedua golongan ini mempunyai latar belakang sosial yang berlainan. Kaum-kaum yang lama/veteran/tua/konservatif merasakan pentadbiran bukan urusan mereka, semua hal-hal itu hanya urusan Raja dan Kerajaan sahaja, golongan mereka juga berpendapat bahawa campur tangan dalam pemerintahan di anggap kurang adab, mankala perkara yang berkaitan sebarang keputusan raja adalah wajib di patuhi. Organisasi politik pada 1930-an pula adalah jenis kepribumian, bukannya jenis anti-kolonial.
Faktor kepada kebangkitan kesedaran politik di Malaya:
-Faktor yang pertama adalah dilema pemerintahan kolonial semakin ketara, pemusatan pentadbiran di Kuala Lumpur, untuk mewujudkan undang-undang dan kestabilan (hubungan simbiotis antara sultan dan penjajah). Melayu masih di kekalkan dalam lingkungan tradisional. Pemusatan ini telah menguatkan lagi sistem kolonial, maka rakyat Malaya mula rasa tercabar dan bermulalah sedikit demi sedikit kesedaran untuk berpolitik.
-Faktor kedua adalah Demografi tanah Malaya yang berubah telah mencetuskan kontroversi. Kaum imigran telah merubah struktur demografi, lama kelamaan menjadi sebagian daripada politik. Inggeris dan Cina yang punyai kepentingan komersial terasa terancam oleh sistem pemerintahan pemusatan, manakala Melayu pula telah menjadi Minoriti. Melayu pula dah terlalu berpuas hati dengan ekonomi sara diri dan kurang ketelibatan dalam ekonomi berskala lebih besar, telah kekal dalam keadaan begitu untuk tempoh masa yang terlalu lama. Tidak ada rasa nak melawan kolonial.
KESATUAN MELAYU MUDA (KMM) SEBAGAI PRINTIS GOLONGAN KIRI MELAYU
Tidak dinafikan kesukaran untuk mendapatkan maklumat, sebarang dokumen-dokumen rasmi berkaitan KMM termasuklah senarai ahlinya. Roff menyatakan keraguannya terhadap keterlibatan KMM di seluruh Malaya kerana KMM berpusat di Kuala Lumpur. Ahmad Boestamam dan IbrahimYaakob menyangkal dakwaan itu dan menyakan bahawa KMM punyai pengikutnya di setiap negeri dan punyai keistimewaan iaitu ejen risikan tersendiri oleh ‘kupu-kupu malam’ atau pelacur. Ini power!
Dua tokoh penting KMM, Ibrahim Yaakob dan Ishak Hj Muhammad (Pak Sako). Pak Sako merupakan bekas penjawat awam yang bertukar profesion kepada wartawan kerana merasakan dirinya tidak sesuai menjadi penjawat awam kerana rasa terpinggir dari golongan elit tradisional yang menjadi pegawai kerajaan dan juga merasa dirinya jauh dari kesengsaraan hidup rakyat. Pak Sako nekad berhenti dan Wartawan merupakan satu-satunya jalan yang ada untuk dia teruskan kerjaya. Dalam masa itu dia menghasilkan novel-novelnya.
KMM telah nekad menyebarkan idea nya kepada intelektual yang mengajar di sekolah vernakular Melayu, dan Ibrahim Yaacob bekerjasama dengan Jepun (sekadar tektik untuk mendapatkan keperluan pada waktu itu). Jepun Memberi dana kewangan kpd KMM dan membeli Syarikat Akhbar Malaya lalu menjadi editor akhbar tersebut.
Oleh sebab itu, British kesan bahaya dari aspirasi KMM dan menangkap pemimpin – peminpin utama KMM, manakala yang terlepas pula melarikan diri, ada yang sertai gerila komunis. Pada masa yang sama KMM membuat hubungan bersama MPAJA dan Komunis. Sepatutnya KMM dan Jepun berkolabrasi untuk membantu mendapatkan kemerdekaan kepada Malaya dan Indonesia, tetapi cadangan tersebut gagal kerana Jepun telah awal kalah dalam perang.
KMM berpegang pada prinsip anti kolonial manakala jalur utama politik Melayu bersikap ‘perlindungan Melayu’. KMM banyak pengaruh dari pan-indoesianisme yang bermula dari indonesia. Dikatakan juga bahawa Komunis di indonesia juga telah menyumbang ideologi kepada KMM pada waktu itu. Selepas revolusi Komunis gagal di Jawa dan Sumatera, Pemimpin parti tersebut melarikan diri dan masih aktif. Mereka terdiri dari Tan Malaka, Djamaluddin Tamim, Sutan Djenain, Alimin dan Muhammad Arif. Djamaluddin di katakan berhubung dengan pelajar-pelajar Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC).
Tetapi banyakan idea mereka terkubur setelah pelajar SITC keluar dari pusat pengajian dan menjadi guru-guru di sekolah kampung melainkan hanya Ibrahim Yaacob yang masih terus menunjukkan minat walau telah tercampak jauh mengajar di Bentong, tetapi masih menyumbangkan artikel-artikel pada surat khabar. Dan apabila dia bertukar tempat mengajar di Polis Depot Kuala Lumpur, dia dan rakan-rakannya menubuhkan KMM pada 1938.
Akan tetapi, tulisan-tulisan Ibrahim Yaacob pada tahun 30-an tidak lari daripada isu-isu berkaitan dengan perlindungan orang Melayu, menuntut hak politik yang lebih besar dari pemerintahan tradisional Melayu. Setelah KMM di tubuhkan, barulah semakin jelas ideologi sosialis yang di ketengahkan oleh KMM.
KEMUNCULAN GOLONGAN ELIT BUKAN TRADISIONAL
Elit tradisional adalah mereka yang berpendidikan Inggeris di Tanah Melayu yang menjadi pegawai-pegawai kerajaan. Manakala elit yang bukan tradisional adalah muncul dari orang Melayu golongan yang diperintah dan mendapat pendidikan lanjutan. Sudah pasti pembawakan antara dua golongan ini berbeza, Pak Sako pernah menyatakan kekecewaannya sebagai penjawat awam, dia mengkritik elit tradisional ini hanyalah mahu memanaskan bangku sahaja berbanding buat kerja dengan betul. Orang-orang elit tradisional pastilah kurang penghayatannya kepada penderitaan rakyat kerana golongan mereka sudah pasti dari kalangan yang kaya-kaya, berketurunan raja , keturunan pembesar dan tidak pernah merasakan kesusahan dan keperitan hidup sebagai golongan Melayu bawahan. Kata Pak Sako,
“... ada satu perkara yang menyedihkan saya, iaitu... jika kita melihat kelesuan wakil orang Melayu dalam Majlis Negeri, sebahagian daripada mereka berada di sana hanya untuk memanaskan kerusi. Dengan rasa hormat kepada orang-orang Melayu terpelajar ini... sebahagian daripada mereka telah mewakili orang Melayu setelah sekian lama, tapi kita tidak pernah dengar suara mereka meskipun batuk. Jadi, adakah mereka telah menjalankan tanggungawab mereka?”
Tentang pendidikan Melayu.
Pendidikan Melayu pada waktu itu terbahagi kepada dua, pendidikan Inggeris dan Melayu. Pendidikan Inggeris yang dibina oleh pemerintah dikatakan jelas untuk menyebarkan ajaran Kristian pada waktu itu. Sudah pasti lah orang Melayu takut untuk menghanta anak mereka ke sekolah-sekolah misionari. Takut agenda kristianisasi. Jadi sebab itu, sekolah-sekolah Melayu mula mendapat sambutan yang hangat.
Oleh sebab sekolah Inggeris tidak mendapat sambutan, sekolah berasrama Melayu telah di tubuhkan iaitu Kolej Melayu di Kuala Kangsar. Sebenarnya niat utamanya adalah untuk menyerap Melayu aristokrat untuk mendapat pendidikan dan masuk pada perkhidmatan awam. Oleh sebab terdirinya sekolah-sekolah, institut perguruan juga telah ditubuhkan (SITC) untuk menampung permintaan guru-guru yang mengajar di kampung.
Ini jelas kelihatan , sekolah-sekolah yang dibina kolonial berpegang dengan dasar pendidikannya bukan lah untuk melahirkan anak muda yang berpelajaran tinggi, hanya setakat bagus untuk apa yang dikerjakan. Contohnya, jika ibu bapa adalah petani, maka anak nya di ajar supaya menjadi seorang petani yang pandai dan boleh buat kerja lebih efisien dari ibu bapanya, lalu memudahkan urusan pihak kolonial.
MELAYU RAYA: NEGARA HASRAT
Latar belakang masyarakat Melayu sangat keterbelakang daripada semangat nasionalisme kesan daripada sistem pemerintahan kolonial, masyarakat tidak punyai identiti politik yang besar, utama dan menyeluruh, apatah lagi nak membentuk sebuah negara, boleh dikatakan amat jauh sekali ingin membentuk kepada sebuah negara yang terdiri daripada gabungan negeri-negeri kecil. Indonesia telah mendahului Malaya dalam pergerakan nasionalis dan berkemungkinan idea nya telah tersebar ke Malaya.
Dalam kajian menyatakan kuatnya semangat corak pengaruh pemimpin nasionalis indonesia, bermula pada zaman reformis agama, tersebarnya semangat nasionalisma melalui akhbar seperti AL-Iman yang dibaca oleh reformis agama. Di sini juga dinyatakan tentang kunjungan Hamka ke negeri-negeri Melayu untuk menyebarkan idea-idea reformis, tapi Hamka telah dilabel sebagai sesat oleh pihak berkuasa agama tempatan.
Sekumpulan pelajar Melayu dan Indonesia yang menuntut di Al-Azhar menyebarkan idea pan-indonesianisme. Hasrat untuk menolak kolonial terwujud oleh persamaan antara indonesia dan malaya oleh kerana budayanya dan agamanya. KMM mula menyebarkan pan-indonesia pada penghujung 30-an dan penyebaran ideanya tidaklah tertumpu pada politik, malah bidang sosial dan bidang kesusasteraan. Kekurangan bahan bacaan di Malaya menyebabkan mereka membeli banyak bahan bacaan (akhbar, majalah, buku) dari Hindia Timur Belanda. SITC telah menjadi medium pengajaran yang memperkasakan Bahasa Melayu, kesusasteraan dan sejarah yang menghasilkan pelajar yang mengkagumi budaya intelektual Indonesia.
Konsep negara hasrat KMM berbeda dengan negara hasrat oleh organisasi politik berasaskan negeri yang lebih mahukan negara berkonsep statik, berbanding KMM mahukan negara berkonsepkan etnik kerana KMM tidak cenderung untuk taat pada pemerintahan klonial. Jadi istilah yang lebih padan adalah konsep ‘Melayu Raya’ iaitu konsep berteraskan faham ‘etnik’ sebagai sebuah kumpulan yang besar dan boleh dipolitikkan. Ia telah menguatkan lagi kemahuan KMM untuk bergabung mendapatkan kemerdekaan bersama-sama Indonesia dan rancangan itu telah gagal kerana Jepun kalah lebih awal semasa perang.
*buku ini dibaca dalam masa tiga hari, rumusan dalam 2 hari, haha, tak tebal pun, dalam 70 m/s. Aku baca fully bahasa Melayu yang terjemahan, haa jadinya mungkin sukar sikit nk faham ayat nya yang asal dalam bahasa Inggeris. Kena baca banyak kali baru faham. Kat sini kita boleh nampak, sebenarnya kaum Melayu ini sangat lah lemah pada zaman dahulu, dan sangat kuat kebergantungannya pada orang yang berpangkat. Dah lah orang yang memimpin itu dari golongan borjoius, manakan mereka tahu kesusahan rakyat. Saya kagum pada peruangan golongan kiri yang bermula dari pemuda-pemuda yang nekad untuk keluar dari kelompok kaum yang di perintah, nekad untuk membawa idea yang sangat di luar jangkaan orang-orang Melayu pada waktu tersebut iaitu melawan Kolonial yang secara diam menghisap darah-darah kita. Kita dikaburkan tentang kemudahan yang mereka sediakan, sekolah, kolej, hospital, kerajaan. Akan tetapi apa yang kolonial buat kepada Malaya hanyalah untuk mengekalkan kita sebagai kaum hamba pada mereka. Tidak lebih dari itu. Begitu lama kita sudah imun dengan penjajahan, hingga mengagungkan kolonial, menjadi budak dalam negeri sendiri.
Analisa yang baik yang menekankan aspek sosiologi berbanding aspek institusi yang sering diketengahkan. Perlu ditekankan disini bahawa golongan kiri disini tidak mengambilkan aliran kiri cedukan barat tetapi lebih kepada berlainan dengan organisasi politik sedia ada pada zaman trrsebut dimana menekankan organisasi berasaskan negeri dan dimonopoli aristokrat. KMM berlainan apabila diketuai elit berpendidikan Melayu. Nama2 penting dalam pembentukan KMM sendiri adalah seperti Ibrahim Yaacob dan Ishak Haji Muhammad. Ishak Haji Muhammad yang mungkin familiar bagi kita atas sebab dua novel terkenal beliau, Putera Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila. Saya suka buku ini sebab analisis penulis berdasarkan fakta2 sejarah yang kukuh. Rujukan juga diselitkan di setiap akhir bab.
Bacaan yang memberi saya tanggapan baru tentang asal usul parti-parti politik terdahulu. Tak sangka sangat berlainan dari parti politik sekarang.
Ada parti ditubuhkan sekadar menjerit tentang kekuasaan Sultan/Raja, tiada sebut penindasan ekonomi yang dihadapi oleh orang Melayu ketika itu.
Buku ini sebenarnya dari hasil latihan ilmiah Rustam A. Sani. Penulis memberi banyak persoalan pada saya tentang gelaran aliran 'golongan kiri' yang diberi pada PKMM/KMM.
Walaupun buku ini nipis tapi ada perkara menarik bagi saya yang diperincikan:
🔗 Kelebihan golongan bangsawan dalam penglibatan awal politik. 🔗 Status pendidikan kolonial yang menjarakkan hubungan Melayu elit dan massa. 🔗 Peranan KMM yang menyedarkan tentang pentadbiran kolonial yang menjejaskan masyarakat bawahan. 🔗 Permulaan ideologi konsep 'Melayu Raya' yang diperjuangkan.
Jadi betul ke golongan kiri Melayu ini sebenarnya kiri seperti sosialisme Barat dan lain-lain? Bacalah..buat penilaian sendiri. _____________________
Walaupun buku ini tidak menyentuh secara mendalam isi kandungan ideologi golongan kiri Melayu dahulu, ia tetap sebuah manuskrip yang tak ternilai yang boleh memujuk/mengusik pembaca Melayu amnya untuk mula menelaah tentang ideologi kiri yang sebenar (yang bermula daripada Marx, Lenin dan seterusnya).
This book did not explain and question the " leftist "ideology of KMM but merely explained the social circumstances behind its creation.
Kiri yang dimaksud oleh penulis bukan sosialis atau komunis tetapi fahaman kumpulan elit baru bukan tradisional (bukan bangsawan) seperti Ibrahim Yaakob yang mahu melihat percantuman wilayah melayu berdasarkan Melayu Raya bukan setakat sempadan negeri beraja.
Buku ini berasal dari latihan ilmiah yang dikemukakan Allahyarham Rustam A.Sani sebagai syarat memenuhi Ijazah Sarjana Sastera nya. Edisi ini merupakan terjemahan dari buku asal bertajuk 'Social Root of the Malay Left' yang diterbitkan pada 2008. Para sejarawan telah setuju bahawa gerakan politik di Malaya terbahagi kepada 2 jalur yang berbeza, kiri dan kanan. Buku ini secara khususnya menekankan asal usul parti politik kiri Melayu yang pertama ditubuhkan pada tahun 1938 iaitu Kesatuan Melayu Muda. Buku ini turut mengupas keadaan sosial sebelum dan selepas penubuhan KMM. Elemen-elemen pembentukan KMM dapat dilihat telah berulang dalam pembentukan parti politik kiri lainnya seperti PKMM, PRM, PSRM, PRM dan malah PKR. KMM dilihat membawa ideologi pan-Indonesia atau Melayu Raya untuk menjaga hak-hak dan kepentingan orang Melayu dari kaum imigran. Perbezaan besar yang dapat dilihat antara 2 jalur nasionalis ini adalah apakah jenis 'negara' Melayu yang mahu diwujudkan.
Dalam pengamalan politik Barat secara umumnya, spektrum kanan-kiri kebiasaanya muncul akibat dasar ekonomi seperti campur tangan kerajaan dalam urusan perdagangan dan penguatkuasaan cukai. Selain itu, ada juga beberapa ciri lain yang membezakan ideologi kanan-kiri ini seperti bagaimana mereka menilai pengagihan kekayaan, hak kesamarataan, polisi dan dasar kerajaan—dan masih panjang lagi senarainya. Polemik dalam jalur ilmiah berkenaan takrifan yang paling tepat berkenaan ideologi kanan-kiri tidak akan pernah berkesudahan. Namun, andai boleh diringkaskan, mereka yang berfahaman kiri kebiasaannya akan ditempelkan dengan gelaran komunis, sosialis, liberalis dan anarkis. Sejauhmanakah ketepatan dalam penggunaan istilah-istilah ini? Perkara tersebut tidak akan dibincangkan dalam ulasan yang terhad ini. Bahkan dalam buku ini juga, Rustami Sani telah mengingatkan pembaca pada awal tulisannya bahawa ‘kiri’ yang dimaksudkan sepanjang perbincangan tidak mempunyai takrifan yang sama seperti yang ditawarkan oleh dunia Barat.
Justeru, apa takrifan ‘golongan kiri Melayu’ yang digunakan oleh penulis? Ada tiga ciri, iaitu (1) berpendirian anti-kolonial yang kuat, (2) pan-Indonesianisme dan (3) kepimpinan atau keahlian tidak diambil daripada kalangan elit aristokrat tradisional (h. 32).
Ketiga-tiga ciri ini didapati pada Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang ditubuhkan oleh Ibrahim Yaacob pada tahun 1938. Maka, atas dasar inilah, KMM dianggap sebagai pelopor kepada golongan kiri Melayu yang wujud dalam politik Malaysia.
Tidak banyak pengetahuan baharu yang saya peroleh melalui buku ini, melainkan kebanyakannya telah saya baca dalam jurnal-jurnal artikel yang lain. Misalnya, nasionalisme yang bergelora sekitar tahun sebelum 1930-an, bukanlah didasari penolakan terhadap penjajah, sebaliknya satu reaksi terhadap kelompok imigran di Tanah Melayu. Orang Melayu masih merasakan bahawa penjajah memperkukuhkan dan membantu pentadbiran mereka ketika itu. Namun, keterancaman yang dirasai oleh orang Melayu adalah kerana mereka mulai menjadi kelompok minoriti di tanah air sendiri (rujuk bancian penduduk di Tanah Melayu pada 1911-1933), sedangkan kelompok pendatang mulai menuntut hak yang sama rata kerana merasakan mereka juga adalah sebahagian daripada tanah ini.
Walau bagaimanapun, buku ini masih menyediakan analisis yang cukup baik kerana memperkembangluaskan perbincangan berkenaan KMM dengan hubungannya bersama Indonesia dalam membentuk Melayu Raya (pan-Indonesianisme).
Tapi, perkara yang paling mengecewakan saya ialah terjemahannya. Saya sebenarnya menyedari agak lewat bahawa buku ini ialah buku yang diterjemahkan. Tulisan asal Rustam Sani adalah berbahasa Inggeris. Patutlah saya merasai kecanggungan yang teramat apabila membaca susunan dan struktur ayat buku ini. Aduh! Semoga SIRD lebih peka dan bertanggungjawab andai ingin menterjemahkan sesebuah penulisan.
Pengkaji telah memulakan dengan memerihal definisi arus atau gerakan kiri Melayu, sebelum melangkah menganalisis sejarah dan latar belakang Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan pengasas-pengasasnya dalam memahami titik perjuangan tersebut. Pengkaji menemui kenyataan bahawa arus ini adalah berbeza kerana ia dibawa dan diperjuangkan oleh golongan elit baru yang bukan terdiri daripada aristokrat. Perjuangan mereka asasnya adalah untuk penyatuan bangsa Melayu yang dilihat semakin ketinggalan dari serba-serbi telah membentuk perjuangan politik dalam menghadapi asakan oleh kaum pendatang sebelum akhirnya melihat British sebagai kolonial yang perlu dilawan.
KMM yang berpaksikan ideologi nationalisme tetap teguh walaupun terpaksa bermuka-muka ketika era pendudukan Jepun malahan mereka bersemangat dengan Indonesia dengan gagasan Melayu Raya. KMM sebagai perintis awal kepada arus kiri Melayu sebelum diteruskan oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya, Parti Rakyat Malaya dan Parti Rakyat Sosialis Malaysia.
Rustam A. Sani mengupas mengenai asal usul ideologi 'kiri' Kesatuan Melayu Muda (KMM) seawal penubuhannya. Sosialisme di Malaya jelas berbeza dengan sosialisme di Barat iaitu ia berpusat pada nasionalisme, bukannya ekonomi.
Penulis juga mengulas panjang mengenai aliran idea dan pengaruh merentasi Selat Melaka, antara Indonesia dan Malaysia. Banyak faktor yang menyumbang kepada gerakan nasionalisme kedua-dua wilayah; agama, sastera, sosial, dan politik.
Buku yang menarik karena memberikan gambaran yang jelas tentang bagaimana munculnya gerakan politik di tanah malaya
penjelasan yang detail dan menggunakan bahasa baku melayu yang baik menjadikan saya lebih mudah untuk memahaminya secara keseluruhan buku pantas untuk dibaca bagi yang ingin tahu tentang era bergerak di tanah Malaya
Asas yang baik untuk memahami sosiologi gerakan politik kiri melayu yang sebenarnya tidak bercirikan sosialisme Barat tetapi lebih kepada defeudalisasi dan nasionalisme etnik. Bacaan yang mudah difahami.